Thursday, November 1, 2012

Underdog

Menurut kamus Oxford, 'underdog' bermaksud "orang atau negara yang dianggap berkedudukan lebih lemah dan dengan itu tidak mungkin menang dalam perlawanan, perjuangan dsb. Dalam situasi aku, aku boleh dikatakan underdoglah. Orang yang lemah yang sering ditindas kerana langsung tak ada kepentingan. Selama ni aku diam, actually bukan aku tak pernah bersuara tapi as an underdog suara kau hanya dianggap salakan yang akan berhenti dan tidak memberi makna. Walau kau cuba untuk mengubah persepsi mereka, ia seakan tidak berkesan malah hanya dilihat sia2.

Aku bukan orang yang tidak bersyukur. Sentiasa demand mahu lebih. Tidak. Akulah orang yang sentiasa redha kalau itu yang sepatutnya aku dapat tapi kalau yang kau dapat itu sebenarnya kerana ketidakhargainya mereka kepada kau, kau akan jadi sangat kecewa. Hah panjang pulak mukadimah.

(harap maklum..walau hakikatnya aku marah tapi aku lebih sedih)

Masa awal2 aku masuk kerja kat sini, aku hanya diberi MC 6 hari. Kebetulan, selepas kawen aku diserang demam panas maka suka atau tidak aku terpaksa untuk MC. Demam terkejut agaknya..hehe. Sehinggalah MC aku habis dan aku terpaksa amik cuti tanpa gaji sehari. Masa tu bos aku, bos admin dtg jumpa aku dan warned me that aku tak sepatutnya amik MC lebih dari yang diperuntukkan. Ini akan effect kenaikan gaji aku. baiklah aku terima. Tahun itu kenaikan gaji aku hanya seratus lebih jauh berbeza dgn orang lain. Aku terima sebab aku dah ambil extra MC.

Tahun kedua alhamdulilah takde extra cuti yang aku amik. Dapat kekalkan prestasi. Gaji naik lebih dari tahun sebelumnya.Seronok walau hakikatnya banyak rahsia yang aku tak tahu.

Tahun ketiga kenaikan gaji aku sangat sedikit. Rm60 sahaja. Kenapa? Aku tertanya2. Adakah sebab kegawatan ekonomi? Aku jumpa bos tanya kenapa sikit sgt kenaikan aku? Katanya sebab aku cuti bersalin 2 bulan. Rasa nak gugur jantung aku sbb alasan tu mcm tak masuk akal. Sejak bila aku tak dibenarkan bersalin? Takde pulak termaktub dlm kontrak yang kalau aku cuti bersalin aku tak dpt naik gaji. Sedih tak usah ceritalah. Sampai aku demam2 bila fikir pasal tu tau. (stop kejap sebab air mata dah nak meleleh...huhuhuhu) Siap aku cakap pada bos, kalau tak boleh bersalin cakap awal2 so that aku tak payah pregnant. Memang aku kecewa giler. Rasa tak dihargai langsung. Lagi kesian pada Kasyah sbb aku igt dapat anak rezeki bertambah tapi tidak untuk Kasyah. Kenaikan tu hanya dpt aku beli diapers die je. Yang lain2?

Yang membuatkan aku lagi kecewa, hanya aku sorang yang kena macam tu. Orang lain pun cuti bersalin jugak tp kenaikan tetap banyak. Diorang kata kenaikan gaji langsung takde kena mengena dgn kedatangan. Sakit hati tak bile dgn orang lain cakap lain. Dengan aku kata kedatangan. Aku cuti bersalin bukan pergi makan angin. Tapi aku sabar lagi. Underdoglah katakan. Menyalaklah macam manapun, takde orang nak peduli.

Tahun keempat iaitu tahun ni kenaikan gaji aku masih ditahap hampeh. Tapi seriusly aku dah malas nak menyalak sbb aku percaya ada hikmah buat aku. Sehinggalah bulan 9 yang lepas ada kekosongan jawatan untuk receptionist atau lebih tepat lagi penjawab telefon. Yang buat aku bengang gaji yang ditawarkan lebih kurang je dgn gaji aku. dahlah kelayakan cuma SPM jer? So apa teruknya aku sampai kena layan mcm ni? baik aku je jadi receptionist. tak yah aku susah2 uruskan scholarship, update website, baca paper, buat translation, set appointment, bla bla bla kalau gaji receptionist sama je dgn aku? Apa guna aku punya degree?

SERIUSLY AKU MERAJUK.AKU MENYAMPAH.AKU KECEWA DENGAN OFIS AKU. NAMPAK SANGAT SUMBANGAN AKU TAK DIHARGAI. TERIMA KASIH BANYAK2.

p/s:sekarang ni aku cutipun diorang pertikaikan. Aku punye cuti ada lagi. Aku boleh cuti seminggu lebih kalau aku nak. Tapi itupun dah jadi satu masalah.

p/s:kalau korang ada lubang2 kerja, tolonglah bagitau aku. Aku dah takde hati nak kerja kat sini. Buat kerja macam anjing. Upah pon untuk anjing jer. S**t!



16 Magic Words:

Qhaifa Nur said...

mmg sedih bila org buat mcm ni...
sbb selalu ct tau mc saja...
bykkan bersabar....

nuyui a.k.a miss YUI said...

nak kena korek lubg cari ni.

Tihara said...

as salam

company chinese ke? akak dulu keje jugak 2 thn..account asst..skang dah quit..tak serabut dah nk mikir pasal tugas tp serabut jugak akdang2 bila org kata ada dgree tp takmo kije.huu

Mamamya said...

aduhhh anne...seriously rasa sebak sgt (bukan main2 yer.. akak serius ni) kesian sungguh rasanya dipergunakan mcm tu sekali...

insya'allah anne klu akak tau mana2 keje kosong nnti akak b'tau yer.tp klu kat melaka mcmana??? kebetulan makcik akak ada keje kat UITM melaka ni & ada kampus baru nak bukak kat jasin...

Cik Cyida said...

sabar kak sabar, memandangkan internet di hujung jari, trylaa search2 kerja lain, insyaAllah ada rezeki, dah dapat kerja lain, sila say bye bye pada dorang.. akk ada experience, insyaAllah rezeki lain ada.. sabar tau:D

nanakimie said...

haish,napa la macam tu sekali,kalau nana pun xmo da keja situ,huhu...nana doakan semoga sis cepat2 dapat kerja baru.....bos baru pun baik,tempat kerja pun ok...amin.....

Jody Furqon Sanjaya said...

saya hanya berkunjung hehe..mungkin kita bisa menjalin pertemanan lewat blogger :D salam kenal saya blogger Indonesia .. follow back saya ya "COME FOLLOW ME..I'LL FOLLOW BACK"
http://punyahape.blogspot.com/

Jody Furqon Sanjaya said...

saya hanya berkunjung hehe..mungkin kita bisa menjalin pertemanan lewat blogger :D salam kenal saya blogger Indonesia .. follow back saya ya "COME FOLLOW ME..I'LL FOLLOW BACK"
http://punyahape.blogspot.com/

Jody Furqon Sanjaya said...

follow back http://punyahape.blogspot.com/

Jody Furqon Sanjaya said...

follow back http://punyahape.blogspot.com/

wahida said...

Ya Allah...kesiannya kat ko nok...
sedih aku baca...aku tumpang simpati atas nasib ko...

kesabaran kita pun ada batas kan...

itu salah satu cara halus sebenarnya nak ko keluar dari situ...atau erti kata lain, dorang main politik...

ko kena cepat keluar dari situ...kalau ada lubang keje kat sini, aku inform ko yer...

bykkan istighfar....

AnneRaini said...

thanks semua.. ntah lah kalau igt je mesti sedih..sedih sbb bersalin tu dah jadi kesalahan. sedih lagi2 kalau igt kat Kasyah..huhu

QA's ~ mamapapa said...

salam,anne :) moga tabah,ye.insyaAllah ada hikmahnya..sy prnah lalui stuasi yg sgt2 sma... lg best sy tak mau diberi lgsung increment..tp sy fight habis2an..akhirnya dptla tp mmg hati sgt2 mrajuk...thn ni sy dh tukar tmpt keje :)
btw..jmputla follow kmbali,ye :)

FiZ said...

sedih..tak sangka masih ada yang bt mcm tu.macam buli pun ye jugak.tapi dari segi psikologi.sabar eh kak.insyaAllah, semoga akak dpt kje yg lbh bgus di tempat lain :)

mrs adam said...

semoga tabah anne,insyaAllah ada peluang keje lain.dengan degree dan pengalaman awak boleh dpt keje yang LAGI bagus dari keje kat situ kot.try la mintak,daftar jobstreet ke,jobsmalaysia ke...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

aku tumpang simpati gak....

aku doakan cepat2 laa dapat keje lain yg lebih baik layanan dan setimpal dengan usaha keras kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...