Tuesday, September 18, 2012

Roti Nan Cheese yang sungguh bercheese..

Akhirnya berpeluang juga aku merasa roti nan cheese terbaik yang digembar gemburkan oleh rakan blogger. Aku dah nampak lama dah pasal roti nan cheese ni tp kalau semata2 turun KL nak mkn roti ni memang tak ah. Kebetulan haritu aku pergi open house kat Intekma so lepas balik tu kami terus ke Jalan TAR sbb nak cari Tshirt gelap utk aku pakai masa PAC tu. Nasib baik jumpa. Nak balik tu aku teringat pasal roti nan ni. Terus bagitau suamiku and kami GPS untuk cari kat mana restoren RSMY tu. Nasib baik ada dalam GPS. Sampai jugak kami tempat yang dituju. Restoren ni dekat dgn Maju Junction. Dkt Medan tunku. Tak reti aku nak bagi direction. Korang GPS jelah.

Kami sampai sini pukul 6 dan masing2 taklah lapar lagi sbb makan agak byk masa open house tu. So kami pesan satu jelah. Nak rasakan.

Ini budak tak reti duduk diam. dari open huse tadi asik nak main jek. Makan tak nak.

Akhirnya roti yang ditunggu2 tiba jua.. Boleh dikatakan semua yang dtg kedai ni order cheese nan ni tau.

Kami makan dengan kuah dal. Pekat dan sedap.

Limpahan cheese yang sungguh menggiurkan dan menakutkan bagi mereka yang on diet.

Apalagi, marilah kite nyekik. Memang sungguh bercheese. Suami aku kata, punyalah byk cheese die sampai kami kena cari roti..hahaha.. Selalu tu kami kena cari cheese..

Nampak tak? namapak tak? cheese meleleh2 tuuuu... Memang sedap tapi for those yang tak suka cheese mungkin tak sukalah. Aku ni kalau cheese tak berani sgt nak makan byk sbb fat lorr.. Tapi roti cheese ni memang sedap. Sekali sekala bolehlah. Kalau selalu, pengsan!

p/s:Kalau ke jalan TAR lagi bolehlah gi sini..

10 Magic Words:

Nieyl said...

peh!nampak2..sedap tuuuuu~

nur anis said...

waaa....sedapnya...

Qhaifa Nur said...

penuh dgn cheese lah...
sedapnya.....

wahida said...

mmg sedap!! terbaik!!
teringat2 nan cheese dia sampai sekarang...

Mamamya said...

huaaaaa...anne!!! m'leleh2 air liuq ni tau...sama mcm cheese yg m'leleh kat atas roti tuh... uhuhuuu

bila lah akak dapat merasa agaknya yerk...?

nuyui a.k.a miss YUI said...

apa nama penuh restoran ni kak? kalau takde pape hujung bulan nak ke jln tar.

AnneRaini said...

restoren RSMY..memang nama die gitu. Akak search GPS pun taip RSMY gak.

Mama Gee said...

geramm kalo kt sesetgh kedai tu...cheese nyaa tak byk...
yg ni nampak yummy sgt....isk2

cheeze maz said...

Salam ziarah...

Sedapnya... byk cheese...

kalau nak lg byk cheese.. tapau bawa balik @ buat sendiri, kemudian curah @ cicah dengan sos cheese yg seenak sos cheeze wedge di KFC. Boleh dapat dgn akak serbuk CHEEZE MAZharga RM 10.00 (x termasuk courier) dgn seberat 200gram. Lagi puas hati.. hehehe.

cheezemaz.blogspot.com

mummy alisha said...

nampak sedaplah... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...