Tuesday, December 4, 2012

Ikan patin salai masak lemak cili api bernenas

Pergh giler panjang nama masakan..hahaha. Saja nak share masakan aku masa kat kampung haritu. Abah dah siap2 salai ikan patin jadinya abah suruh aku buat masak lemak cili api campur nenas. Buat stail negeri sembilan tak letak bawang. Just letak cili api, serai, kunyit saja. Hasilnya memang wallah.. Serius sedap. Pedas dicampur dgn manis masam nenas tu, memang maveles. Siap aku hirup2 kuahnya.. Adui bertambahlah lemak dlm badan nampak gayanya..huhu

Sorryler, gambar kurang berkualiti sebab aku guna handphone samsung bodo aku tu je. Kelabu asap terus gambar..

Tak kisahlah kelabu asap pun yang penting sedap sesangat... Sampai sekarang dok teringat2 lagi lauk ni..


Ikan Patin Salai Masak Lemak Cili Api Campur Nenas

Bahan2 (pandai2lah letak byk mana)
Ikan patin salai
Santan kelapa
Cili api
Kunyit
Serai
Daun kunyit
Asam keping
Nenas
Garam

Cara2
1. Nenas direbus dahulu tapi jangan lama sangat. Tumbuk cili dan kunyit.
2. Masukkan santan ke dalam periuk nenas tadi dan masukkan juga bahan2 tumbuk. Jangan lupa masukkan serai yang diketuk.
3. Timbuk kuah sehingga mendidih. Masukkan ikan dan asam keping.
4. Biarkan seketika dan masukkan daun kunyit serta perasakan dengan garam.. Siap.

Selamat Mencuba.. Sedap!

p/s:Ptg ni kena keluar pulak.. Mintak2la tak lama.




8 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..mablessssss..

myfirdz said...

hui.. nmpk nyummy... tk pnh lgi mkn ikn patin.. hihi.. tpi yg ni nmpk sdp..

wahida said...

aku pernah masak ikan patin gulai lemak, tapi aku masak semata2 utk hubby, namun aku nak mkn, mmg aku tak tertelan...huhu...

Fieza79 said...

amboi2 nmpk sedap nya..mkn dgn nasi pns2 ni kan..alahai..mau bertambah2 mkn nya heheh..

Qhaifa Nur said...

ikan patin tuh Anne...sedapnya..ada pulak nenas...terliur nih he...he..

LYAfrina said...

wahhh..my febret ni.. tp x pnh mkn y salai lagi...

Cik Syida said...

perggghhhhhh.. sedapnyaaa!!!!!

nanakimie said...

selalu mak nana buat ikan patin masak tempoyak je:)feveret nana tapi duyan xmakan,hee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...