Friday, June 29, 2012

Mood tak sabar..

Salam Jumaat yang penuh barakah... Hari ini mood tak sabar telah melanda. Insyaallah petang ni kami nak balik kampung. Esok aku nak buat majlis harijadi untuk Kasyah. err kire untuk aku sekalilah. Malam tadi gigih aku dok bertapa dalam dapur sbb nak siapkan kek untuk hari esok. Try buat kek pelangi.. Korang rasa jadi tak?

Rainbow kek yang telah siap dibakar tp belum dimekap. Aku dah rasa happy dgn hasilnye cuma aku rasa nipis sgtlah padahal resepi aku dah follow sejibik dah dan loyang pun aku guna 8 inci punye. Risau pulak kalau nipis sgt kek ni pecah... Perluke aku buat yang lain???

Aku buat juga marble cheese brownies ni sebagai desert selain kek. yang ni memang jadilah. Dah expertkan..hahaha riak. Plan esok nak buat kek puding karamel pulak (kalau sempat). Kalau tak sempat mmg aku bo layan jelah sbb esok macam2 benda nak buat utk majlis tu. Walaupun cuma jemput sedara mara je tp still ayam nak kena perap, daging nak perap, nak goreng bihun lagi, cheesy wedges lagi, bal..bla..bla.....eh banyaklah kerja esok...

Korang doakan perjalanan aku pergi dan balik kampung selamat ye.. And doakan jugak kek aku menjadi..hehehe.. Sayang korang. Next week aku update citer ye..

Daaaaaa..

p/s:Penangan buat kek berdiri 4 jam, harini kakiku sengal giler!

Thursday, June 28, 2012

Celebrate Birthday Kasyah and Mama

Cerita minggu lepas masa besday Kasyah. Aku joinkan sekali dgn masa besday aku. Senang keje. Masa besday Kasyah, kami taklah sambut beria sbb bak kata aku sblm ni, nak sambut besday die kat kampung buat BBQ. Tapi takkan nak ignore jek yedak. Pergilah jugak keluar makan dan beli kek kecik utk die. Kami makan KFC jek. Kek pon beli kat Care4 sb bajet tak berapa nak ada (tengah bulan weh). Lagipun nak buat pe beli kek beria sbb yg makannya kami bertiga jek. Itupun Kasyah dah happy dah dpt kek. Hantu kek anak aku tu tau.

Takmo pandang kamera sbb sibuk nak makan. Tgklah tgn tu ada roti. Kasyah punye feveret makan dgn cili sos. makan cili sos mcm makan eskrim. Beria.

Gigih mama pandang kamera, ko buat dek je dik!

Balik rumah baru kami layan potong kek dgn Kasyah. Sukenye die. Insyaallah sambut besday kat kampung mama buatkan kek Doraemon ye..hehe

tak sabar nak makan kek..

Hingga menjilat bibir

Kek kecik care4. asal ada..hahaha


yeay potong kek..

Selang seminggu besday mama pulak. Simple jek celebratenya pun. Makan2 jugak. Kali ni suamiku bawa gi makan Kenny Rogers. Die yang pilih walaupun besday aku. Tak aci betul. Layankan jelah..hahaha

Our drinks on the day. Aku punya iced milk caramel. Suamiku punye Iced chocolious caramel.

Seperti biasa kalau aku makan kat sini, inilah yang aku order. Ayam quarter, mac and cheese, whipped potato dgn corn and carrot.

Suamiku punye menu, lebih kurang jek kecuali die amik nasi sbb die tak suka jagung..

Last sekali gambar tuan tanah kedaung...Nampak tak Kasyah buat ape? Beria makan ler apalagi.

p/s:malam ni nak buat kek utk bawa balik kampung... Musti tido lambat..

Surprise Cake...

Sungguh tak disangka, cempedak jadi nangka..hehe takde kena mengena. Masa besday aku haritu, tak memasal bos buat surprise untuk aku.. Camne aku boleh tak perasan bos letak kek dlm fridge padahal fridge sebelah aku je??? Confius jap. Lepas lunch tetiba jek ofismate aku tutup lampu sambil bawa masuk kek yang dah dipasang lilin tu...hahaha tergelak aku jap sbb bos aku buat gak besday celebration utk aku walaupun cuma ada kek je.. I'm touched bos. Tapi ini bukanlah celebrate utk aku sorang. Buat sekali untuk ofismate aku yang dok sebelah aku sbb besday die 2 minggu jek beza dgn aku.

Me and my colleague, Yin. Happy besday to us. (Silalah abaikan muka aku yg kusam tu sbb ptg mmg aku tak pakai make up)

Nyanyi lagu happy besday beramai2. Pastu bos tarik pop yang keluar sampah warna warni tu.. Aku tak tahu nama dielah..hehe

Time to cut the cake...

Potong2 sbb bos2 dah tak sabar nak makan kek..

Inilah keknya. Kek Cekelat yang sedap..tp kena hati2 mkn kek ni kerana serbuk koko kat atas tu boleh buat ko tersedak secara tidak senonoh. Silap2 boleh menyembur keluar kek..hahaha

Bos2 yang setia menanti nak dpt sepotong kek harijadiku..hahahah

Thanks to my big boss yang tak pernah lupa harijadi staf2nya... Akupun pelik sbb die mmg akan belikan kek utk staf die. Agaknya die letak reminder kot.. Apa2pun it was a lovely moment and I will remember it for the rest of my life.

p/s:pasni nak update pasal celebrate besday Kasyah pulak...tungguuuuuu...

Wednesday, June 27, 2012

Terima Kasih

Aku nak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang wish aku happy birthday semalam.. I'm touched. Tak sangka ramai jugak blogger yang baru kenal akupun wish happy birhtday. Many thanks to my blogger sista Nuyui yang buat special entry semalam.. Akak terharu dik oii.. Sayang kamu tau...

Mana2 yang jengah aku tu, aku akan try jengah balik sbb komputer aku dah kemain slow motion dah skrg. Fb lagiler. nak komen pun sampai hang dulu baru boleh komen. Kadang2 hang terus sampai semuapun tertutup tibe2...Tensi mak!

Again THANKS TO ALL. LOVE YOU!

Wordless Wednesday ~ 11

Marble Cheese Brownies...lagi!

Diorder oleh sepupuku awal bulan haritu...Kesedapan melampau..

p/s:Gaji dah masuk...harus ke bakery ptg ni..hehe

Tuesday, June 26, 2012

Today is my day...

Just wanna wish


glitter-graphics.com

Alhamdulillah, diberi lagi kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati dunia ini. Semoga segala impian dan harapan dapat direalisasikan.

Terima kasih Allah untuk segalanya..

p/s:Manalah laki mak nak bawa mak harini???? Mak teruja uols..

Monday, June 25, 2012

Kari Kepala Ikan Nyok Nyok

Selamat pagi semua... Harini aku nak berkongsi resepi kari kepala ikan nyok nyok pulak. Ikan ni bukan aku beli kepala sja tapi aku beli seekor yang agak besar. Tapi germa betul dgn mat bangla yang jual ikan ni. Aku kata belah dua jek die pergi porong kepala tu. Dahla senget pastu tinggal isi sikit jek kat kepala. Hampeh betul. Terpaksa masak dgn isi sekali. Plan nak buat kari kepala ikan saja tak menjadi..






See.. Nampak tak kepala ikan aku semata2 kepala. Isi pun ada skit jek. Tak puas tau.


Kari Kepala Ikan Nyok Nyok

Bahan2
kepala ikan nyok nyok(sederhana besar)
1/2 biji Bawang besar (hiris nipis)
1 ulas Bawang putih (hiris nipis)
2 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 cm halia (kisar)
1 1/2 sudu besar cili boh (ikut suke)
setangkai daun kari
1 biji tomato
1 sudu teh halba campur (tumbuk kasar)
3 sudu besar rempah kari
bendi/terung (optional)
asam jawa/asam keping (ikut suka)
Garam
air

Cara

1. Tumis halba campur, daun kari dan bawang hiris. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan air dalam rempah kari untuk dijadikn pes.
3. Masukkan pes kari, cili boh dan bahan kisar. Tunggu hingga pecah minyak.
4. Masukkan air. Air ni agak2la ye. Kalau suke cair letaklah lebih. Tunggu hingga mendidih..
5. Masukkan ikan dan sayur (kalau ada)... Kemudian masukkan garam dan air asam...Rasa masam masinnya.
5. Tunggu hingga ikan masak. Okay dah siap...


Aku suka ikan nyok nyok ni sbb isi die lembut. Kalau pergi pasar lagi definitely aku akan beli ikan nyok nyok ni lagi. Sedap.

(edited version sbb ini ikan nyok2 bukan jenahak..dlm resepi tulis jenahak sbb resepi copy paste dari kari ikan jenahak kat sini.)

p/s:Esok besday aku..hikhikhik

Friday, June 22, 2012

Gulai nasi dagang ikan aye

Wah harini bergulailah kite.. Heh jangan tertipu sbb dah tentu2lah aku ni suka sgt update citer lewat so gulai nipun dah 2 minggu dah kejadiannya. Saja je aku nak mengabiskan stok ikan aye @ tongkol yang aku beli. Boleh thn besar tau ikan tu tp sbb agak murah so beli jugaklah. Dek kerana suamiku kata die cuma suka ikan aye masak sambal or gulai nasi dagang maka akupun gulaikanlah. Resepi aku ambil dari blog Kak Madiha. Memang aku follow sebiji2 apa resepinya dan hasilnya wallah.. memang sedap. Bukan puji diri sendiri tp memang betul jadi sedap. Cuma aku taklah buat nasi dagangnya. Makan dgn nasi putih jek.



GULAI NASI DAGANG
Resepi: Kak MaDiHaA (mintak halal ye copy resepi letak kat sini)

Bahan2
2 atau 3 ekor ikan tongkol hitam (anggaran 2 kg) (dipotong, dibersihkan & direbus bersama sedikit air, 3 sudu kecil garam dan 6 keping asam gelugur) - Aku buat 4 keping jek termasuk kepala.
2 biji kelapa (ambil santan sederhana pekat @ cair sedikit pun tak mengapa)
1 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jadikan pes)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose (jadikan pes dengan rempah ikan tadi)
(jika tiada rempah masak & rempah gulai cap bunga rose.. tambahkan lagi 1~2 sudu besar rempah kari ikan)
2 sudu besar kerisik yg ditumbuk halus
2 inci kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 biji cili hijau - letak sebiji jek sbb tu je yang tinggal...haha
15 biji cili api
10 biji belimbing buluh (kalo ada.. takde pun takpe) - Takde
(MaDiHaA tambah bendi sikit sebab ada stok dlm esbox)
½ ketul gula melaka (tambah lagi jika kurang ~ gulai nasi dagang memang terasa manis sedikit)
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka

Bahan2 Dikisar Halus
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan manis
8 ulas bawang merah
1 biji bwg besar (kalau kecik.. letak 2)
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
15 ~ 20 biji cili kering ~ dikerat2 & rebus sebentar & buang biji (dikisar)

Cara Menyediakan

1. Gunakan periuk yg agak besar sedikit. Masak santan bersama (sedikit saja) garam di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sekali sekali sahaja.
2. Masukkan kulit kayu manis, ramuan yang dikisar dan pes rempah tadi ke dalam santan. Jika suka.. bahan2 ini boleh juga ditumiskan dulu dengan sikit minyak hingga wangi sebelum dimasukkan dlm santan. (terpulang anda.. tp jika tumis.. kuah akan jadi lebih berminyak!)
3. Masukkan gula melaka, garam, kerisik (bancuh sedikit dgn kuah santan agar tak berketul2) dan asam keping. Biar mendidih sebentar.
4. Masukkan ikan rebus beserta air rebusannya & asam keping semasa merebus tadi. Tambahkan serbuk perasa.
5. Biarkan kuah pekat sedikit. Hati2 semasa mengacau agar ikan tidak pecah. Masukkan belimbing buluh, cili hijau dan cili api. Biar merenih sebentar dan sesuaikan rasanya bolehlah di angkat.


Disebabkan sedap, aku makan nasi bertambah-tambah.. Adui.habislah diet aku (diet ke???) . Insyaallah boleh buat lagi.. Ingat raya ni nak buatlah untuk jamu sedara mara kat kampung..

p/s:Aku dah jatuh cinta....

Thursday, June 21, 2012

Kelas Nihongo ~ UM 2006

*serius aku masih tak boleh ngadap komputer lelama..pusing mato*

Harini saja nak kongsi gambar kenangan masa belajar dulu. Dua keping gambar yang aku amik dari fb kawan aku. Seronok pulak bile tgk gambar2 ni. Enjoy je life masa tu. Adapun stress nak buat assignment dgn exam.

Kelas Nihongo dgn Masuyama sensei... Cer teka aku yang mana? hehe rasanya sume tau kot. Yang tgh2 tulah sensei aku. Gambar ni sblm final exam kot. Lupalah. Tapi aku masih igt most of them.

Yang ni pulak gambar beramai2 masa student2 Hiroshima City University datang kampus. Seronok sbb dpt kawan baru dari Jepun. Masing2 sibuk nak asah skil cakap Jepun tp nan hadooo..hahaha.. sila cari aku..hehe

Kalaulah masa boleh rewind-forward rewind-forward, mmg aku asik rewind jek hidup aku ni. Seronok sgt pengalaman masa belajar dulu. Skrg ni kalau sambung belajarpun feelingnya dah lain sbb dah tak berapa remaja lagi. Tak boleh nak hu-ha hu-ha dgn kawan2 kampus. Betul tak? Tapi entah bule dpt sambung belajar lagi...

p/s:Tetiba teringat kekasih lama...hahaha aci tak?

Wednesday, June 20, 2012

Not so wordless wednesday

Hai semua... Thanks pada yang ucapkan happy birthday untuk Kasyah semalam. Actually semalam aku mc. Petang Isnin tu tetiba je diserang sakit kepala yang teramat sampai tak boleh nak bangun. Asal bangun jek kepala pusing. Tu yang pagi semalam bila bangun masih rasa pusing2 kepala terus amik mc. Harini dah kurang dah walaupun ada ting tong sikit. Aku tak boleh nak tengok lampu2lah. Berpinor mata aku ni.

Semalam doctor kata mungkin aku migrain.. Ok ohh.. Risau gak tp lepas makan ubat migrain tu mcm takde pape pon. Malam aku telan panadol jek. Kurangpun sakit kepalanya so bukan migrain kot..hehe tetap tak nak mengaku. Sempena besday kasyah semalam takde yang special pon. Kami just pergi makan2 dan beli kek comel jek untuk Kasyah. Jadilahkan sbb hujung bulan ni baru nak sambut besday die kat kampung. Buat mcm tahun lepas ada BBQ dgn family. Ingat nak order kek Boboiboy tp tkt tak sempat pulak. erm tgklah camne. Kalo tak, secret recipekan ada..hehehe.

Okaylah, takleh nak membebel byk2 sbb aku takleh ngadap komputer lelama.. pusing mata jadinya.. Daaaa..

p/s: Bile nak start jogging ni????

Tuesday, June 19, 2012

Happy Birthday Kasyah!


glitter-graphics.com

Alhamdulillah hari ini genaplah usia Kasyah 2 tahun. Macam sekejap jer rasanya anak mama ni dah besar dah. Dah pandai macam2. Pandai meniru cakap orang, pandai abc, pandai main bola, pandai main angry bird, pandai on telefon mama dan macam2 lagilah. Yang paling tak menahan tu, anak mama pandai menguji kesabaran mama. Ya Allah, Kau berikanlah aku kesabaran dalam mendidik anak aku menjadi insan berguna.

Buat anak mama:

Mama doakan Kasyah jadi anak yang baik, anak yang cerdik, anak yang mendengar kata, anak yang soleh, anak yang membahagiakan ibu dan bapa. Mama juga doakan semoga Kasyah akan berjaya bila besar nanti. Walaupun kadang2 mama hilang sabar dengan Kasyah tapi itu semua sbb mama tak mahu Kasyah tersasar. Mama marah sbb mama sayang.

Satu yang mama paling bangga dgn Kasyah, sbb Kasyah pandai sentuh hati mama. Kasyah selalu buat mama jadi rindu jadi cair dgn Kasyah. Kasyah suka peluk dan cium mama tiba2. Kadang2 bila Kasyah tgh main, Kasyah berhenti dan lari pada mama sebab nak peluk dan sayang mama. Bila Kasyah sdg leka berdiri dalam kereta, Kasyah peluk dan cium mama. Bila mama balik kerja, Kasyah kejar dan terus peluk mama dgn erat. Sayangnya mama pada Kasyah.

3 jam selepas lahir.... Rindunya saat ni.

Sekarang...anak mama makin encemlah..

Kesayangan mama dan papa..




Jangan nakal2 ye. Dengar cakap mama dan papa. SELAMAT HARI JADI SAYANG!

Monday, June 18, 2012

Alhamdulillah...

Salam minggu baru... Semalam aku dapat satu berita gembira yang mmg membuatkan hati ini jadi gundah gulana..aik?gembirapun gundah gulana ke? haha.. Alhamdulilah result exam PTD dah keluar dan ya aku LULUS...Syukur ya Allah... Memang aku tak pernah mention pon pasal aku pergi exam ni sbb aku segan kalo tak dpt. Lagipun taknak meletakkan harapan so aku just buat mcm biasa jek. Lulus, Alhamdulillah, tak lulus pon okay. Tu yang aku senyap jek.

ter'reveal'lah nama penuh aku disitu...hikhik

Lepas ni kena buat persedian untuk menghadapi assessment pulak. Kawan2 doakan aku ye. Mana tau ada rezeki aku jadi PTD pulak. Kot2lah boleh jadi duta wakil negara nanti..hehehe.

p/s:As a reward, aku shopping sakan smlm..hehehehe...

Thursday, June 14, 2012

Ribaibaru (Revival) - Mayumi Itsuwa

Last week sempat aku layan rancangan music box kat TV3. Tibe2 die kuarkan satu lagu Jepun lama ni. Bile dengar aku terus macam "eh, pernah dengarlah lagu ni masa kecik2 dulu."



Lagu dari Mayumi Itsuwa bertajuk revival. Lagu lama ni tau. Release tahun 1983. So skrg ni aku layan lagu ni jek. Best pulak.

korang pernah dengar???

p/s: Sakit kaki dari hari ahad..Bila nak elok ntah.

Samb ~Persandingan Ana & Edet

Sambung lagi perihal kahwin sepupu aku ni. Esoknya dah tentu2lah majlis persandingan pulak. So aku gerak dari rumah lebih kurang pukul 10 lebih. Dalam pukul 11.15 dah sampai kampung. Masa ni tetamu dah mula datang. Pengantin pulak belum mekap lagi sbb mak andam hanya akan sampai pukul 12.30. So sementara tu aku gi makan dulu dan lepak2 kat masjid.

Sempat lagi layan posing. Cantik tak baju aku? From Bandung with love tau..hehe

Ini budak layan tido. Lepas tu bile dah bangun melasak sana sini. Pantang nampak muka aku asik nak soh dukung jek. Sorylah syg, mama busy okay. Kasyah dok dgn atok ye. hehe

Ana bersanding pukul 2.30 ptg. Tak memasal, aku lagi yang jadi pengapit. Layan jelah. Kamera aku, aku suruh abang aku pegang.

Baru turun dari rumah menuju ke pengantin lelaki yang setia menanti.

Papehal salam dulu ye.

ini payung pengantin je payung aku??? hahaha

Apalagi jalan daa... Pergh kemain panas hari tu. Tapi elok jek lepas bersanding hujan pon turun. Alhamdulillah.. Sejuk sikit.



Aku ditugaskan oleh mak andam utk amik duit tol. Mak andam ni punye lorat mintak sampai RM100 tu. Die kata kalo tak dpt seratus jgn bagi pengantin lelaki duduk. Kesian pulak aku tgk.

Beria aku kata no no no no tak cukup. Aku ckp kat mak andam nnti byr lagi ye sbb pengantin sediakan RM50 jek (standard ah RM50 tu). Boleh pulak mak andam kata masukkan dlm bil. Sabor jelah. Terus aku kata kat akak si Ana ni jgn ambil mak andam ni bile die kawen nanti..Byk songeh.

Kesian pengantin berpeluh... Dahlah sblm nak sampai ke pelamin, kemain byk tol kena lalu. highway pon tak byk mcm ni..hahaha..

Akhirnya dapat gak duduk di singgahsana..Lega.




Kesimpulannya memang meriah. Aku sukalah sbb masa nilah nak jumpe sedara mara sepupu sepapat sume. Yelah masing2 dah besar dah ada keluarga so time kenduri dgn raya jelah dpt jumpe sekali harung ramai2 ni.

To Ana dan Edet, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga perkahwinan ini akan terus kekal, bahagia selama-lamanya. Cepat2 dapat anak ye. Nanti aku nak gi Universal Studio aku nak tido umah ko tau. Bawa aku gi jalan2 JB. Pastu aku nak makan bubur tmn sentosa.. hahaha (kemain over ucapan).

p/s:Opis aku ada kerja kosong..Nak tgk boleh ke www.my.emb-japan.go.jp

Wednesday, June 13, 2012

Pernikahan Ana & Edet

Hai semua kawan2... Harini aku nak citer pasal pernikahan sepupu aku 1hb Jun yang lepas. Soryler dah nak masuk 2 minggu baru nak citer. Tapi biasalah tu, aku kan malas. Ana ni sepupu aku yang paling rapat sekali. Senang citer aku mmg rapat dgn famili Maklong sbb dulu asal cuti sekolah jek mesti nak balik kampung sbb nak main dgn Ana. Kawan2 Ana pon sume kenal aku. Lagipun masa aku from 6 aku duduk umah Ana sbb sekolah tu lagi dekat dgn kampung daripada umah aku.

Since Ana nikah hari jumaat malam maka kalau boleh aku memang nak sampai kampung sblm die nikah. So lepas kerja tu mmg aku suruh mak aku siap2 (mak aku ada kat umah aku masa ni) sbb aku sampai jek umah boleh terus cau cin cau. Alhamdulillah perjalanan pon smooth jer. Layan 140km/j jer kat highway. Pukul 8 aku dah sampai kat kampung. Tgk2 pengantin pon tak siap mekap lagi. So akupun santai2 gi mandi dulu sbb dari tempat kerjakan terus balik kampung. Last2 terpaksa jadi pengapit temankan Ana. Nasib baik aku bawa balik jubah.

Korang nak tau tak pukul bape sebenarnya die nikah? Pukul 10 malam tau. Mana taknya pengantin lelaki sampai lambat. Mula2 diorang tersangkut dalam jem. Pastu kete salah satu rombongan tu rosak pulak. Terpaksa pengantin gerak tanpa brg hantaran. Masa nak bg mas kahwin pon hampir kena guna duit bapak pengantin lelaki. Nasib baik dan2 jek nak bagi, mas kahwin yg betul pon sampai.

Sepupuku Ana. Teman gaduh aku sejak kecil lagi. Cunkan? Tapi mak andam die byk pantang larang weh. Rimas kitorang.

Sblm gerak pergi masjid. Umah maklong dgn masjid ni sekentut jek. Maknanya dekatlah tu sbb khemah pon pasang kat masjid jek.

Dah sampai masjid dah. Tapi pengantin lelaki tak sampai lagi.

Sesi soal jawab dgn tok kadi. Setuju ke tak?

Setuju...Kalau setuju sign sini...hehe

Posing lagi.... Aku memang tak berpeluang tgk pengantin lelaki lafz akad sbb Ana tak kasi. Ade ke die soh aku teman die. Kami ni kat belakang tirai so mmg tak nmpk ler apa yang berlaku kat depan tu. Tau tau jerk, sah. Hoyeh hoyeh dah kahwin..hahaha

Dah sah barulah kami ke depan. Sesi baca taklik pulak. Tengah2 baca taklik tibe2 plup! Blackoutlah pulak. Gelap gelita terus...Nasib baik bukan blackout sepenuhnya cume karen menendang fius utama (betul ke?).

Lepas nikah sesi berinai besar pulak tapi sbb nikahpun dah pukul 10, bayangkanlah pukul berapa pulak berinai. Pukul 11.30 tau. Lagi sekali aku kena jadi pengapit. Tak memasal kami berarak dgn kompang tgh2 malam tu. Apalagi pecutlah jalan lelaju nak gi kat pelamin sambil gelak2.. hahahaha.. memanng lawaklah malam tu.

nanti aku citer hari persandingan pulak ye... daaaaaa..

p/s:Makin lama makin kurang....takpelah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...