Friday, December 28, 2012

Psiko ke gila seks?

Was looking through my fb's page and terpandang one of my junior in school. Automatic, my mind flashback all the memories i had with him. Macam ni cerita die...(will put it in novel style)

***********

Masa itu aku di tingkatan 6. Berpindah sekolah menjadi pilihan aku. Entah kenapa tawaran untuk ke Politeknik tidak menarik perhatianku. Tingkatan 6 juga bukan tidak bagus. Malah lebih bagus aku rasa. Di sekolah baru, aku menjadi perhatian. Tidak pasti kenapa. Mungkin kerana kemanisan mukaku? Menjadi perhatian juga bukan kehendakku malah tidak pernah terlintas difikiranku untuk menarik perhatian sesiapa sahaja. Siapalah aku untuk menghalang pandangan orang. Tidak hanya menjadi perhatian guru-guru, malah turut menjadi perhatian pelajar menengah rendah. Dari tingkatan 1 sampailah ke tingkatan 5 ada sahaja yang menyapa. Ramai juga yang menawarkan diri untuk menjadi adik angkatku. Tapi andai ada yang pergi lebih jauh dari itu, maaf memang aku tak mahu.

Ada seorang pelajar lelaki tingkatan 4 menunjukkan minat terhadap aku. Ku layan seperti yang lain-lain juga kerana die juga mahu menjadi adik angkatku. Tapi dia gayanya sedikit pelik. Caranya seperti terburu-buru. Seperti psiko mungkin tapi aku tidak kejam untuk membiarkan permintaanya. Dia ku terima menjadi adik angkatku cuma aku membataskan pergaulanku dengannya sbb kepelikkannya itu. Boleh aku katakan die seperti bersungguh-sungguh. Seandainya kami terserempak, nampak kesungguhannya untuk seiringan denganku. Nampak keterujaanya untuk bercerita denganku. Selagi aku rasa bisa meladeninya, maka aku membalas.

Sehinggalah pada suatu hari, sewaktu peperiksaan tidak lagi membebani, sewaktu tiada lagi cikgu hendak meleteri, sewaktu semua orang bergembira kerana bakal bercuti beberapa hari lagi, berlaku suatu kejadian yang menyerlahkan sisi sebenar dirinya. Sesuatu yang aku sangsikan selama ni akhirnya jelas. Dia mengajak mengambil gambar kenangan. Aku sudah tentu tidak menolak. Ah, gambar apa yang nak ditakutkan. Dia mengajakku ke kelasnya. Pelik, kenapa tak ramai orang ye? Hanya ada aku, die, dan dua orang kawannya. Oh, lupa masa rehat tentulah pelajar lain semua di kantin. Sedang aku bersiap untuk diambil gambar dan dia juga sudah berdiri disebelahku, tiba-tiba aku rasa seperti aku sesuatu yang menjalar di pinggangku. Sah, die sedang memelukku dan tidak kusangka dia cuba untuk mencium pipiku. Mukanya hampir benar dgn mukaku. Terkejut aku saat itu dan tanpa lengah terus aku menolak dia dan lari dari situ. Patutlah selama ini die semacam 'geram' dengan aku. Tindak tanduknya nampak seperti tidak keruan apabila berbicara denganku. Seperti ada sesuatu yang tidak terluah. Rupanya die meng'ingin'kan aku.

Tapi aku tidak terus menghukumnya. Masih membalas tegurannya seandainya die menegurku. Cukup setakat itu. Pernah die cuba mencariku semasa aku di universiti dan die juga melanjutkan pelajarannya tapi aku kenalkan temanku (kini suamiku) kepadanya. Walaupun katanya dia masih berpeluang tapi tidak. Aku masih trauma dengan dia. Aku rasa dia psiko atau lebih tepat lagi die sebenarnya gila seks.

********
So how about my story? Pernah ada pengalaman sebegini? Dia ada dalam friend list aku. Baru tahun ini menjadi teman FBku. Kebetulan dia ternampak gambar aku dalam FB sepupuku. Tapi cukup setakat itu. Jadi kawan FB tapi seriusly nak layan chat diepun aku geli...:p

p/s:Petang ni balik kampung. Cuti sampai rabu..hehehe


12 Magic Words:

mama leen said...

eeee... geli2... gatal betul dia tu.. huhu

aTieYusof Family said...

erkk seram juga ya..
takut lah klu ada org yg psiko ni...
coz kita tak tau depa ni jenis mcm mana...huhu:)

abah khalisha said...

Bahaya wooooo

Love Razila said...

Adoi...scarynyer baca.
Semoga insan itu mendapat hidayah utk bertaubat, amin!!

Ada gak pengalaman ngeri macam ni cuma xsampai kene peluk arr but kata2 that guy sampai sudah i ingat.

*kejadian di public library Tg Karang. This guy memang suke membaca kat sini, 1 day dia tegur i..ok setakad tegur no hurm. dipendekkan crite, untill 1 level tu, secara directnyer dia cakap dia suka saya n akan tunggu saya sampai dewasa utk dia ambik as wife. kalau that time i dah kawin pon...dia sanggup tunggu saya jadi janda n take me as wife. sampai sudah sy scary nk jejak kaki ke library tu dah. hehehhe...that time i was 9years old =(, trauma until now. sengal ubi gajah. huhuhu

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

huhuhu bahayanya......

AnneRaini said...

mamaleen: mmg geli..kalau igt balik rasa nak sepak je muka dia.

atie:die mmg nmpk cam psiko..pernah tak tgk citer pasrah yg erra fazira dgn norman hakim tu.. die mcm watak radhi khalid dlm citer tu.

AnneRaini said...

abah khalisa:mmg bahaya..dahlah budak tu baru 16thn masa tu.

zila:mmg trauma kalau igtkan..tu yg bile die tegur dlm fb mls nak layan..dah accept die jadi fren pun dah cukup baik.

Qhaifa Nur said...

takut juga klau difikirkan...

miza yusof said...

miza pernah ada kawan cemni. geli serm pun ada. just tegur gitu2 je. tak boleh lebih kang jadi lain. bahaya juga orang cenggini.

mrs adam said...

eii takut je kan.hehe
eh anne kalau saya tak reti dah wat karangan bm awak awak buat tu.haha

FiZ said...

kak....btol2 rasa macam bca novel. Akak boleh bt novel ni.hehe.

ps:mmg menakutkan lelaki mcm tu.psiko tu.

LYAfrina said...

huhu.. dia terlalu obses ni... mesti awk cute sgt2.. sbb tu dia suka.. tp mmg la agk mnakutkan klo jumpa dgn org camni...

pernah la dulu ada cerita hampir2 gini.. tp.. y lya kena ni dia luahkan melalui surat.. (jelas mnunjukkan dia gila seks + psiko),.. sejak dpt surat tu, mmg xleh pndang muka org tu..geli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...