Tuesday, October 30, 2012

Daging Dendeng

Atas permintaan kawan aku Muzai, so skrg nak share resepi daging dendeng. Actually resepi ni aku ambil dari blog Kak Ummi Kuantan. Tapi ada step2 yang aku tak follow sbb malas..haha. Ada banyak lagi resepi daging dendeng tapi aku pilih untuk ikut resepi ni sbb nampak mudah dan bahanpun tak banyak.


Daging dendeng

Bahan:-
1 kilo daging fresh (Aku buat 2kilo stgh)

(Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging (yang ni aku tak buat. Aku just potong je lepas tu goreng). Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)Bawang pun aku tak goreng. Aku guna bawang goreng beli.

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka (aku kurangkan sbb kurang suka manis2 ni)
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis (aku letak 2 sudu je)
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Tak sangka memang sedap jadinya tp aku still rasa mcm manis sikit. Mungkin patut kurangkan lagi manis tu kot.

Suamiku aku pulak request kalau buat lagi kena kurangkan bawang goreng sbb die memang kurang gemar bawang goreng ni. Aku okay jek sbb sedap gak makan bawang goreng tu.

Kesimpulannya boleh buat lagi daging dendeng. Mungkin lepas ni boleh try resepi versi lain pulak.

p/s:Aku merajuk dgn ofis aku. Harap dptlah keje lain supaya aku boleh berambus dari sini.. Kalau tak kenalah tahan sakit hati ni...Mencik!



11 Magic Words:

MRS Rongoks said...

first time dengar "dendeng" :)

mrs adam said...

kadang2 berblog ni memberi faedah,iaitu kita terpengaruh dgn kwn2 blogger yang rajin memasak,padahal diri sendiri tak suka masak pon.haha
*baru entry ni,tgk mcm senang je kan.awak ni mmg rajin.sgt salute!

Mamamya said...

dah duduk dalam list nak buat jugak... akak suka manis2 pedas..

@izY@N said...

senang jugak buat dia..aku rasa kalau manis sedap kot..heheh kenal daging ni masa aku duk aps dulu..keras tapi sedap..bila tengok pic ko ni aku rasa versi yg sama kot ngan aps.sebab yang lain aku jumpa dia cam basah je..ada kuah..x best
thanks anne.. Next time leh buat..lama dah cari

ainnoraini said...

sedap tuu..makan dgn nasik masa panas2...

Sue PeLik said...

aduh macam sedap jerk. anta kat blog saya sikit tak leh ke?? huhuhu

nur anis said...

nampak cam sedap je....

wahida said...

meleleh air liur aku nok...

AnneRaini said...

muzai:aku suke jek manis2 ni tp laki aku taksuka pedas campur manis. tu yang aku risau je kalau masak lauk yg ada unsur manis2 pedas ni. tp haritu die tak komplen pun pasal manis. Okaylah kot..hehe tp memang sedap manis die tu.

dwaty said...

terasa lapar... yummm

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

daging dendeng mmg sangat sedap...tp renyah sikit nak buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...