Tuesday, November 20, 2012

Karipap

Karipap merupakan antara kuih melayu kegemaran aku. Kalau gi beli kuih selalunya karipap mseti beli. Agaknya sebab dah terbiasa dari kecik asik makan karipap. Mak dan abah aku memang rajin buat karipap. Jadi memang selalulah aku ni makan karipap. Sampaikan abah beli mesin untuk gelek kulit karipap tu. Hari sabtu lepas, tetiba je datang mood rajin aku nak mengaripap.. Amboi mengaripap.. Dah macam Balas Raja Lawak...hahaha.. Kebetulan, parents aku datang last week bawa keledek so takut terlupa maka aku merajinlah diri buat inti karipap. Ermm nak resepi ke? Ada ke yang nak? Alah korang search jelah.. Malas pulak aku nak menaip.

Malam tu aku dengan suamipun berjemaahlah buat karipap. Aku gelek tepung, suamiku letak inti. Since acu karipap aku tak berapa elok sbb tak lekat, terpaksalah aku kelim je karipap tu...

Yay dah siap. Aku terpaksa uli doh kulit 2 kali sbb yang memula tak cukup. Banyak juga dapat karipap ni. Lebihlah 50 biji. Siap aku frozenkan sekali. Senang bile2 nak makan.

hah amacam skil mengelim karipap aku? hehe bolehlahkan nak buat makan sendiri..hehe

Belumpun siap buat karipap dah goreng dah.. Suami aku lah tak sabor. hehe. Lepas dah mkn karipap terus tak nak tolong aku..hampeh.

Inti karipap aku kurang masin tapi sedap jugak.. Gile tak sedap.. Aku kot yang masak...hahahahaha sila bagi pelempang..hehe

p/s:Rasa mcm nak buat kuih lain pulak..huhu




11 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..cntik je kripap akk buat..

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

moon xpandai2 mengelim karipap...

sila tunjuk ajar ku sifu!! hehehehe

Kesuma Angsana said...

rajin nyer berkaripap ni

fatin amalina husna said...

feveret husna nih..
selalu cari yg inti keledek atau ubi kentang..sardin x sedap..=D

teror jugak akak mengelim..kalau buat mesti guna acuan je..=P

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

waa kemain comel karipapnyer tu...mesti sedap...

Qhaifa Nur said...

nak buat lipat tang kulitnya kurang pandai he..he..
comel dan cantik karipap Anne.....

m a r i s s a said...

nak buat karipap la weekend ni!

do drop by my blog. follow and like skali k.. ;)
www.diyanamarissa.com

LYAfrina said...

sedapnyer nmpk.. sebab padat dgn inti

mrs adam said...

slalu buat karipap kat kg tlg mak je,penah berangan nak wat karipap kat umah sendiri,beli la penggelek tepung kayu tu,tp smpi skrg tak buat2.hahaha

MRS Rongoks said...

salam, nnt check nama pemenang lucky draw kat blog ika ye ^^

http://ikapukpuk.blogspot.com/2012/11/pemenang-lucky-draw.html

nanakimie said...

serba serbi boleh sis ni,hee....untungla hubby sis dpt isteri pndai buat segala:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...