Monday, November 5, 2012

Kek coklat moist

Salam minggu baru...Haish malasnya nak kerja lagi2 sekarang ni dah nak dekat cuti sekolah. Errr apa kena mengena cuti sekolah dgn ko? Memanglah takde kena mngena tapi mood ujung tahun je memang asik nak cuti mcm budak sekolah. Hehe.

Akisahnya semalam tekak ni teringin bebeno nak makan kek coklat. Nak pergi beli malas pulak nak keluar. Jadi aku pun selak2 ler buku resepi yang ada kat rumah tu. nak online malas sbb nanti Kasyah yang lebih2. Jumpa resepi yang nampak mcm mudah, Lagipun bahan2 semua ada. Apalagi cergaslah aku membaking kek coklat semalam. Pagi2 baking kek uols. Lepas tu sementara tunggu kek masak, sempatlah aku buat bubur untuk Kasyah. Sebenarnya bubur untuk aku sekali sbb suami aku balik kelas lambat so tak kuasalah aku nak masak beria. Makan pon sodap.

Jom semak resepi.. Resepi ni aku tak tahu sape punye sbb ada dalam buku resepi aku. Dah lama pun simpan tapi tak pernah try pun..hehe.

Kek coklat moist

Bahan2
2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan minyak masak
1 cawan air panas mendidih (tak letak)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Cara2
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Kemudian, masukkan serbuk koko, milo, susu cair, susu pekat, minyak masak dan juga tepung. Kacau sebati.
3. Masukkan air panas dan kacau lagi.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
5. Bakar selama 1 jam dgn suhu 170 darjah celcius (ikut oven masing2)

Masa aku buat kek ni aku sebenarnya terlupa nak masukkan air panas. Bila dah bakar baru teringat tapi dah tak boleh buat apa. Tawakal je harap kek aku tetap moist. Bila dah masak, aku nak keluarkan daripada loyang sbb kononnya naklah topping dgn coklat, sekali jek kek aku terbelah lah pulak. huhuhu... Tak jadi aku topping sbb dah tak comel dah.. Tapi rasa die memang maveles okay. Tak yah topping2 pun dah cukup lembab dah. terasa chewy2 gitu..hehe

Kek coklat yang sedap.. Cukup rasa manisnya. Walaupun nmpk mcm banyak je 2 cawan gula tu tp takdelah manis sgtpun. Just nice.

Kek ni memang lembab. tekstur die chewy2 gitu. heaven okay.

Tengok pun tahu..hehehe

p/s:harini lunch kek coklat... Okay tak?hehe

7 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

perghh..sedap2..

Qhaifa Nur said...

lunch dgn kek...sedapnya

Love Razila said...

wah!! boleh test ni. hehehehe =P
Tapi kene shopping bahan2 dulu.

Mamamya said...

wahh..sedapnya kek cekelat :) akak dah lama x buat..aritu kemain masa belanja dapur beli serbuk coklat tp smpi sudah x buat2...

FiZ said...

ini yang diidamkan waktu sekarang..aiyooo...teringinnya...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

telan liur kauuu... hahahahaha

ieda said...

hurmmmm yumx3 ;)
rajin adik buat ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...