Wednesday, December 5, 2012

Makan-makan di Rakuzen

Hari Isnin haritu, aku dgn opismate aku telah berjaya mengelunchkan diri bersama-sama. Mengelunch tu pergi lunch ler.. Saje jer nak menjahanamkan bahasa Melayu..opps sorry! Sajalah kami pergi makan sama2 sebab meraikan kawan kami yang dah sebulan lebih bercuti atas sebab2 kesihatan. Kemana kami? Kami ke restoren Rakuzen dekat G-Tower. Rakuzen ni restoren Jepun tapi aku jarang pergi sbb die jauh sikit dari opis and kena pergi naik kete. lagipun tempat ni selalu penuh. Nasib baik haritu opismate aku dah book siap2.

Pembungkus chopstick..

My opismate. Ada lagi sorang tapi die tak join. Kami 5 orang local staff kat department aku.

Sebelum ni akulah satu2nya orang melayu kat department ni tapi skrg dah ada geng..hehe

Menu aku haritu Chicken Kastujyu Zen. Entah betul ntah tidak namanya sbb akupun lupa. Yang pastinya nasi pastu ada ayam dan juga telur atas die. Banyak giler okay nasi die and memang aku tak habis sbb dah kenyang. Set ni dtg sekali dgn chwan mushi, miso sup, macaroni, pickles dan buah. Yummy... Harga RM23.

Sesapa nak try bolehlah pergi ke Rakuzen restoren di G-Tower.

6 Magic Words:

LYAfrina said...

restoran jepun ye.. xpernah mkn makanan hepun. melainkan sushi.. itu pon zaman2 blajo dulu

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnya..kalau ada dkt sni lehla try.

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

total satu set nie rm23??

waa okay laa tue...

nanakimie said...

yg dlm bekas merah tu ke nasinya sis?mmg banyak la,hee.kalo nana pn xabes,tp harga dia okla...nk mencuba tu mcm x je,nana tekak melayu^-^

AnneRaini said...

moon:haah set tu RM23. harga set die dari RM20 - Rm50. Kalau ayam mmg murah sikit.. yang mahal tu selalunya belut sbb susah nak dpt kot.

nur anis said...

cam best je tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...