Wednesday, July 4, 2012

Majlis harijadi Kasyah

Salam semua. Berkesempatan nak update blog sbb keje tgh takde. Dapatlah layan blog kejap. Pagi tadi aku dah update gamabr kek Kasyahkan and now nak cerita pasal majlis harijadi Kasyah pulak. Bukanlah buat besar-besaran cuma jemput jiran 2-3 orang dgn family jek. Suka2. Walaupun begitu, penatnya toksah ceritalah ye. Sengal kaki seminggu..hehehe. Amaran sbb entry ni byk gambar. Redha jelah..hehehe

Aku start buat kek untuk Kasyah hari khamis malam jumaat. Nak buat masa kat kampung memang tak sempat tu yang aku siapkan kek tu dulu. Kat kampung baru deko kek tu. Buat deko simple jek sbb aku tak pandai sgt.. Pagi sabtu tu aku pergi pasar cari daging, sotong, udang dgn segala barang keperluan untuk majlis. Sampai umah terus bertungkus lumus siapkan bahan2 perapan utk semua bbq. Lepas tu baru hias kek. Aku guna freshcream jek sbb ramai yang tak berapa suka buttercream.

Kek sedang dalam pembikinan..

Gigihnyalah aku siapkan kek ni. Macam2 halangan dan rintangan. Alhamdulillah jadi jugak kek aku. Gambar kek ada kat entry bawah ye.

Malampun menjelang and bermulalah majlis. Majlis start pukul 9. Si Kasyah ni sibuk berlari dan main saja.

Antara menu malam tu. Aku buat ayam percik, udang grilled, sotong bakar, daging grilled blackpepper, mihun goreng, mee rebus, cheezy wedges, dan otak2.

Ayam percik maveles, udang sedap dan sotong segar..

Cheezy wedges kesukaan ramai. Kejap jek habis sbb ramai budak2. Masing 2 kata mcm KFC.

Mee rebus bapak aku. Silalah percaya sbb mmg bapak aku yang masak mee rebus ni. Sedap tau.

Bihun goreng pun oleh bapak aku..

Daging grilled blackpepper dan kuah ayam percik. Mavelesnya..

Dessert station. Ada buah tembikai, jagung rebus, lepat ubi, brownies (takde dlm gambar), jajan, dan air oren serta air teh dan kopi.

Bermain beria-ia sementara menunggu tetamu sampai..

Antara tetamu yang hadir...

Lagi... Sblm potong kek, atuk aku bacakan dulu doa selamat. Walaupun atuk aku kurang sihat sbb baru lepas operate mata tp still gagah dtg tau. Thanks tok ayah.

Msa untuk potong kek... Kasyah cuma diam utk 5 saat pertama jek lepas tu meronta nak turun sbb nak sambung main..hadoilah anak aku..


The cake yang super sedap..Kek ni memang moist dan gabungan freshcream tu mmg menjadi. mcm aiskrim gitu.


Terimalah aksi over drpd sy...ahaha.. Overall aku puas hati sbb sumenya best. Terima kasih pada mak abah aku yang memberikan kerjasama untuk merealisasikan majlis untuk cucunya ini..

Ada rezeki tahun depan boleh buat lagi. Kan?

p/s:Nak kena bagi resepi ke???

12 Magic Words:

Cikpuan rara said...

buat sendiri kek? wahhh hebat!

ieda said...

wah kek buat sendiri ye dik
berbaloi .. sedapp , cantik sbb deco ikut citarasa sendiri .. walahh terbaik lah dik
saloute akk ;)
menu2 pun sedap
puas hati macam nie kan .. wedges tuu sedap .. baru2 nie buat bday zahrien tuu jugak yg habis dulu ;)

Cik Rongoks said...

seyes comel kek tu ! ^^

makanan pon nampak sedap je sume ..gulp ! :)

mrs adam said...

ya Allah,serius saya terpegun!awak buat semua tu.rasa malu ngan diri sendiri tak tahu masak.hahahha

wahida said...

apa nok? ko buat sendiri kek tu nok? gila hebat la ko...serius aku tabik ngan ko...bukak bakery la nok...kemas je aku tgk kek ko ni...cayalah!!

Mama Gee said...

ohhh takleh tgk gambar kt entry ni lelama sbb tgh poser....terliooo wehh

AnneRaini said...

rara:ye buat sendiri..Alah tak hebatpun..kek biasa2 je.

AnneRaini said...

kak ieda:thn ni terasa nak buat kek sendiri tu yg gigih tu..hehe

AnneRaini said...

fieda:tak tahu msk ke malas masak?hakhakhak.

AnneRaini said...

wahida:suka2 bolehlah nok...bukak bakery mau pengsan aku..haha

nanakimie said...

wah,bole buat bisnes kek da ni sis,cantik n comel sgt!

terliur ngk menu tu semua,kalo nana xbgun da.duk je makan,hee:)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waaaahhh buat kek sendiri...sgt gigih.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...