Thursday, October 18, 2012

Salmon grill blackpepper

Hari rabu haritu aku dah letak gambar salmon grill blackpepper so hari ni aku nak share resepinya yang tersangatlah mudah. Pejam mata pon boleh buat.. hehe Sebelum ni aku pernah buat jugak. Boleh klik sini.

Salmon ni aku beli kat tesco masa die ada promotion. RM23.90 sekilo. So aku amik 5 keping dgn harga RM20. Berbaloi2.

Salmon Grill Blackpepper

Bahan2
Ikan salmon
Sedikit serbuk blackpepper kasar
Garam
lemon
Minyak zaiton

Cara2.
1. Lumurkan salmon dgn blackpepper dan garam. Kemudian perahkan lemon.
2. Grill salmon atas kuali non stick dgn sedikit myk zaiton. Biarkan sehingga masak.

Fuh senang giler. Mcm ni je pun dah sedap.


Tapi knowing me, aku mesti nak makan dgn blackpepper sauce so aku pun buatlah sos blackpepper tu. Kali ni sangat mudah sbb aku hanya guna serbuk brown sos. Serbuk ni korang boleh dptkan kat kedai frozen. Mula2 korang ambil bawang besar dan cincang halus. Lepas tu panaskan minyak zaitun dlm periuk kecil or boleh juga guna butter. Tumis bawang cincang hingga naik bau. Masukkan serbuk blackpepper kasar (aku tumbuk je lada hitam biji tu) dalam periuk. Masukkan air dan tuang serbuk brown sos. Kacau hingga agak pekat. Kalau korang nak yg cair boleh tambah air lagi. Senang citer kepekatan tu ikut suka masing2. Brown sos dah masin so tak yah letak garam. Kalau korang takde brown sos, boleh guna resepi kat sini.

Aku makan salmon dgn french fries dan juga coslow. Kenapa warna purple sbb aku pakai kobis purple tu campur dgn kobis biasa.. tu pasal kaler die cantik..hehe.

p/s:Rasa bengang bila kite nampak macam bersalah tapi hakikatnya kite nak sembunyikan sesuatu yang memalukan orang lain. I try to coverline u. Ada faham?

11 Magic Words:

Cik Cyida said...

nampak sangat sedap..huhuhuhu :D

Kesuma Angsana said...

sedap tu!

Fieza79 said...

sodapp nyaa...haihh terliur dgr gril2 nih...nk bt jgk lah..salmon slu letak dlm bubur nasi firas je..

ieda said...

sedapnyaa dikk
petang2 tgk ikan salmon niee mak aihh
nampak sedapp tapi akak x pernah makan .. huhuh
kena try nie huhuh

fatin amalina husna said...

ermm..nyum2..sedap..
teringin nak rasa ikan salmon..>.<

Sue PeLik said...

sedapnya tengok! nak jugak boleh tak! huhuhu

wahida said...

sedap!! nnt aku pun nak buat gak la...

nok, aku dah check ngan Pos Malaysia...item ko tu dah sampai 15/10 hari tu...

ko tak receive eh?
kalau mcm tu, aku hantar FM lain la ye nok...tapi Danau Toba FM dah habis...aku bagi Medan punya...boleh ke? huhu...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

aishhhh nak ke tgh hari dah nie...lapar arr plak

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

ermm sedapnyer...ikan Salmon ni banyak khasiatnyer kan... apa yang paling ingat ialah untuk cantikkan kulit tu yang raser nak makan selalu tu...

AnneRaini said...

wahida:yeke dah smpi 15hb?tp memang takde pon kat posbox aku. bil adalah.. ad org songlap kot..hehe

tak kisahlah fm apepun..aku okay je. kesian ko pulak kena hntr 2 kali.

Qhaifa Nur said...

macam makan kat kedai pulak..
insya allah nanti2 bole try nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...