Thursday, September 27, 2012

Dapur Idaman

Sejak dua menjak ni, entah kenapa macam2 pulak benda yang aku teringin nak. Sama ada aku nak makan atau aku nak buat or nak beli. Membuak2 okay rasa tu. Ah, ko tu semuanya membuak. Sekarang ni tengah membuak (rentetan entry perubahan) perasaan nak renovate rumah. Masalahnya rumah pun takde nak renovate pebendanya? Dah sah2lah kena beli rumah dulu. Bila dah beli rumah baru leh renovate. Tu yang aku terfikir nak kena tukar keje sbb nak gaji lebih supaya dapat beli rumah dan seterusnya dapat renovate rumah. (Overkan)

Apa yang aku nak renovate sgt tentulah dapur. Ah, aku memang wanita sejati. Selalu ingin berada di dapur memasak penuh kasih untuk family. Dari dulu berimpian untuk dapat dapur macam Chef Wan selalu masak dalam TV. Nak oven yang lekat kat dinding. Nak design cantik secantik aku. Eh? hehe sorry terperasan sekejap.

Ini antara dapur2 yang menjadi idaman. Gambar diambil dari google je. Hopefully takde yang claim royalti.

cantikkan dapur ni. Warna hijaunya cantik. Kalau ada dapur macam ni mesti rasa masakan pun segar dari ladang..kan?

Yang nipun berkenan jugak. Well hitam itu menawan. Kalau kotor tak nampak sgt. Sukeeee

Merah itu berani. Gabungan merah putih memang kesukaan aku... Ah terus keliru nak pilih yang mana satu padahal baru idaman je pun. Belum nak pilih betul2.

Sukaya design mcm ni. Siap ada meja kat tgh boleh buat rancangan memasak.. "Apa khabar semua..hari ni wan nak masak ayam goreng hitam berseriiiii..bahan-bahannya adalah..." sila bygkan Azwan Ali yang masak. hehe

p/s:Tolong! Tolong! ada orang nak bagi aku duit sejuta tak?


9 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

tenang dan nmpk cntik.

wahida said...

hah? bayangkan Azwan Ali yg masak? tak sanggup aku nok...huhu..

kalau chef wan aku boleh la bayangkan...

aku suka yg merah putih tu nok...

nur anis said...

dapur cantik, baru la semangat nak masak cantik cantik..hihi

Qhaifa Nur said...

begitulah juga dapur idaman dihati.....

Mamamya said...

anne.. 2-3 hari ni pun akak dok asyik m'google dapur idaman...sbb rumah yg akak beli kat PD dalam proses utk di jual..pastu nak beli kat melaka.. tu yg b'angan2 pasal dapur idaman... :)

suka yg ada 'pulau' mcm yg kaler merah n kuning tu... :)

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

kalo dapat ruang dapur yg diidamkan...baru laa mood nak masak tu rajin je memanjang...hehehe

Kesuma Angsana said...

semuanyer cantik2 dan menarikkan

C'Jai said...

Cantik3... Rambang mata...

@izY@N said...

aku suka no 1 ngan 2.. yang kuning tu suka gak..tp kalau kotor cam nampak je.. tp masalahnye, aku tak boleh berangan banyak2..sbb sebelum pikir nak buat dapur kena pikir renovate umah dulu..sebabnya..alahai comel sangat ruang dapur umah yang aku beli tu.. kna dikorbankan satu bilik utk jadikan dapurku lebih besar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...