Tuesday, July 10, 2012

Tips Cantik ~ Sarapan untuk kurangkan berat badan

Hai, rasa macam dah lama tak bagi tips cantik. So kali ni aku nak share tips untuk mengurangkan berat badan melalui sarapan yang diambil. Tips ni dari artikel dalam akhbar Utusan. So let's check it out apa makanan yang patut kita makan sebelum memulakan hari kita.

1. Sediakan semangkuk salad sebelum korang masuk tidur. Keesokan harinya, hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.

2. Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika korang bijak menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

3. Muffin juga pilihan yang baik hia ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-buahan. Bagi menjimatkan masa, cubalah luangkan masa seminggu sekali untuk membakar muffin. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih 2 minggu.

4. Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan yang baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

5. Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dgn susu segar merupakan sajian sangat berkhasiat dan amat mudah disediakan. Untuk menambah selera, masukkan beberapa hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.

6. Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

7. Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

So guys, mulakan hari anda dengan sarapan sihat. Selain bagus untuk kesihatan, anda juga mampu untuk megurangkan berat badan tapi janganlah melantak nasi kandar 3 pinggan time lunch pulak. Okaylah berjumpa lagi di edisi tips cantik akan datang..

Daaaaaaaa...

p/s:Hari ni sarapan sandwich telur rebus...berkhasiatkan?

11 Magic Words:

wahida said...

selalu aku baca tips mcm ni tapi aku tak pernah nak amalkan...terukkan aku...sbb aku ni pemakan org nya...huhu...nak diet atau nak control makan mmg aku tak tahu bila nak start...huhu...

ieda said...

fuh tebaik dik
telur dadar dan sayur2an tuu akk pernah amalkan ;)

Misha Ieza said...

sedapnye! ;)

saffiya_aleesya @ echa said...

ermmm lapar laa klu makan cenggini hahaha..bila entah nak dietnya huhuhu

Mama Gee said...

mcm tak mampuu jek...huhuhu

Qhaifa Nur said...

tips yang senang tapi jarang-jarang kita buat...

nur anis said...

saya selalu makan sarapan yang kurang sihat..heee..

Aida Azryn said...

aida kalau time sarapan je mesti bedal nasi lemak. -_____-"

nanakimie said...

nana jarang breakfast,huhu.....tapi mcm best pulak telur dadar dgr syur2 tu

nuyui a.k.a miss YUI said...

erm,sedap2 tu..

p/s: haah kak, kain cotton tu.. =)

FreakingChic said...

http://freakingchic.blogspot.com/2012/10/hai-hai-haii-premium-beautiful-is-here.html

Minta Singgah Di Blog Ini~! Jika Berminat, Boley lah Hubungi nombor yang tertera di blog dan berikan nombor pin FAGANOTE03 kepada nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...