Thursday, December 27, 2012

Rendang Pucuk Ubi

Hallluuuuuuu... Wah lamanya menyepi. Rindu bebeno nak bercerciter dgn korang. Tak memasal hari Isnin haritu bos bagi artikel untuk tranlate. Dahla tu siap nak esoknya padahal esoknya tukan krimasa day.. Dia terus kata nak Rabu. Tu yang aku jadi busy tak nyempat nak berblog. Baca blog kengkawan pun sekadar baca smbil curi2 tengok. Nasib baik siap jugak semalam. So hari dapatlah berblog kembali. Adake yang rindu dgn aku? Alaaaa cakaplah ada...hikhikhik..

Kali ni nak share resepi yang maveles sedap ni. Patutnya nak share last week tp tak sempat. Tak kisahlahkan walaupun benda ni dah jadi najispun..hahaha. Masa mak datang haritu mak bawa banyak pucuk ubi. Separuh dah dimasak lemak and separuh lagi takkan nak masak lemak juga. Tiba2 teringat pasal rendang pucuk ubi yang ramai orang gebang sedap sesangat. Jadinya akupun trylah merendang haritu. Kebetulan hari aku masak rendang ni hari makcik aku datang umah sefamily tu. Pakcik aku suka sgt rendang ni sbb pedas. Tapi haritu aku terletak lebih garam so ada termasin sikit. Tapi kalau makan dgn nasi memang sedap sesangat dah..

Meh tengok resepi. Aku copy paste dari My resepi je. Thank pada tuan punya resepi sbb resepi memang sedap.

Rendang pucuk ubi.

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Bahan A:
  • 2 ikat (420 gm) pucuk ubi tanpa tangkai, cuci dan toskan
  • Bahan B:
  • 2 cawan santan kotak - kalau guna santan segar lebih sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, banyaklah 'serdak'nya
  • 5 batang serai, dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • ½ sudu teh kunyit serbuk - jika guna kunyit hidup, kisar sekali dengan Bahan C
  • 1½ sudu teh garam – ikut selera sendiri ya..
  • 2 sudu teh gula – jika suka
  • Bahan C:
  • 6-7 ulas (100 gm) bawang merah
  • 1-2 genggam (50-100 gm) ikan bilis
  • 1 genggam (50 gm) cili padi - ikut selera sendiri ya..

Cara-cara

  1. Tumbuk/Kisar C.
  2. Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam/gulanya (sesedap rasa).
  3. Masukkan pucuk ubi (bila masukkan pucuk ubi, akan jadi berair semula) dan masak hingga kering sambil dikacau selalu.
  4. Bila siap, hidangkan bersama nasi panas.

Balik kampung weekend ni boleh buat kat kampung pulak. Bagi mak abah merasa.. Itupun kalau pucuk ubi banyak lagilah..


Harus dicuba ye kawan2...Cuma yang leceh tu yang nunggu rendang ni kering je.. Jenuh jengah kuali.. Nak dibiar kang hangus pulak...

p/s:Semalam tgk wayang...Huwarghhh tension weh dgn Kasyah.. nanti gua cerita..

12 Magic Words:

abah khalisha said...

Ak br rasa rendang pucuk ubi ni last week..sedap

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

waahhh nampak sedap nie...

ieda said...

pergh dik ! ...

terbaik lahhh

nie kalau makan ngan nasi panas2 .. bertambah2 lahhhhhhhhhhhhhhhhh

aTieYusof Family said...

wahhh...sedapnya!..
boleh belajar buat ni..TQ for sharing:)

Qhaifa Nur said...

makan dgn nasi panas2, sedapnyaaaa...

nuyui a.k.a miss YUI said...

wowooooooo..nyum2..

nur anis said...

cam sedap ni..:)

miza yusof said...

dah lama tak makan pucuk ubi. dulu masa tinggal kat kampung dengan arwah tok, selalu sangat makan. sedapnyaaaa, dah laa belum makan nasi lagi. nak kena pi cari nih.

fatin amalina husna said...

nyum..nyum..sedapnyaa..
suka pucuk ubi..adik husna sampai hantu pucuk ubi..=D

nanakimie said...

pucuk ubi cicah budu pun sedap:)

LYAfrina said...

serius...1st time dgr rendang pucuk ubi.... mesti sedap kan

Suana Zhar said...

promosi harga awal tahun susu kambing ha-goat.
http://suanazhar.blogspot.com/2012/12/promosi-harga-susu-kambing-hi-goat.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...