Wednesday, August 29, 2012

Cerita Raya Pertama

Seperti yang dijanjikan aku nak citer pasal raya pertama walaupun hari ni dah raya kesebelas..ada aku kesah!hehehe.. Gambar ada ciput jek sbb aku still tak amik lagi gamabr dr laptop. Ni pun gambar amik kat Fb laki aku jek. Jadilahkan. Kang aku bertangguh kang sampai raya haji tak citer lagi kang.

Aku start cuti hari Jumaat. So petang khamis kami balik ke Segamat. Balik umah mak mertua aku dulu. Jumaat tu baru balik umah mak aku kat Pemanis. Hari Sabtu lebih kurang pukul 11.30 kami gerak ke Kuala Terengganu berkonvoi dgn mak mertua aku. Sampai kampung dlm pukul 5. Sampai terus kami laki bini mengerjakan bilik pakcik die sbb kami nak duduk situ and bilik tu memang berhabuk giler. tak memasal ptg tu kitorang mengemop bagai.

Pagi raya pulak aktiviti mcm biasa. Sorry takde gambar makanan sbb tak berhidang beria pun. Nasi amik sendiri dalam periuk..huhuhu. Seperti biasa kalau raya kat Teganu menu Nasi minyak ler. Lepas orang balik sembahyang raya barulah ada sesi salam2 sempoi dan amik gambar. Yang bergambar pun family kitorang jer. Lain2 takdak. datangpun lambat sampai tok bising2 suruh call mana anak2 die yang lain tak sampai2 lagi.

Layan jelah gambar kami tak seberapa ni. Kasyah punye gambar memang tak byk sbb die langsung taknak amikgambar. Sibuk nak main je. nasib baik bile time gambar family ni die senyap sbb suke dengar bunyi timer camera tu. Lepas tu sambung main balik.


Macam pengantin baru tak? Baju dah boleh nikah lagi sekali ni..hihii

Aku nampak gemuk ah.. Tudung tu aku jahit sendiri lebih kain baju tu.. Pastu tepi2 tudung aku jahit manik jurai2.. Bolehlah asal ada..hehehe

The family. Tak complete sbb biras aku takde.. Sibuk "nature call".. hahahha

Lepas dah siap bergambar aku terus salin baju sbb sibuk basuh pinggan bile sedara mara dah datang. Air pun aku tukang buat. Dah macam aku pulak tuan rumah. Habis tu sape nak buat lagi? Tghari kitorang layan tido. Dalam pukul4 gitu baru kami gi beraya umah adik2 mak mertuaku. 3 rumah je pun. Malam aku tido awal sbb ngantuk giler..

Hah menarik tak raya aku? Korang nilaikanlah sendiri...hahahahaha

p/s:kaki aku terkejang dlm tido.. tak pasal2 pagi ni berdengkut dtg opis.

9 Magic Words:

Sue PeLik said...

selamat hari raya!! comey3 nyaaaaa~

mrs adam said...

rajen anne jadi tukang buat air.mesti menantu faberet ni.hehe

wah vouge baju raya!

nuyui a.k.a miss YUI said...

siyes. bju tu mcm zaman kwen2 dlu..hihi..comel2..

Qhaifa Nur said...

syok layan gambar...

mmg perkara biasa baju raya mmg tak boleh pakai lama kena salin ..buat kerja lah pula...

LYAfrina said...

cun..cun..
tudung tu pon drp material kain y same ke?? btl la..leh wak nikah ni...

nur anis said...

baju raya meriah!..:)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

lawa baju raya :)

Kesuma Angsana said...

sweet sgt2 ler

FiZ said...

kak!raya kita sama je.pagi basuh2 pinggan..tengahari pg beraya kejap.tu pun sebab mak ajak ikut.kalau tak, malas je.hehe..

rajinnye buat tudung...ce close-up lg tudung n manik tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...