Friday, December 7, 2012

Mee bandung

Salam Jumaat yang penuh barakah. Masih berbelah bahagi lagi hati ni sama ada nak ambil cuti setengah hari atau tidak. Mak akan sampai tengahari ni. Yang buat aku nak ambil cuti sbb rindu sgt2 nak peluk cium Kasyah..hehehe.. Biasalah naluri seorang ibu.

Mari aku kongsikan resepi kejayaan aku hari ni. Wah over kau tau resepi kejayaan konon. Haruslahkan sbb ini percubaan pertama dan berjaya. Mestilah dalam hati hati terdetik kebanggaan ittew..hehe. Mee bandung ni aku masak hari ahad lepas sebelum aku balik KL. Buat untuk makan tengahari sbb masing2 malas nak makan nasi berlauk. Tiba2 aku terfikirkan nak buat mee bandung walaupun sblm ni xpernah buat sendiri (kalau buatpun guna perencah ready made). jadi bulatkan tekad akupun mula menulis senarai bahan yang aku perlukan. Pass kat abah utk abah beli di kedai.

Setelah bertungkus lumus seorang diri kat dapur, akhirnya siap jugak mee bandung aku.. Rasa? Maveles beb. Tapi masih tak boleh celen mee bandung muar kat Muar lah.

Mau resepi? Haruslahkan sbb akupun nak simpan rekod. Kot2 nak buat lagi, ko fikir aku takkan lupa? dah bersalin ni urat byk putus. hehe... Letak kat blog supaya senang nak refer.

Mee Bandung (resepi ikut suka aku sendiri)

Bahan2 rencah
2 senduk cili kering* boleh lebihkan
2 biji bawang besar *
5 biji bawang putih*
1 cawan kacang tanah kisar
1 cawan udang geragau kering
1 inci halia*
garam
gula
minyak untuk menumis

Cara2.
1. Kisar bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar.
2. Tunggu hingga pecah minyak kemudian masukkan kacang tanah dan udang. Udang tu boleh pilih sama ada dikisar ataupun dibiarkan bentuknya begitu. Terpulang. Aku buat separuh kisar separuh biar.
3. Perasakan dgn gula dan garam. Mee bandung ni die mesti ada manis2 sikit tapi manis yang tak ketara tau.

Bahan2 kuah.
Rencah mee bandung
Daging/ayam direbus
air rebusan daging/ayam
Telur
Sos cili
Sawi
isi Kerang
Udang
Tauhu (digoreng dan hiris nipis)
mee

Cara2.
1. Didihkan air rebusan daging/ayam tadi ikut berapa ramai nak makan. Masukkan perencah. Kalau nak buat utk sorang tak yahlah habiskan perencah tu. Aku buat seperiuk hari tu..
2. Pecahkan telur satu demi satu ikut berapa orang nak. Tips untuk telur tu tak bersepai dlm kuah, pecahkan telur dalam kuali lain. Masukkan 2 senduk kuah dlm kuali dan pecahkan telur dlm kuali. Bila telur separuh masak baru pindahkan telur dlm periuk. Paham tak? Aku pun tak bape reti nak explain.
3. Tambah sos cili untuk memekatkan kuah. Masukkan bahan2 lain. Silalah rasa kuah anda tu. Kalau mcm kurang pekat tambah sos cili lagi. Senang citer pandai2 ejas. aku ni kalau masak memang ikut sedap tgn jer. Tak reti nak sukat2 sgt. Mana kurang aku tambah. Mana terlebih aku ejas..gitulah gayanya.
4. Celur mee dan bolehlah makan. hehe. Family aku kata sedap tau..

langgar pantang makan seafood..hehe nasib tak kena serangan gatal mata..huhuhu

Aduh teringatlah pulak.. Bila2 bolehlah buat lagi.. dah tau dah camna nak buat..hehe


p/s:tak sabar nak jumpa Kasyah hari ni..

13 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

uih..sedap.. mmg 5 bji ea bwg putih? byk gak tu ea.. tp lg byk lg sedapp..hihi.

eh, sedap kak ayam tu.. lemak2 gtu..kira oklah nak tmbh lemak sedia ada..haha.

AnneRaini said...

lebih kurang sbb akak pakai bwg dah siap blend. alah senang citer agak2lah nak buat byk mana.

Nieyl said...

peh~menyelerakan betul nie...

Qhaifa Nur said...

klau tuan blog dh kata sedap..mmg sedaplah ni...

Sally Yatiey said...

Menyelerakannnnn...

ieda said...

hurmmm sedap nyeee
pandai dan rajin adik masak yee

nanti nak mai umah lahh ekeke x maluu kan akak nie ;)

resepi dia mudah je .. hurmm nanti nak cuba ;)

@izY@N said...

ko mmg kan buat aku terliur la plak..x kira ptg ni nak ajak laki aku makan mee bandung.. nak masak malas la plak..hehehe..

wahida said...

sedapnya nok...nnt nak try buat la...

aku pun kalau masak ikut tgn aku je, agak2 kurang, aku ejas, sbb tu aku ni tak pandai sgt tulis resepi...huhu...

AnneRaini said...

kak ieda:mailah umah...boleh sembang2..hehe

AnneRaini said...

muzai:hahaha ajak jgn tak ajak..

wahida:tulah psl aku punye resepi tunggang langgang. sbb ikut suka aku je nak tambah byk mana..

Love Razila said...

Wah!! kecur air lior ku. Balik ni nk menebang di restoran utk mkn mee bandung gak.hikhikhik...n buat sendiri seperti xberdayo sebab i sorang je pon yg makan nanti. heheheh rugi gas =)

Mekasih sharing...suke.

mrs adam said...

wah berderet entry makanan,semua menggiurkan!huhu

LYAfrina said...

sedapnyer... mengeliurkan sngguh... lya x pnh buat mee bandng.klo nk mkn kt kedai je.. lg pon xreti sket klo nk buat y berasakan mee ni.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...