Tuesday, January 31, 2012

Lunch at Ben's Pavillion

Rezeki..rezeki... Apa orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... So bile semalam bos kata nak belanja makan hari ni, maka dengan confidentnye aku tidak menolak malah menyeringai suka...hahhaha...

Kenapa bos belanja? Sebab die kata nak bawa kami (die punye assistant ni) naik die punye volvo..hahaha best tak alasan tu? siyes weh, die kate sbb yang sblm ni die tak bawa volvo gi keje so kami gi makan naik myvi jek. tu yang die janji nak gi makan lagi naik volvo pulak.. Mesti korang tertanya kenapa aku dgn ofismate aku beria nak naik volvo die? Sebab kete volvo die canggih dan best giler...Kalau aku keje 30 tahun pun belum tentu mampu nak beli volvo cam die..huhuhu

Kami pilih untuk makan kat Ben's restoren kat Pavillion. Environment die memang cozy cume servis die agak lambat hari ni. Mungkin jugak sbb orang ramai kot. Jom cekidaut aku makan apa kat sana. This time aku amik gambar sbb bos baru aku ni sempoi sikit so takdelah segan sgt aku nak klik2..hikhikhik.

Suasana dalam Ben's. restaurant ni terletak kat level 6. Selevel dengan Tokyo street.

The menu. Ha, yang ni aku kurang berkenan sbb takde gambar. Susah nak bayangkan apa makanan tu kalau tengok tulisan je.

Ofismate aku punye latte. Die ni kalau gi makan mana2 pun latte jugak yang dimintaknye...Suke bebeno dgn latte ni.

Aku punye caramel milkshake. Sedap gilos. Aku dahlah peminat tegar caramel. APa2 benda yang berkaramel memang aku suke je...

My menu fo today... Crispy soft shell crab tortilla with salad and 4 colours chips. Bolehlah tahan sedap cume aku rasa die terlebih goreng crab tu sbb ada rasa pahit sbb hangus..huhuhu

Spagetti carbonara yang sgt tempting. Tengok pon boleh terliur. Ni menu pilihan bos aku.. Ha, kan aku selamber jek gi amik gambar makanan die..hihihi..

Menu ofismate aku, creamy tomato spagetti. Sungguh bercreamy sekali.

Last sekali haruslah muka orang ceria yang tak menolak rezeki free di tengahari.. Haruslah lepas ni kecek2 bos mintak belanja lagi..Bos baikkan???? *wink*wink* (bos aku gelak jek tengok aku menggedik amik gambar...hiks)

p/s:aku cakap nak pinjam kete bos esok pastu bos ckp sewa RM500..hahaha terus aku kata thanks but no thanks..huhuhu

Asam pedas ayam, tom yam campur dan cendawan goreng

Sejak due menjak ni, blog aku dah macam blog masakan dah..hehe asik letak gambar makanan jek.. tapi sebab dah nama blog aku suka hati maka memang sesuka hatilah isi kandungannya.. Jangan marah haa..

Asam pedas ayam ni aku masak hari ahad lepas. Dah tak tau nak masak apa so aku masak jek asam pedas. Jangan tak tahu, asam pedas ni feveret pak mertua aku. Kalau aku balik umah die, menu ni jelah yang selalu mak mertua aku masak... hahaha. Pak mertua aku, hari2 makan asam pedas pon takpe...huhuhu. Eh, korang nak resepi ke? rasanya asam pedas ni semua orang tahu masak. So aku malaslah nak taip resepi. Kalau ada yang mintak baru aku buat tapi rasanya semua orang terer masak asam pedas..

Cume satu tips untuk masak asam pedas yang power iaitu jangan lupa letak belacan. Itu yang membuat asam pedas jadi mengancam. phewwww..

Tom yam pulak aku masak hari jumaat minggu lepas. Saja je sebab aku teringin nak makan tom yam. Yang ni pon rasanya ramai yang tau masak. Alah guna jek paste tom yam tu. Cume untuk mendapat tom yam yang sedap dan agak pekat, campurkan dgn sos cili. Serius tom yam korang akan jadi sedap mcm kat kedai. tips ni aku dapat dari resepi dalam surat khabar. ternyata tak mengecewakan.

Cendawan goreng rangup yang sangat sedap dan digemari oleh seisi keluarga. Buat cendawan goreng ni hari ahad dan semalam sbb aku beli sebungkus besar cendawan. Meh sini aku bagi tips macam mana nak buat cendawan goreng yang rangup.

Cendawan ni korang siatlah kecil2 atau senang cerita ikut suke. Lepas tu basuh hingga bersih. Selepas basuh, perah cendawan tadi dgn tangan. Perah macam ko perah santan tu untuk buang air yang terperap dalam cendawan tadi. Lepas tu, tuang tepung goreng ayam (any jenama) dan gaulkan dalam cendawan. Aku campurkan juga dengan tepung goreng rangup yang boleh korang beli kat pasaraya. Dah salut sebati dgn tepung, goreng cendawan dalam minyak yang panas. Hasilnya cendawan tadi akan jadi rangup dan sedap...walllahhh.

p/s:untuk resepi penuh, request ler dulu tapi bergantung juga pada mood rajin aku...hikhikhik

Monday, January 30, 2012

Aku rasa aku kena tukar......

.... selipar baru!

Jangan nak kata aku mengada ke manja ke mentel ke eh. Aku rasa selipar Bata aku yang sekarang aku pakai ni dah masuk kategori "sunat" ditukar. Memanglah masih belum masuk tahap "wajib" lagi tapi still kalau tukar lebih baik kan?? *wink*wink*

Selipar Bata yang aku pakai sekarang (pakai hari2 untuk segala aktiviti termasuk pergi keje malah ke pasar pun aku pasar selipar tu) dah mula terkopek/mengelupas rupa parasnya. Tapak die pun dah start terhakis..huhu sedih. Selipar tu aku beli masa raya 2010 so kalau dikire betul2 dah satu tahun 5 bulan dah aku lenjan selipar tu. Patutlah dah hampir nak nazak dah.hehehe..

Semalam sempatlah jengah Alamanda jap. Masuk kat Bata (Bata lagi) tapi cam tak nampak plak ade selipar yang aku berkenan. Takpe2 ada masa lagi sblm aku gi Bandung. Oh ya, sebut pasal Bandung, aku kena renew pasport aku ler...haduiiii!

p/s:entry merapu di minggu baru

Friday, January 27, 2012

Edisi makcik timah

Sibuk si kecik ni nak pakai tudung bile nampak aku pakai tudung..

huhuhuhu Layankan aje..

Anak! Anak!




daaaaaa

p/s:Kecik2 comellah..tapi kalau dah besar memang nak kena tangan kalau nak pakai tudung...hahahaha

Nasi tomato dan ayam masak merah

Cuti2 ni bagus kalau kite buat projek masak2. Sempena cuti CNY haritu, aku tetiba rasa mcm nak makan nasi tomato pulak. Serius aku pernah buat nasi tomato dua kali jek itupun dah lebih 5 6 tahun lepas. Kali ni aku buat ikut resepi dalam majalah Keluarga tahun bile punye ntah. Lagipun bile kat kampung ni ada assistant boleh tolong aku masak. Kalau buat kat KL kena masak sorang2 pastu makan pon berdua jek. Boring.

Mempersembahkan nasi tomato aku.. nasi ni pada mulanya tak berapa masak so last2 aku kukus jek. Elokpun masaknya. Cuma kurang masin sikitlah Tapi okay gak sbb laukpun masin. Kalau nasi masin lauk masin haruslah darah tinggi nanti..hikhikhik. Nak resepi? Jom kite tengok resepinye.

Nasi tomato
(sumber: majalah keluarga)

Bahan2
4 pot beras (ni untuk makan 9 orang)
3 biji tomato (belah 6) *aku tak letak
100ml minyak sapi *aku guna marjerin jek
40ml susu cair
200gm tomato puree
daun pandan
garam
air secukupnya

bahan2 tumis
1 biji bawang besar *kisar
3 ulas bawang putih *kisar
bunga lawang
kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga

Cara2
1. Basuh beras hingga bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Panaskan minyak sapi dalam kuali dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
3. Masukkan tomato puree dan tomato hiris tadi. Kemudian masukkan pula susu cair, air dan garam secukup rasa.
4. Apabila telah mendidih, tutup api dan tuang bahan rencah ke dalam nasi. Masukkan daun pandan yang diikat sekali dalam nasi. Masak nasi seperti biasa.
*tips:kalau periuk nasi aku, masukkan bahan panas2 akan buat periuk cepat detect nasi masak sedangkan nasi belum masak lagi. So untuk selamat, biar bahan rencah tu sejuk dulu baru masak nasi mcm biasa.

Nasi tomato haritu aku hidangkan bersama ayam masak merah resepi mak aku. Ayam ni memang setiap kali raya akan masak guna resepi nilah. Sodap!


Ayam Masak Merah

Bahan2
1 ekor ayam (dipotong 16)
3 senduk cili kisar*
1 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* kisar bahan bertanda *
1 sudu kerisik
200 gm tomato puree (kalau tak suka masam boleh kurangkan. vice versa)
garam
gula

Cara2
1. Gaul ayam bersama kunyit dan garam kemudian goreng ayam hingga masak.
2. Panaskan minyak, tumis cili kisar hingga pecah minyak dan masukkan bahan2 kisar yang lain.
3. Masukkan kerisek dan tomato puree. Tambah air jika mahukan lebih kuah. Tunggu hingga mendidih.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan ayam. Kacau sebati sebelum di angkat dan dihidang. Siap.

Ayam yang maveles. Bila makan dengan nasi tomato tu memang kena sungguh. Selalu kalau beli nasi tomato, ayam masak merahnye mesti manis. Tak suke okey.


Aku buat juga acar timun ni sebagai pelengkap nasi tomato aku haritu. Yang ni tak yah resepilah ye sbb senang jek.. Semua orang pun tahu buat kot..hehe

Set nasi tomato aku. Alhamdulillah menjadi jugak dan semuapun makan bertambah. Suami aku lagilah bertambah2.. Sedap katanya..hehehe. Anak2 sedara akupun suka makan..Seronok aku tengok semua org berselera....Lenkali leh try nasi beriani pulak..hikhikhik

Bukti yang menunjukkan suami aku suka makan nasi ni...hahahaha.. Actually die yang sibuk soh amik gamabr die tengah nak cedok nasi. Sejak due menjak ni, laki aku ni giler glemer lah weh...hihihi..

daaaaaa

p/s:Malasnyer nak keje......

Thursday, January 26, 2012

Berpiknik di Air Terjun Gunung Ledang

Cuti Raya cina haritu sempat jugak aku ajak family aku pergi berpiknik aka mandi manda kat air terjun Gunung Ledang. Dah lama jugak aku tak pergi. Last pergi pon masa aku pregnant dulu. This time pergi 2 kereta dengan family abang aku sekali. Yang takde cume kak ipar jek sbb die kena kerja hari tu. Pagi tu sempatlah aku goreng mee dan buat sandwhich untuk makan2 kat sana. Masa bangun tido pukul 6 pagi tu hujan tengah turun dengan lebatnye. Aku dah mula risau takut tak jadi pergi jek. Tapi menjelang pukul 8 hujan dah mula renyai2 je. Plan tetap diteruskan.

Kami gerak dari rumah mak aku pukul 9 pagi. Plan asal nak gerak kul 8 tapi biasalah janji melayu huhuu. Sampai kat gunung ledang pukul 10. Mak aih, ramainye umat. Baru pukul 10 kereta dah berderet2 ko. Mulalah risau sbb mesti dah takde tempat nak landing ni.. So bile kami masuk je kat air terjun, rata2 spot best sume dah kena book. So nak tak nak kami dok jelah mana2 yang ada ruang untuk bentang tikar dan landing..Gambar memang ada 4 keping jek. segala jenis kamera aku tak bawa kecuali henpon. Nasib baik henpon aku bukan cap ayam..hihihi. Tapi bile dah masuk air henpon kemana gambar kemana. Harapanla aku nak amik gambar..

Abah aku dan suami aku...Gambar2 ni aku ambil masa kami baru2 sampai and tengah nak makan..

mak aku dan abang long aku..yang kat belakang seksi tu takde kena mengena dgn family aku ye...hihihi

Anak2 sedara aku dgn pakngahnye yang sedang melayan Kasyah main air..

Masa ni bebudak ni main air kat sungai kecik kat tepi air terjun. Bile kitorang dah habis makan barulah main air kat air terjun sebenar...Air die sejuk giler sbb pagi tu hujankan. nasib baik cuaca dah cerah dah masa ni.

Kasyah pulak memang beriala main air. Kalau aku angkat jer mesti die menjerit. Seronok sungguh die. Jari dah kecut2 pon die tak peduli. hehe

Kami stay kat sana sampai pukul 12.30 saja sbb masing2 dah sejuk gigil. Nak pergi tukar baju kat toilet orang kemain panjang beratur. Last2 aku tukar baju dlm kete jek..hiks.. Balik tu sempat singgah rumah atok suami dan juga jalan2 bandar. Sampai rumah terus lepak sebab penat...

p/s:Nak gi jalan lagiiiiiii

Jom Pergi Doraemon World 2012 di Genting

♫Konna koto iina♫
♫Deki tara iina♫
♫anna yumei konna yu mei ipai alu ke do♫
(antara bait2 lagu doraemon)


Sape kat sini suka Doraemon? Angkat kain....hikhikhik. Sape kat sini tak pernah tengok Doraemon? Tampar pipi sendiri..hakhakhak.. Rugiler sape tak pernah tengok Doraemon. Best woo Doraemon ni. Aku membesar dengan tengok Doraemon. Daru dulu hingga kini. Aku ingat lagi dulu Doraemon ni pernah kontroversi sbb kononnye menghancurkan minda kanak2. Doraemon ni tak logik pastu buat kanak2 berimaginasi nak ada poket Doraemon tu. Ntahapapantah. Aku okay jek tengok Doraemon. tak terganggu pon. Malah aku rasa Doraemon ni super cute.hahaha.

Dulu masa ada doraemon ni, aku mulalah cari helah nak ponteng ngaji. Mana taknye Doraemon ni tayang masa maghrib time aku pergi ngaji kat rumah jiran. Dah tu kalau pergi ngaji tak dapatler aku nak tengok Doraemon. Ini tak boleh jadi maka aku akan buat2 penat ya amat ataupun sakit perut sbb nak ponteng ngaji..hahaha. jangan tiru ye adik2. Tapi selalunye tak berjaya pon. Terpaksalah aku gi ngaji jugak pastu request nak jadi orang pertama ngaji. Lepas ngaji terus berlari balik rumah dgn harapan sempat tengok Doraemon..hahaha. Itu dulu, sekarang ni aku pulak teman Kasyah tengok doraemon (eleh sebenarnya memang aku yang tengok pon..hihihi)

Semalam sedang aku asyik membuat kerja (asyik kerrr), tibe2 one of the officer datang kat aku and hulur sumthing. Tengok2 die kasi ticket nak masuk Doraemon World kat Arena of Stars Genting. Yeahuuuuu..Bestnyer. Boleh gi Genting bawa Kasyah jumpe Doraemon. Ticket complimentary yang diberi oleh organizer dan boleh pergi bile2 available. Since ofis akupun ada terlibat so dapatler tiket tu...Ni yang syok ni.

3 keping ticket untuk aku, suami dan Kasyah. Oh ye, kalau tak silap aku infant pon kena ticket jugak.huhu. Ticket untuk masuk Doraemon world ni RM35 dewasa dan RM30 kanak2. Tiket tu juga membolehkan kite redeem kad Touch N Go Doraemon edition.. Siap ada top up RM5 lagi..Dapatlah aku redeem 3 kad touch n Go..hihihi. I Like!

Apa yang ada kat sana? Ada macam2. Ada Doraemon mall, Doraemon Gallery, Doraemon Town dan ada juga carnival. Kalau nak rasa DOrayaki kegemaran Doraemon pon ada. Yang bestnye siap ada replika rumah Nobita sekali tau. Barang2 dari poket Doraemon pon ada...Seronoknye..

Since Doraemon World ni berlangsung hingga 5hb February so aku masih ada masa lagi nak pergi.. Mungkin cuti hari wilayah nanti boleh jenguk Doraemon kejap..hihihi. Sape2 yang nak pergi bolehlah cari info di website Genting. Google sendirilah ye...hehe..

Daaaaaaaa

p/s:Lecturer Bahasa Jepun aku dulu suke panggil aku Doraemon sbb bile aku cakap Jepun suara aku cam DOraemon..hahaha

Wednesday, January 25, 2012

Hallu hallu

Selamat kembali bekerja...Seperti biasa aku kalau hari pertama bekerja lepas cuti je mesti super duper busy dgn newspaper berlambak. Dah petang atau lebih tepat lagi dah nak balik baru ada can nak masuk blog.

Cuti2 ni ramai yang pergi berjalan. Aku balik kampung je. Tu pun dah best dah. Yelah bukan selalu dapat balik kampung lama2. Kali ni dapat balik 4 hari. Seronot tak seronot lah. hehe..

Dah 4 hari cuti otak dah tepu sikit so takde mood nak mengarut sangat. Cume tadi aku dapat tiket free. Tiket apa? yang tu nanti aku cerita. Okaylah. Nak siap2 nak balik kul 4.30. Lagipun ada surat yang aku kena buat nak kena hantar esok..

daaaaa...

p/s:balik kampung makan banyak lepas tu gemuk. Mencik!

Monday, January 23, 2012

Happy Chinese New Year

Just wanna wish Happy Chinese New Year to all my Chinese reader and all my Chinese fren. May this New Year a happy day to all of you.




Free Graphics - MySpace/Xanga/Friendster



p/s:Tak ramai kawan Cina...

Friday, January 20, 2012

Mood cuti-cuti

Hari ni last keje sebelum cuti 4 hari. Seronotnyer... Alah sume orang pon cutikan, yang ko jakun sanagt apasal??? heheh.

Apa plan cuti aku? Erm balik kampung jelah. Actually aku ingat nak jalan2 ke Penang tapi kewangan tak mengizinkan pulak. Lagipun jalan2 tengok tanpa membeli ni buat aku sesak dada lah..hahaha. Kalau dah jalan mesti kena beli ye dak? At least FM ke t-shirt ke. Dah tu kalau ke Penang mesti nak kena borong jeruk. Takkan aku nak tengok je (perghkan alasan). So terpaksalah batalkan niat suci murni aku nak gi jalan2 Penang sambil melawat 2 my very best friends. Sory Shaz and Izan. Lain kalilah ye. Tapi mana tahu cuti sempena maulidur rasul dgn taipusam nanti aku boleh ke sana.. (jangan mengharap ye).

Petang ni aku akan balik kampung aku. Kat mana lagi kalau bukan Segamat, Johor. Setakat ni takde plan nak kemana2. Duduk rumah saja. Tapi mungkin boleh ajak family aku pergi mandi manda kat gunung ledang ke....Erm tengoklah camne.

Sekarang ni tengah busy buat translation. Yang semalam dah siap tapi petang tu bos besar bagi yang lain pulak. Terpaksa pulun siapkan hari ni jugak. Huhu tu yang aktiviti blogwalkingku agak sendu.. huhuhu..

okaylah. Malas nak merapu. Mood nak cuti je ni.

daaaaaaa...

p/s: Cepatlah kul 4.30

Thursday, January 19, 2012

Kari ikan jenahak

Terajin pulak aku post entry resepi skrg ni. Alah tapi korang sukekan? Aku tau..hikhikhik. Masak kari ikan jenahak hari sabtu haritu. Saje beli ikan jenahak sederhana besar ni masa gi pasar borong. Asik beli kembung dgn selar pon boring gak. Lagipun ikan ni boleh tahan murah haritu so rembat sajalah. Resepi lebih kurang jek dgn kari meletop yang pernah buat dulu. Tapi kali ni sbb mood rajin tgh ada ni, aku bagi jugak resepi. Adalah beza sikit sbb ada bahan yang aku tak letak or tukar. Jom tengok resepi.

Kari Ikan Jenahak



Bahan2
2 ekor Ikan Jenahak(sederhana besar)
1/2 biji Bawang besar (hiris nipis)
1 ulas Bawang putih (hiris nipis)
2 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
1 1/2 sudu besar cili serbuk (ikut suke)
1 biji tomato
1 sudu teh halba campur (tumbuk kasar)
3 sudu besar rempah kari
1/2 sudu rempah gulai cap rose
1/2 sudu rempah masak cap rose
2 biji kentang
bendi/terung (optional)
asam jawa/asam keping (ikut suka)
Garam
air

Cara

1. Tumis halba campur dan bawang hiris. Tumis hingga naik bau.
2. Satukan rempah kari, serbuk cili dan rempah cap rose dlm bekas lain. Masukkan air untuk dijadikn pes.
3. Masukkan pes campur dan bahan kisar. Tunggu hingga pecah minyak.
4. Masukkan kentang dan air. Air ni agak2la ye. Kalau suke cair letaklah lebih. Tunggu hingga mendidih..
5. Bile kentang hampir masak, masukkan ikan dan sayur (kalau ada)... Kemudian masukkan garam dan air asam...Rasa masam masinnya.
5. Tunggu hingga ikan masak. Okay dah siap...



Menu makan tengahari hari sabtu lepas. Kari ikan jenahak, sayur kacang campur carrot, ikan terubuk masin goreng dan juga papadom..huhuhu maveles.

Okaylah, selamat mencuba!...

p/s:Aku selalu masak asam pedas tapi tak pernah amik gambo..huahuahua

Wednesday, January 18, 2012

Entry penghilang bosan

Hadui tajuk takleh blah betul..hikhikhik.. Tapi memangpon aku tengah bosan (banyaklah ko punye bosan, habis translation yang baru bos email tu bende?????) Ni kes malas nak buat kerja la ni. Kenalah regang2kan dulu otak (ade ke orang regang otak??? Lantak!). Asik buat keje pon bosan gak. Betul tak?

Tadi bos aku buat lawak sengal. haha. Eh taklah bukan die buat lawak tapi aku yang rasa lawak. Die sebenarnya nak bagi aku arahan tapi dek kerana penggunaan words English die agak limited so setiap kali cakap je die berhenti sbb die tak tahu nak guna perkataan apa. Aku mula2 sengih je setiap kali die berhenti tu tapi bile die sendiri yang gelak sbb die dah tak tahu nak cakap apa, akupun tergelak sama. hakhakhak. So terpaksalah kawan sebelah aku ni jadi translator die. Lawak, lawak. (pergh baik punye aku mengutuk bos). Tapi bos baru aku ni bagus. Die tak tahu die tanya sampai die faham. Kadang2 tu hangin gak sbb dah banyak kali explain pon die blur je tapi sabar jelah. Diekan bos. Yang bestnye die tak kacau keje aku. Asal keje aku siap die okay jek. Takdelah setiap sejam tanya progres keje aku dah siap ke belum.

Sekarang ni tengah berdebar nak tunggu bulan 3. Naik ke tak gaji aku. Jangan jadi cam tahun lepas sudah. Sampai demam2 aku, stress punye pasal. Hopefully tahun ni adalah berita gembira untuk aku.

daaaa.... Sekian saja entry sengal daripada aku.. :p

p/s:sebenarnye aku nak cerita pasal makanan lagi tapi takut korang boring pulak. Esok jelah

Kuih keria

Ini projek hujung minggu. Sama hari dgn aku buat tauhu poket tu. Entah kenapa rajin pulak aku buat kuih untuk minum petang. Ni pun bukannya sbb rajin sangat tapi sebab nak menghabiskan keledek rebus yang aku rebus utk sarapan pagi. Ngadakan pi rebus byk2 sape suruh.haha. Aku beli keledek manis masa aku pi Kluang kenduri kawen sepupu aku. Sebelum balik haruslah singgah Air Hitam dulu. Banyak pulak keledek manis kat sana tu yang aku borong tu (eleh beli RM10 borong bendenyerr). Jom semak resepi yang senang bangat ni.

Kuih keria

Bahan2
500 gm keledek (rebus hingga empuk)
1 cawan tepung gandum
secubit garam
gula

Cara2.
1. Lenyek keledek yang telah direbus tadi. Biarkan sejuk sedikit.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai jadi doh. Agak2lah ye jangan sampai terlebih tepung pulak. Oh ya, masukkan juga garam sedikit.
3. bentukkan seperti hingga habis.
4. Goreng kuih hingga masak.
5. Untuk salutan gula pula, masak gula dalam kuali dgn sedikit air. Bila dah spekat masukkan kuih tadi. Kacau hingga sebati dan tutupkan api.
6. Teruskan mengacau kuih hingga gula kering dan kuih tidak melekat. Siap.

Inilah kuih keria aku sebelum di goreng. Dapatlah 16 biji. Puas makan.

Setelah digoreng tapi sebelum disalut gula.

Kuih keria yang sudah siap. Tapi aku salut gula ni tak berapa jadi sbb gulanya sikit. Patutnye letak dlm 4-5 sudu gula kot. Tak kesahlah yang penting sedap jugak..haha.

p/s:keledek ada lagi dlm almari dapur. Ntah bila nak buat kuih ni lagi..

Tuesday, January 17, 2012

Tauhu Poket

Meh berkongsi resepi pulak. Tauhu poket ni aku buat 2 minggu lepas. Hahha giler dah lama baru nak citer. Aku kenalah dulukan citer Melaka dulu baru leh masuk citer lain ye dak. Saje je aku beli tauhu masa gi shooping brg dapur sebab rasanya sepanjang aku kahwin ni macam tak pernah aku beli tauhu sblm ni.. Hahaha, terukkan aku? Eh, bukan sbb aku malas masak ke apa ke tapi sbb suami aku tu tak suke tauhu. Taugeh pon die tak suke tp die makan jugak cume bukan feveret die le tu. Cume tauhu poket ni memang die makan and die suke sbb die kate sedap. Boleh buat lagi...hehehe bagus.Jom tengok resepi.

Sebenarnya aku dah google dah resepi kat tenet sblm buat ni tapi masa nak buat tu aku malas nak bukak laptop so aku ikut suke aku jek nak buat mcm mana..hahah asalkan jadi.

Tauhu Poket (Versi aku)

Bahan2
3 keping tauhu (ikut suke lah ko nak banyak mana)
50gm daging ayam cincang
2 biji cili api (hiris halus)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
garam (secukup rasa)
lada sulah (secukup rasa)
daun ketumbar (optional)
1 biji telur (pukul sedikit)

Cara2
1. Tauhu dipotong dua dan dikorek isi tauhu. Buat mcm poket.
2. Isi tauhu dihancurkan menggunakan garfu. Campurkan kesemua bahan tadi kecuali telur.
3. Sumbat bahan2 campuran kedalam tauhu yang dah menjadi poket tadi. Isi sampai penuh.
4. Panaskan minyak. Celup tauhu poket tadi ke dalam telur dan kemudian goreng hingga masak. Siap.

Isi tauhu campuran memang akan terlebih so isi tauhu yang lebih tadi aku campurkan dalam masakan sayur taugeh goreng. Haha taklah membazirkan..

p/s:bilelah nak gaji ni????

Kerepek Ngaku @ China Arrowhead

Ini projek Isnin minggu lepas. Dah lama berhajat nak buat kerepek ngaku ni sebab ada orang kata sedap. 3 tahun gak aku postpone nak buat kerepek ni. Bile tibe musin CNY je mesti aku malas. Bile malas je mesti CNY..ekkk?? Haha sebenarnye seru tu tak sampai lagi untuk aku beli nagku ni. Kebetulan aku ke carrefour beli barang sikit so aku cekalkan hati ambil gak ngaku ni. Alah beli 7 biji je sbb nak merasa. Murah je 66 sen..hihihi.

Esoknye gigihlah aku basuh ngaku ni sebab tgh bersemangat nak buat tp cek punye cek kat rumah aku takde slicer.. Okay terus ajak suami gi beli kat mydin tapi nan hado. Takpelah postpone esok. Gi cari kat carrefour pulak tp still takde. Sedih. Nak tak nak aku slice sendiri guna pisau. Jenuh tau. Nasib baik jadi.

Inilah rupanya ngaku @ ngarku @ china arrowhead ni. Dulu terfikir gak kenapalah orang cina ni berebut beli time CNY. Ingat buat masak2 lauk tu. Rupanya buat kerepek. Oh ya satu tips nak sagat/slice ngaku ni, masa kopek kulit tu jgn buang tangkai kepala die. Tangkai tu boleh guna as pemegang masa slice...

Inilah rupanya kerepek ngaku tu.. Sedap uolsss.. Rasa die lemak2 gitu. Suami aku pon kata sedap. Lagi sedap daripada kerepek ubi tau. Rasanya raya cina ni aku nak beli lagilah. Nak ajak mak aku buat projek ngaku ni. Best sikit ramai2. Taklah lenguh berdiri ngadap kuali..boleh buat berkilo2...hihihi

p/s:raya cina ni tak jadi nak gi jalan2. balik kampung jelah.redha je..huhuhu..

Jalan2 Melaka - Medan Ikan Bakar Parameswara

Salam semua.. Lambat bebeno aku nak ngabiskan entry Melaka ni. Semalam aku dah bajet baik punye nak hapdet tapi blogger buat hal pulak. SAmpai ke petang 'hang' je. Bengang aku. Terpaksa aku tangguh ke hari ni.

So dalam perjalanan balik, kami decide untuk makan malam kat umbai. Dah alang2 sampai Melaka haruslah terjah ikan bakar umbai ye dak? Pilihan kami Kedai ikan bakar Parameswara. Tak banyak pon lauk yang kami ambil. Sebab tak mo mebazir macam selalu sampai muak nak habiskan lauk.

Ini budak buat hal kat sana. tak mo makan dan tak mo duduk. ASik nak berlari jek. Tak paham aku. Dari pagi sampai ke malam pon tak penat lagi berlari. Sudahnye aku belikan mainan angry bird tu tapi stil tak nak dok diam. Kali ni die merengek nak lepak kat tempat orang jual mainan tu je. So mak aku yang makan awal tu take turn layan die.huhuhu

Lauk tak sampai lagi tp nasi dgn otak2 dah sampai..Makan tu dulu..

Muka boring mak aku tunggu lauk..hahahaha

Antara lauk-lauk yang aku order adalah pepahat masak halia. Erm boleh jelah kot. Takdelah sedap sgt. Biasa je. Boleh diterima.

Kupang sambal ni memang terbaik. Tapi setakat ni aku gi makan mana2 pon amik kupang sambal ni emang sedap semuanya... (memang aku suke kupang..hehe) Kupang ni aku amik 2 pinggan sbb aku tau anak sedara aku gila makan kupang. Memang berebut kupang ni.

Ikan jenahak bakar. Ikan ni aku buat 2 jenis masakan. Satu lagi jenahak 3 rasa tapi aku tak amik gamabr pulak. Jenahak bakar ni plain je cicah dgn sambal kicap. Erm bolehlah tapi bagi aku sambal die tu kurang kicklah. 3 rasa pulak memang out. Tak kena dgn citarasa kami.

Last sekali sotong goreng tepung. Menu wajib aku. Sotong ni sedap sbb rangup..

Aik nak enterpem gak?? Ni memang request dari suamiku soh amik gamabr die tgh mkn pastu letak dlm blog..hehe

So overall makan kat sini tak begitu memuaskanlah. Sedap lagi aku makan kat kedai no 1 kat situ. Tapi ini pengalaman akulah. Mungkin ada org pergi mkn sedap.

Dah kenyang dan dah penat, jom sambung perjalanan balik. Kami sampai umah mak aku kul 10.30 mlm. Masing2 memang lepak. Tapi overall it was fun. Seronok sgt...

p/s: habis jugak...

Monday, January 16, 2012

Problem

Am having problem with blogger.. Mencik!


Sorry guys. Will be back soon after the problem solve. Mencik lagi!


Daaaaa


p/s:apasal ntah semua yang aku upload sume sangkut...

Friday, January 13, 2012

Jalan2 Melaka - A famosa

haish..dah petang baru aku dapat nak sambung citer Melaka ni... Ni gara2 keje aku banyak ler ni. Semalam aku dah pulun siapkan translation sblm balik keje tetibe pagi ni dapat lagi request utk translate. Terus takde masa nak ngedate dgn blog..

Okaylah, malas nak membebel. Lepas turun dari cruise tu kami terus menuju ke bandar hilir. Plan nak ke Stadhuy's, tapi takde parking pulak so terus park kete dekat belakang dataran pahlawan dekat dgn A Famosa. takde buat apa pon kat sini. Lepak2 ambil gambar je.

Tengoklah si Kasyah tu. Tak dan mama nak posing amik gambar dah diajaknye berjalan. Tak boelh berhenti kejap.

Woi, ni apsal aku yang bokeh ni? Patutnye bokehlah bangunan a famosa tu. Kesian aku kabur tau.

Tengok aku amik gambar elok je. Mencik tau. nampak sgt nak sabotaj gambar aku.. (tetiba)

Berlatar belakangkan istana kesultanan melaka. eh yeke nama die istana kesultanan melaka? ntah aku lupa..

jom jom sume amik gambar....Awatlah mak aku tu nganga gitu???Orang suh senyum bukan bercakap..hikhikhik

Lepas pusing A famosa tu, aku ajaklah diorang sume jalan sampai ke stadhuys's tu. tapikan jalan punya jalan punya jalan, tak sampai2. kaki dah penat, badan dah berpeluh panas. Tengok2 stadhuy's tu jauh lagi. Last2 kami pusing balik.



Korang tengoklah gelagat si Kasyah tu. Asik nak berlari jek. Kat situ dahlah banyak beca lalu-lalang. Tapi ada die kesah? Yang penting nak lariiiii...

Sebelum nak balik, abah aku ajak minum dulu sbb die dah haus. Akupun dah kering tekak dah. Memang penat sungguh dan panas membahang walaupun dah pukul 6 dah masa ni. Minum kat restoren Subaidah dekat dataran pahlawan tu je. Kemain lambat servisnye padahal kitorang order air jek.. Letih!

Habis dah jalan2 kat Melaka. Jom balik. Lepas minum tu kami teruskan perjalanan menghala ke jalan balik tapi sebelum tu kami sempat singgah kat..........

hahaha sambung lagi..hihihi

p/s:banyak entry tertangguh dek kerana sibuk sgt minggu ni...mencik!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...