Thursday, September 6, 2012

Bersuka-ria di Port Dickson

Bersuka-rialah sgtkan..hehe. Suami akulah yang berianya nak bawa pergi PD. Satu sebabnya nak bawa anak mandi laut sbb Kasyah tak pernah lagi mandi laut. Lepas tu PD dekat and akupun tak pernah pergi. Mula2 aku malas nak pergi sbb aku kureng suka mandi laut sbb panas. dahla kulit tak berapa nak cerah. Kang kalo mandi laut lagi bersinar pulak kulit aku..huahuahua.. Tapi last2 pergi gak hari ahad haritu. Itupun kami gerak pukul 1.30 ptg lepas siap kemas rumah makan nasi bagai.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Apsal lama? Sebab kami ikut jalan dalam. Tak lalu tolpun. Jimat. Hehe. Kami ikut jalan nak ke KLIA pastu belok ke salak tinggi, sepang, tanah merah, lukut pastu sampai PD. Best gak ikut jalan lama sbb dpt pengalaman baru. Ikut tol jek boring.

Pukul 3 baru kami sampai kat Teluk Kemang. Orang boleh tahan ramai. Kebetulan masa ni ada karnival sempena merdeka so adalah byk orang berjual mcm expo tu.

Sepanjang pantai memang penuh dgn kanopi ni. So kalau ko nak bentang tikar silalah bentang di belakang kanopi ataupun di depan kanopi. Panas toksah citer. Terbakar beb. Disebabkan kami langsung tak bawa pape so decide gi tanya2 harga sewa kanopi tu. Kena pandai bargain sbb diorang letak harga sesuka hati je. Masa suami aku tnya kat akak kedai jual rojak buah, die kate kanopi depna kedai tu die punye. Harga RM20 tak kisah berapa lama. So kami setuju. Alih2 anak die kata RM40 pulak. Bile kitorang ckp mak die bg RM20 je terus die malu...

Pose sat. Masa ni tgh panas lagi. So kitorang tunggu dulu. Tapi Kasyah memang dah menggelitik nak mandi. Sibuk tarik tgn aku. Sorry sayang, mama tak kuasa nak mandi laut berpasir ni. Ajak papa.

Pukul 4 barulah redup so apalgi, terjunnnn.. Ko tgk Kasyah tu nak lepas sbb nak main airlah.

Payah bebeno nak ngambik gambo budak ini sbb sibuk nak main je..

Pastukan kemain berlagak taknak papa die pegang. Nak main sendiri okay.

Ini budak beberapa kali tenggelam dipukul ombak. Yela diekan kecik. Mana mampu nak thn ombak yang menghempas pantai. Ayatttt!

Lepas mandi baru perasan ada calar kat pipi die. Entah kena apalah. Pasir kot.

Gambar tuan tnaah kedaung kena ada. Tak pasal2 kaki aku jejak air. Most of the time memang aku dok kat kanopi jek. Lepak2 santai.


Lepas sejam, suami aku ajak naik sbb dah tak larat nak layan Kasyah. lagipun tangan die dah kecut habis. Tapi kemain mangamuklah die sbb tak puas main lagi. hoi, berapa lama nak puas?

Sebelum balik amik gambar dulu. Sempatlah beli sikit2 sotong2 kering tu. Kami gerak pukul 6 dan sampai umah lebih kurang pukul 7 lebih. Lepas tu masing2 terbongkang penat..huhuhu.

p/s:Bila nak jogging ni???

9 Magic Words:

FiZ said...

jogging??work out ke kak?

AnneRaini said...

nak cari stamina..minggu dpan kena lari 2.4km..stamina lgsg takde ni.

Kesuma Angsana said...

best2 lam tak pi PD

FiZ said...

ha'a...pac kan.chaiyok2...good luck ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..dok asyik p pd tp tak pernh sggh mandi..family tak gemar..huhu

nida husna said...

wah, dah lama kite xmandi laut

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waaaa seronok laa kasyah

mrs adam said...

ape la g PD tak mandi,rugi la.haha.saya plak tak penah rasa akut itam ke ape,pakai hentam je berpanas.haha

Leman BBQ said...

Kalau gi pd next time try la tempah BBQ dengan leman BBQ ;)

Checkout http://lemanbbq.blogspot.com or www.facebook.com/lemanbbq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...