Monday, April 30, 2012

Pot Luck

Hallu..hallu...tadi up entry suam suam so kali ni up entry sejuk pulak. Pot luck minggu lepas punya. Pot Luck enmergency namanya ni sbb konon nak meraikan sahabat kami yang akan bersalin. Hari Isnin tu last day die keje sblm admit hospital. Plan dibuat hari jumaat ptg and aku ditugaskan untuk bawa bihun goreng. So aku buatlah bihun singapore siap dgn sambal kicap sekali. Sedap..Diorang yang cakap tau..hehe

Makanan dah nak habis baru ingat nak amik gambar. Tak senonoh betul..hehe

Ada swiss roll, hot dog dan juga chicken finger..

The super sedap cheese tart yang dibeli oleh Khai...

My bihun singapore..Kurang pedas bagi aku sbb akukan hantu pedas..





Buat kecil2 saja tapi seronok dan kenyang... tunggu yang bersalin tu balik keje boleh buat pot luck lagi..hehe

p/s:rasa mcm nak makan collagen..sape tau nak beli kat ner?

BERSIH? Tercapai ke matlamat?

Ini bukan entry pasal aku sokong kerajaan ataupun aku anti pembakang. Ini entry luahan hati seorang manusia yang sedih dan geram dengan kebodohan manusia lain...

Bersih back in action. Tak ambil iktibar langsung dgn kejadian sblm ni? Tak serikkan. Okaylah aku faham motifnya adalah nak tuntut sistem pilihanraya yang adil. Aku sokong. Sapa yang tak nak? Tapi yang aku tak sokong pasal perhimpunan tu lah. Kan dah kate takleh buat perhimpunan kat Dataran sbb taknak jadi kecoh tak nak jadi huru hara..tapi degil gak. Orang dah bagi pilihan buat kat stadium tak nak. So motifnye nak kecoh dan huru harakan?

So aku nak tanyalah, to all penganjur dan juga peserta perhimpunan, puas hati tak? tercapai tak hasrat korang? Seronok ek terkinja2 baling batu, lompat2 atas kereta, belasah polis and orang sana sini and terpekik terlolong mcm org gila? Aku tau ade jek orang yang kena belasah gak dgn polis so nak tanyalah yang kena belasah tu seronok tak? Mestilah seronok sbb dgn senang hati korang boleh buat kenyataan saya dibelasah polis tanpa belas kasihan sedangkan awal2 lagi polis dah kata jangan masuk...tapi nak masuk jugak...padanlah muka..

Patutnye tukar nama jadi Kotor bukan Bersih sebab hasilnye sampah bersepah merata2...Kalau betul Bersih gi berkumpul utk bersihkan sampah pulak. Aku malas nak cakap lelebih sbb nnti ada jek yang meroyan komen kat entry aku ni ckp pasal anwarlah, najiblah apelah sedangkan aku dah bilang awal2 ni pasal perhimpunan yang huru hara tu bukan pasal anwar ke najib ke sape ke....Kesimpulan die senang jek.. Kalau tak buat kecoh, tak jadilah kecoh. betul tak?

350,000 orang memperbodohkan diri join perhimpunan huru hara tu, ada 20 juta lagi syok dok umah layan anak bini luangkan masa berkualiti. Dah tentu2 lagi happy dari sakit hati terpekik telolong terkinja2 mcm org mati laki.

Pasal pilihanraya, vote for your right. Kau ada hak nak undi. Bile parti ko kalah, jgn nak meroyan sana sini. Ko kena ingat dalam 10 orang, tak semua sokong kau punya parti. Apa yang penting, hidup aman serba serbi dalam meniti hari hari dari generasai ke generasi.... Aku tak fight for any parti tapi aku fight untuk kesejahteraan anak cucu aku nanti...

p/s:takyah meroyan nak komen pasal parti politik kat aku pastu kata kena belasah dgn polis bagai. Yang kau pergi join sape suruh. Sendiri cari penyakit, sendiri rasa skitlah woi...

Friday, April 27, 2012

Swimming Time

Yeay..aku dah berjaya key in semua data applicants tahun ni...syoknye...so boleh ngedate dgn blog jap sblm start buat surat dan preparation ut exam bulan 5 ni..

Aktiviti mingguan kami skrg adalah swimming.. Ye, kawan2. aktiviti kami bukan aktiviti Kasyah je tau. Sejak2 dah ada baju renang ni, barulah semangat sikit nak belajar berenang walaupun aku ni mmg phobia masuk dlm air. Tp dek kerana pakai baju renang so rasa cam yakin sikitlah..hahaha poyokan.

Kami pegi swimming kat kolam Presint 16 jer. RM2 utk dewasa utk satu sesi. Setiap sesi 2 jam. Setakat ni dah 3 minggu dah kami swiming kat sini and dah 3 minggu jugak aku fail berenang...hanya main2 air kat tepi jek..hahaha

Ni aktiviti petang semalam. Tak memasal suamiku ajak gi swimming sbb hari jumaat (hari ni) die nak gi study. Selalunya kami mmg pegi swimming ni hari jumaat malam. Malam2 kurang segan sikit sbb gelap. Dek kerana tak nak miss berenang minggu ni, pergilah kami ke kolam semalam ptg and dptlah amik gambar sbb terang and orang tak ramai.. Kalau jumaat mlm tu agak ramai jugaklah. Weekend lagilah ramai.

Kasyah memang tak reti dok diam..Die kalo boleh nak lepas jek dlm kolam ni tp nehi sbb kolam ni dalam weh utk die..


Baju renang muslimah yang aku beli di PB Bandung. Murah saja RM50. Kat sini mana nak dpt baju renang RM50???Siap tudung lagi tp aku tak pakailah tudung die sbb nmpak cam makcik cleaner sgt..hahahah..tu yang pakai tudung sendiri tu..hikhik.

Aku ni teringin sgt nak pandai berenang tp masalahnya aku takut dlm air. baru cuba masukan kepala dlm air pun dah rasa cam lemas dah (ker aku je over rasa cam tu). Belum betul2 tenggelam lagi.. Aku rasa nak kena belajar dgn professional trainer kot... Tapi nak yang hensem jek boleh??? Kalau yang hensem kurang neves..ahakss.

p/s:sape nak gi bandung? nak kirim baju renang lagi..hihihi

Thursday, April 26, 2012

Mee Goreng Udang dan Telur Ikan Goreng Kunyit

Hallu hallu...skrg dah waktu lunch so boleh update kejap.. Aku tengah bertungkus lumus cuba menyiapkan keje aku esok ataupun paling lambat pun Isnin minggu depan. Ada lagi 140 form yang aku nak key in segala data. Bayangkan tahun ni punya application lebih 1500 tau. Mau tak meroyan aku nak siapkan dlm 3 minggu ni. Nak cek jek dah amik masa berkurun. Belum key in details lagi. Tu yang sampai aku rasa letih tak bermaya ya amat sbb naik muak mengadap form yang bertimbun tu lama2. Rasa nak muntah pun ada. So if possible mmg aku nak pulun siapkan lagi 140 tu by tomorow. Lagipun tadi bos dah discus dgn aku pasal keje lain pulak. Sib baik boleh hold dulu smpi minggu depan. huhuhu..penat!

Eh, melalut pulak dah. Asal nak tayang makanan yang dah berkurun ni. Like I said before, byk lagi entry bulan lepas tak masuk blog.. So ni salah satu daripadanya. Masak mee goreng ni untuk sarapan kot. Sama hari dgn aku buat kari hijau tu rasanya. Mak aih sampai bile aku buatpun aku dah lupa. Lame bebenor pendingnye..hehe..

Udang yang besar dan fresh..Dpt beli udang ni kat Tesco kajang. XXL tu pastu agak murahlah jugak. Tu yang rembat tu..

Takpekan letak gambar makan waktu lunch..hehehe

Ni pulak telur ikan goreng kunyit. Rasanya aku masak hari yg sama jugak dgn kari hijau thai tu. Aku amik telur seciput jek kat pasar. Adalah dlm 5 ketul. Rm1 jek sbb nak timbangpun mcm takde berat..hihihi..Nak amik byk2 aku jek yang makan. Suamiku kurang gemar..hehe

Okaylah..tu je. Nak makan jap..Daaaa

p/s: my best friend dah bersalin..yeay dpt baby boy..Tahniah Shaz!

Wednesday, April 25, 2012

Kari Hijau Thai

Salam semua..Harini patutnye wordless tp aku words sesangat..hehe. Bukan apa saje curi2 masa jap ni. Aku masih busy lg ni. Minggu depan bari siap key in semua kot. Pastu nak buat surat pulak. Nak arrange seat plan lagi. Senang citer lepas bulan 5 baru aku relax and boleh update blog selalu and blogwalking. Skrg ni waktu terhad sgt. Sory yek pada yg aku dah lama tak jengah tu..

Nak share resepi kari hijau thai yang aku masak bulan lepas. Ye kawan-kawan..bulan lepas. aku tak salah taip. Lame tak?hehe. Saje jek masak kari hijau ni sbb teringin sgt nak rasa cemana kari hijau ni. Nasib baik suami ai approve ai masak ni tau. Die tu mmg tak suke mkn benda2 pelik. Aku amik resepi dari blog Cik Mat Gebu yang katanya diambil dari blog kak ida 1001 resepi.

Inilah rupanya..Yang itam2 tu bukan blackpepper tp daun selasih kering yang tak hancur bile aku blend sekali..

Jom tengok resepi.. Aku copipes jek dari blog Cik Mat Gebu. Harap2 halallah ye.Aku ganti daging dengan ayam...

Kari Hijau Thai

BAHAN PES KARI HIJAU :-)
1 batang serai, hiris halus
1 -3 biji cili padi siam, hiris halus (mat guna 10 biji + 2 cili hijau)(aku guna lebih lagi..hehe)
2 biji bawang merah, hiris halus
4 - 5 biji bawang putih, cincang
1 inci lengkuas atau halia (mat letak lengkuas dan halia)(akupun)
1/2 cawan daun ketumbar (mat guna semua sekali termasuk akar)
1/2 cawan daun selasih atau sweet thai basil (tak jumpe yg segar, aku letak yang kering jek. tu yang kari aku nampak mcm comot dgn daun tu)
1/2 camca teh serbuk jintan manis
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh serbuk ketumbar
3 camca besar sos ikan (nampla)
1 inci belacan
2 camca besar jus limau nipis
1 camca teh gula perang/merah
3 - 4 camca besar santan

BAHAN KARI HIJAU THAI ;-)
6 ketul ayam cuci dan toskan
3/4 cawan terung pipit, cuci dan toskan (tak letak)
1 biji tomato, belah 6
1 cawan hirisan rebung (lagilah tak letak)
1/4 biji traffic light capsicum (red, green, yellow) didadu besar (pun takde)
2 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
10 biji cili padi merah thai, diketuk
Pes kari hijau thai (resipi diatas)
800 ml santan cair
300 ml pati santan
Jus limau nipis secukupnya
Sos ikan secukupnya
Gula secukup rasa
Daun selasih secukupnya (anggaran 1 genggam)(takde stok)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.UNTUK PES KARI HIJAU THAI :- Satukan semua bahan ke dalam alat pengisar. Kisar halus hingga semua lumat. Boleh digunakan terus atau disimpan dalam bekas bersih dan kering, masukkan dalam peti sejuk untuk tempoh 1 minggu. Untuk lebih lama boleh dibekukan dalam freezer.
2.UNTUK KARI HIJAU THAI :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis pes kari hijau hingga harum, masukkan serai, terung pipit dan ayam. Gaul rata dan masak sekejap.
3.Tuang santan cair, kacau dan tambah daun limau purut, biar masak hingga ayam 1/2 empuk dan terung pipit lembut. Masukkan dan juga cili padi thai. Bila mendidih, tuang pati santan. Perasakan dengan sos ikan, jus limau nipis dan sedikit gula. Masak sekejap dengan api sederhana. Kacau selalu.
4.Akhir sekali masukkan daun selasih, traffic light capsicum dan tomato, kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain...Selamat mencuba

Suamiku kata sedap dan boleh buat lagi..yeay suka...

p/s:penatnye buat keje...

Monday, April 23, 2012

Kirishima lagi...

Hallu hallu semua...Dah masuk minggu baru dengan semangat yang baru..Ceh semangatlah sangat padahal semalam ko bukan kemain lemah layu lagi tak bermaya sampai skip memasak kan??? kehkehkeh.. Tapi siyes weh semalam aku rasa lemau sesangat. entah kenapa ntah..Rasa mcm letih jek. Bukan takde mood tau tapi letih. Letih2 pun ku gagahkan juga diri masak bihun singapore utk potluck jap lagi..hehe gigihkan?

Seperti biasa kami kat opis ni kalau gi makan2 mesti ke Kirishima. Sebab dekatkan. Kejadian ni masa aku baru balik Bandung. Bukannye apa, flight sampai dah tgh malam so mane sempat nak prepare makan gi opis. Tu yang pakat2 ajak semua keluar mkn Kirishima..


Sempat lagi tu berphotogediks sebelum balik..saje jek nak tayang baju baru beli kat bandung..hahahah niat busuk...hikhik.

Me and my collegue.

Menu aku yang simple jek. Malas nak amik set sbb takut tak habis. Lagipun ade jek opismate aku yang tak makan makanan dlm set tu and aku jugak yang kena habiskan..hehe

Itu saje...Daaaaaaaa..

p/s: Tak suke blogger baru ni...Nak yang lama..huhuu


Thursday, April 19, 2012

Bandung Day 3- Last Part...

Yeay akhirnye sampai gak last part... Dah tak kuasa dah nak buat entry lagi dlm dok sibuk2 kejar dateline keje aku ni. Kalau keje aku tak siap gak, harus aku mintak OT dengan bos. Okay jom sambung lagi part last Bandung. Sebenarnye dah tak berjalan dah. Ni part departure and ariving jek..haha

Kami dapat checkout lambat sikit. Pukul 1 waktu bandung. Flight aku haritu pukul 7.45 mlm. Perghkan sikit punye lambat tp dah kena cekidaut awal2. nak berjalan memang aku dah tak kuasa sbb beg dah susun baik punye. So lepas cek out kami lepak kat lobi hotel sampai pukul 3 and suruh hotel call teksi utk ke airport terus. Sambil tunggu tu sempatlah aku order nasi goreng kat hotel je. Buat mkn tghri. kang lapar pulak memandangkan airport Bandung tu setoet jek.

Sebelum cek out harus lah amik gambar dulu..Ni kat depan bilik hotel. Bilik aku ground floor jek. Senang dah penat2 suping tak yah naik tangga. Lagipun bilik nak yang paling dekat sekali..hehe


Ni kawasan depan bilik aku..

Ni pulak pemandangan ke bilik aku. Bilik belah kiri tulah bilik aku..

Ni pulak lobi hotel. Kalo ada yang nak stay kat sini, boleh email aku mintak no tepon ye. Mereka ni suka berurusan dgn tepon.

Sedang menanti teksi sampai...Kake weh..Dari pukul satu nak ke pukul 7.45 sblm flight berlepas aku menunggu....menanti dan terus menanti..

Pukul 3 aku dah sampai kat airport. Aku rasa masa tu kamilah org Malaysia pertama yang sampai.. Bile dah pukul 4 lebih baru ramai orang malaysia lain..

Bag aku cukup 30kg. Kurang bape gram jek..hahaha. Sblm drop bag tu sempat lg timbang dulu dan adjust beg yang mana patut. Nasib baik sampai awal sbb org takde nak nyibuk kat kaunter.

Selepas berejam menunggu akhirnye dapat naik flight and flight memang depart on time. Aku sampai LCCT pun on time.

Tapi ada citer tak best aka citer geram sgt masa kat LCCT. Lepas jek amik bag akupun teruslah keluar. Masa tu kirenya aku antara yang terawal keluar sbb org lain dok sibuk tunggu bag lagi. Taklah nmpk kami ni berpusu2 keluarkan. So adalah minah kastam ni tahan aku and suruh aku scan bag. Ok aku no hal follow jelah. Alih2 die soh aku bukak beg. Siap cek satu2 aku beli apa tau. Last die ckp aku kena cukai sbb beli kain pasang dgn T-shirt. Pergh menyirap jek rasa sbb T-shirt 3 helai jek pun. Kain pasang jelah ada 7 termasuk yg kawan aku kirim... Kononye die baik hatilah die kata patutnye aku kena cukai Rm70 tp takpelah, bayar Rm50 jek.. Takke nampak cam die nak cari duit lebih???? Yang buat aku lagi sakit hati, bile dah makin ramai org keluar, die main lepas jek semua org tu. Kirenya aku ni antara yang malang sbb terandom pick tau. org lain bawak 5-6 bag haram tak kena pape...aku bawa 2 beg pon dah kena Rm50. Sakit hati aku. kalau betul nak buat keje, tahan sume org dan cek semua beg satu persatu. Bukan pilih2 tau tak...

So korang yang nak ke Bandung tu, better prepare dgn Kastam kite kat sini. Aku dengar ade yang kena sampai beratus cukai. And seriusly die memang pilih ikut suka jek. Sbb ada yang beli mcm nak meniaga pun tak kena pape...

Overall percutian aku ke Bandung memang best bangat. Rasa mcm nak pergi lagi tp kali ni nak bawa suami dgn anak pulak. Kalau pergi lagi haruslah kena sediakan duit lagi berjuta2 dari sblm ni..hahaha...

p/s:kalau nak tanya pape pasal Bandung, boleh email aku anne_raini@yahoo.com. Kalau aku tau aku jawablah ye..

Bandung Day 3- Part 5

Buat entry pagi2..ngelat jap dgn keje bertimbun tu sbb rasa nak muntah pulak aku bergelumang dgn application form je hari2. Hari last di Bandung, dah tak banyak yang aku nak beli (yelah dah semekinkan). Bangun awal macam semalam. Siap2 and pukul 7.15 dah pergi makan.

Menu sarapan hari last. Nasi goreng, megi goreng, telur rebus masak blackpepper dan juga keropok.. Nak kata sedap sgt tu taklah tp tak sedap pun tak jugak.. Okaylah not bad buat alas perut.

Dah kenyang... Harini pakai baju biru dari banana republic.. Wah aku, kat Bandung ni jelah pakai baju ada nama sikit. kalo kat Malaysia pakai baju pasar malam jek..ahaks.

Sebelum berjalan amik gambar dulu. Inilah hotel yang aku duduk. Hotel Patradisa di Jalan Wastukencana. Hotel bajet je ni. Kami amik bilik Superior B tak sampai RM100 pun satu malam. Nampak cam tak meyakinkan je bile tgk dari depan tp dlm hotel boleh thn lawa gak..hehe

Destinasi terakhir aku adalah ke Pasar Baru lagi.. Tp kali ni tak masuk dalam just beli jajanan kat luar jek. Amboi3x , aku tetiap hari ngulang psar baru.. Kalau pergi lagi harus aku berkampung kat sini jek..ahahaha

Apa yang aku beli kat sini? Aku beli pisang cheese, kacang bandung (sedap weh), kacang ape tah (sedap gak), kerepek ubi pedas dan entah apa lagi..taklah borong byk sgt sbb takut tak muat beg. Lepas tu kat sini jugak aku sempat sambar baju angry brid utk kasyah dan tudung bawal kosong utk aku. Murah jek baju angry bird tu RM6.70. Pastu tudung bawal tu 5 heali RM8..hahah i like.

tudung bawal kosong yang byk dijual kat luar PB...

Lepas dah borong jajan kami teruskan perjalanan ke Kartika Sari yang tak jauh dari PB tu. Kiranya seberang landasan keretapi dah nak menghala balik ke hotel.Kartika sari ni tempat terkenal nak beli brownies.

Sempat lagi tu berposing dlm KArtika sari ni. Yang ni outlet die kat jalan apa ntah. Kalau nak gi kartika sari yang besar kena ke jalan Dago. Yang tu jauh lah. Takleh jalan kaki.

yang ni pun dah buat mata jadi rambang. Rasa mcm semuapun nak beli. Tapi kat sini kena sedar diri. duit dah menysut mane boleh baham semua. lagipun brownies tak tahan lama.


Kuih muih di Kartika Sari.. Semuanya cantik2. Presetation memang meletop.. Rasa aku tak tahu sbb tak beli..hehe

Sebelum balik, amik gamabr dulu tunjuk bukti..haha Eh kat sini pun aku sempat beli aiskrim strawberi die.. Kemain sedap ko...Tak rugi cuba.

Inilah barang yang aku beli kat Kartika sari. brownies almond, brownies kukus cheese, bagelan cheese (sedap banget), dan pisang molen.

Balik ke hotel jam menunjukkan pukul 11 pagi waktu malaysia. Aku memang dah lepak dah. Tinggal nak berkemas je sbb nak cek outkan. Kawan aku decide utk pergi ke BIP and aku dah tak larat nak ikut dah so die pergi sorang. Aku lak tinggal dlm hotel kemas beg. Penuh tau 2 luggage yang aku bawak. Siap pinjam timbang kat budak hotel tu. takut acces baggage pulak..hehe

Sambung last part....hehe

Wednesday, April 18, 2012

Bandung Day 2- Part 4

Taip cepat sbb ada masa sikit ni..Jap lg lunch break habis..hehe

Lepas balik hotel dari PB lebih kurang pukul 2 lebih, aku terus hilang mood. Eh, kenapa kau ni? hilang mood bagai? Man tak hilang mood, aku buat kire2 kerugian aku kat sana dalam masa sehari setengah tu dah hampir rp6juta. Camno tu? Duit bwa Rp5juta je. Tapi habis dah dekat Rp6juta. Nasib tak baik betul ada CC. Kalau takde kompem lagi jimat aku..hahaha. Terus kensel plan nak gi Toko Tiga. Yelah kang kalo aku gi kang mesti ada je yang aku nak beli. Jalan Dago pun terpaksa aku skip sbb takmo terjebak lagi. Cuma petang ni nak ke Bandung Indah Plaza je sbb kawan aku tu nak cari belt dgn spek Rayban.

Selepas baring2 melepas lelah dan menongkat dagu sbb dh semekin (miskin), kami jalan kaki ke Jalan Merdeka. BIP ni tak jauhpun dari hotel. Masa ni baru pukul 4 ptg waktu Malaysia.

Sempat amik gambar dlm BIP. Ekceli same je dgn mall kat Malaysia ni tp BIP ni keciklah sikit. Aku tak beli papepun sbb save duit nak beli jajanan esok. Ada tak ada pun aku beli roti dgn batagor utk makan malam. Jadilahkan.

Pemandangan depan BIP ni bile nak malam... Selamber jek jual menatang2 ni..

Yang ni pun ada. Ada berani?

Pemandangan di waktu pukul 6 waktu bandung. dah gelap mcm dah pukul 9 mlm.

Dah pusing sana sini kamipun balik semula ke hotel. Lepak2 dan tido terus.. Serius dah takde mood nak berjalan dah sbb jalan tanpa duit ni ibarat makan nasi tanpa lauk.. tak nikmat okay.

p/s; Malam tadi Kasyah demam..Kesian pulak tgk die tak lena tido. Pukul 12tghmlm bangun peluk mama.. Pukul 4 pagi pun bangun peluk mama... Kesian anak mama.. Hopefully die okay jek dgn pengasuh hari ni..Sorry syg mama tak leh cuti..kerja dah pending dah ni...huhuhu...

Tuesday, April 17, 2012

Bandung Day 2-Part 3

Sambung lagi...kuatkan semangat update gak blog sbb dah byk dah entry pending... SO kena habiskan gak citer Bandung ni.. Lepas ni kalo ada entry bulan lepas tu kire halal jelah ye..hahaha..

Hari kedua di Bandung, badan dah rasa segar semula sbb aku memang tidur lena.. Adalah terjaga 2-3kali tp tu standard ah. Kat rumah pon camtu. Aku tengok jam dah pukul 6 pagi.. Waktu Bandung haruslah baru pukul 5. Layan tv jap sambil2 kemas barang belian semalam. Pukul 6.30 waktu Bandung baru siap2 mandi segala. Tepat jam 7.30 terus keluar sarapan. Sarapan disediakan oleh pihak hotel. Menu hari 1st nasi goreng dgn bihun goreng dan ada keropok dan sambal telur. Air teh dan kopi dan air masak. Makan kenyang2 sebab hari ni misi shopping habis-habisan kat Pasar Baru.

Semangat nak shopping ni... Posing dulu sblm mulakan perjalanan. Masa kami stay ni ada satu gruop akak2 ni dtg segerombolan.. Borak2lah sekali.. Baju aku tu beli kat Heritage.. Burberry beb..haha

Ko tengok! Aku pakai selipar Jepun je. Gamble ah. Tak kuasa nak pakai kasut cun2 tp kaki sakit. Pakai selipar Jepun ni lagi syok aku berjalan.

Keadaan ni bandung jam 8.30 pagi. Kami jalan kaki je ni. Satu yang agak susah kat sana bile jalan kaki adalah nak melintas jalan. Sebelum tu, semalam kami dah tanya kat budak hotel camne nak melintas sbb aku tgk trafik die kemain sibuk dan takde rules tau. Line pon takde so bawa kete ikut suke je. Kalau nak melintas, angkat tgn sebelah and jalan terus. tapi awas jangan lari sbb nnti kena langgar. Ko jalan je dgn angkat tgn tahan kete tu. So itulah yang aku amalkan kat sana. Nampak ada jarak jek terus angkat tangan jalan dgn selambernyer..hahah..pengalaman tu beb.

Sempat lagi amik gambar sblm melintas. Masa ni jalan kurang sibuk tp jalan depan hotel aku duduk tu memang all the time sibuk... Jalan besarlah katakan.

Nak ke Pasar Baru dari hotel akan lalu landasan keretapi ni.

Setelah lebih kurang 10 minit berjalan, akhirnye sampai jugak ke PB...Pagi lagi kedaipun tak byk buka. SO kami teus ke lantai dasar 1 untuk cari telekung. Orang kate telekung kat lantai dasar lagi murah...Nak kata byk sgt beli telekung tu taklah tp dptlah beli yang berkenan di hati..Mak akupun syokler dpt 2 telekung cantik...Err kenapa aku tak amik gambar masa beli telekung ek?????Suka lupa diri tau bila dah shopping...maafkan aku wahai kengkawan..ai memang lupa diri..tak boleh jadi artislah kalau gini... eh, apa kena mengena?????

Kat sini jugak aku beli FM bandung. Murah tau banding dgn budak lain jual. Pastu budak yang jual tu offer nak bawa kitorang ke kedai kain sulam murah..Kate dielah.. So lepas dah beli telekung kamipun terus ke lantai 1 beli kain sulam..

Aku beli kain ni tp warna pepel..cantik tak?? Aku lupa sebenarnye nama kedai ni...Kain ni aku beli harga RM35 lebih kurang..murahlah jugakkan..

Sibuk memilih kain. Nasib baik teringat kat kamera masa ni..dpt gak aku jeleskan korang...hahahha (ketawa riak)

Ish geramnyer tengok kain2 ni..nasib baik sedar diri...

Lepas dah beli kain sulam, kami ke lantai 2 pulak. Tujuan? cari kain katun aka cotton. Kami ke kedai D Fashion je sbb ada org rekemen kedai ni ok.

Ni jek satu gamabr aku kat kedai ni.. Tu pun tokey kedai tu beria nak amikkan gambar.. Pandai diekan buat baik siap bagi makan dgn minum sbb die tau aku akan beli punye.. Kat sini aku siap beli kain utk buat baju raya.. Lace uolss. Raya ni mak meriah lah dgn lace..jangan marah haaa..ekekeke. Kerugian kat sini cecah juta ok. Terpaksa swipe card lagi sbb takut cash habis. Tepuk kepala aku. Total kain aku beli adalah 5 pasang kain cotton dan sepasang lace serta kain satin utk baju melayu...ah gila!

Misi tak habis lagi ni. Kawan aku tu nak cari belt pulak. Kami tingalkan segala barang belain kat kedai D' fashion tadi dan terus ke lantai 6. Dpt gak aku membazir lagi belikan belt kulit dgn wallet kulit utk suamiku. Lepas tu kami gi cari makan pulak.

Ni makanan aku. Set ikan gurame bakar..memang sedap banget. tapi yang tak bestnye kat sini, diorang akan kerumun kite soh makan kat kedai diorang.. Pastu kan aku rasa kitorang kena tipu sbb set ni saja dah Rp50,000 sedangkan aku mkn kat BMC baru Rp27,900. Terkedu tau masa nak bayar. Sorang makan dah kena RM20 lebih. Baik makan pizza...huhu

Ni set ikan bawal goreng...harga pon sama..tak ke mengarut tu. Tgk kat list makanan kedai2 tu tak sampai Rp30,000 pon. Geram!


Senyum..senyum kan..ko tak tahu ko nak kena cekik...grrrr...

Lepas makan, sambung balik shopping. Aku nak cari T-shirt utk abang2 aku dan juga bapak aku. Anak sedara aku yang lelaki pon tak dpt baju lagi...Jalan sana jalan sini, akhirnya misi tercapai dan akupun pokai... igt nak beli jajan sekali tp tgn aku dah terlalu penuh dan berat dgn barang. Nak balik jalan kaki pon tak lepas...




Jalan kaki sampai round about kat hujung jalan, kami decide nak angkutan jer...Murah Rp5000 utk 2 orang...Fuh penatnyer...

Sambung petang pulak...daaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...