Thursday, August 2, 2012

Nasi Dagang

Dah 13 hari puasa. Alhamdulillah aku masih belum ponteng puasa lagi..Hari ni kerja dah kurang sbb semalam dah pulun siapkan so ada masa sikit bolehlah ngadap blog lama sikit. Balik kampung haritu aku berjaya juga merealisasikan impian (chewah) nak buat nasi dagang. Alhamdulillah menjadi jugak nasi dagang aku tu. Cukup untuk aku bawa balik Kl dan makan masa sahur. Macam biasa, resepi aku C&P dari kak Madihaa. Harap dihalalkan ye



NASI DAGANG
(versi Terengganu)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air/santan cair utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan

1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ jala bersih/daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa/santan cair sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

(Aku masak lagi sekali nasi tu sbb nak nasi thn lama..Acikan?hehehe)

Kalau dah buat nasi dagang mestilah kena ada gulainya. Tapi aku buat guna ikan tongkol putih tu je sbb tak jumpe ikan yang hitam tu. Bolehlah asalkan ikan aye jugak..hehe. Malaslah pulak nak taip resepi sbb resepi sama mcm yang aku buat sblm ni.. Klik sini je.

Set Nasi dagang dimakan bersama acar timun Johor stail..hihihi.

Berbaloi baloi..Banyak anak sedara aku makan...Kasyah tak makan sbb die tido...

Acar timun campur carrot campur nenas...Erm dap!

Dah pass buat nasi dagang bolehlah buat lagi tp sbb aku ni malas kerja2 rumit ngukus 2-3kali ni, lambat lagilah baru buat...Nak makan beli jek..hahaha

daaaaa..

p/s:Apasal aku rasa aku tak kurus2 ni?????

9 Magic Words:

nur anis said...

lama tak makan nasi dagang ni.,.dulu jiran je selalu bagi..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

alamak.. tak minat ns dagang..

Qhaifa Nur said...

nak buat tak pandai, beli aja..
mcmana tak kurus lepas sahur sure tido walau sekejap...masa buka makan banyak sikit rasanya kot...

Yana Aina said...

nasi dagang mesti gulai ikan tongkol kan. tak pernah cuba. tp nmpk mcm sedap. hehe Jom join 1st GA yana http://nazlyizan.blogspot.com/2012/08/saya-nak-sampul-duit-exclusive-yana-1st.html

Mama Gee said...

jelesnyaaa dgn org yg pandai masak ni...

mrs adam said...

alamak,saya baca resepi je dah tak rasa nak buat.sbb mcm leceh je.hee.kalau nak beli je.

ape2 pun mmg tabik la kat awak yg rajin memasak ni!

FiZ said...

rajinnyeee kak...;)

Mamamya said...

rajinnya anne... akt umah ni ada sebungkus beras nasi dagang adik ipar bagi tp akak mcm x rajin nak membuatnya...

tgk anne buat mcm sedap pulak... alahaiii...

nanakimie said...

dpt mkn ns dgang ni bila blek kg je,time raya,hee:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...