Saturday, March 31, 2012

Bandung...here i come!


Esok aku akan ke Bandung...

Wah tak sabarnya...

Dah setahun aku tunggu.


Insyaallah flight aku berlepas pukul 6.45 pagi esok.

Doakan semuanya selamat okay.

Ada rezeki aku bagi souveniour...

See Yaaa...



p/s: Aku balik hari selasa malam...daaaaaaa

Friday, March 30, 2012

Besday Celebration

Last weekkan besday my beloved hubby, so petang tu lepas keje kami decide untuk celebrate makan kat luar. Ofkos ler aku belanja. Time besdya aku nanti haruslah aku kopakkan duit die pulak..haha. Kami pilih nak makan kat Garden Alamanda je. Ekceli mula2 nak makan stimbot tp kedai Johnny's tu tutup pulak. Tu yang pergi sini je.

Well, environment memang superblah. English style gitu. dah macam dok kat taman dah. Kami pilih meja yang siap ada buai ni...Sambil makan sambil goyang..hehe


The birthday boy..

Siap ada piano. Ingatkan untuk hiasan rupanya memang ada orang main. Makan sambil ditemani alunan lagu dari piano ni..

Kasyah comel..Nasib baik die behave dok dalam ni. Kalau tak malu mama..Makan tempat kelas ko jah tp buat bising mcm kat warung..waakkakak...

Air aku yang sgt maveles. Hot honey lemon.. Sedap!

Air suamiku, ice lemon tea. Pon sedap. tak macam kat kedai biasa.

Menu Kasyah mashed potato.. Yang ni pon sedap kooooo...Tak sama mcm KFC tu...sedap bebeno..

Suamiku punye menu. Garden Grilled Blackpepper chicken. Yang ni pon sedap. Secukup rasa..

Aku punye menu.. Spageti carbonara. Yang ni sedap gak tp Delicous punye lagi sedaplah. Yang ni kurang kuah lah...

Budak comot seronok dpt makan sambil main buai..hahaha

Sebelum balik, amik gambar sambil orang main piano..hehe

Total makan kat sini Rm63. Erm not bad. taklah mahal sgt sebab rasanya Delicious mahal lagi. Tapi nak makan hari2 memang bengkoklah...

daaaaaa

Thursday, March 29, 2012

Tempura..

Projek tempura 2 minggu lepas. SAje jek sebab mcm teringin nak makan tempura ni. Kebetulan pulak udang yang suamiku beli kemain XL lagi...sesuai sgt ku tempurakan die. Guna je tepung tempura yang ready made tu. Senang dan sedap...



Tempura udang, bendi, cendawan dan keledek manis.....Serius sedap dan crunchy.. Cubalah!

p/s:harini mood ada baik..nak senyum je...jom senyum sesama..hehe

Karaoke time.

Sesi mengasah suara...Dah lama gakla aku gi karaoke ni. Dah 2 minggu dah.. Haha biasalah akukan malas. Hehe. ni pestime gi karaoke bawa Kasyah. Konon2 nak tunjuk kat anak mak bapak dia ni ada bakat terpendam.. Sekali je anak bo layan..siap tido lagi..hahaha


Perghkan..kemain beria menyanyi...Terus anak aku seram tau dengar bapak die menyanyi kemain feeling.

Ko tengok??? Boleh plak die layan tido padahal kemain bising lagi mak bapak die memekak.. Agaknya suara aku ni sedap sgt kot..kuikuikui


Tapi sebenarnye die bukan tido sgt. aku rasa die takut sbb etmpat gelap pastu bising. Sepanjang dlm bilik ni kemain erat die peluk aku. tido pon kuat die peluk.



Lain kali kite pergi nyanyi2 lagi ye... Suara ni kalau tak diasah nnti tak sedap..hahaha... daaaaaaaa

p/s:sape nak gi karaoke dgn aku?????

Wednesday, March 28, 2012

Pesta Belon Panas...

Giler ah, orang lain sumer dah maju ke depan, aku pulak undur ke belakang. Citer 2 minggu lepas baru nak update hari ni..hahaha. giler lembab tahap siput vavi dah ni.. Bukannya ape last week aku dilanda sindrom menyampah kat blog tp ku tahan2 dapat gak updet seketul dua entry. Nak kata sindrom tu dah hilang tak juga tp sebab aku dah nak bizi teramat ni so aku terpaksa gak updet sblm semua jadi pekasam.

Pergi kejap pagi Sabtu tu. Ingat naik belon tp tiket sold out pulak. Tunggu next year jelah.
Jalan2 kejap pastu balik sbb husben nak gi kelas pulak.
Itu jelah ceritanya. Malas betul nak cerita panjang. Keje menimbun ni. Application form pon tgh membukit. Huh pening.. Daaaa

Tuesday, March 27, 2012

Al-Fatihah

Salam semua.. Maaf menyepi pulak aku semalam. Bukan takde cerita tp ada perkara yang berlaku. Hari ahad, sepupu kepada suamiku telah meninggal dunia. Sedih sgt tapi pada masa yang sama kami redha sebab die dah lama menderita sakit. Kanser melanoma. At least aku sempat pergi jenguk die masa kat sepital hari Jumaat lepas. Mungkin dapat rasa yang die akan pergi maka suamiku ajak pergi melawat die sekejap masa lunch break tghari Jumaat tu. Walaupun tak bercakap dgn die sbb die ngantuk dan lemah tp at least die sedar yg kami datang.

Pagi ahad tu, mokde (mak arwah) call suamiku bagitau yang arwah koma. Jadi pagi2 tu suami skip kelas die and ajak aku pergi HKL. Bila sampai dalam pukul 9 tu belum waktu melawat. So mintak dgn polis yg jaga tu kata nak naik kejap. Alhamdulillah polis tu bagi tp kami masuk sorang2lah. take turn jaga Kasyah. Masa jumpa die memang die dah tak sedar dan dibantu dgn alat pernafasan. Masa tu mokde ckp sebelum die koma die resah dan mengerang kesakitan sebab kanser tu dah tumbuh kat kepala. Tapi yg membuatkan mokde lega sbb die sempat mengucap sblm koma tu. At least kalau jadi pape, die sempat mengucap kalimah syhadah. Aku yang mendengar mokde ckp mcm tu terus berjurai airmata kesedihan. Sebelum balik aku bisikkan kat telinga arwah supaya die kuat dan aku nak tengok die bangun.. (huwarghhhh sebaknye...) Masa ni badan die dah membengkak dan mulai sejuk.

Jadi akupun hantar suamiku ke kelas dkt UTM KL. Aku pulak terus balik ke Putrajaya dgn Kasyah. Sampai rumah lebih kurang pukul 11 lebih. lepak2 layan Kasyah, suamiku sms bgtau sepupu die dah takde. Terus menggigil badan aku mcm tak percaya. Tengok jam pukul 12 lebih. Terus aku siap semula dan drive amik suami kat UTM. Kami terus ke HKL semula. Masa kami sampai jenazah dah dibawa ke bhgn forensik utk dimandi dan dikapankan. Sempatlah aku lihat wajahnya yang kaku itu.

Kami balik ke Segamat untuk majlis pengkebumiannya. Alhamdulillah ramai saudara dan sahabat ada bersama2 untuk menziarah. Majlis pengkebumiannya pun berjalan lancar. Sebab tulah aku cuti semalam dan tak update blog.

Sampai ke hari ni aku masih terbayang2kan arwah. Kenangan dengannya..Masakkan untuknya masa die tidur rumah aku awal bulan haritu. Kenangan bercerita tentang anak kami yang sebaya..dan macam2 lagi. Yang paling terkesan tentulah kenangan terakhir aku melawatnya.

Semoga Arwah Nor Bakyah Zulkifli dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin....Kami semua sayang kau tau!

(p.s: update cepat2 sbb nak lari gi toilet meraung jap..sedih dah ni..huwarghhhh)

Friday, March 23, 2012

Happy Birthday My Love


Today is my husband's birthday.


glitter-graphics.com
Happy Birthday my love!
It is not being in love that makes me happy but it is being in love with YOU that makes me happy.
With each year I love you more and more.

(gambar masa awal perkenalan)


My heart for you will never break. My smile for you will never fade. My love for you will never end. I love you.
Not a day goes by when I do not think of you and how empty my life would be if you were not here.
With each year I'll love you more. Remember that your best years are still ahead of you and I'll be there for every up down and in between.
May Allah bless you and our life.


WE LOVE YOU PAPA!



Wednesday, March 21, 2012

Guilt

I feel guilty..




That's all that i can say..



Tuesday, March 20, 2012

...................

Kenapa tajuk tu aku letak dot dot dot je? Well tibe2 rasa mcm dah tak tahu nak cerita apa? Patutnye seronok sbb mcm2 benda aku buat weekend and of kos boleh sama berkongsi cerita tp semalam rasa mcm malasnya. Rasa macam dah takde patient pulak nak berblog. Pergi jengah blog kengkawan pon ada yang tak komen..Jengah saja.





Kalau aku berhenti blogging okay tak?

Sunday, March 18, 2012

Kuih Keria...lagi.

Kuih keria yg dibuat bulan lepas.. Saja aku update lambat sikit sbb rasa mcm baru jek aku tayang kuih keria sblm ni. Nak resepi boleh klik sini.

Diadun dan bentuk oleh aku tapi...

digoreng dan disira oleh mak aku... Dapat bawa makan kat ofis.

p/s: entry autopublishe..hehe

Friday, March 16, 2012

Aktiviti weekend

Suke suke...Mood ada baiklah. Kenapa? hah itu yang kite tak tahu tu..hehe Sebenarnyekan malam tadi drama feveret aku dah start balik. Drama Makbul yang pernah aku mention dlm blog ni tahun lepas. Tak sangka dah ada musim kedua. Bestnye... So skrg setiap malam jumaat taklah aku boring nak tengok cerita apa sbb dah ada cerita Makbul. Korang, best tau citer ni. Jomlah layan ye..Setiap khamis jam 9 mlm TV2.hehe. Back to the story...

Cerita weekend lepas dah nak masuk weekend baru, barulah nak story ye..oudated tau ko ni Anne.. Cerita sensasi dah jadi cerita basi dah...hahaha..

Ahad haritu kebetulan suamiku dpt balik awal dari kelas. Eleh sebenarnya setiap ahad balik kul 4 tp minggu tu je jadual kelas smpi 6.30. Nasib baik pukul 5 dah balik dah. Apalagi kami decide nak bawa Kasyah mandi kolam. Kebetulan mak dgn pak mertua aku ada. Diorang dtg umah aku lepas amik anak2 akak ipar aku nak bawa balik kampung. Cuti sekolahkan. Sepeti biasalah Kasyah dgn air mcm kucing nampak ikan..suke bebeno. Nampak je kolam terus nak terjun..Tak nyempat2.

Haritu bawa Kasyah, air paras dagu. this time air dah paras atas dada dah... Kejap jek dah tinggi dah anak mama.



Suka..suke... Lain kali mama bawak mandi lagi okay...

p/s:dlm dilema mana nak hantar Kasyah sbb ahad ni aku kena keje. Laki aku pun ada kelas.. Mak aku lak tak sihat nak dtg sini..haduilah pening kepala...

Thursday, March 15, 2012

Blackpepper chicken

Harini ni mmg khas letak entry makanan je ye..Layan jelah tuan tanah kedaung perut berkeroncong nak tunggu petang baru boleh melahap. hahaha.. Layan gambar makanan mcm kenyang..poyo!

Buat grilled blackpepper chicken ni sabtu 2 minggu lepas. Masak sekali salmon grilled sbb nak habiskan stok salmon yg ada lagi sekeping. Kalau nak resepi boleh rujuk ke sini. Same jek cume dari salmon ganti dgn ayam..

Grilled blackpepper chicken yang maveles dimakan bersama kacang panggang, kentang putar dan juga nasi daisy...

Versi tanpa flash.. Suami aku kate sedap...hehe dah mcm kenny rogers dah...huhu nampak nau membohong..

Aku punye salmon grill dgn blackpepper... Pun yummeh jugak..

Ni kalau dapat lambchop pun sedap gak ni....adeh!

p/s:Perut aku berbunyi lagu rock keras...

update:disebabkan kak lia tanya nasi daisy tu apa so aku bgtaulah ye..Sebenarnya nasi daisy tu nasi yang aku gaul dgn marjerin daisy..hahahaha...selalu org panggil nasi planta sbb gaul dgn plantakan..tp sbb aku guna marjerin daisy tukarlah nama jadi nasi daisy...heheh jangan mara haa...

Menu berbuka

Alkisah semalamkan aku puasa, eh harini pun puasa jugak. Dok fikirlah dari siang nak makan apa untuk berbuka. Ingat nak order jek tp mcm membazir pulak ada ikan dgn ayam dlm peti tu. Lagipun cendawan pon dah beli sejak minggu lepas. Okaylah gagahkan diri masak jugak. Buat lauk simple asal ada makanan nak makan.

Inilah menu berbuka semalam. Lauk asam pedas ikan dengan cendawan goreng feveret kami. Sempat jugak aku buat tempura guna sayur bendi dgn terung tp tak berapa jadilah. Yong tau fu tu kazen suami aku yg beli minggu lepas tp haram dimakanya. Doklah terperap dlm peti sejuk tu. Semalam aku rebus balik. Jadilah..dapat gak aku makan.

My asam pedas ikan mata besar dgn bendi. "Mavelles..mavelles.." bak kata jarjit dlm Upin Ipin..hehe

P/s: Dok fikir apa nak makan untuk petang ni pulak...

Wednesday, March 14, 2012

Pizza Hut

Dah lama rasanya tak makan pizza hut. Sebelum nipun aku cume order Domino's je. So ajak lah suami aku gi makan pizza hari Isnin haritu. Konon sblm nak start balik regime diet ketat aku, kenalah makan sepuas2nye..hah takde makna.

Kasyah makan sudu menunjukkan die dah lapar lah tu..hhaha

Beria makan sudu macam sedap sgt..Haritu die memang makan agak byk. Suap je nganga..nganga je suap.

Muka orang lapar perut dah masuk angin...

Pizza super supreme dgn cheesy lava...Tapi perut tamak takkan amik pizza saja. Order juga drummet oriental dan cheese bake rice. Tapi gambar takde sbb sesampainye makanan tu terus ngap mcm dah tak makan 10 hari...huhuhu

Okey jom makan...

Lepas makan penuh lahap, perut terus bagi signal penuh ya hamat. Tahan-tahan sbb kalau ikut tekak harus dah termuntah aku.. Tulah tamak sgt. Makan tak nak sikit. Walaupun 2 keping pizza dan sedikit nasi tu sikit bg org lain tp byk utk ko tau tak??????Sbb ko kena habiskan ais bergas segelas kalau tak rugi je byr...Terus insaf pasal makan terlebih dgn puasa hari ni..hahahah

Missing

Entah kenapa sejak dua tiga hari ni aku rasa lain macam. Rasa macam ada yang tak kena. Nak kata tak sedap hati tu takdelah sgt tp lebih kepada macam ada yang takde. Eh korang faham ke?? Susah aku nak explainlah. To cut the story short, i feel like missing sumthing. Feel incomplete. Feel unsatisfied. Alah macam ada benda yang aku kena dapatkan...Susah betul aku nak faham perasaan aku dua tiga hari ni.

So semalam aku bagitaulah suami aku about my feeling. And die terus cakap " Abang tau sayang nak aiskrim Baskin Robbins." Haha, memanglah dari minggu lepas lagi aku teringin nak makan aiskrim tp not necessarily baskin robbins cume aku nak makan sumthing caramelize. Cari juga if ada any aiskrim yang ada perisa caramel tp tak jumpe so baskin robbinslah jawabnya. So aku rasa mungkin memang betul aku nak makan aiskrim. Malam tu jugak pergi Alamanda beli baskin..

(Gambar ehsan google) Hah aku amik aiskrim pralines and cream campur Gold Medal aiskrim. Amik handpacks size pint.. Sebab rasa macam tamak nak makan hari2 haruslah beli byk sikit. Kalau setakat 1-2 scoop conpem tak boleh buat stok seminggu. Aku ni kalau mkn aiskrim memang tak byk at one time. Selalunye 2-3 suap je so memang boleh thn seminggulah aiskrim tu.

Lepas makan aiskrim, mcm kurang dah rasa missing tu tp still ada lagi... Ke sebenarnya aku tak sabar nak gi Bandung ni?????? Ke rasa missing tu sbb duit dah byk missing?????? Haduilah misteri betul...

p/s: Aku tak tahu apa dah jadi tp harini aku sgt mengantuk. Rahang pun dah lenguh dah sbb asik menguap jek... Jgn offer aku gula2 sbb aku puasa..huhu

Tuesday, March 13, 2012

Dirang, pengakhirannya tak girang.

Rasanya semua orang tahu tentang kes adik Dirang yang hilang dan akhirnya mayatnya ditemui rentung.. Walangnya hati mendengar khabar begini. Anak yang diharap kembali rupanya pergi menemui Ilahi. She's so cute and sweet. Semoga roh adik Dirang tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Kepada keluarganya, hanya ucapan takziah dapat aku sampaikan selain sabar dan tabah mengahdapai dugaan ini.

Apa yang aku nak cuit sikit adalah tentang sikap orang dalam kes ni. I mean secara umum atas pemerhatian aku melalui blog or Fb or any source yang memberi komen yang aku rasa agak keterlaluan. Bila jadi kes seperti ini, ia sebenarnya adalah satu peringatan bagi insan lain supaya lebih berhati-hati. Peringatan bahawasanya dimana-mana dan bila-bila masa musibah boleh berlaku. Hatta dalam rumah sendiripun. Jadi janganlah korang yang tak terkena musibah ni kata yang bukan-bukan pulak. Sedih aku bila ada yang komen "sapa suruh anak pergi kedai sendiri", "inilah akibat kalau mak sibuk main facebook", "mak tak pandai jaga anak", "mak bapak lalai" dan sebagainya yang menjurus kepada menyalahkan mak bapak semata2. Itu semua bagi aku kata-kata orang yang riak. Takde mak bapak yang nak perkara ini berlaku kat anak-anak mereka jadi jangan tambahkan lagi walang hati mereka itu. Cukuplah dengan derita mereka kehilangan anak.

Katakanlah korang sangat protective dengan anak korang. Tak bagi anak keluar hatta depan rumah sekalipun. Tapi kalau benda dah nak jadi maka jadilah ia. Mungkin masa tu tak semena2 korang terbiarkan anak korang pergi main kat playground dengan kawan2 and musibah seperti ini berlaku. Masa tu apa kau rasa kalau orang kata kau tak pandai jaga anak? Jangan riak. Doa supaya perkara seperti ini tak jadi kat kita dan oang lain.

To the animal who did this, don't worry your time will come. Definitely!

p/s:Dalam rumah pon belum tentu selamat. Orang jahat sekarang ada bermacam cara nak buat jahat. Semoga Allah melindungi kita. Amin.

Friday, March 9, 2012

The Worst Jam Ever

Anybody know what happen today till every single road in KL jam like hell.. I'm so piss off. Geram gilerrr... As always aku akan keluar rumah pukul 7 and biasanya aku akan sampai ofis yang jaraknya 30km tu lebih kurang 8.20 pagi. But today, lepas je aku bayar tol kat Besraya, terus jam and the best part adalah almost tak bergerak okay. Tambah best lagi lampu warning minyak menyala menandakan myk nak abis.. ohh bestnye. Jam masa tu pukul 7.30 and aku baru separuh jalan. After 3km, aku tengok jam and you know what dah pukul 8.40. hello aku baru jalan 3km and it took me sejam 10 minit??????

Tak pe sabar lagi. Mungkin ada eksiden kat depan tu je. Lepas eksiden mesti jalan clear tp tibe2 terpandang highway plus kat sebelah. Wowwweee..junior juice! Eh, silap..wooweee jam gak and almost freeze. Okay terus tak sedap hati. Meter myk masih warning and aku masih ada 2 km nak sampai petronas.. Sabar..sabar... Jalan lagi and after 35 minit baru samapi Petronas.. Okay lega dapat isi minyak. Teruskan perjalanan and bile dah almost 10 aku masih di situ..di jalan yang sama dengan jam yang tak nampak macam akan end in front. this is it. aku kena patah balik. Kalau mcm ni, entah2 lunch time karang aku baru sampai ofis. Nekad terus masuk simpang depan tu and buat u-turn and nah aku skrg dekat rumah. huiiii teruk betul jam tu. 3 jam for 15 km memang satu rekod yang baik. Aku rasa orang tolak kete pon boleh sampai jauh lagi in 3 hours.

Tak memasal aku cuti harini. Pergi keje pon no point. Still aku punye cuti kena tolak gak half day. Dah penat2 dok dlm kete lelama, mood pon takde nak buat keje. Well aku dgr dlm radio kat Jalan tun razak ada eksiden tp apa kena mengena dgn Besraya??? Sbb sume orang nak masuk jalan tu ke???? Masa aku balik tadi aku tengok jam dah makin jauh. Kalau aku tadi start jam lepas tol tp bile aku pusing balik jam dah start since Serdang Lama lagi..perghkan. And plus highway dah jam dari Kajang kot...sgtlah jauh nak sampai ke KL tau..

So ada sesapa tau apa jadi????

Thursday, March 8, 2012

Nasi goreng ikan

Hari ini mengharap berita gembira dari PM... Walaupun aku bukan pekerja gomen tapi laki aku keje gomen. kalau ada berita gembira untuk die maka gembiralah untuk aku. Elaun pun boleh mintak naik..hehehe.. Nak batalkan ke nak tambah baik ke nak apa ke terpulanglah tp yang penting hasilnye mesti boleh buat orang senyummm sampai esok pagi.. Kalau tak aku tak vote..hah hah takut tak? Kalau takut, bagi ai senyum tau..hihihi..

Tajuk entry pasal makan tapi mesti nak melalut cerita benda lain. Tu pun nasib baik aku tak cerita pasal Smart tunnel tutup pagi tadi. Tak masal hari ni punch card aku merah. Walaupun aku tak lalu Smart tp kesan penutupan buatkan jalan lain jem teruk wooo.. Penat aku menyumpah dalam kete... Nasib baik bos paham.. Eh eh tadi kate tak nak cite tapi dah tercerita dah... tak payahlah aku delete ek..hahahhaha.. Aku sengal!

Nasi goreng ni aku masak untuk makan malam hari Jumaat lepas. Aku kalau jumaat memang malas nak masak lauk so buat nasi goreng saja. Kebetulan ada lebih ikan goreng hari semalamnya terus aku buat nasi goreng ikan. Nasi goreng guna rencah ikan goreng ni lagi sedap dari yang guna ikan bilis pada aku. Err nak resepi ke? Aku main cecampak jer.. Emm..bagi aku 2 minit untuk fikir


err
armm
aaa
uuu
ekkk


Okaylah aku bagilah resepi..hehehhe.. Aku sengal lagi!

Nasi Goreng Ikan


Bahan2.

1 pinggan nasi
1 ekor ikan goreng
10-15 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
5 biji bebola udang/sotong/ikan (ikut sukala ko nak letak apa)
2 batang kacang botor (hiris halus)
Garam
sedikit serbuk tumix

Cara2.
1. tumbuk isi ikan goreng bersama cili dan bawang.Kalau tak suke pedas kurangkan cili.
2. Tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan bebola udang yang dihiris.
3. Masukkan kacang botor dan perasakan dengan garam dan serbuk tumix.
4. Masukkan nasi dan gaul sebati. Siap. Nasi goreng ni lagi pedas lagi sedap..Syiok!

Wednesday, March 7, 2012

Mee rebus

Hallu hallu...hari ini bermulalah era busy dalam kerja aku. Application scholarship pun dah dibuka maka akan bertalu-talulah call dan juga visitor aku nak kena entertain. Belum campur lagi application form yang akan sampai bertimbun timbun tu..huhuhu...Rasanya starting next week aktivit pem'blog'an aku akan mulai slow. Hopefully taklah slow sgt...hehehe. Nak cerita pasal resepi sebenarnye tapi nak melalut dulu..

Ni masakan Ahad lepas. Sape ada fb aku taulah sbb aku dah post kat fb dulu. Aku buat mee rebus ni sbb dah lama teringin. Bukan teringin nak makan tapi teringin nak buat. Tak pernah selama aku hidup ni aku buat mee rebus tau. So kugagahkan juge kederat yang ada untuk masak mee rebus ni sebab keledek dah lama beli. Tak kesahlah walau terpaksa bergelut sorang kat dapur dgn melayan kerenah Kasyah lagi tp semangat kuteruskan jua...wah gitu..hehehe..

Resepi ni aku google jek kat internet. And aku pilih ikut resepi Chef Wan.. Tapikan sebenarnya aku campurkan semua resepi ikut suka aku. Aku ada amik resepi Mee rebus Aziz Sattar dalam paper so resepi tu pun aku rujuk juga... makanya aku tulis resepi ikut apa aku buatlah ye.. nak resepi chef wan korang google jek..

Mee Rebus
sumber:Chef wan dan Aziz sattar.


Bahan-bahan kuah (utk makan 5-6 orang)

500gm keledek (rebus hingga empuk & kisar)
300gm daging dan tetel (rebus hingga empuk)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas* (kisar bhn bertanda*)
1/2 cawan udang kering
1/2 cawan kacang tanah (goreng)
2 1/2 sudu taucu
4 sudu rempah kari
1 sudu cili kisar
2 biji tomato (belah 4)
air secukupnya
garam
gula melaka

Bahan2 mee rebus
Mee kuning (celur)
2 keping tauhu (goreng dan hiris)
1 genggam taugeh
Cili merah/hijau
daun bawang/sup
bawang goreng
telur rebus
limau nipis

Cara2.
1. Blender keledek rebus tadi. Ketepikan. Tumbuk pula udang kering dan kemudian tumbuk kacang yang telah digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan serbuk kari. Kacau sebati.Masukkan udang kering dan taucu.
3.Masukkan daging dengan air rebusannya sekali. Kemudian masukkan pula keledek dan juga kacang tumbuk.
4. Tambah air dan adjust kepekatannya. masukkan tomato dan Tunggu hingga semuanya masak.
5. Perasakan dengan garam dan gula. Siap. Bolehlah dihidangkan bersama bahan2 mee rebus seperti resepi di atas.


walahhhhhhhhh

Wordless Wednesday ~ 6


Sape nak???

Tuesday, March 6, 2012

Renew pasport

Salam minggu baru kawan-kawan..hahah lebihkan.hari selasa baru sibuk nak minggu baru...hehehe sorry ler.. I menghilang semalam. Ada yang rindu ke? Hah takde? Okay bye!

Huh takde maknanya aku nak sentap bagai. Kalau takde yang rindu pun aku tetap update gak blog aku ni..Tak gitu. Erm sebenarnya semalam aku cuti. Bukan malas tau tapi dek kerana anak bujang kesayangan hamba tu kurang sihat. Demam, batuk selsema semua. So akupun cuti jelah. Ni festime aku cuti utk tahun ni. Robek dah annual leave aku.huhuhu..

Hari sabtu haritu sempatlah aku gi renew passport aku yang dah nak mati tu. Saje renew awal sikit walaupun aku nak gi Bandung 1 hb tp malas nak tangguh2. Sementara ingat ni baik buat terus. Pukul 7 aku dah bangun tau sbb takut ramai orang. Kasyah pun aku angkut die masih tido lagi. Kul 7.45 kami sampai kat pejabat passport yang depan rumah je tu. Orang dah ada yang menunggu. Bile bukak pintu, aku dapatlah giliran yang keenam..

Masih awal lagi. Orang tak ramai. Urusan pon pantas je.

Application aku... Lebih kurang pukul 8.30 semua dah settle. Tinggal nak amik je. Janjinya siap dalam masa sejam. So apalagi balik umah dulu. Sarapan, mandikan Kasyah baru keluar gi amik passport pulak.

Tepat kul 9.30 aku dah tercongok balik kat sana nak amik passport. Memang pantas sbb memang dah siap passport aku tu.. Yeay dah ada passport dah boleh gi Bandung.

P/s:Tak sabar nak gi bandung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...