Thursday, November 29, 2012

MAHA 2012

Ingatkan dah tak dapat pergi dah MAHA kali ni. Yelah semedang hujan lebat jer. Semalam on the way aku balik keje, sampai kat Putrajaya memang hujan selebat-lebatnya. Haih memang punahlah harapan nak pergi MAHA ni. Bila sampai rumah aku tengok mak aku dgn anak aku dah siap dah. takpe tunggu kejap kot2 hujan berhenti tapi makin lebatlah pulak.. Dok bincang2 dgn suami aku, last2 decide untuk pergi jugak tapi aku dgn mak je and suami aku tolong hantar je. So dalam hujan tu kami pun geraklah ke MAHA. Alih2 sampai sana hujan berhenti.. Wah rezeki betul. Dapatlah kami semua jalan2 kat MAHA tu. Syukur Alhamdulillah.

Kami park kat Laman 2 kat belakang sbb nak pergi bahangan belakang dulu sementara tak ujan. Kalau ujan dah tak boleh jalan kat situ. So pusing2 kejap. Kat belakang more to bahagian ternakan dan juga jentera.

Ko tengok lembu ni.. Besor giler. kalaulah die ngamuk memang penyek kena pijak.

Yang ni pulak layan tido. Agaknya die dah penat layan peminat..hehe

Peacee... Mak aiii berkilat muka.. biasalah orang balik keje memang dah malas nak make up.

Lepas dah pusing2, kami naik bas untuk ke dewan pameran utama. Bas ni free je memang khas untuk bawa korang jalan2 dalam tu. Yelah jarak antara satu tapak ke tapak lain jauh okay. Sampai kat dewan pusing2 takde apa yang menarik. Rupanya Agrobazar die dah pindah kat luar. Ada khemah yang besar untuk jualan barangan IKS. Kat dalam dewan lebih kepada produk berasakan alam.. Ada juga pasaraya yang jual produk2 IKS.

Sempat lagi beli perencah2 produk tempatan. Beli perencah mee bandung, mee rebus dan juga soto. Beli juga rempah ayam bakar. Saja nak cuba.

Jom ke Agro bazaar pula. Tak ambil gambar pun dalam ni sebab sibuk dok cuba makanan dalam tu. Lalu je orang hulur suruh rasa. Last2 kenyang aku..hahaha.

Dah pusing2 terus kami keluar dan tunggu bas untuk balik semula ke laman 2 sbb kami park kete kat situ. Sebelum pergi kat kete sempat lagi beli buah manggis, jambu air dan nangka..

Actually MAHA ni besar tapi sebab masa suntuk jadi aku pergi 2 tempat jela. Banyak lagi tempat yang boleh korang pergi macam laman sayur, bunga, ikan, padi dan nenas. Ada juga rumah2 negeri yang dihias cantik dan fun fair untuk kanak2. Nak naik kuda pun ada. Bagi yang nak merasa makanan popular Malaysia pun ada disediakan di laman 1. Jualan pokok2, buah2 dan sayur serta bunga2 pun kat laman 1 juga. Masih sempat lagi kalau korang nak pergi.

Ini jelah yang dapat aku rembat masa kat MAHA. Ingat nak cari daging burger arnab ke, ostrich ke, rusa ke, tapi aku tak jumpa pulak. Mungkin sebab dah banyak yang tutup.

p/s: Cantik tak seluar merah aku tu? Sekarang ni aku suka sgt seluar warna warni ni. Setakat ni dah ada seluar merah, purple dgn kuning. Plan nak cari pink, peach@oren, hijau dgn biru pulak..ngehngehngeh..

13 Magic Words:

aTieYusof Family said...

seronok dapat pegi pameran2 mcm ni..
mcm2 benda juga boleh di beli..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

kalau dekat besh ni..wah, suar beg sdondon gtu..comel2..

ieda said...

memang seronokkk
nak2 tgk ternakan macam lembu yg sihat2 tu
rasa macam nak bawak balik dan bela aje .. jual mauu rm3 -4 k tuu
fuh !
kalau hubby akak nie suke no tgk
aritu kambing punn dia suke ..

(Lizz) http://www.mummycute.com/ said...

tak pernah pegi maha hari tu ader gak rasa cam nak pi...tapi anak2 tapi balik kampung...

kemain sihat lembunyer tu...warn putih lagi...

Qhaifa Nur said...

dpt juga pergi, punyalah lama dok rancang...
dgr org ckp MAHA ni besar tempat, mmg jenuh berjalan...pergi hari biasa ok juga, tak ramai org senang nak belek2...

akak sukalah seluar kaler2 ni...mmg cantik..nnti nak cari juga he..he..

Love Razila said...

Teringin gak nak ke MAHA ni tapi...perut boyot ni, jalan pon xberapa nak laju dah. Hehehe...

*Murah ker barang2 kat sana??

Miza Yusof said...

dah lama tak pergi pameran macam ni. last pergi pameran hari peladang dan penternak dekat alor setar.

AnneRaini said...

Qhaifa: hah kak lepas ni bolehlah melaram seluar kaler2..hehe

razila:murah sikitlah daripada kat luar tp mknan ada yang standard ada yang mahal sikit.

nur anis said...

memang terngin nak pergi MAHA ni..tapi jauh..huhu

Kesuma Angsana said...

x sempat nk terjah..

Mamamya said...

sejak ada MAHA akak blm penah b'peluang sekali pun pegi ke sana.. sian kan.. huhuhuuu... tp ayah akak wajib pergi tiap2 tahun...

Wak Gelas™ said...

wak pon nk pegi maha 2012 ni laa.. ahhHaks

nanakimie said...

nana xp pun ngk lembu2 ni,hee...p tmpt org bg mknan free tu je,knyg kan sis sat2 org dtg suh rasa:)

cantik sua tu,mama kasyah bli kt mna tu?:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...