Friday, July 6, 2012

Rendang ala tom tom bak..

Rasa macam dah lama tak share resepi... Over tau baru seminggu tak share dah rasa lama. Ko hengat ko tu blogger masakan femes lagi fofuler keee? Nan hado. Sejak-sejak terfemes Azwan Ali aka Double A dalam Masterchef Selebriti ni, I pon tersampuk uols. Eh, bukan tersampuk dgn Double A tapi dengan rendang ala tom die tu. Kau ado?

Mukadimah nak over padahal nak share rendang jek. ekekeke... Well rendang ni aku masak dua minggu lepas. Biasalah aku takkan nak hapdet cecepat ye dak? Hapdet musti lambat. Barulah blogger sendu..hikhikhik. Saje jek masak rendang sbb rasa mcm dah lama tak makan. Lagipun raya tahun ni balik Terengganu so kemungkinan untuk tak jumpa rendang adalah tinggi..hehehe. Kali ni cubaan memasak rendang sesuka hati. Malas nak refer resepi. Apa yang ada aku bubuh jek. Tak ada dah. Senang citer.

Rendang ala tom tom bak.. (Nama nak sepaten dgn double A. Kau ado? hikhikhik)

Bahan2
5-6 ketul ayam
2 sudu bwg merah kisar
2 sudu kecil bwg putih kisar
3 sudu cili kisar
1 sudu kecil ketumbar (sangai dan tumbuk)
1 sudu kecil jintan manis (sangai dan tumbuk)
1 sudu kecil halia kisar
1/2 inci lengkuas - kisar
1 btg serai - kisar
2 cawan santan
1 sudu kerisik
daun limau purut - siat
daun kunyit- hiris halus
garam dan gula

Cara2.
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar dan tumbuk. Kalau korang tgk resepi aku tu aku tulis bawang kisar, halia kisar tu sbb aku mmg prepare semua bahan aku siap kisar. Senang aku nak masak. Korang agak2lah ye bape biji bwg bagai.
2. Bila dah pecah minyak masukkan ayam dan kemudian santan. Biar mendidih dan masukkan pula kerisik.
3. Masak hingga rendang agak kering. Yang ni ikut koranglah ye. Kalau suka kering biar lama sikit.
4. Masukkan daun limau dan kunyit. Perasakan dgn garam dan gula. Siap.

Enak bangat ni. Sedap dimakan bersama nasi himpit. Gigih tau aku siap rebus ketupat segera tu..hahaha..

Okaylah..daaaaaaa...

p/s:Minggu depan akan busy. Mungkin kurang hapdet blog..

8 Magic Words:

Azian Elias said...

oo ada jintan ketumbar ye.. sure sedap ni. makan dgn nasi putih je dah layan kann..

ieda said...

wahh sedap nieeee
nie kalau makan cicah roti lagi sedap kan .. akk biasa rendang macam tu lah , kalau x nak makan ngan nasi ;)

Qhaifa Nur said...

lama x makan rendang...teringat pulut kuning pulak...

nanakimie said...

nana tunggu rya je la nk mkn rendang,hee..

lucu pulak teringat doble a...ada je point dia time serve kat juri tu:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

wow.. tp xbrape nak mkn sgt..huhu.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waaaa mlm2 aku nengok rendang plk ni....lapar plk..huhuhu

Mamamya said...

akak pun kene masak rendang n lauk pauk raya sblm raya..sbb raya nnti cuma blh jeling2 je lauk2 raya..maklum lah dlm pantang kan...sob..sob...sob....

Mama Gee said...

terus rs nk pi lunch...huhuhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...