Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka hari kedua

Salam ramadhan yang ke-4. Aku masih disini melakukan kerja2 harian sambil buat checklist dan bajet raya. Penting tu supaya takde apa yang tertinggal dan tak terlebih bajet. Better buat persiapan awal sbb bila dah ujung2 puasa mmg aku fokus pada nak kemas rumah je. Aku memang pantang kalau nak balik kampung rumah bersepah. So sebelum balik kampung biarlah rumah tu bersih je supaya bila balik dari kampung taklah sakit hati dan penat nak kemas rumah pulak. Eh, byk pulak aku membebel padahal nak citer menu berbuka puasa kedua haritu..Maafkan hamba wahai penunggu gua..

Hari kedua dah mula risau nak masak apa sbb barang basah mmg dah habis. Yang adapun cume ayam 2 ketul yang sesuai dibuat rencah saja. So aku decide utk buat nasi goreng ayam. Jadilahkan. Petang tu kami gi bazar beli kuih muih sbb aku mmg takleh kalau takde kuih. Nak buat sendiri tak berbaloi sbb nak makan sebiji dua je. setakat hari ni mmg aku tak pernah miss pergi PARAM.

Nasi goreng ayam yang pedas. Campak je apa yang ada asalkan jadi nasi goreng.. yang penting sedap!

Kuih muih yang dibeli di PARAM. Terbanyaklah pulak. Err nak citer pasal kuih muih ni. Kami rasa harga kuih skrg makin mahallah. Kuih sebiji 50sen tau. Dahla tak berapa sedap. Saizpun cenonet je. Agak2lah kalau nak untungpun.

Ayam uncle bob utk dimakan bersama nasi goreng.. Ayam uncle bob mmg terbaik. Sy suka! sy suka! ala2 mei mei dlm upin ipin.

Murtabak Kenali. Rm2 saja. Yang ni puas hati sbb dahlah murah pastu sedap. mcm nilah baru berkat rezeki sbb tak kena sumpah dgn orang..kan kan kan.

Menu berbuka puasa kedua. Siap ada bubur lambuk tp bubur ni tasteless sikit. Sesuailah bagi Kasyah makan.

Semalam menu berbuka mmg sempoi. Masak ikan singgang, buat sambal belacan dgn sayur campur. Pastu beli kuih dgn rojak singapore. berbaloi2. Sahur pagi tdpun aku mkn rojak singapore saja. No nasi today. Ptg ni entah. Sardin dgn telur dadar je kot..hehehe..

p/s:Buka puasa kali ni aku takde selera sgtlah. Sampai tak tahu nak makan apa. Follow suami je. Aku bedal jelah.

10 Magic Words:

mrs adam said...

owh kat putrajaya kuih 1 50sen ke,kat puchong 40sen iaitu 5kuih rm2.00.mak saya kate kat palong timur 3 singgit,dan ada 4 singgit jugak.haha.eh kat area umh saya(puchong) ada kuih 3 singgit gak,tapi kuihnya kurang sedap la pulak

AnneRaini said...

kebanyakannya 50sen. ada gak yg 40sen tp kecik lagilah.

Mamamya said...

kita sama lah anne..klu nak balik kg @ tinggal umah mesti nak umah tu btl2 clean... :) klu x masa balik nnti mesti serabut kepala...

akak pun wajib ada kuih..klu x buat sendiri beli lah 2-3 jenis kat PARAM..kat melaka skrg ni pun 3biji/RM1..tu yg kdg2 'paksa' diri jd rajin..heheee

nida husna said...

kite pun suka ayam uncle bob. sedap ngat

Qhaifa Nur said...

kat putrajaya 50 sen tuh, mahal dan kecil macam 30 sen punya...tak berbaloi beli....

uncle bob memang sedap.....

Mrs. Norrie said...

banyak betul kuih muih...kat umah saya kuih2 tak laku...mkn nasi dah...klu beli jugak meamng tak terusik pun

FiZ said...

ha..last year pernah pg bazar rmdan kat presint 2 tu. mahal la jugak hrga kuih muih tu.skrg dah naik lg ke?

nanakimie said...

adoi,sedapnmya menu2 tu sis,semua nya nana suka..lagi2 tepung pelita n aym tu:)

nur anis said...

saya sekarang pergi bazaar pun tak tahu nak beli apa..setakat beli air je...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhu kuih sekarang mmg mahal.. kalau 50 sen tu besar xpe laa gak.. ni alahaii....kecik je... sudahnya.. mmg xbeli kuih... lagi puas hati..keh keh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...