Friday, October 19, 2012

Bagaimana nak dapat anak perempuan????

Seperti yang korang sedia maklum, aku sedang dalam perancangan untuk dapatkan anak kedua. Yelah, Kasyah pun dah 2 tahun lebih so sedang eloklah untuk aku planning second baby pulak. Kalau boleh naklah baby girl supaya dapat sepasang. Lagipun aku geram jek tgk baju baby girl cantik2 kat pasaran. Kalau budak lelaki balik2 baju seluar je. hehe. So sekarang memang aku sibuk googling info on how to get baby girl. Boleh dikatakan sekarang ni aku dalam proses mengkaji..hahaha.. Ini antara info yang aku dapat melalui website ratuhati. Jom baca

Merancang anak perempuan.

DARI SEGI PEMAKANAN

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

- Untuk mendapat anak perempuan, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus.

MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

1. Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakah masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

- Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

- Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

- Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormone yang meningkat ketika itu.

- Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14).

- Senang cerita, persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Kiranya, kena bersama seawal habis period @ sblm ovulation. Sperm boleh hidup dlm rahim 4-5 hari. So sperm standby sebelum ovum keluar.

-Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.


TAHAP KEASIDANAN

1.Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

-Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

TAHAP KEPUASAN ISTERI

1. Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan merangsang pergerakan benih X.

MELALUI AMALAN

1. Petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.

- Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.

- 40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging.

- Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.

- Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan.

- Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam....

Lepas tu aku jumpa juga jadual merancang jantina anak daripada blog cikmin

Kalau ikut jadual atas ni, korang kena tgk umur korang berapa pastu bulan berapa korang 'bersama'.. So itulah jantina anaknya..hehehe.. Betul atau tak, wallahu'alam.

Tapi semuapun atas kehendak Allah. Kalau dah rezekinya memang perempuan, perempuanlah. Kalau lelaki, lelakilah. Kita cuma boleh merancang sahaja.

p/s:Ishhh geramnya tgk baby..hehe

15 Magic Words:

Nieyl said...

wah~best nyer klu peknen hujung2 tahun nie...hehehe~dapat baby girl...

nuyui a.k.a miss YUI said...

boleh rujuk nanti ni bila dah kawen..kui3..

Amyna said...

nice sharing... terima kasih ya..

bila lah agaknya rezeki itu... Moga hadir juga dalam masa terdekat nih... InsyaAllah ;-)

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

waa bagusni boleh try bagi sesiapa yang nak anak perempuan...

ibnu marzuki al firdaus said...

Awatlah tak leh bagi komen kat article pasal HPj?

Sebab nak buh info tentang PBBR = pusat bersalin berisiko rendah PUTRAJAYA & kini dah Ada 4 KKPj

myazuluv said...

sama lah Anne, gerammm jek tgk baju gaun bby gurl kannn..aku dulu time dah ready nk pregnant buat kiraan camtu jugak..kira betul2bila waktu subur, jaga pemakanan and insyaAllah berjaya..gud luck!

nur anis said...

opss..belum kahwin lagi...tunggu lepas kahwen nanti lah..

wahida said...

nok, sok aku pos FM baru utk ko ye...kali ni aku tak nak dah pakai pos ekpress, aku pakai pos laju pulak...

Qhaifa Nur said...

semua teknik pun penting...
dh ada pgalaman 4 boy ikhtiar terakhir seperti dicatit oleh AnneRaini...ada juga teknik itu diamalkan....alhamdulillah dapat gegurl akhirnya..

..::..aRe-Na..::.. said...

hehehee..nk rujuk sini jgk lah nti bila dh nk menambah hehehhe...2dua hero belum ada geng lagik neh hehhe..info terbaekk..smg Allah makbulkan permintaan anneraini..amin

Nur Ezqy said...

Anda mencari pregnancy(UPT) dan Ovulation (OPK) test murah?
Hanya RM1/pcs
lawati blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

manja apis said...

kalau bab kepuasan isteri tu sy sokong sbb sy pn rasa mcm tu gak lam kajian sy sndri.. laki yg hari2 mau tp ppn dia xbrp suka sgt nk bersama hasilnya berderet ank ppn..

Liza Noh said...

Emmmm.mmg dlm proses nk dpt bby girl la ni.thanks for the useful info....hopefully bjaya...

Liza Noh said...

Emmmm.mmg dlm proses nk dpt bby girl la ni.thanks for the useful info....hopefully bjaya...

Liza Noh said...

Good info..mmg tgh nk planfor bby girl la ni...harap berjaya..kalu dh berjaya..sy inform...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...