Friday, September 14, 2012

Artis dan awet muda.

Berapa kali korang pernah berjumpa dengan orang pastu orang cakap muka ko mcm artis? Ini bukan entry perasan cantik tapi aku sendiri confuse tang mana yang sama? Kejadian menyamakan muka aku dengan artis bukan baru pertama kali jadi tapi sejak sekolah lagi.

Masa aku form 6, ada sorang budak India ni kata muka aku macam Jeslina Hashim. Aku macam 'What?' Yeke? Tang mana yang sama? Beria2 die kata memang sama dan sampai sekarang aku masih confuse kat mana yang sama tu..
Suami kepada ofismate aku kata muka aku macam Wan Sharmila. Ermmmmm tang mana yang sama??? Aku masih confuse hinga kini.

Lepas tu ada budak baru masuk ofis aku ni, aku tegur je die, terus die kata muka aku sebijik Irma Hasmie. Lagi sekali aku confuse. Tang mana yang sama tu? Tang tudung ke?

Dan yang paling latest, masa aku pergi PAC bila ada budak lelaki ni tanya aku kenal Marion Counter ke tak. Aku kata kenallah. Kenapa? Die cakap muka aku macam Marion Counter. Ekkk???? Mana ada sama.. Beria die cakap sama sambil tanya pendapat 2-3 budak lain yang semuanya mengiakannya...Haish tang mana yang sama?

Dari sekolah jugak, aku ni seringkali disalah anggap tau. Ramai yang ingat aku ni muda dari usia. Aku ingat lagi masa aku form 5. Balik sekolah naik bas awam kebetulan duduk sebelah makcik ni. Die ingat aku baru form 2 walaupun badan aku sikit punye gemuk... (takdelah gemuk sgt chubby jek). Aku sengih jek sbb makcik tu kata aku nampak kecik.

Masa aku form 6 pulak, aku pergi rombongan ke Melaka dan kami ke pejabat Ketua Menteri Melaka. Adalah mamat yang keje kat situ ingat aku baru form 2. Helloooo saya dah 19 thn okay. Upper 6 tau. Masa aku belajar uni pulak, ramai yang igt aku sekolah lagi. Hadoilah.. Masa kahwin pun ramai jek makcik kat tempat aku yang ckp pengantin kecik lagi dah kahwin. Pastu ada yang ckp macam main pondok2 sbb pengantinnya muda.. Makcik oiii..sy dah habis belajar dan dah kerja pun. Bukannya kawen tak habis belajar tau. Nak kata aku kecik memang tak ah tapi raut muka aku ni mcm budak2. Orang kata ah.

Dan masa pergi PAC pun ramai yang ingat aku ni muda dan belum kahwin. Kalau aku tak cakap aku dah kahwin memang masing2 ingat aku ni bujang lagi. Katanya aku nampak mcm orang belum kahwin. Senang citer mudalah tu..hahaha. Ramai jugak yang nak membahasakan diri akak dgn aku tapi bila aku tanya umur, hek eleh sebaya tu..uhuhu.. Pastu yang sah2 muda dari aku tak panggil pun aku akak sbb diorang tak tahupun aku tua dari diorang..kahkahkah... Siap pulak ada yang ngorat aku. hihihi laku lagi aku rupanya...

Hah tang mana yang sama????Cer citer?

p/s: lepas ni nak samakan aku dengan retis mana pulak?

10 Magic Words:

nur anis said...

waaa...iras banyak artis ni..boleh la akak jadi artis pulak lepas ni...hehe

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

ada laa nampak sket cam wan sharmila.. tang bentuk muka laa...

mrs adam said...

wah byknya org kate awak muda la,artis la.pada saya kalau tgk gambar last tu mcm irma hasmie ada skit kot

ct cheery said...

umm..sah mcm wan sharmila..tang senyum tu n hidung.mybe gigi jugak..
a'ak akak memang awet muda lah (eh!,memandai jer kol akak)..hehe

AnneRaini said...

ct cheery:akak ker???hehehe bukan akak kot..haha tetap nak claim diri ni muda..

ieda said...

ekekk tang mata dan senyuman dik !
ok lah tuu
suke tgk irma tuu .. ko memang ada iras2 dia sikit ;)

kalau akk , zaman sek .. ada iras2 raja ema .. dah kawin nie ramai cakap ada iras2 ummi aida .. ekeke lucu sgt keke ;)

Edy Fee said...

hehehe semua cntik..tp yg sejuk mata memandang yg bertudung.manis

Mamamya said...

wahhh...b'deret muka artis iras anne (erkss...ke anne iras artis...heheheee guwau jerk..) klu tanya akak rasanya anne ni mmg ada iras wan sharmila sikit lah...rasanya tang senyuman tu sama...

sejujurnya mmg anne nampak lbh muda dari usia sbb kecik molek & sweet je orgnya... (komen ikhlas ni tau...)

psssttt...bak seketoi rainbow cake...hahahhahaaaa....

AnneRaini said...

hahahha...puji nak kek ye..hehe

takde makna keciknye sy ni kak lia. Gemuk tau..tu yg sy confuse tu..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah2,,glemer gtu akk aku ni..hihi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...