Thursday, September 6, 2012

Tamak haloba.

Kisah malam minggu di mana si mak orang teringin nak mengasah suara yang dah lama tak diasah. Arakian, berangkatlah si mak bersama bapak dan anaknya menuju ke pusat asah suara tidak jauh dari rumahnya itu. Selesai membayar wang emas untuk mengguna perkhidmatan mengasah suara, maka menujulah 3 beranak itu ke dalam kotak pengasah suara. Maka syair pertama pun didendangkan...

Fuh lunak sungguh suara si mak budak itu :p . Bapak budak pula mengambil giliran kerana tidak berpuas hati sebab beliau juga sudah tak dapat menahan gejolak jiwa untuk memperdengarkan gurindamnya...

Selepas beberapa alunan...tiba2..

Si anak dengan tamak halobanya merampas 2 ketul tongkat nyanyian atau dalam bahasa canggihnya mikrofon daripada si bapak...Berlakulah perebutan sbb si bapak sedang syok menyumbang lagu dengan sepenuh hati tapi dikacau oleh si anak..

Si bapak berusaha untuk merampas kembali mikrofon tapi tidak berjaya. Namun si bapak teruskan juga nyanyian.

Anak yang tamak gembira kerana berjaya memiliki 2 ketul mikrofon..

Si anak pun menyanyi sesuka hati mengikut irama lagu..

Oopps sorry mama, mikrofon ni adik punye! huhuhu

hahaha, gitulahkan kisahnya bila anak bujang aku tu dah pandai menyanyi... Kami ni kenalah beralah nyanyi sesuka hati tanpa mic. Dah macam orang gile pun ade..hihihi.

p/s:Bulan depan kite karoks lagi ye..hehehe

6 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ni ikut perngai mak kot dok tamak sgt ni..hihi..

mrs adam said...

cube rakam video kasyah nyanyi,mesti comel kan

Mrs. Norrie said...

wah sakan anak teruna menyanyi

Qhaifa Nur said...

hari2 nyanyi mesti sedap suara kan..kan..

ieda said...

ahahah kiut
sekali rampas 2 tuuu
adehhhhhhhh sakit peyut akk gelak ekeke

AnneRaini said...

yui:eh mana tau ni???hehehe

fieda:byk jek rakam tp susah nak upload video..

norrie:memang sakan. Kalau kat rumah tu hari2 nyanyi lagi i love you.

Qhaifa:takde mana sedapnye.. sengau jugak..hahaha

kak ieda:mmg die rampas..tak bagi langsung tau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...