Tuesday, July 31, 2012

Kurang pahala puasa

Tak pasal2 pagi ni pahala puasa aku dah kurang dah. Mana taknya asik mencarut jek dlm kete sbb tension tak pasal2 jalan yang tak pernah jam tetiba jam pagi ni. Suka tak suka aku terpaksa ikut jalan jauh. Dan hari ni punch card aku dah merah dgn jayanya...adoilah.

Terus takde mood okay. Skrgpun keje tgh banyak cuma aku tangguh2 jek nak buat. Tapi bos dah ckp nak complete form tu minggu ni. Tangguh2 pun kena gak buat.

Okaylah..no masa and no mood...esok2 aku sambung ye...daaaaa

p/s: BW, BW juga tp tak tinggal jejak je. Baca dah..

Monday, July 30, 2012

Salam minggu baru..

Cepatnya masa berlalu. Harini kita dah masuk 1/3 bulan ramadhan. Kejap jerkan. Seperti biasa kalau hari isnin memang aku agak busy tp minggu ni lagi busy sbb kena take over kerja kawan2 yang cuti. Dah ptg baru sempat nak jengah2 blog. Nak bercerita panjang pun takde mood sbb letih sgt. Aku sampai dari Segamat pon pukul 12 malam. Siyes ngantuk sgt skrg. Asik nak terlelap jek. Masa bawa kete semalam pon bape kali aku terlelap.. Nasib baik tak jadi pape.

Nnti2lah sambung lagi ye.. Kepala beratlah. Nak cari port landing or at least memejam mata barang sesaat dua...

daaaa...

Friday, July 27, 2012

Mood teruja

Insyaallah petang ni aku akan gerak balik kampung. Tak sabar dah rasanya sbb dok terbayang berbuka dgn mak dan abah. Mesti bestkan. Ingat nak survey2 tudung raya kat sana kot2lah murah.



Tapi hari ni aku balik berdua je dgn Kasyah. Suamiku tak balik sbb esok dia ada kelas. Sepanjang bulan puasa ni memang die ada kelas je. Minggu raya je cuti.huhuhu.. So lepas balik keje ni aku balik amik Kasyah dan terus cau cin cau. Plan asal nak gerak lepas buka tapi suami pulak tak kasi. Die kata takkan nak lalu Hutan Percha malam2. Hutan percha tu agak scarylah kalau lalu malam2 sbb hutankan. Tapi aku selamber je lalu malam2pun cuma kali ni sbb aku berdua dgn anak so tak sesuai kot lalu situ malam2 sgt. Kalau aku sorang okay je. Nampak sgt laki aku pentingkan anak tau. Die tak kesahpun kalau aku yg drive sorang lalu situ..hampeh.

Harapan aku cuma perjalanan aku hari ni berjalan lancar dan selamat sampai kampung. Lagi satu aku harap Kasyah behave sepanjang perjalanan. Aku siap download lagi citer upin ipin nak kasi die tgk dlm kete. Boboiboypun aku dah download dah. Kasyah jgn notti2 tau. Dengar cakap mama sbb mama nak bawa kete.. Jadinya hari ni aku iftar dlm kereta jelah.. Dah soh suami aku belikan kuih2 utk mkn dlm kete sbb aku tak suka berhenti kalau drive sendiri. Makan kuih jek yg senang sambil drive.

So guys doakan perjalanan aku selamat ye.. Daaaaaa

p/s:terasa macam nak buat nasi dagang..hehe

Luggage

Petang semalam sempatlah aku jengah karnival jom beli barang raya kat Putrajaya. Lagipun semalam tak masak sbb kami makan nasi Arab lagi. Kali ni makan Lamb Hanith pulak.. Sedap kooo. Okay beebalik pada cerita gi karnival tu, aku yang takde plan nak beli pape telah terjebak dengan jayanya...Tu yang aku malas nak gi jengah karnival jual-beli ni..dah kompem2 terbeli punye. Aku pergi pon sbb nak support je karnival tu takut tak ramai yang datang (giler lame alasan ko).



Cadang nak tgk2 seluar jeans utk Kasyah jer alih2 tertengok luggage pulak. Lepas tu terberkenan dgn luggage kaler purple tu. Bila salesperson tu bgtau beg tu 3 biji RM200 je terus terbeliak biji mata (nampak no membohong.takde terbeliaknyer der). Ada sorang abang ni pon dok riki2 beg tu.. Aku dah berkenan ni. memang ada plan nak cari luggage sbb aku punye skrg dah rosak zipnye lepas balik bandung haritu. Igt nak cari yang berkualiti sikitlah. Takmo dah beli beg Polo RM50 tu. Cepat rosak. Fikir2 dalam 2 minit terus ckp kompem. Abang yang riki2 tu boleh beli warna lain sbb warna purple tu tinggal 1 je. Last stock.

Nah tak memasal aku beli luggage. Jeans Kasyah pon tak jadi beli. Tulah die. Lain yang nak lain yang dibelinye. Thn depan aku malaslah pergi karnival ni lagi. huhuhu (Iyelah tu). Cantik tak beg Larrie aku??? Aku suka! Aku suka!

Sangat puas hati dgn beg ni sbb murah dan berkualiti. Harga beg Larrie yang besar sekali tupun dah RM299 tau. Ni aku beli 3 RM200. Mau tak suka. Saiz beg ni yang kecik tu 20", yang sedang sama besar dgn beg Polo aku sblm ni. Yang lagi satu memang besar gabak. Boleh masuk aku sekali dalam tu. Raya ni memang guna yang besar tulah. Senang sumbat semua dlm tu. Tak yah sibuk nak bawa 2-3 beg sbb tak muat.

p/s:Korang rasa berbaloi tak aku beli beg ni. Larrie berjenama jugakkan???

Thursday, July 26, 2012

Tak tahu tajuk..hahaha

Serius tak tahu nak letak tajuk apa. Update pun sebab sekarang ada masa. Sana sini orang sibuk update pasal bonus raya untuk orang gomen. Aku sukalah jugak sebab laki aku keje gomen. Kalau die dapat bonus, boleh ngecek2 sikit. Tapi as for me tetiap tahun pun takde bonus kecuali hujung tahun. So bila time raya tu memang aku selalu kering sangat. Nak buat camnekan, aku bukan keje gomen Malaysia. Aku keje gomen Jepun..hihihi.

Pagi tadi masa dalam kete nak pergi keje, aku dengar HOT Fm and hari ini depa citer pasal Dejavu Di Kinabalu. Ramai gak yang sokong teambazli. Tapi aku sokong teamammar ye. Tak best ah kalau Nadira pilih Bazli instead of Ammar sbb Ammar lagi sweet tau. Bazli tu cold-heart okay. Soalanpon mcm bapak jaga anak. Kalau Ammar pulak lebih santai.. Tanya soalan or cakap mesti senyum2 gelak2 happy2. Suka okay sampai akupun tersengih.. Lagipun dah tajuk citer tu Dejavu di Kinabalu mestilah pilih ammar. Kalau pilih Bazli gak baik ko letak tajuk "Kau tetap milikku walaupun apapun terjadi". Tak gitu?

Pastu tadi ada satu kereta Honda City vangang potong Q. Ish aku memang anti betul dgn orang potong Q ni. Orang lain dah beratu baikkkk punye ko sedap2 potong line. Kalau aku bawak lori aku langgar jek kete2 vangang mcm tu. Orang lain pon nak cepat gak tp take ur turnlah. Konsep senang mcm tupun tak tahu. Emo aku tau.

Semalam buka puasa kami makan Nasi Arab lah. beli akt restoran Saba Cyberjaya. Kami amik Kabsah chicken. Sedap wey. Bertambah2 aku makan. Harus ulang lagi makan nasi Arab kat situ.

Ujung minggu ni aku nak balik kampung. Nak berbuka dan bersahur dgn family. Tak sabarnya. Suka dgn suasana riuh nak berbuka dan masak. Lagipun boleh gi Bazar kat kampung pulak. weeee...

okaylah, dah banyak dah aku membebel ni. Bulan puasa kena kurangkan cakap (eleh ko dah tulis satu page baru nak insaf..cit poodah).

daaaaa....

p/s:Petang ni nak makan apa pulak ye..

Wednesday, July 25, 2012

Kenangan Puasa dulu-dulu

Salam ramadhan hari ke5. Puasa tak? Mesti ada yang tengah kunyah cekedis skrg ni. Aku tau korang tak pose..hehe. Bila dah besar ni mesti kadang2 kita teringat kenangan masa kita kecik2 dulu. Setiap orang ada kenangan masing2kan. Hari ni tetiba aku teringat kenangan berpuasa masa aku darjah 2 umur 8 tahun.

Masa tu hari pertama puasa. Biasalah Johor kan cuti 1 Ramadhan so haritu tak pergi sekolahlah. Aku macam biasa kalau cuti sekolah mesti merayap rumah jiram punye gi main. So pagi tu lepas bangun tidur akupun pergi rumah jiran depan rumah. Kawan2 semua tengah berkumpul sambil borak2. Kawan2 ada yang dah besar ada yang sebaya. Sedang plan2 hari ni nak main apa, aku terpandang pulak buah jambu batu cantikkk punye dok ada atas pokok. Terus minta seorang kawan aku yang dah besar sikit untuk ambilkan. baik hati die sbb ambilkan buah jambu. Dapat jek kat tangan terus aku ngap dgn rakusnya. Yelah baru perasan sblm kuar tadi aku tak sarapan.



Yang hampehnye, kawan2 aku sume pakat dok gelak kat aku bila aku makan. Akupun pelik bile masing2 pandang aku senyum2 gelak2. "Apsal?" sorang pon tak nak jawab. Makin kuat gelak adalah. Ah, lantaklah baik aku makan. Sampailah aku habiskan jambu tu sorang pon tak bagitau aku haritu puasa. Woi, aku puasalah. Aku bangun sahur tau. Korang tau tak bila aku sedar yang haritu hari puasa? Bila aku balik rumah tengahari tu nak makan nasi. Bila mintak nasi kat mak, die kata harini puasa. Aku terus "eh, tapi tadi akak dah makan jambu" Hahaha tak pasal2 aku tak jadi puasa dan terus makan nasi tengahari. Gitulah kawan! Bukan nak bagitau kawan ko yang terlupa ni haritu puasa. Nasib baik I kecik lagi tau.

So masa umur 8 tahun kompemlah aku tak puasa penuh. Dah darjah tiga baru dapat puasa penuh tau. Puasa best sbb bapak aku bagi RM1 sehari kalau puasa. Kaya aku sbb singgit tu besar nilainya masa tu.

Korang ada pengalaman puasa masa kecik2?

p/s:Nak buka puasa kat mana ye malam ni???

Tuesday, July 24, 2012

Menu berbuka hari kedua

Salam ramadhan yang ke-4. Aku masih disini melakukan kerja2 harian sambil buat checklist dan bajet raya. Penting tu supaya takde apa yang tertinggal dan tak terlebih bajet. Better buat persiapan awal sbb bila dah ujung2 puasa mmg aku fokus pada nak kemas rumah je. Aku memang pantang kalau nak balik kampung rumah bersepah. So sebelum balik kampung biarlah rumah tu bersih je supaya bila balik dari kampung taklah sakit hati dan penat nak kemas rumah pulak. Eh, byk pulak aku membebel padahal nak citer menu berbuka puasa kedua haritu..Maafkan hamba wahai penunggu gua..

Hari kedua dah mula risau nak masak apa sbb barang basah mmg dah habis. Yang adapun cume ayam 2 ketul yang sesuai dibuat rencah saja. So aku decide utk buat nasi goreng ayam. Jadilahkan. Petang tu kami gi bazar beli kuih muih sbb aku mmg takleh kalau takde kuih. Nak buat sendiri tak berbaloi sbb nak makan sebiji dua je. setakat hari ni mmg aku tak pernah miss pergi PARAM.

Nasi goreng ayam yang pedas. Campak je apa yang ada asalkan jadi nasi goreng.. yang penting sedap!

Kuih muih yang dibeli di PARAM. Terbanyaklah pulak. Err nak citer pasal kuih muih ni. Kami rasa harga kuih skrg makin mahallah. Kuih sebiji 50sen tau. Dahla tak berapa sedap. Saizpun cenonet je. Agak2lah kalau nak untungpun.

Ayam uncle bob utk dimakan bersama nasi goreng.. Ayam uncle bob mmg terbaik. Sy suka! sy suka! ala2 mei mei dlm upin ipin.

Murtabak Kenali. Rm2 saja. Yang ni puas hati sbb dahlah murah pastu sedap. mcm nilah baru berkat rezeki sbb tak kena sumpah dgn orang..kan kan kan.

Menu berbuka puasa kedua. Siap ada bubur lambuk tp bubur ni tasteless sikit. Sesuailah bagi Kasyah makan.

Semalam menu berbuka mmg sempoi. Masak ikan singgang, buat sambal belacan dgn sayur campur. Pastu beli kuih dgn rojak singapore. berbaloi2. Sahur pagi tdpun aku mkn rojak singapore saja. No nasi today. Ptg ni entah. Sardin dgn telur dadar je kot..hehehe..

p/s:Buka puasa kali ni aku takde selera sgtlah. Sampai tak tahu nak makan apa. Follow suami je. Aku bedal jelah.

Monday, July 23, 2012

Menu berbuka hari pertama

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga kita berpuasa dan aku masih lagi puasa penuh..hahaha baru 3 haripun. Lainlah kalau dah nak raya nanti kompem dah rompong puasa aku..hehe.. Sajalah nak share menu berbuka masa hari pertama haritu. Jangan pulak korang menyumpah aku sbb letak gambar makanan eh. Aku tak berniat nak buat korang terliur tp kalau air liur korang meleleh itu bukan salah aku..hahaha kejam!

Hari pertama haritu aku sempat buat nasi tomato. Tak susah manapun sbb cuma masak nasi dgn buat ayam masak merah. Pukul 4.30 masak kul 5.30 dah siap. Pukul 6 kite gi bazar pulak. Resepi sama je macam yang aku buat sebelum ni. Boleh klik sini
My nasi tomato. Alhamdulilah menjadi. Takut gak aku kalau tak sedap. yelah bukan leh rasapun walaupun orang kate boleh jek rasa2 hujung lidah. Aku tak nak rasa sbb takut aku termakan terus..hehe. Nasi tomato ni aku makan dgn salad je sbb suamiku tak suka acar.

Ayam masak merah feveret aku time raya. Kompem masak lauk ni. Sekali sekala jek masak lauk lain. Nak resepi klik sini

Juadah berbuka hari pertama. Ada murtabak dan kuih muih. Jadilahkan. Bukan ramaipun makan. Kami berdua je. Kasyah makan tepung pelita je.

Korang berbuka mesti meriahkan???

p/s:harini buntu nak masak apa sbb barang basah sume yilek..huhuhu

Saturday, July 21, 2012

Buffet Ramadhan 2012 - Kuala Lumpur

Salam hujung minggu semua. Hari ni dahpun mula berpuasa. Apa menu sahur pertama korang? Aku makan biasa2 je. Biasalah awal2 ni kurang berselera. Nanti lama2 lagi tak selera..hahaha. Seperti biasa bila tiba bulan puasa ni, ramai orang akan plan nak berbuka di mana. So harini aku senaraikan antara buffet2 yang terdapat di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Harap menjadi panduan buat anda semua yang tak tahu nak berbuka di mana...

1. Restoren Seri Melayu Kuala Lumpur



2.Hotel Quality Kuala Lumpur



3. Putra World Trade Centre (PWTC)



4. Hotel Maluri Kuala Lumpur



5. Hotel Royal Kuala Lumpur



6. Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)



7. Hotel Istana Kuala Lumpur



8. Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam



9. Impiana Hotel Kuala Lumpur



10. Hotel Eastin Kuala Lumpur



11. Dorsett Regency KL



12. Crowne Plaza Mutiara Hotel KL



13. Corus Hotel KL



14. Berjaya Times Square Hotel KL



15. Summit Hotel, Subang




16. Shah Alam Convention Centre (SACC)



Segala maklumat lanjut bolehlah hubungi nombor2 yang tertera di banner2 tu semua. Klik banner untuk gambar yang lebih terang..

Friday, July 20, 2012

Kek Pisang

Hujung minggu haritukan mak mertua aku ada datang rumah aku..Biasalah orang tua ni kalau datang selalunya ada je benda yang dia bawa. Kali ni mak datang bawa pisang tanduk 2 biji. Nak ku goreng dah masak sgt. Jadinya satu tu aku buat cekodok jek dan satu lagi aku buat kek pisang. Ko bayangkanlah pisang tanduk yang besar tu aku bantai buat kek. Takke banyak jadinya.

Masa tengah bakar lagi Kasyah dah merengek2 nak kek. Puas jugaklah memujuk die sampai akupun dah nak menyinga. Tak faham2 kek belum masak. Bila dah masak memang first2 aku sumbat ke mulut dielah. Kemain suka die makan. Kek tukan lembut. So jom tgk resepi.



Kek Pisang

Bahan2.
Sebiji pisang tanduk
2 cawan tepung gandum*
1 sk baking powder*
1 sk soda bikarbonat* (Ayak * bersama)
1 cawan minyak jagung
3 biji telur
1 cawan gula (aku kurangkan sikit sbb pisang byk)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan coklat chip
1 sk esen vanila/pisang (aku terlupa nak letak)

Cara
1. Blender pisang dgn susu cair sampai lumat. Kalau nak berketul2 pun boleh. Terpulang.
2. Putar telur dgn gula hingga kembang.
3. Masukkan pisang tadi dan kacau rata. Kemudian masukkan campuran tepung ayak. Sebatikan.
4. Tuang minyak dan kaup balik hingga sebati. Akhir sekali masukkan coklat chip.
5. Bakar pada suhu 180c lebih kurang 1 jam atau hingga masak..

Rupa kek pisang yang telah dipotong. Kek ni moist sbb aku tambah susu cair tu. Ni gara2 pisang tu susah sgt aku nak lecek. Terpaksa aku blendkan. Takkan nak letak air. So aku tambahlah susu. Tak sangka jadi jugak dan moist. Bak kata Kasyah "emm daaappp"
Boleh buat lagi..

daaaaaa...

Salam Ramadhan Giveaway dari Sweet Lizahanum

Dah lama tak join GA tapi hari ni tergerak nak join pulak.


Kawan-kawan marilah join GA ni...Hadiah2nya menarik tau...

Antara hadiah yang ditawarkan...Hadiah yang buat hati ini terpaut untuk join GA... Banyak lagi hadiah lain. Boleh klik banner tu untuk maklumat lanjut..

Tarikh tutup GA ni adalah pada 31hb Julai 2012.. Marilah sama2 memeriahkan GA ni...

daaaaaa..

p/s:dah lama tak join GA kecuali kawan2 punye je..

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam hari Jumaat buat semua pengunjung2 blog suka hati..ececeeh..verangan fofular betul. Malam tadi setelah diumumkan oleh penyimpan mohor besar raja-raja maka setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong, esok kita semua akan mula berpuasa. Ramadhan kali ni memang aku tunggu2.. Tak sabar rasanya.. Eh, macam ada misi je ko Anne? Maunye takde. Selain dari nak memperbaiki diri dan meningkatkan amalan, puasa kali ni aku harap berat aku turunlah dalam 3-4 kilo... Huhuhu Dah lama berat aku statik tak turun2... Bengang tau. So harapnya berjayalah..

Tak kisahlah apa misi dan visi korang, yang penting puasa jangan tak puasa tau. Jadi di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua pengunjung blog aku sama ada yang aku kenal mahupun silent reader. Harapan aku moga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna disamping meningkatkan lagi amalan2 kita.



Rezeki nak berpuasa, one of the officer bagi aku kurma ni. Die dapat banyak dari Arab Saudi punye government so die passlah pada local staff ni sbb Japanese bukan makan sangat pun kurma ni. So hal kurma dah settle dah..

Belum rasa lagi sbb nak makan esok masa sahur...

daaaaaa...

p/s:Puasa jangan tak puasa tau...Sejak ganti penyimpan mohor ni, feel die dah lainlah nak tgk pengumuman puasa ke raya...Yang dulu gak best..

Thursday, July 19, 2012

Buffet Ramadhan 2012 - Putrajaya

(update)

Yeay..2 hari lagi nak puasa. Tak sabarnya saya nak menyambut bulan yang penuh barakah ini. Saya sangat suka bulan Ramadhan sbb bulan ni kena puasa. Kalau bulan lain boleh jugak puasa tapi mesti macam malas nak puasa sorang2. Bila bulan puasa ni semua umat Islam kena puasa..Seronoknya...

Kenapa kau bersaya bagai? Hehe saja je aku nak memberi mukadimah yang sopan sikit. Insyaallah kalau takde aral hari Sabtu ni kite akan mula berpuasa. Bila dah puasa tentulah kena buka puasakan. Di sini aku nak bagi info pasal buffet ramadhan untuk tahun ni di sekitar Putrajaya. Kalau orang KL nakkan kelainan pun boleh juga buka puasa di Putrajaya. Tahun ni takde plan lagi nak makan buffet ke tak sbb thn lepas aku tak dapat nak makan banyak so macam membazir jek. tengoklah nanti kalau jumpa buffet yang berpatutan.

1. Cruise d' tasik Putrajaya.
Kalau inginkan kelainan semasa berbuka, bolehlah cuba berbuka di atas cruise. Cruise ni akan mengelilingi tasik Putrajaya sambil dihidangkan dgn pilihan hidangan yang sedap.



2. Pullman Putrajaya Lakeside.
Terletak di presint 5 Putrajaya bersebelahan tasik Putrajaya. Pemandangan memang superb berlatarbelakangkan tasik dan bangunan putrajaya terutamanya Masjid Besi. Satu pengalaman yang menarik.



3. Cyberview Logde Resort & Spa
Cyberview resort yang super duper cantik sbb ini pengalaman aku makan kat sana tahun lepas. Memang puas hati dgn makanan dan juga view cantik di sana. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi.. Sape tgk Masterchef Selebriti final? Hah kat situlah tempatnya.. Cantikkan?



4. Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Tempat artis2 top kahwin. Berkenan jugak aku dgn buffet kat sini. Harga pon not bad compare dgn yang lain2. View pun cantik. Boleh nampak sebahagian Putrajaya..



5. IOI Resort Putrajaya
Terletak bersebelahan Marriot Hotel, Palm cafe menawarkan buffet ramadhan dengan perlbagai hidangan enak.



Setakat ni itu je info yang aku dapat pasal buffet ramadhan di area Putrajaya. Kalau ada lagi nanti aku update ye.

Daaaa...

p/s:Still takde idea nak masak apa untuk sahur nanti..

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday ~ 14

Psssssttt! pssstttt!

Hari ni ada orang nak belanja makan ni....




ngeh ngeh ngeh...rezeki sebelum puasa...



p/s:Dah lapar...

Tuesday, July 17, 2012

Kasyah

Rasa macam dah lama tak cerita pasal Kasyah. gambar diepun dah jarang aku amik. Camne nak amik kalau tepon aku asik die je yang pegang. Jarang2 aku dpt pegang tepon tau. Asal die nampak jek handbag aku terus die suruh buka nak amik tepon. Nak keluarkan kamera mmg tak ah.

So mari kite citer pasal Kasyah. Kasyah ni makin besar makin manja makin mengada. Yang paling die suka sekarang adalah bergayut kat tepon. Bukan gayut mcm monyet tu tapi bercakap dln tepon ler. Yang selalu jadi mangsa mendengar bebelan die adalah tok mak iaitu mak aku. Bila Kasyah dah amik tepon umah (sib baik call tepon umah free) mmg die suruh aku dail. Pastu bile dah dengar suara orang sana jawab tepon diepun mulalah 'elloo, bla ble tah teh.." entahpape bercakap. Tok mak die layankan jelah. Kalau die dah boring die pon ckp " dah..bye" pastu pass tepon kat aku. hahahaha bijak2.

Lepas tu Kasyah sekarang makin sweet tau. Suka peluk aku kuat2 pastu kiss aku. Kalau papa die, die kureng sikit nak kiss2 ni. Tapi kalau aku mmg die selalu sgt kiss aku. tgh main tibe2 dtg peluk aku kiss aku. Tgh tgk tv tibe2 die peluk kiss aku. Cair mama tau. Pastukan die mmg dengki sgt kalau nmpk papa die peluk mama. Die akan tolak papa lepas tu die pulak peluk mama. Hahaha.. Kesian papa takde can langsung dah rapat2 dgn mama. Selalu gak kitorang dengki die peluk rapat2 sampai die tak boleh nak mencelah. Kalau tak dpt tu mulalah nak merengek. Jgn kata peluk, kalau suami aku dok sebelah akupun tibe2 die dtg dok tgh2. hahahaha kelakarlah Kasyah ni.

Kasyah pun dah pandai nyanyi ABC.. Die nyanyi camni A B C D E F G, H I J K L m n o P, q r S, T U V, w X, y and Z. NOW you KNOW your abC, tell me WHAT you think of IT. Yang aku caps lock tulah yang die tau sebut. Yang lain tu tak tau. 123 pon dah pandai jugak. Kagum mama. Kalau terhantuk ke terjatuh ke die akan sebut "Aduh" sambil gosok kepala or mana2 tempat yang kena tu. Kalau sakit die mintak air batu nak usap kat tempat sakit tu..hehehe.

Toy feveret die adalah kereta. Sangat banyak dah kereta kat umah tu. Kalau gi kedai ke mana2 ada mainan ke die tak pandang mainan lain. Die nak kereta jugak.. Kadang2 nak ball. Dua tu jelah yang die suka. Kereta dgn ball. Terrer sepak bola tau. Suka tgk bola dgn papa pastu sibuk jerit "Goallllll" padahal tak gol pon lagi..hihihi.

Kesukaan terbaru die adalah menconteng white board kat rumah tu sampai dah tak terlayan. Kalau die nak lukis sorang2 takpe gak. Ini tak, tetap nak ajak papa or mama join sekali. Letih ah. Kalau nak sumthing dah pandai mengamuk. Tak dpt nangis guling2 mcm kena pukul. Suka sgt berlari dlm mall sambil bukak selipar. sabar jelah.

Erm..tu jelah kot yang aku nak citer. Ada lagi sebenarnya tp cam dah panjang je entry ni..hehehe.. Sebenarnya aku dah takde idea nak update ape tu yang citer pasal Kasyah tu. hihihi jangan mara haa..

daaaaaa...

p/s:Buntu nak masak apa untuk sahur pertama nanti...

Monday, July 16, 2012

Tudung

Salam minggu baru. Biasalah kalau hari Isnin je mulalah mood kelaut. Penatlah, nngantuklah, sakit badanlah dan macam2 alasan lagi kalau tiba hari Isnin.. Erk akulah tu. Tapikan aku mmg sakit badan pun. Gara2 beria nak swimming tapi last2 gagal gak. ye aku masih tak berjaya menwimmingkan diri aku sendiri.

Weekend aku takde yang menarik. Last week family mentua dtg tapi most of the time diorang takde kat rumah sbb shopping.. Aku tak join sbb laki aku pergi kelas maa.. Sape nak layan Kasyah berlari-larian. Baik aku dok umah lagi best.

Tahun ni aku masih berfikir2 lagi nak pakai tudung apa. Selendangkah? Tudung expresskah? Bawalkah? Yang pastinya byk sgt dah rekaan2 tudung terkini kat pasaran sampai dah tak terkejar aku. Macam nak try tudung style budak2 muda skrg yang tersenget sini terlabuh sana terjuih situ tu..hahaha tp mcm tak kena sbb ada anak kecik ni susah nak maintain cun. Sudahnya aku pakai tudung express je agaknya..

Korang rasa tudung apa yang best ye nak pakai raya nanti??

p/s:Saya tak sabar nak tunggu ramadhan. Bulan yang paling byk rahmatnya. Bulan untuk saya memperbaiki diri sy...

Friday, July 13, 2012

Hasil rembatan..

Salam semua..hallu hallu.. Letak tajuk hasil rembatan macam aku ni kerja peragut bermotosikal pulak..hahaha. Well semalam aku bagitau nak gi terjah Aeon@Jusco kan so memang ptg tu tanpa berlengah lagi kami sekeluarga pergi menerjah tanpa segan silu ke sana. Orang memanglah ramai tapi semalam memang macam 'my day'. Kenapa? Sebab perjalanan kami tu smooth je tanpa halangan. Dahla tak jam sedangkan selalu mmg jam ah, pastu bila sampai tu senang jek nak masuk ke parking. Yang lagi best tu masuk2 jek dalam terus dpt parking betul2 kat depan pintu. Hah rezekikan? Takke semalam tu mmg 'my day'. Terus mood shopping membuak2 sbb takde spoil.

Tempat pertama dituju haruslah bahagian baju anak. Dapatlah beli 2 pasang baju raya utk Kasyah dan 2 pasang baju tidur raya.. Over tau sampai raya pon nak ada baju tidur.hahaha. Geram sgt tgk baju2 budak ni tp nasib baik sedar diri sbb baju Kasyah dah banyak aku beli masa kat Bandung haritu so setakat top up 2 helai okaylah kot.

Inilah hasil rembatan untuk Kasyah. Sandal tu beli kat Jusco gak cuma kasut tu beli kat Bata sbb mmg dah berkenan dari sebelum ni lagi. Masa kat Bata tu boleh pulak si Kasyah ni nakkan selipar baru. Aku saje je suruh die pakai selipar tu last2 die tak nak bukak. Pastu siap nangis terjerit2 nak gak selipar tu.. Nak tak nak belikan jugak selipar baru utk die. Hah hambik ko complete set siap kasut, sandal dgn selipar. Gambar selipar takde sbb dah diguna dgn jayanya...hehe

Suamikupun tak ketinggalan shopping baju raya untuk dia. Dah alang2kan so beli terus.

Kasyah dah dapat, papa pon dah dapat, abis mama dapat apa? Ini tak boleh jadi. Mama pon kena membeli gak. So terus ke bahagian wanita. Nak cari selipar raya. Asik beli Bata je pon boring gak.. Pusing sana pusing sini nampak gak selipar yang berkenan di hati. Yang penting murah dan comfy. Lepas dapat selipar boleh pulak 'ter'singgah kat area handbag. 'ter' tau bukan nak pergi. Hahaha yolah tu. tengok sana tengok sini, eh itu macam bag yang aku idamkan? Kat Alamanda dah takde dah bag tu. Apalagi teruslah gi ushar. Akhirnya dgn tidak sengaja aku 'ter'beli bag tu walaupun dah janji dgn diri sendiri tahun ni tak nak beli handbag. Dah jadilah janji tinggal janji..huhuhu

My Sembonia bag... Cantik tak? Dpt 20% diskaun. Hari biasa beg ni takde diskaun sama mcm kat Alamanda takde diskaun.

Versi flash.. Suami aku kata bag ni buat aku nampak mcm artis..hahaha sbb bag over.. Ada aku kesah sbb bag ni idaman wooo dan termasuk dlm wishlist aku utk thn ni..

Selipar swiss polo.. 50% diskaun...Sgt selesa..

So boleh dikatakan smlm mmg puas hati shopping. Dari pukul 6.30 kitorang sampai, pukul 10.30 baru kitorang keluar dari Jusco..hahah giler betul. Total spending semalam Rm600++. hah hambek ko. Sape nak jawab tu. ekekeke.

p/s:Dah boleh stop shopping baju. Tinggal nak cari benda2 kecik je mcm kerongsang, songkok, tudung.. Yang tu kena tunggu Najib bagi bonus..hehehe.

Thursday, July 12, 2012

Jom serbu...Aeon Member Day

Tak sabar nak balik sbb petang ni nak menyerbu Aeon Cheras Selatan sbb harini ada member day. Haruslah aku teruja uols nak serbu Jusco sbb harga brg mmg murah. Aku nak gi beli kasut dgn sandal Kasyah dan top up sikit2 baju raya die. Baju raya mmg aku dah beli kat Bandung haritu so kali ni beli selai dua lagi. Kalau ada rezeki boleh ushar selipar raya aku... Ish tak sabar nak balik ni,, Lagi setengah jam jek pastu boleh cau cincau..



Oh Aeon, tunggu kedatanganku... Orang lain dok umah diam2. Kang ramai kang susah pulak aku nak milih brg. hahahaha...jual ikan!

Baked Macaroni

Semalam entah kenapa aku jadi malas sgt nak masak. Bukanlah malas sebab apa tapi sbb aku bosan. Aku muak makan masakan aku hari2. Aku nak makan sesuatu yang lain. Bukan sambal, asam pedas, kari, masak lemak or any lauk yang aku selalu masak tapi aku nak yang lain. Jadinya bila aku dok fikir2 nak makan apa, nak makan kat mana last2 aku teringat macaroni yang baru aku beli masa shopping brg dapur haritu. *Ting* tersembul (tak agak2 guna perkataan tersembul) idea nak buat baked macaroni. Tanpa lengah tanya kat suami aku okay tak makan benda lain selain nasi? Die yang memahami tahap kebosanan aku dgn makanan masak sendiri dengan yakinnya kata ok. Mau tak ok sbb aku soh die pulak masak tapi dgn confidentnya die ckp tak tahu. Huh, nyampah.

So aku bergegas selongkar buku resepi kesayangan cari2 kalo ada resepi baked macaroni yang mudah sbb brg rumah aku agak terhad. Terjumpa resepi macaroni gratin yang aku sendiri tak tahu sape punye dan aku amik kat mana. Dah lama dah resepi tu aku amik. So dgn sedikit "adjust'an, aku pon memulakan projek baked macaroni inspirasi dari resepi tu.



Baked Macaroni @ Macaroni Gratin

Bahan2
1/3 bungkus macaroni (rebus sampai lembut- agak2lah nak byk mana)
2 sudu mentega
1/2 bungkus ayam/daging cincang
1 biji bawang besar cincang
1 tin susu cair (boleh lebihkan kalau macaroni byk)
1 mangkuk kecil sayur campur (boleh pilih nak letak sayur apa)
1 sudu teh lada hitam (tumbuk)
2-3 sudu tepung gandum
2 btg crabstick hiris (boleh pilih seafood kegemaran)
1 btg hotdog hiris
1 mangkuk kecil cendawan butang (aku takde stok)
garam
keju cheddar/mozarella secukupnya

Cara2.
1. Cairkan mentaga dan tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan ayam/daging cincang.
2. Bila ayam hampir masak, masukkan sayur campur, hotdog, crabstick. Kemudian masukkan susu.
3. Masukkan lada hitam dan perasakan dgn garam. Jika ada stok cendawan butang, masukkan sekali.
4. Bancuh tepung gandum dgn sedikit air dan tuang ke dalam kuali. Lagi byk tepung lagi keras ye. Aku buat sdg2 elok je. Kalau nak rasa lagi lemak boleh masukkan sesudu besar cheese.
5. Last sekali masukkan macaroni. Kacau rata dan tutup api.
6. Sediakan bekas yang sesuai utk bakar macaroni. Aku guna loyang jek sbb takde bekas corningware (harus kena beli ni..hehehe). Masukkan macaroni dalam bekas dan tabur cheese di atasnya. Bakar pada suhu 200c (oven aku) dalam masa 20-30 minit atau hingga cheese bertukar warna kecoklatan. Senang citer sampai cheese nampak cam garinglah. Okay siap.

Inilah rupanya selepas dipotong. Sedaplah weh walaupun aku main hentam jek. Kasyah makan byk semalam sampaikan kami kena stop die sbb takut die overload..hahaha

Yummy yummy.. bhn2 die tu korang leh adjust nak letak ape. Ikut suka. Kalau aku ada stok udang dgn sotong mmg aku masuk sekali..

dan harini aku lunch dgn baked macaroni sbb ada lebih boleh bawa bento.. Cute tak bekas bento aku? hehe cute mcm aku.... :p

okaylah. selamat mencuba ye... Daaaaa

p/s:Harini sarapan cornflakes je sbb tghari nak makan berat yang boleh menambah berat. hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...