Tuesday, October 16, 2012

Cerita buruk orang.

Gerammmmm...Sakit hatiiiiiii... Hamboi mcm marah sgt je. Well memang aku marahpun. Aku rasa kalau lepas korang baca citer ni pun korang akan marah. Bukan niat aku nak aibkan orang tapi aku rasa citer ni patut jadi pengajaran. Kalaulah si empunya diri baca blog aku lagi best. Biar die sentap sikit.

Ni pasal seseorang. Alah senang citer pasal akak ipar aku aka bini abang aku. Seriusly bukan aku tak suka kat die tapi perangai die memang buat aku menyampah. Semuanya bermula lepas dia kahwin. Pada 2-3 bulan pertama kahwin, dia duduk dgn kitorang means duduk umah mak bapak akulah. Dia ni spesis berat mulut dan berat tulang. Akupun tak faham padahal kecik molek jek orangnya. Masa awal2 kahwin die memang jarang menolong mak aku buat keje umah. Takpe dimaafkan sbb die keje jadi mak aku tak kesahpun tolong die basuh baju bagai. Pastu bile weekend je die akan pergi balik umah mak die yang actually sefelda je dgn mak aku. Dekat jek. So memang tak ingat pulak aku kalau die pernah tolong mak aku masak. Pastu kalo die ada kat rumahpun asik memerap dalam bilik aje. Kitorang tak kesahpun.

Lepas tu die pregnant dan die pindah balik umah mak die. Kononnya alahan mengandung jadi eloklah die duduk umah mak die sendiri. Hmmm kitorang tak kisah jugak. Sukatilah. Bila dah duduk umah lain ni, memang jaranglah die dtg umah kitorang walaupun jaraknya dekat. Abang aku memanglah hari2 dtg. eh, tetiba rasa macam panjang pulak nak mula citer dari awal kawen. Pendekkan jelah. Hal yang betul2 buat aku sakit hati bermula lepas die mula kerja. Alah kerja kuli jekpun. Kerja kedai kain. Awal2 kerja dulu eloklah lagi. Ada juga bertegur sapa dgn mak abah aku lepas tu nan hado. Dia mula kerja sebelum puasa tahun lepas so masa raya tu okaylah lagi. Pergi raya sama2 mcm biasa tapi die cuti tak lama. Lepas tu dah makin sombong. maksud sombong tu sbb tetiba je die tak nak bertegur sapa dgn mak aku. Dtg umah memang jangan haraplah sbb memang boleh kire dgn jari berapa kali die dtg umah aku.

Korang bayangkanlah die dgn mak aku naik bas yang sama tapi die boleh wat bodoh je tak tegur pun mak aku. Pastukan bile die dah lambat nak gi kerja and die terpaksa tunggu bas kat depan umah aku, die langsung tak tegur mak aku yang tgh sidai kain kat depan umah. Salam? Ermm time raya je. Itu aku boleh ignore je bila mak aku citer tp yang ni memang aku hangin. Korang fikirlah, mak aku balik dari umah aku naik bas and sampai segamat soh abang aku amik, boleh pulak die suruh abang aku balik dulu hantar mak aku pastu baru amik die padahal die balik keje time yang sama jugak. Korang tau tak umah mak aku dgn bandar tu lebih kurang 28km. Takke menyusahkan nak ulang alik amik die balik? Pastukan masa sepupu suamiku meninggal, family aku dtglah melawat. Umah makcik suami aku tu kat bandar segamatlah. Kes yang sama jadi. Beria2 abang aku ajak balik sbb dah pukul 8.30 malam sbb die nak hantar mak abah aku balik dulu. Lepas tu die nak amik bini die pulak. Eleh apa salahnya naik je satu kereta sbb bini die baik pukul 9 malam. Bukan mak abah aku takleh tunggu.

Byk dah kes mak aku citer tp aku rilek je lagi tapi bile jadi depan mata lu fikirlah sendiri. masa aku buat majlis harijadi Kasyah haritu, kebetulan die balik keje malam tu, abang aku terus bawa dtg umah. Peh lepas sekian lama baru nak dtg. Aku suspek abang aku yang ajak aka paksa. Kalau ikut kepala die, jgn haraplah. So masa tu aku buat cam biasa je sbb die pun berlagak biasa siap puji aku kuruslah apalah. Aku iyakan aje. Orang ramaikan. Takkan aku nak hentam die pulak. So abang aku ni siap amikkan mee rebus, kek, air sume tapi korang tau tak. Setitik pun die tak usik. Jangankan nak jamah sentuh pun tidak. kat mana abang aku letak, kat situlah benda tu sampai kitorang yang kemas. So takke hangin aku. Sampai makanan kat rumah pun die tak nak makan. Apa dah jijik sgt ke makanan rumah family aku ni? Dah besar sgt dah pangkat kau sampai makanan orang biasa ko dah tak makan. nak kata dah jadi bos, aku tgk masih pangkat kuli gak. Duduk masih menumpang umah mak ko gak. jadi apa motif yang ko sombong sgt ni????? Bile makin kitorang diam , makin menjadi pulak.

Selama ni, kete aku yang lama memang abang aku tu yang pakai. Tapi mak aku kata sejak abang aku yang angah tu dah ada lesen die dah jarang guna kete tu. Amik bini diepun naik motor je. Kononnya die nak beli kete barulah. Aku bayangkan kalau dah pakai kete baru, haruslah tahap kesombongan die makin menjadi2. Entah2 anak2 diepun die tak bagi dtg umah mak abah aku. Korang tau tak? Anak2 die semua mak abah aku yang jaga. Ada die bagi duit? Makan pakai anak die sapa yang belikan? Itupun nak menyombong gak.

Seriusly aku bukan nak jatuhkan air muka sesiapa tapi aku geram. Memang orang kata mak mertua dgn mak sendiri lain tapi itu tak bermakna ko boleh buat mak mertua ko sama macam orang lain. tak salah bermanis muka walaupun kite rasa janggal. Akupun lagi suka balik umah mak aku dari umah mak mertua aku tapi ada aku tak balik terus?? Fair and squarelah. Ni tak. raya pun die tak penah dah sambut kat umah mak aku. Die cuma dtg sekejap pagi tu lepas ko tunggulah taun depan baru nampak hidung mancung die tu balik.

Kalaulah raya haji ni die dtg umah mak aku, memang aku halau je. Serius ye. Utk apa dtg kalau time raya je lepas tu menyombong balik. baik tak yah datang terus. Hatipun tak sakit.

p/s:Mak abah aku malas nak bising2. Die kata biarlah, mak redha je. Mak aku tak nak haruk, biar aku yang ngamuk.

10 Magic Words:

mama leen said...

ish2.. nape sampai macam tu.. try tnya abang tu.. kenapa dgn isteri dia.. eh kita pulak yang pandai2.. hehe

AnneRaini said...

abang sy kalau ditegur perangai bini die tu nnti die merajuk terus tak dtg umah. Lagipun bini die tu perengus. Abang sy pun dah malas nak ckp.

nuyui a.k.a miss YUI said...

TU DIA..MMG ANGIN JA BACA NI..DIA ADA FB> CER TAG ENTRY NI..HUHU.

mrs adam said...

aik.ni macam punya olang pon ada ka.huhu
serius pelik dgr cite ni.dan geram jugak!eh

lurun namzar said...

ada plak camtue?
bkn ke mak mertua kita kena layan sama rata dgn mak sndiri.

Sue PeLik said...

serius! saya baca sampai habeh. tapi kan macam pelik jer, kenapa dia jadi cm tuh? saya tak rasa laa pasal dia dah keja dan dia sombong. mungkin ada sesuatu kot yang sebabkan dia jadi cm tuh. cer try tanya dia apa masalah dia sampai dia jrang balik segala kan? mungkin jugak dia dengar hasutan2 mana2 ker? atau mungkin gak memang perangai dia sombong?? kalau memang dia jenis meyombong cakap kat dia. iblis tuh kena laknat Allah, sampai kekal kat neraka selama2nya. tau sebab apa? sebab dia sombong! terasa diri lagi hebat dan tak nak sujud kat adam. ha.eh, dah macam entry plak aku neh. hihi maap2 . just pendapat. apa2 tnya dan bincang elok2 dulu. kita pun tertibe emo jgk, huhuhu

AnneRaini said...

sue pelik: kitorg pun pelik.die memang mcm tak suka nak dtg umah sejak dari awal kawen lg. kitorg tak kisahpun. selama ni memang mak abah sume biar je tp sbb die taknak tegur bile jumpe kat luar tu yg kami geram. bukan tak pernah tegur sblm ni tp lagi die buat musuh adalah. die igt kitorg yg busuk hati kat die padahal die tu yg tak sedar diri perangai die camne sblm ni.

wahida said...

abang ko sepatutnya main peranan besar dlm hal ni...dia sepatutnya tegur dan didik isteri dia supaya hormati org tua & keluarga...ibu & bapa mertua mesti dianggap seperti ibu bapa sendiri...dan hubungan itu kekal walaupun sudah bercerai...

aku tak rasa kalau ko halau dia balik adalah jalan yg terbaik...the best way, ko gi kat dia, dan tanya baik2 apa masalah dia pada family korang...

kalau ko halau dia, silap2 haribulan dgn abang ko tak nak dtg umah ko lagi dah...

kita sebagai org ketiga kalau boleh jernihkan keadaan, bukan keruhkan lagi keadaan...

just my 2 cent...


p/s: dear, FM dah sampai lum ni? aku dah risau dah ni...

AnneRaini said...

wahida: nok sbnrnya abg aku tu ikut ckp bini. dulu mak aku pernah tegur psl bini die tp makin teruk pulak perangai bini die tu. mak aku tak ckp direct tau tp bgtau abg aku je tu pun die dah sentap giler2. lepas tu bile mak aku tegur lagi abg aku kate bukan tak ckp tp nnti die kena marah balik last2 diorg yg gaduh. kitorg memang dah redha dah die tak nak dtg umah. Lagi suka kot. Cuma mcm aku ckplah, aku yang hangin sbb kes die langsung tak jamah makanan tu. siap marah abg aku kenapa amik makanan utk die. Aku dgr tau... Nasib baiklah aku ni penyabar lagi...tp bile aku tgk abg akupun dah jadi sombong mcm die. tu yg aku rasa aku nak halau je kalau die dtg.

p/s:sebenarnyakan byk lagi dan panjang lagi citer die tp cukuplah yg aku share je aku citer...mau tak panjang..11 thn dah beb. patutnya dah mesra dah 11 thn ni tak makin teruk pulak.

nur anis said...

fuhh...emo jugak saya baca ni...yang bab taknak naik 1 kereta tu, agak melampau jugak sebenarnya..kalau saya pun, memang kecik hati habis lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...