Wednesday, September 5, 2012

Raya kedua- BBQ

Akhirnya berjaya jugak aku update citer raya kedua..hehe. Raya kedua kalau kat Terengganu memang biasanya akan pergi open house umah tok sedara dan beraya rumah sedara mara. Tapi pagi2 tu kami semua pergi beraya ke Giant dulu. hahaha. Bukannya apa, malam ni kitorang ada BBQ so kenalah pergi beli barang2 utk BBQ tu. Dah siap membeli belah dan memerap barang2 utk BBQ barulah kami gerak pergi open house. Gambar memang takde sepanjang pergi beraya sbb aku sibuk dgn anak laki aku sibuk makan..

Ingatkan gi beraya kejap jer rupanya sampai ke petang. Sbenarnya pukul 3 tu dah boleh balik dah tapi mak mertua aku sibuk nak gi umah adik die. Lepas tu sibuk pulak nak menolong adik die buat dadih padahal kite ni nak buat BBQ. Barang2 nak buat nasi lemak haram satu hape pun tak ready lagi. Jadinya sbb aku igt keluar kejap jer so aku tak bawa susu Kasyah. Kasyah pon dah merengek nak susu aku ajak laki aku balik dulu. Sampai2 umah aku terus kupas bawang utk sambal nasi lemak. Bila mak mertua aku balik ada pulak orang dtg. Terencat program aku sbb aku kena buat air. Pastu kelam-kabutlah nak goreng nugget bagai, nak buat nasi lemak, nak buat sambal, nak masak air, nak itu nak ini sbb dapur cuma 2 je. Hah tulah die. Aku dah kate dah. Sudahnya dekat kul 9 malam baru siap semua. Barulah aku dapat mandi...huhuhu

Meja yang tak complete. Bila dah complete tak dan nak amik gambar dah kena seranggggg...

Budak tak reti duduk diam. Sikitpun tak nak masuk rumah. Asiklah main batu kat laman... Geram betul!

Dengan sepupu yang suka melayan Kasyah.

Bakar jangan tak bakae.. Ayam tu jangan hangus pulak..

Apa kes pulak aku mencangkung kat tgh laman ni? Ni gara2 anak kesayangan lagi baik tak nak masuk rumah. So sebagai mak yang prihatin, maka akupun mencangkunglah dalam usaha nak bagi anak aku makan...huhuhu

Peace kat papa...hehe.. Senyum konon padahal kaki dah sengal. bangun jek terus krem. Hadoi!

amik jangan tak amik... ALhamdulillah makanan cukup dan tak terlebih...

Dah siap makan Kasyah buat perangai merengek nak main bunga api.. Bukan tak nak bagi tp diekan tak faham lagi bahaya api tu. Adeke die nak pegang api bunga api tu..aje giler. So papalah kena layan.. Pastu dah main satu tak cukup.. Merengek nak main lagi.

So pak long yang layan Kasyah main bunga api..

Budak ini tak kenal erti puas..huhuhu

Bila dah kenyang dan dah pukul 10 lebih, aku ajak laki aku pusing naik kereta tidurkan Kasyah. Die kalau orang ramai memang thn mata die so cara nak tidurkan die bawa naik kete. Confirm lelap..

Itu jelah cerita raya kedua. Raya ketiga kami gerak balik Segamat tp ada tragedi berlaku. Yang itu biarlah aku simpan sendiri. Sampai masa mungkin akan ku ceritakan. Balik Segamat memang setiap hari dari Rabu sampai Ahad tu kami pergi beraya cumanya langsung tak amik gambar..huhuhu... Kalau laki aku malas memang takde gambarlah sbb akukan sibuk dgn anak..

p/s:Harini ada potluck.. Menu aku Baked Macaroni yang maveles.. Adeh lapar!

9 Magic Words:

Pn. Sheila@CC said...

wow... sonoknyer bbq...

nuyui a.k.a miss YUI said...

tang mkn tu besh..haha.

mrs adam said...

rajinnya laki awk lyn nk tdokan ank bw naik kete.klau laki sy mesti xnk.haha.dia guna kuasa mata dia je suh ank tdo

FiZ said...

hah??apa tragedi tu?xpee2..yg pnting akak sihat dan selamat ;)

ieda said...

memang seronok bila raya2 nie dpt buat BBQ .. akak arituu raya ke 4 dan ke 5 kami berBBQ .. ;)
meriahh

ieda said...

memang seronok bila raya2 nie dpt buat BBQ .. akak arituu raya ke 4 dan ke 5 kami berBBQ .. ;)
meriahh

ieda said...

memang seronok bila raya2 nie dpt buat BBQ .. akak arituu raya ke 4 dan ke 5 kami berBBQ .. ;)
meriahh

Qhaifa Nur said...

raya ni ramai buat BBQ....
best..best

Fai CeritaCinta said...

seronoknya, penuh aktiviti time raya ni.. siang pegi beraya, malam bbq pulak.. fai pula yg rasa best! hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...