Friday, August 3, 2012

Murtabak D'Pemanis

Lupakan Dejavu Di Kinabalu yang ntah pape tu, marilah kite move on..Hehehe.. Masa balik kampung haritu, abah aku ada tanya aku mcm mana nak buat inti murtabak. Aku dengan konfidennye cakap biar aku buat sbb minggu sebelum tu ada tengok kat rancangan JJCM tu. Walaupun die tak bagi respi betul2 dan akupun tak tahu pakai rempah apa tapi ku rasa aku boleh try buat.

Berbekalkan kecekalan diri dan keyakinan hati, maka projek inti murtabak aku dijalankan. Pung pang pung pang siappun inti aku tp rasa entahlah sbb puasakan. Debor gaklah aku takut rasa die tak sedap. So ptg tu bapak akupun bersemangat tebar murtabak sbb ni kire festime buat murtabak. Roti canai tu dah biasa. Bila berbuka murtabak dulu yang aku capai sbb nak rasa sedap ke tak. Bila makan je, wow sedap gak inti murtabak aku. Macam kat bazar ler. Terus banggo sbb dah berjaya mencipta resepi murtabak sendiri..hahaha...

Inilah rupanya inti murtabak tu.. Ambil gambar dlm kuali jek sbb lepas tu dah sibuk nak makan..

Murtabak D'Pemanis

Bahan2 inti
5 biji bawang besar
1 mangkuk isi ayam cincang
2 helai daun pandan
3 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk rempah gulai cap rose
1 sudu serbuk rempah masak cap rose
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara2
1.Cincang bawang besar. Proses ni memang menangis ah..hihihi. Rempah2 serbuk tadi campurkan dan jadikan pes dgn menambah sedikit air.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daun pandan. Kacau seketika.
3.Masukkan pes rempah dan tumis hingga agak garing. Masukkan bawang dan kacau sebentar sblm masukkan ayam cincang.
4. Biar hingga ayam masak dan inti jadi kering. Perasakan dgn garam.. Okey siap.



Sekarang kite buat dohnya pula.

Bahan2 doh (agak2)
Tepung gandum
Air
Telur
garam
minyak sapi.

Cara2.
1. Campurkan garam dalam air hingga air jadi masin. Kemasinan air yang tentukan kemasinan doh.
2. Masukkan sebiji telur dalam tepung dan gaul sebati (guna tangan ye). Masukkan air garam tadi sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi doh. Pastikan tepung tidak melekat di dalam mangkuk adunan.
3.Bulatkan doh tadi sebesar bola pingpong (besar lagi sikit rasanya) dan salut dgn myk sapi. Rehatkan doh paling kurang 2 jam sblm menebarnya.

Cara2 buat murtabak.
1. Ambil sebiji telur dan pecahkan dalam bekas kecil/koleh. Campurkan sesenduk inti tadi dalm telur dan kacau sebati.
2. Tebarlah murtabak ikut suka korang dan masukkan inti tadi atas doh dan bungkus elok2. Goreng atas kuali leper.. Satu murtabak sebiji telur okay..

Inilah rupanya murtabak yang bapak aku tebor. dah rupa roti canai dah..hehehe..

Murtabak yang sedang di masak.. Gambar betul2 dah siap memang aku tak ambik sbb dah berbuka.. Tak kuasa nak pegang kamera lagi. baik aku makan...hahaha..

Harap2 korang pahamlah ye penerangan aku pasal nak buat murtabak tu...

Selamat mencuba..daaaa

p/s:Pening buat translation....Ayat berbunga sangat...

10 Magic Words:

Cik Rongoks said...

lama dah tak makan murtabak . huhu

Qhaifa Nur said...

terornya bole buat sendiri lagi...
sedapnya.......

Cik Puan Rara said...

pandai nya buat doh.

nuyui a.k.a miss YUI said...

eoe..buat doh tu yg agak terpkir2 ni..hihi.

Kesuma Angsana said...

he he murtabak terbaik ni

Hidayah Bach said...

alamak nak buat doh pakai agak2 tu yang tak kompident tu..
huhu..

nanakimie said...

wah,hebatla sis:)nak cket...hee...

wahida said...

pandainya ko masak nok...nampak maveles meleleh meletop ni wok...adoi la...buat aku terliur je...

Aida Azryn said...

aiya! terliur aida tengok.. huhu. >____<"

Cho Zila said...

baguih dah boleh bua sendiri.. konpom lagi sedap sebabnyer leh letak ayam sebanyak mungkin.. kot idak akak kalau dia tanya nak daging ke ayam.. tak kisahler jawabnyer sebab tak rasapun ayam atau dagingnyerpun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...