Monday, July 23, 2012

Menu berbuka hari pertama

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa dan aku masih lagi puasa penuh..hahaha baru 3 haripun. Lainlah kalau dah nak raya nanti kompem dah rompong puasa aku..hehe.. Sajalah nak share menu berbuka masa hari pertama haritu. Jangan pulak korang menyumpah aku sbb letak gambar makanan eh. Aku tak berniat nak buat korang terliur tp kalau air liur korang meleleh itu bukan salah aku..hahaha kejam!

Hari pertama haritu aku sempat buat nasi tomato. Tak susah manapun sbb cuma masak nasi dgn buat ayam masak merah. Pukul 4.30 masak kul 5.30 dah siap. Pukul 6 kite gi bazar pulak. Resepi sama je macam yang aku buat sebelum ni. Boleh klik sini
My nasi tomato. Alhamdulilah menjadi. Takut gak aku kalau tak sedap. yelah bukan leh rasapun walaupun orang kate boleh jek rasa2 hujung lidah. Aku tak nak rasa sbb takut aku termakan terus..hehe. Nasi tomato ni aku makan dgn salad je sbb suamiku tak suka acar.

Ayam masak merah feveret aku time raya. Kompem masak lauk ni. Sekali sekala jek masak lauk lain. Nak resepi klik sini

Juadah berbuka hari pertama. Ada murtabak dan kuih muih. Jadilahkan. Bukan ramaipun makan. Kami berdua je. Kasyah makan tepung pelita je.

Korang berbuka mesti meriahkan???

p/s:harini buntu nak masak apa sbb barang basah sume yilek..huhuhu

9 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wow..besh!

Kesuma Angsana said...

Aduhai,terliuq lak KA tgk gambar2 ni siang2 hari ni hehehe

Mrs. Norrie said...

hari pertama semangat memuncak lagi...hehehehe

mrs adam said...

dah 3hari masak masa sahur je,buka mkn mknn sahur.dah terbalik ni.hehe.husband nk mkn masa sahur,masa buka dia diet.huhu.owh nasi tomato pun ada dlm list sahur,tak tahu la nk wat bile.kalau saya suka ns tomato+acar+ayam msk merah

lurun namzar said...

pagi raya nanti baru nak buat nasi tomato.
ptg nie brbuka ngan mee kari.

fiza said...

Menu 1st day kita samer :-)

LYAfrina said...

yumm..sedapnyer..lya suka mkn nasi tomato..biasa y mil buat//mmg sdp.

Mama Gee said...

adesss ni yg tak tahan kalo masuk blog tunjuk makanan ni.......hik2...dap nyaa...

nanakimie said...

mkn bedua byk da tu bg nana...heee....yg penting ada jgk mknan utk berbuka kan sis:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...