Tuesday, November 6, 2012

Sambal tombur

Sambal tombur adalah sesuatu yang asing bagi aku. Aku mula2 dengar pun pasal sambal ni dari blog si wahida tu. Die dok gebang sambal ni sedap kemain, aku yang memang spesis hantu sambal ni, terus kecur liur. Takkan aku nak gi Medan pulak semata2 nak makan sambal ni? Jadi aku telah menggoogle resepi sambal tombur. Memang payah nak jumpa sbb tak ada satu blogpun yang citer pasal ni (or aku yang tak jumpe). Cuma ada yang share dalam forum yangntahakutaktahuforumapa je yang aku buat rujukan. Jadi selepas pening kepala konfius dgn resepi tu (sbb dalam bahasa indonesia) akupun trylah buat sambal tombur ni.

Sambal Tombur (Versi aku)

bahan2
10 biji cili padi*
1 biji cili merah*
1 btg bunga kantan* (ambil bhgn putih sahaja)
2 biji buah keras*
1 biji tomato ceri*
2 biji bwang merah*
1/2 sudu lada hitam
perahan jus limau kasturi
garam & gula

Cara2
1.Goreng bahan bertanda * dgn 2 sudu minyak masak. Goreng hingga agak layu.
2. Tumbuk bahan2 yg digoreng hingga lumat. Masukkan sekali lada hitam.
3. Tambah jus limau dan perasakan dgn garam dan gula. Pandai2lah korang ejas nak masam ke nak masin ke nak manis ke..kalau nak pedas meletop ko tambahlah lada lagi.

Inilah rupa sambal tombur versi aku. tak berapa sama macam yg wahida makan tapi rasanya sedap. Aku makan dgn ikan talapia bakar. Memang best. Suami akupun kata sambal ni okay. Boleh tahan sedap.

Sorry gambar ni blur sikit. Aku tak pernah rasa sambal tombur original jadi aku takleh nak konfirm rasanya sama ke tak. Tapi pada aku, sambal ni boleh dibuat lagi. Berselera aku makan tau..hehe.

p/s:Gambar ikan takde sbb ikan tu dah kena makan dulu sblm aku nak amik gambar..huhu


8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..terliur..

Cik Cyida said...

perrggghhh, sedapnye!

wahida said...

wah....siap ada resepi...tergugat kakak kaum Batak Toba ni kalau baca blog ko neh...hahaha...

mmg rupa dia lain, tapi mungkin rasa dia sama...meh, bak aku rasa sikit nak tgk sama ke tak...kehkeh...

sambal tombur org Batak ni mmg sedap...lain dari yg lain...serius aku rindu nak mkn sambal ni nok...

Qhaifa Nur said...

dtg jauh sambal ni...
nampak sedap.......

ainnoraini said...

meleleh air liuq akakkk tauu...

Kesuma Angsana said...

sedap tu tq share ye

ieda said...

wahhh menu baru !
1st time dgr nie ..
hurmmmmmmmmm ;))

nanakimie said...

nana pun 1st time dengar:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...