Thursday, September 13, 2012

The day after PAC, aku....

..sakit badanlah woiii.. haha nilah akibatnya kalau tak bersukan. Kena lari 2.4km terus barai..

Hallu semua..korang mesti tak rasa rindu kat akukan? Aku tau sbb aku dah prepare siap2 entry sepanjang aku bercuti menjalani program assessment tu. PAC memang pengalaman yang baru bagi aku dan tak mungkin aku lupakan. Keseluruhannya semua berjalan lancar (kecuali larilah beb) dan keputusannya kite tunggulah. Seriusly aku tak mengharap sebab bukan sikit orang yang dipanggil dtg PAC ni. Ramai dan dari pelbagai background. Ada peguam, lecturer, cikgu, engineer, businessman, PTD kontrak dan ramai lagi yang power2. Aku? kerani cabuk jek..huhuhu... terus down!

Aku gerak pukul 6.40 pagi dan sampai kat INTENGAH pukul 7.40 pagi. Tension betul lalu Salak expressway nak masuk ke Federal tu, jam teruk giler. Nasib baik tetap sampai before 8. Urusan pendaftaran takde masalah dan aku dapat bilik tingkat 2. Okay tingkat 2 taklah tinggi sgt. So aku terus turun pergi kat kereta (kereta park kat bawah bukit sbb INTENGAH ni kat atas bukit) dan amik beg troli. takde masalah naik bukit sbb tarik je tp bermasalah nak naik tangga. Berat tu sbb laptop, kasut sume aku sumbat dlm tu. Yang lagi best tu, tingkat 2 die actually tingkat 4. Bawah sekali basement, LG, G, 1, dan 2. So boleh bayangkan tak berapa byk tangga aku kena naik sbb lift die masa nilah nak rosak.Cisss!

Program bermula jam 9.15 dengan taklimat dari Pegawai INTENGAH tentang perjalanan program. Lepas tu duduk melanguk sementara tunggu diorang tampal maklumat kumpulan sbb setiap aktiviti adalah berkumpulan ye. Oh ya masa daftar tu korang diberi nombor dan sepanjang di sana korang akan dikenali sebagai nombor saja. Macam En.71, Puan 46, Cik 31 dsbnya. Aktivit pertama start jam 11 dan aku dpt kumpulan 10. Well aktiviti pertama adalah case study dlm bahasa melayu. Diberi artikel baca dan bincang kemudian capai keputusan. Dalam aktiviti ni aku taklah puas hati sgt tapi bolehlah. Kat sini dah nampak dah ciri2 gila kuasa dalam diri masing2. Aku? Lebih byk memerhati dan sesekali menyampuk untuk bagi pendapat.

Aktiviti kedua pun sama cuma dalam bahasa Inggeris. Masa ni aku kurang bercakap jugak tp still bercakap bila perlu sbb aku perlu keluarkan idea. Tak nak terlebih dan terkurang sgt. Sekali lagi aku tak begitu puas hati dgn prestasi aku dan kumpulan. Takpelah, setiap orang ada cara masing2. Aktiviti habis pukul 12.30 dan kami diberi lunch. Makan lebih sikit sbb ptg ni ada aktiviti fizikal. Lepas makan dapat berehat2 di bilik sementara turun untuk aktiviti seterusnya.

Pukul 2 aktiviti seterusnya bermual. Masih dlm kumpulan yang sama, kami diberi tugas utk merancang projek berskala besar. Masa ni aku dah mula tak seronok dan rasa down. Bukannya apa sbb masing2 cuba utk jadi pandai tapi at last pada aku tak menjadi sgt. Bila aku cadangkan utk tulis, masing2 taknak tp last2 kami kena tulis kat kertas mahjong gak. Pastu bila aku tanya pasal bajet takde sapa nak bincang dan terus masuk ke agenda lain. Korang tau tak bajet tu sgt penting sblm nak mula projek? Nak buat majlis kawen pun ikut bajet tau. Since masing2 lebih pandai so aku memang lebih byk mendiamkan diri dan ini disedari oleh panel. So bila kami kena bentangkan pasal projek, panel mintak aku yang buat pembentangan. Aku suka je sbb ni peluang aku utk menonjol tapi pada masa yang sama bila panel yang suruh itu dah menunjukkan ko dah terkebelakang dah..huhuhu

Aktiviti seterusnya penyelesaian masalah dalam English. Yang ni pun frust. Bukan sebab tak bincang tapi sbb kami tak dapat figure out jwapan yang betul. Huhuhu...Kalau diberi lebih masa pastinya kami boleh buat soalan tu... Tak adil betul.. Dah selesai aktiviti ni kenalah salin baju sukan utk aktiviti fizikal.. Yeayyyyy (tgn dibahu mata keatas).

Utk aktiviti fizikal kami diberi kumpulan baru. Sebelum larian 2.4km yang ditunggu2 tu, kena senamrobik dulu tapi buat pergerakan sendiri. Aku? Leading utk lagu kedua.. Followwww semuaaaa.. Wah gitu. Dah masing2 sume tak tahu dan tak nak bagi instruction, akupun volunteer jelah memandangkan dulu aku ni memang kaki areobic..hehe. Lepas tu apalagi lariiiii.. Mak aih semput aku lari. 2 pusingan pusing INTENGAH tu dah la berbukit. Tinggi kemain bukit tu.. Mau tak mengah. Most of the time memang aku jalan jelah tapi jalan laju2 sbb perut aku sakit. Daripada aku pengsan, baik aku jalan asalkan aku habiskan 2 pusingan. Malam tu masing2 sakit badan.

Aktiviti malam pula bermula jam 8.15 malam. Sebelum tu dinner dulu. Kami kena buat ujian sahsiah 185 soalan dlm 40 minit. Tight sgt masa tu. Tak sempat nak fikir. Nasib baik siap ngam2 40 minit. Lepas tu bergeraklah ikut kumpulan untuk sesi baru iaitu penyediaan slide utk public speaking esoknya. Tajuk randomly kite cabut ikut kertas yang diberi. Aku dapat tajuk natural disaster dan terus tinggg! aku nak buat pasal tsunami. So malam tu siapkan slide dan beri pada faci. Tido pukul 12 sbb nak prepare utk present esok. Tapi aku tak prepare sgt pun cuma cari maklumat tmbhn utk esok je.

Aku bangun pukul 6 utk baca2 sikit utk present. Roommate aku bangun pukul 5 tuuu buat preparation. Aku? Malas. Aktiviti pagi kami mula pukul 8. Masih dlm kumpulan yang sama mcm malam tadi, kami diberi teks untuk dibincangkan. Aktiviti ni aku agak puas hati. Habis aktiviti ni, kami terus ke aktiviti terakhir iaitu public speaking. Presentlah ko sorang2 kat depan, dan panel 3 orang dok kat belakang. Nervous toksah citer ah.. Gigil tgn kaki semua..

Alhamdulillah aku berjaya present dgn jayanya.. Semuapun kata aku sgt okay masa present. Selamber, cute dan byk interaction dgn penonton. Hahaha.. itu diorang ckplah..hehe tapi akupun rasa okay sbb aku buat lawak diorang gelak je..hihihi... Selesai sesi tu, kami diberi taklimat tentang temuduga (jika berjaya) oleh SPA. Lepas tu dah boleh balik..yeayyyyy..

Sorrylah takde gambar. Aku malas nak beria sgt. Aku cuba jadi secool mungkin. fake giler...dapat tak dapat itu bergantung pada rezeki. Ada rezeki anak aku, dapatlah. Takde, cuba lagi..

p/s:Nasib baik tak MC sbb aku berjalan dah mcm apa dah ni.. Kaki krem tak habis dari semalam..huhuhu

4 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah....
lega rasanya.....

FiZ said...

wah..part yg last tu akak da confident.bagusla.mana tau ada rezeki kan.hehe

AnneRaini said...

Fiz:part last jek confidentnye..yg lain nan hadoooo

mrs adam said...

wah bagus la awak cite mcm ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...