Monday, October 22, 2012

Bowling time

Salam hari Isnin...Dah lama sesangat tak pergi main bowling. Sampaikan bila last aku pergi main pon aku tak igt dah. Rasanya tahun lepas kot. Sesajalah last weekend kami pergi main bowling. Kebetulan pulak suamiku takde kelas that week so bolehlah berjimba2 tanpa mengira waktu. Tapi raya haji ni ada kelas pulak. Tension aku. Nak je aku gi luku kepala lecturer tu yg takde sensitiviti pasal orang nak balik kampung beraya. Taulah raya haji je tp tahun ni kitorang buat korban tau. huh tensi!

Berbalik pada cerita bowling, konon sbb dah lama tak main kami main dua frame terus. Lepas gian. Mula2 amik satu frame je tp tak puas pulak. Bantailah dua frame. Korang tau apa jadik lepas tu? Hambik ko satu badan aku sakit terutama sekali kaki. Walaupun main bowling pakai tgn tapi kaki aku sengal giler sampai rasa nak ketuk kaki dgn hammer. Tu belum lagi sakit badan yang ko nak berpusingpun mcm ada tali ikat ko tak kasi pusing. pergh penangan main bowling lepas setahun lebih tak main. dah macam orang baru lepas marathon 10km.

eksyen je ni sbb kami dah habis main pon. Nak ambil gambar masa main tak sempat langsung sbb sibuk jaga Kasyah yang asik nak berlari kat lane.

Tengok tu. Sikitpun tak nak duduk. So setiap kali turn baling bola, sorang lagi kena hold kasyah supaya die tak dtg dekat. Bukannya apa takut kite tak perasan die kat belakang dah kena hanyunan bola tu.

See, eksyen jugak ni... Kami main ntah2 pape je haritu. Yelah dah lama tak main skill pon nanhado. asik masuk longkang je. baik aku main kat longkang betul..hehehe

p/s:Hari ni puasa....:)



9 Magic Words:

Love Razila said...

Wah!! main bowling =P

i teror gak tp juara longkang jer arrr =P

nuyui a.k.a miss YUI said...

haha,jom lawan =p

mrs adam said...

tak penah main bowling.kesian kan.haha.penah masa blaja dulu2 ikut kwn masuk tmpt bowling tu kejap.tgk dorang main.tu je la sekali masuk tmpt main bowling.huhu
aik raya haji pon ada kelas ke

Qhaifa Nur said...

tak pernah main bowling lagi...
takut dah pandai asyik ulang alik ke sini pulak he..he..

wahida said...

aku suka main bowling...kadang strike, byknya longkang la...kahkah..

tak kisah longkang tu nok, janji quality time ngan family tu yg penting kan...

nur anis said...

bestnya main bowling..tapi main pun, memang banyak longkang je..hihi

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

dah lama xmain boling.... jari jemari ni rasa gatal laa plak.. huuhuhu

AnneRaini said...

yui:ta nak sbb nnti akak menang...hahahah :p

Kesuma Angsana said...

amboi berbowling kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...