Tuesday, November 27, 2012

Asam pedas ikan parang

Biasanya sebulan sekali kami akan pergi pasar borong selangor untuk beli stok ikan. Selalunya memang stok untuk 2 minggu terus. Lepas tu kalau dah habis beli je kat Mydin sikit2. Jadinya sabtu pagi haritu aku pun pergilah berdua dgn suami ke pasar borong. Syok sikit kali ni sbb tak bawa Kasyah. kalau die ada memang payah sikit sbb pasar tu kan kotor pastu die sibuk nak berlari2. Leceh. Ikanpun dapat beli yang alakadar je sbb tak tawaf satu pasar.

Since haritu kami berdua je dapatlah round tempat ikan tu 2-3kali. hehe. Tetiba teringat pulak betapa syoknye kalau dapat makan asam pedas ikan parang. Tak menahan terus beli tau. Kami beli bahagian ekor je RM13. Bolehlahkan. Puas jugak makan. Suamiku request nak asam pedas melaka. Aku ni igt2 lupa resepinya walaupun pernah buat sekali dulu tapi aku bantai jelah.. Bila dah siap suamiku kata sedap dan hampir sama macam asam pedas melaka (diakan dulu belajar kat melaka).. Tapi dia kata asam pedas tu sempadan je belum sampai betul kat Melaka..hahaha

Mengancamkan asam pedas ni. Sedap tau siap aku ratah2 je ikan tu. Walaupun banyak tulang tapi kalau tau skill makan die, senang jer. hehe.

Asam pedas ikan parang - sempadan melaka style..hahaha

Bahan2
5 ketul ikan parang
2 senduk cili kisar
1 senduk bawang besar kisar
1 sudu bawang putih kisar
1 sudu kecil halia kisar *semua ni sebab aku memang siapkan stok bhn kisar dlm peti
1 inci belacan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-diketuk
1 sudu kecil lada hitam -tumbuk
1 sudu kecil biji sawi
air asam jawa
daun limau purut
bunga kantan
daun kesum
garam
minyak untuk menumis

Cara2.
1. Panaskan minyak. Sila kurangkan minyak sebab minyak tak bagus untuk kesihatan walaupun aku tau asam pedas memang syok kalau berminyak2.. Tumis bahan kisar dan juga belacan. Masukkan lada hitam, biji sawi, kunyit dan juga serai. Tunggu hingga cili masak.
2. Masukkan air asam jawa. Jika tak cukup masukkan juga air. Kepekatan kuah ikut sukalah ye.
3. Masukkan ikan dan tunggu hingga ikan masak.
4. Bila ikan hampair masak masukkan daun kesum, daun limau purut dan juga bunga kantan.
5. Perasakan dengan garam. Dah siap..

Gigih aku menaip resepi padahal semua orang tau masak asam pedas..hehehe. Ala acilah kan sbb aku tengah rajin takde kerja ni.

Menu sabtu haritu. Asam pedas ikan parang, kailan ikan masin dan juga tempe goreng. Karipap tu sarapan punya. Untuk Kasyah aku buat sup ikan merah. Diakan dalam pantang..hehe


p/s:ingat petang ni nak terjah MAHA lah. mintak2lah tak ujan.hehe

7 Magic Words:

Miza Yusof said...

aduh ! kecur air liur tengok asam pedas tu. nampak sedap, merah menyala pulak tu. lagi pedas lagi sedap. nyum nyum :) miza selalu makan asam pedas ikan semilang :)

Aida Azryn said...

aaaa. nampak sedap giler! >.<

::NureeN:: said...

perghhh meleleh aiq liur nureen tgk asam pedas tueee perggghhh walllaweiii.... fvret tue

nanakimie said...

memang mengancam abes sis!telan air liur sat even nengok memalam buta ni ha,huhu.....

Fieza79 said...

Aduhai..terliurrr...mlm2 ni...naakkk!

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu dia...selera tgkkk..

Qhaifa Nur said...

bila fikirkan anak2...ikan parang ni hold dulu..tulang byk...tapi mmg sedap masak asam pedas...mmg terbaiklah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...