Saturday, November 24, 2012

Daging masak hitam.

Hallu hallu..aik tetiba je muncul pulak entry di hari minggu begini.. Ater nak ganti entry haritu masa aku cuti jaga Kasyah. Daging masak hitam ni dah lama dah aku masak. Sehari sebelum raya haji. Ha kan dah sebulan tu. Entah kenapa bile aku nak upload gambar mcm problem. Tu yang tertangguh tu. Resepi aku ambil dari blog Kak Madiha. Boleh juga tengok blog Mamasya.

Malas nak cakap banyak. Jom tengok resepi.

Daging masak hitam

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat - aku kurangkan ke 2 sudu je sbb kicap aku pekat betul
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - Guna cili dah siap blend sesenduk kecil
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Sedaplah. Cuma kurang pedas. Akukan suka pedas2 ni. Aku masak lauk ni untuk lunch. Ingat petang tu dapat makan lagi tapi harammm.. dah kena baham sampai habis rupanya..

Bolehlah cuba ye kawan2. Kot2 stok daging korban korang ada lagi. Daging korban aku memang tak berusik lagi. Biasalah aritukan ada orang kena pantang makan daging..

p/s:Kasyah ni walaupun tak sihat tp aktif kemain...Penat mama..huhuu

5 Magic Words:

Mamamya said...

sedapnya anne... akak suka makan daging tp org2 kat umah ni x suka... jd klu beli daging tu cukup2 utk akak makan sorang..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

telan liur dah nie...
nak tggu tgh hari lambat lagi..tetiba lapar lagi nie..

saje je tayang gambar makanan tauuu

nanakimie said...

erm....sedapnya!pekat lg tu kua kicap dia:)

Kesuma Angsana said...

sedap ni tp KA guna rempah dari izan mama mia je hehe

::NureeN:: said...

sedapnyerr...
pernah nk try wat tp takot x sedap.. tgk la weekend ni bleh try hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...