Tuesday, October 9, 2012

Steamboat at Johnny's

Akhirnya setelah hampir 3 tahun tak makan setamboat kat Johnny's, 2 minggu lepas dapat gak kami terjah ke sini. Biasalah masa minggu gaji memang kami akan makan kat luar so sajalah pilih Johnny's sbb last aku makan kat sini pun masa aku ngandungkan Kasyah. Kasyahpun dah 2 thn lebih dah. Sblm bukan tak nak makan kat sini tapi since Kasyah kecik lagi dan tak reti dok diam, aku malaslah takut die sibuk nak usik periuk panas tu. dah besar ni bolehlah faham apa aku cakap. Itupun buat perangai jugak. Tak pasal2 kena marah.

Muka budak baru lepas nangis. huii perangai die sekarang memang mencabar kesabaran sungguh. hari2 kena marah budak ni. Jgn tak tahu aku dah amik tarzan punya job memekik melolong marahkan die...huhuhu. Satu yang bagusnya, lepas dah kena marah, dah melalak menangis sedih, tau pulak pergi peluk aku...hehehe sweet tapi pastu buat lagi.. Kejap jer sweetnyer..hahaha

The food. Aku amik set yang untuk 2 orang tu RM29.90. Pastu add beberapa item dan juga nasi goreng thai. Sedap jugak nasi goreng tu.

dan lagi...nampak mcm tak banyak tapi puas nak ngabiskan.

Pencicah aka sambal. Aku suka sambal ni. Ada rasa tomyam. Sedap!

Steamboat...yumyum.. Lepas ni nak try yang dekat Seoul Garden ah. ada grill sekali. Takpun yang kat Red Wok tu.

Budak lapor beria-ia hirup kuah.

Eh, aku lagi..haha blog akukan haruslah gambar aku..hehe

Yang paling beria makan hari tu adalah Kasyah tapi die makan mihun je. Lain2 tak nak. Sampai kiotang nak balik pon die tak habis makan lagi..hehe

Makanlah nak.. Kasyah ni makan die ikut mood. Kadang2 aku dah masak beria kemain sedappun die tak nak makan. Bila time aku malas masak bagi die telur dgn kicap, die makan byk pulak. Ermm sukatilah asalkan nak makan walaupun sikit.

p/s:teringin nak beli baju...harus ke ku beli?????

10 Magic Words:

Nieyl said...

xpenah pun lg makan kat Johnny's nie...biasa makan steamboat kat restoran biasa aje...hihi~

nur anis said...

favourite saya ni..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mmg puas hati la sni..try ns goreng belacan..pergh! nyum2..

Qhaifa Nur said...

tempat fev juga...
lama x singgah Johnny's...

Kesuma Angsana said...

he he best nyer

ainnoraini said...

lama tak gi makan kat situ...

ieda said...

sedap niee
dah lama x makan nieeee

wahida said...

sedapnyaaaaaaaa...buat aku terliur jer...

Mamamya said...

waduhhhh..akak pun dah lama x makan steamboat (org baru habis pantang meroyan nak makan mcm2 hahahhaaaaaa)



**** beli anne jgn x beli...kikikiiii

mrs adam said...

tak penah mkn kat Johnny's ni,penah mkn kat Flaming steamboat je,saya suka seafood tp husband tak suka sgt,dia kate mkn byk2 nt gout.ntah ape2.huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...