Wednesday, October 31, 2012

Qurban

Alhamdulillah ibadah qurban kami sekeluarga berjalan dengan lancar. Buat semua yang membantu terima kasih diucapkan. Kami buat qurban hari sabtu sbb hari jumaat tu masa sgt suntuk. Yelah orang nak pergi solat jumaat lagi. Nak kerjakan lembu bukannya kejap. Berejam gak. Pukul 10 lembu sampai kat umah mak. Kami amik lembu dah siap disembelih. Kiranya kami tinggal lapah jela. Upah tok imam sume kami dah kasi siap dgn upah hantar sekali.

Lembu baru sampai. Inilah wajah lembu yang dokorbankan oleh hamba sekeluarga..hensem jugak lembu ni ek.. Jasamu ku kenang wahai lembu.

Bahagian badan lembu. Lembu ni dah siap dipotong dua. Mungkin untuk memudahkan diorang angkat lembu ni masuk pickup kot. Berat dan besar tau lembu ni. Nak banding dengan lembu aqiqah aku tahun lepas memang jauh beza.

Proses melapah lembu. Disertai oleh jiran2 dan juga pakcik aku beserta anak2nya.

Suamiku jadi tukang timbang dan bungkus daging.


Pukul 2 jugaklah baru selesai kerja2 melapah dan juga penghantaran daging2 lembu. Aku punye bahagian siapkan makan ler untuk makan tengahari. Petang tu kami balik kampung mak untuk hantar kat sedara mara kat kampung. Overall semuanya lancar. Alhamdulillah.

p/s:walaupun buat qurban still dpt gak daging dari org lain. Nak masak apa ek?

8 Magic Words:

fatin amalina husna said...

meriahkan bila ada kenduri mcm nie..

jenuh makan daging lar minggu nie kak..=D

Kesuma Angsana said...

seronok kalau ramai2 ringan tulang membantu mcm ni

Mamamya said...

sedoh bila t'ingat akak x dapat balik kg aritu...

Qhaifa Nur said...

rupanya kat kg korban dibuat dirumah...
puas dpt makan daging korban...
masak apa, mcm2 bole reka nih he..he..

AnneRaini said...

kak nur:nak buat kat mana2 pun boleh. kalau nak join masjid buat kat masjidlah. Kami memang nak buat sendiri.

Nieyl said...

ade lg daging korban dlm peti ais..

Tihara said...

as salam,

haah, ada yg buat kat rumah, masjid n surau...time mcm ni mmg penuh peti dgn daging2 :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

uish..tgk kepala tak tahan tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...