Monday, September 17, 2012

Orang lain cuti aku kerja..

Tajuk dah lengkap nak bagitau isi hati..ngehngehngeh..

Sekarang sedang mencari kerja apa nak buat sbb baru je lepas settle baca paper utk 3 hari ni dan juga update website seperti yang diminta bos. Ada lebih kurang 2 jam lagi sblm boleh balik rumah jadi marilah kite ambil kesempatan ini mengarut sebentar bersama kit kat dalam blog.

Orang lain cuti 3 hari tapi aku cuti 2 hari jek sbb hari ni Jepun dengan bangganya decide tak boleh tutup operasi opis sbb kami kedekut nak bagi cuti. Baiklah, sebagai pekerja yang rajin dan takde keperluan cuti 3 hari sbb takde plan nak balik kampung, aku decide untuk dtg kerja juga sbb bos kata sapa nak dtg boleh dtg dan boleh amik cuti ganti hari lain ikut suka. Memandangkan cuti akupun dah tinggal nyawa2 ikan sampaikan ikanpun boleh hidup lama lagi, maka aku bekerja sbb nak amik cuti masa raya haji..hehehe bijak tak aku. Yelah kalau aku duk umah pun bukan buat apa selain kemas rumah dan lipat kain. Lainlah kalau tibe2 suami aku bertukar romantik dan ajak aku pergi honeymoon ke Cameron. Boleh gak aku cutikan.

Oh ya baru teringat nak kongsi pengalaman yang agak menakutkan bagi aku. Kejadian berlaku Jumaat 7hb haritu. Aku balik keje macam biasa. Drivepon macam biasa. Nak kata laju sgtpun tak. Senang citer aku follow hadlaju jelah. Tibe2 tgh syok2 bawa kete kat lane tgh (Besraya), aku perasan ada kete kat lane kanan yang bawa kete seiringan dgn aku. Well lane kanankan sepatutnya laju. So aku pandanglah kete sebelah tu. Ada lelaki senyum2 sambil tgk aku. Mula2 aku mcm "bajet nak ngurat akulah tu". Tapi bila2 aku fikir2 balik, mcm2 kejadian jenayah mula terlintas kat kepala otak.So aku melajukan kete. Die follow. Aku slowkan kete dan follow kete depan. Die slow gak. Senang citer die memang betul2 sebelah aku. Aku decide utk potong kete depan ikut kiri dan pecut. Aku nampak die follow juga. Aku drive mcm biasa smbil kepala otak terus fikir if anything memang aku terus call laki aku dan polis jek. Benda tu berlarutan sampailah ke tol Mines.Aku slow dan decide utk beratur kat lane yg paling byk kete supaya aku lambat. And guest what kete tu slow mcm tunggu aku walaupun die dah byr tol lebih dulu dari aku. Pergh memang scarylah. Nasib baik bile sampai kat Seri kembangan tu die terus naik ke flyover dan aku terus ke Serdang. Aku sempat tgk kete tadi dan pemandunya berkepala botak, berbadan besar dan berkulit agak gelap (bukan india). Muka die memang mcm penjenayah tau. Die bawa kereta VIVA hitam plat number WQT 4*4*.



Sepanjang jalan balik tu memang aku berdebar. Yelah skrgkan ada mcm2 kes. So aku rasa as wanita kite kena persiapkan diri. sentiasa berwaspada dan jgn teragak2 utk terus dial no 999. Seriusly pengalaman tu betul2 buat aku rasa tak selamat.

p/s:Bosannya keje.

7 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

bdebar2 bc citer akak ni..nsb bek takde apa..

ok,xpe, kerja bek2..dah nak balik tu kan..hihi

ieda said...

Alhamdulillahh, x jadi apa2 syukur lahhh, risau juga akak dgr, x perlah jaga diri baik2 dik

lurun namzar said...

be careful, akak.
skrg nie mcm2 bnda bleh jadi.

Mama Gee said...

huhu mmg scary...leh jadi panik dibuatnya kita kan...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhuhuhu kalo dah drive sensorang nie.... bahaya gak bila ada org follow kita nie.. huhuhu~

nur anis said...

akak, seramnya...nasib takde apa apa..

mrs adam said...

takutnya baca cite awak,selamat tak de ape2.lelaki botak viva hitam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...