Thursday, December 6, 2012

Apam Dewa

Krook kreek krook kreek..awatlah perut aku memulas lagi ni? Nak kata belum buang, pagi tadi dah aku clearkan sebelum pergi kerja..hehehe.. Hari ni bos aku cuti syoknye.. Macam biasalah kalau bos takde marilah layan movie kat youtube..hihihi. Esok pulak mak aku datang hantar Kasyah...Sukeeeee.. Dah rindu bebeno kat anak bujang aku tu walaupun die nan hado je nak rindu kat aku. Lagi seronok kot die dok sana sbb dari pagi sampai ke malam kejenya main je. Yelah sepupu die ada. Rumahpun atas tanah siap boleh main bola lagi mana tak syoknye.

Harini nak share kuih yang aku buat kat kampung haritu. Ternampak Kak Madiha tayang dalam blog die terus terpikat tapi nak buat kat rumah aku mcm tak best je sbb yang jadi tukang makan pun aku jugak. Tu yang tunggu balik kampung baru buat sbb ada banyak perut..hehehe. Resepinya mudah sangat. Pagi Ahad tu aku bangun pukul 6 terus godek kuih ni. Dah boleh sarapan. Sedap tau macam bahulu rasanya.

CnP resepi dari blog Kak Madiha. Mintak halal ye.

Apam Dewa @ Bahulu kukus

Bahan-bahan
6 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur)
Pewarna
1 sudu kecil ovelette
1 sudu kecil vanila esen (saje aku tambah)

Cara-cara
1. Pukul telur bersama gula dan sunquick dan ovelette hingga kembang (putih).
2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
3. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. Alaskan loyang dengan plastik, kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
4. Kemudian kacaukan sedikit adunan yang di dalam loyang dan lorekkan corak di atas.
5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

saja buat corak pelangi.. Tapi cuma ada 2 warna je kat rumah mak aku. Tak meriah sgt.

Dapatlah satu loyang. Siap bawa balik KL ni.

p/s:Rasa macam nak ambil halfdaylah esok.. nak ke tak nak?

15 Magic Words:

Nieyl said...

hamboi....warna warni...cantik ar....nieyl nie sejak jd bini org nie x rajin btl nak buat kuih2 atau kek nie...tapi niat tu ade,tapi selalu x menjadi..hehehe~

nuyui a.k.a miss YUI said...

cntik kalernya.mggoda!

aNa d'sKoDenG said...

alamakkk..lamanya x makan ni
dulu mak salu buat..
masuk bekas..wat balik hostel.
sedapnyer

nampaknya sekarang kena la buat sendiri...
nak ciplak resepi ehh.... tq..
dap nii

Rara Nasiha said...

syok woo bila bos cuti. kita samalah. bermaharajalela dekat office ni ha :)

Fai CeritaCinta said...

fai memang tak rajin nak buat apam ni kak.. kalau nak makan beli jer,hehe. tpi sure lah lagi sedpat yg kita buat sendiri kan.. :)

AnneRaini said...

Nieyl:ala sy pun kdg2 jer dtg mood rajin nak buat kuih..selalunyer malas..hehe

yui:kalau akak letak warna merah lg cun kan.hehe

AnneRaini said...

ana:hah kena buat tu kalau dh lama tak mkn.

rara:betul2. bos xde memang syok.

Fai:kdg2 tak sedap jugak..hahaha

Qhaifa Nur said...

seindah namanya Anne...
cantik kalernya.....

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

menggoda kuih apam tu.... :)

nanakimie said...

menariknya warna dia:)

nak makan pun sayang ni,heeee

Miza Yusof said...

tergoda tengok apam ni. first time dengan apam dewa. selalu tau apam polkadot dengan apam balik je :)

nur anis said...

eh...cantik la...:)

wahida said...

cis...buat aku kelaparan je ptg2 ni...adoi la...

Nad @ MamaZN said...

Nmpk.sedap tu...cicah ngan teh atau kopi mmg terangkat =)

LYAfrina said...

rajinnyer akak.. cantik kaler dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...