Monday, September 24, 2012

Perubahan

Aku rasa aku perlukan perubahan. Perubahan dalam segala segi. Baik kerja mahupun kehidupan. Tidaklah bermakna aku nak kawen lagi sekali..hahaha. Seriusly tiba2 aku macam berfikir secara mendalam tentang kehidupan aku. Sampai bila aku nak kekal ditempat yang sama. Tiba2 aku rasa aku perlukan satu keterujaan. Ya know like an excitement dalam kerja, dalam hidup.

Well kerja aku sangat boring. Aku hanya buat2 benda2 yang rutin setiap hari. Hanya akan jadi super duper busy bila scholarship application dibuka. Selepas tu akan jadi bosan sbb pagi2 cuma baca paper dan lepas habis baca paper, aku dah tak tahu nak buat apa. Projek menyiapkan webpage utk tourism info masih bertangguh sbb kekangan mendapatkan hak penyiaran gambar. Kalau ada gambar aku memang dah boleh buat dengan jayanya.

Aku rasa macam perlukan suntikan kerjaya. Mungkin perlukan suasana baru, kerja baru tapi aku sgt malas nak cari kerja. Rasa mcm tak best pulak asik nak hantar resume ke sana sini mcm mula2 grad dulu. Nak berbisnes? Seriusly aku tak minat dan tak pandai langsung bab bisnes ni. aku juga takut ambil risiko especially buat pinjaman. aku takut pada hutang. Alah kalau setakat hutang mesin jahit RM2000 aku takde hal lagi. tapi kalau hutang puluh2 ribu memang aku surrender. aku takut tak mampu nak byr. selagi boleh aku elak untuk berhutang. Tu psl sampai la ni tak beli2 rumah lagi sbb rasa tak mampu nak commit byr loan rumah. Byr duit kete pun dah rasa semput dah. Dahla harga rumah kemain mencekik. Takde gaji RM5000 nganga jelah tak mampu beli.

Alangkah seronoknya kalau aku berjaya dapat PTD...ermm okay setakat ni boleh verangan jelah... Jadilah uols daripada takde. haha. Kalau aku dpt PTD tu bolehlah beli rumah Semi-D (okay berangan tak kalah). Dapatlah tambah anak barang 2-3 ketul lagi (ketul???) sbb kos jaga anak skrg sgtlah mahal. Susu jek dah 4-5 kilo sebulan. Pampers sehari tak kurang 5 keping. Pastu makan pakai lagi?Nursery, books, sekolah lagi....okay kalau dok tara mcm skrg ni, memang tak mampu yang oiii...

Ker aku patut nekad?Just like my husband said, "kita kena nekad beli rumah. Kalau tak sampai bila2 pun tak mampu." Tapi kalau dah sampai makan pun tak mampu dek kerana rumah, berbaloi ke?

p/s:Just receive a visit from my scholarship candidate who is a PTD. Thanks to him sbb bagi advice pasal how to work as PTD. Jom verangan lagi..hihihi

9 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

seronok jika ada jawatan yg bagus, gaji pula besar....
semua itu perlukan pengorbanan...
terpulak pada diri sendiri....
apa2 pun gud luck.....

nuyui a.k.a miss YUI said...

besh kalau dpt ptd tu kan kak..

Mrs. Norrie said...

perlu berubah untuk meningkatkan ekonomi keluarga...

mrs adam said...

betul la kate hubby awak,tekad je beli rumah.insyaAllah mampu.so browse la cari umah skrg.haaaa

..::..aRe-Na..::.. said...

betui kan kekdg nak sgt perubahan hidup ni kan...masih ditahap ni..kos hidup makin tinggi kan...dipikirkan ari kemudian nun..huh,bikin runsingkan...

@izY@N said...

kalau nak rumah below 200k ada lagi kot kat area aku beli..tp fasiliti cam duk kg la..area jalan kebun.. btw aku doakan ko berjaya ptd eh..aku pun rasa nak tukar keje gak..tp kalau mcm cikgu ni tukar sek je la jawabnya..nak tukar position mmg tak la kan..

AnneRaini said...

muzai:shah alam jauhlah. laki aku keje putrajya..so better cari umah area bawah2 jugak.

@izY@N said...

cari kat banting la anne..area sana..dekat kan? Kalo ko nak aku leh try carikan..

Mama Gee said...

baguss kalo ada semangat yg mcm ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...