Thursday, August 30, 2012

Teman Pengganti - Black & Malique

Sape dah dengar lagu ni????



Sekarang aku suka dengar lagi ni.. Tapi bila setiap kali lagu ni berkumandang di radio, hati aku akan jadi sayu... Pada aku lagu ni mempunyai maksud yang mendalam... Lagu tentang orang yang nak mati. Aku tak harap nak terima lagu ni dari sesiapa.. Syahdulah.. Cer korang fahamkan lirik tu..

Antara part yang betul2 menusuk jiwa

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Tiba masanya segala-galanya kuceritakan
Pada aku die ni sakit tenat tp tak mau pasangan die tahu. Die pendamkan kesakitan die sendiri.
Aku kan pergi pergiku tak akan kembali
Tiba masanya kau cari teman pengganti
Bila sampai masanya die akan mati dan die nak pasangan die cari orang lain..huhuhu sedihhh..

Pastu dalam rapping tu die ada sebut pasal die dah tinggalkan sikit bekalan utk pasangan die bile die pergi nanti... sayulah..

Tapi sayu2pun aku suka jek dengar lagu ni.... Jom layan!

p/s:cerita raya nnti ye..hehe

Wednesday, August 29, 2012

Cerita Raya Pertama

Seperti yang dijanjikan aku nak citer pasal raya pertama walaupun hari ni dah raya kesebelas..ada aku kesah!hehehe.. Gambar ada ciput jek sbb aku still tak amik lagi gamabr dr laptop. Ni pun gambar amik kat Fb laki aku jek. Jadilahkan. Kang aku bertangguh kang sampai raya haji tak citer lagi kang.

Aku start cuti hari Jumaat. So petang khamis kami balik ke Segamat. Balik umah mak mertua aku dulu. Jumaat tu baru balik umah mak aku kat Pemanis. Hari Sabtu lebih kurang pukul 11.30 kami gerak ke Kuala Terengganu berkonvoi dgn mak mertua aku. Sampai kampung dlm pukul 5. Sampai terus kami laki bini mengerjakan bilik pakcik die sbb kami nak duduk situ and bilik tu memang berhabuk giler. tak memasal ptg tu kitorang mengemop bagai.

Pagi raya pulak aktiviti mcm biasa. Sorry takde gambar makanan sbb tak berhidang beria pun. Nasi amik sendiri dalam periuk..huhuhu. Seperti biasa kalau raya kat Teganu menu Nasi minyak ler. Lepas orang balik sembahyang raya barulah ada sesi salam2 sempoi dan amik gambar. Yang bergambar pun family kitorang jer. Lain2 takdak. datangpun lambat sampai tok bising2 suruh call mana anak2 die yang lain tak sampai2 lagi.

Layan jelah gambar kami tak seberapa ni. Kasyah punye gambar memang tak byk sbb die langsung taknak amikgambar. Sibuk nak main je. nasib baik bile time gambar family ni die senyap sbb suke dengar bunyi timer camera tu. Lepas tu sambung main balik.


Macam pengantin baru tak? Baju dah boleh nikah lagi sekali ni..hihii

Aku nampak gemuk ah.. Tudung tu aku jahit sendiri lebih kain baju tu.. Pastu tepi2 tudung aku jahit manik jurai2.. Bolehlah asal ada..hehehe

The family. Tak complete sbb biras aku takde.. Sibuk "nature call".. hahahha

Lepas dah siap bergambar aku terus salin baju sbb sibuk basuh pinggan bile sedara mara dah datang. Air pun aku tukang buat. Dah macam aku pulak tuan rumah. Habis tu sape nak buat lagi? Tghari kitorang layan tido. Dalam pukul4 gitu baru kami gi beraya umah adik2 mak mertuaku. 3 rumah je pun. Malam aku tido awal sbb ngantuk giler..

Hah menarik tak raya aku? Korang nilaikanlah sendiri...hahahahaha

p/s:kaki aku terkejang dlm tido.. tak pasal2 pagi ni berdengkut dtg opis.

Tuesday, August 28, 2012

Alahai takde mood lagi..

Ingat hari ni plan nak letak gambar2 raya (yang ciput tu) dalam blog tp lupa pulak nak amik gambar dari laptop. Nak citer2 kosong rasa macam tepu je kepala otak ni.

Sudahnya aku update bodoh2 je asal ada. Panggilan untuk pergi Assessment PTD dah dapat. Lagi 2 minggu kat Intengah KL. Nevesnye toksah citerlah. Risau aku bab kena lari tu sbb bulan2 raya ni asik makan jek smpi berat pun melambung. Bile dah berat ofkosler tak larat nak berlari. Entah camnelah masa PAC nanti. Korang doakan aku ye. Moga2 aku lulus PAC tu.

Sejak 2 menjak ni kaki aku mudah sgt bengkak. Bwa kete bengkak, berdiri lama bengkak..sumenye bengkak lah. dah macam pregnant pulak. Apsal ek? Nak googlelah sbb2 kaki bengkak ni.

p/s:malasnye nak masak.

Monday, August 27, 2012

Hallu halluuuuuu

Salam bertemu kembali.. Wah bersawang dah blog ni. Mana taknye sepuluh hari tak berupdate. Busy ai beraya jumpe sedara mara. Hari ni dah mula kerja. Kalau ikutkan hati cuti sebulan pun tak cukup tapi nak buat camne, tanggungjawab besar maka kenalah tunaikan. Mood nak update blog beria2 pun belum mai lagi. Lagipun pagi ni agak busy. InsyaAllah esok2 kite cerita lagi ye.

Layan dulu sekeping gambar kami di pagi hari raya...

p/s:sakit perutlah..

Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya

sticky post sampai raya



(click utk gambar yang lebih besar)


Selamat Hari Raya buat semua teman-teman blogger yang disayangi..Tak lupa buat kawan2 yang membaca blog senduku ini.. Kepada silent reader thanks sebab nak jugak baca blog saya. Oh juga buat keluargaku jauh dan dekat.

Dikesempatan ini aku nak pohon sejuta kemaafan dari semua andai ada bicara aku di sini yang menyinggung perasaan sama ada sengaja mahupun tak sengaja. Sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa yang khilaf.

Pada yang nak balik raya tu, drive safely ya. Jangan makan byk sgt nnti gemuk..hehehe..

Salam Sayang dari Kami sekeluarga... FAIZ, ANNE dan Kasyah

Friday, August 17, 2012

Hadiah Coklat Raya

Salam28 Ramadhan.. Ada yang bekerja lagi ke? Aku dah cuti dah..hehe.. Inipun entryy autopublish jer ni. Pada yang masih kerja tu, jgn sedih ye sbb esok dah boleh balik kampung dah..

Hari Isnin haritu sampai jek kat opis, opismate aku bagi aku sekotak coklat yang super cantik... Sukeee sgt sbb selalunya die bagi kad raya je. Kali ni die bagi coklat. Walaupun die bukan melayu tp kami memang rapat kat opis ni. Setiap hari berkongsi cerita dan gosip..

Coklat cantik yang tertulis "Selamat Hari Raya"...

Bila dah bukak macam nilah rupanya.. Memang cantik menarik tau. Rasapun sedap..Aku baru makan satu sbb nak simpan sampai raya..hehehe

Insyaallah kalau takde apa aral esok aku akan gerak ke Terengganu. Hari Selasa barulah aku balik umah mak aku. dah plan nak terjah pasar payang sebelum balik. Nak borong serunding.. hehe

p/s:I will miss my blogging life..

Thursday, August 16, 2012

Biskut Cornflakes Madu

Hari ni hari last keje sebelum raya...yeyyyyyy... Umah dah kemas, beg pon dah kemas. Apalagi petang ni cabut ah..hehehe.

Nak share biskut raya terakhir aku buat. Setiap tahun pun buat. Dah plan tak nak buatpun akan buat jugak sbb selalunya mak aku suruh gak buat. Yelah biskut nikan kegemaran anak2 kecil.

Buat sorang jek pagi sabtu minggu lepas. Nasib baik Kasyah tido. Sebab kuih ni sgt mudah so kejap jek dah siap. Dapatlah 3 balang. 2 bagi mak satu untuk umah aku. Umah aku tak yah bebanyak sbb bukan ramaipun ynag nak raya. Kawan2 jek tu pun ramai kawan2 suami. kawan2 aku jauh2 sume.

Mau resepi ka? Sebab aku rajin (keje dah siap maaaa..) aku taip ler..

Biskut Cornflakes madu

Bahan2 (sebenarnya ini agak2 je..aku buat main campak2 jek ikut sedap tgn)
300gm conrflakes (ramas sikit)
100gm mentega
6-8 sudu gula
1/2 cawan madu
ceri cincang
kismis
coklat urai utk hiasan

Cara
1. Cairkan mentega dan gula
2. Masukkan madu, kismis dan ceri. Bila dah mendidih masukkan cornflakes.
3. Tutup api dan kacau rata.
4. Sudukan dalam papercup. ias dgn coklat urai.
5. bakar dlm oven lebih kurang 15 minit.

Hari Isnin lepas aku dapat kad raya..yeye dapat kad raya. satu2nya kad raya utk aku thn ni. dari adik blogger tersayang YUI.

Inilah kadnya.. Yang best tu siap sampul duit raya lagi..Sukeeeeee..

p/s:Sorry akak tak dapat balas kad tu sbb sampaipun lmbt..tahun depan yer kalau ada..hehe

Wednesday, August 15, 2012

Nasi Beriani dan Ayam Beriani

Lagi 3 hari je nak raya weh..Mood memang dah tak sabar nak balik kampung.. Tinggal esok je lagi nak bertahan pergi kerja.. Lepas tu boleh ho ho ho balik kampungggggg.. Eii bestnyer..

Hari ni tak nak share resepi tp nak tayang gambar. Nasi beriani dgn ayam masak beriani yang aku buat masa aku mc sakit mata minggu lepas... Resepi aku follow kat belakang paket rempah beriani Adabi.. Ayam pulak aku ikut suka jer..haha Nasib baik ayam tu sedap cuma nasi tu tak berasa sgt.. Tawarlah weh..Tak kisahlah asalkan berjaya juga aku buat nasi beriani..huhuhu

Complete set nasi beriani... Siap ada papadom lg..



Ayam masak beriani suka hati... sedap weh...

Harini aku dah cuti masak.. dapur dah kemas. Tak mau kecah2 lagi. So ptg ni beli bungkus jek...

p/s:Jom nyanyi lagu raya..

Wordless Wednesday ~ 14

Menu berbuka 2 minggu lepas..


Maggi Kari Spesial...


Pergh layannnnn...

p/s:Kurang suka maggi tapi sesekali makan memang maveles..hehe

Tuesday, August 14, 2012

Siakap Tiga Rasa..

Salam ramadhan ke 25...Tinggal 4 hari je lagi nak raya.. Hari semalam busy lor..Nak siapkan keje sebelum raya ni. Bos dah pesan awal2 soh siapkan sblm cuti sbb die nak cek pulak. dah petang igt nak update blog tp tgk2 jam dah 4.30. Dah kena balik. Takleh lambat2 nnti bertambah jam.

Macam mana persiapan raya korang? Alhamdulillah persiapan aku dah siap sepenuhnya. Kuih raya nak bawa balik umah mak pon dah settle.. Dapur dah berkemas, langsir dah tukar, umah dah kemas (tp dah sepah balik sbb anak aku suka 'kemas'), barang2 nak balik kampung pun dah pack sebahagiannya.. Senang citer memang aku tinggal nak cuit sana sini je lagi... Pastu boleh balik kampung dengan sukahatinya.. Tahun ni turn balik kampung suami nun di Kuala Terengganu. Suami aku bukan orang Teganu tp mak mertua aku org Teganu so setaip kali raya memang die balik sana.

Aku start cuti Jumaat ni so khamis lepas kerja kami terus cau cin cau balik Segamat. Hari sabtu baru gerak ke Teganu. Raya ketiga baru aku balik Segamat balik raya dgn family aku sampai Ahad.

Saja nak tayang menu berbuka minggu lepas. Nampak ikan siakap ni murah je teruslah sambar sekor.


Siakap tiga rasa campak style.. Ikut apa yang ada kat umah. Malas aku nak gi beli2 brg lagi. Kalau boleh fridge kena clear sblm cuti raya.

Nak resepi ka??? Tak payahlag. Hari ni aku malas. Lagipun sblm ni aku dah pernah letak resepi siakap kat sini. Korang carilah bawah label resepi ye..

Ermm sedap sedap..Ikan ni lembut di dalam rangup diluar...

p/s: Thanks YUI.. Akak dah dpt kad raya semalam. Akak suka sgt dpt sampul duit raya tu...hehe

Saturday, August 11, 2012

Tauhu Bunga @ terbalik

Menu hari sabtu last week.. Buat tauhu bunga ni sbb tengok Sheila Rusly buat dalam rancangan Ketuk-Ketuk2 ramadhan tu.. Tapi namanya tauhu terbalik.. Aku panggil tauhu bunga sbb bentuknya macam kelopak bunga.. Tak sedap ah nama tauhu terbalik..Hahaha suka hati aku jek..

Gigih aku siap amik gambar step by step takut korang yang tak tengok rancangan tu tak faham camne nak buat.

Tauhu Bunga @ terbalik

Bahan2
10 biji tauhu pok
5 ekor isi udang saiz XL (cincang)
1/2 mangkuk ayam cincang
Sedikit daun ketumbar
1 biji bawang sederhana besar (cincang)
1 biji cili merah (buang biji dan cincang)
1 biji telur
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara2.
Potong bucu tauhu pok tersebut seperti dalam gambar. Buat bersilang.



Bila dah potong dia akan jadi seperti gambar di bawah ini..

Bila dah jadi macam ni, terbalikkan tauhu perlahan2. Setelah itu keluarkan isi tauhu dan masuk dalam mangkuk. Ulangi hingga tauhu abis.

Tauhu yang telah diterbalikkan dan diasingkan isinya akan jadi seperti ini.

2.Campurkan isi tauhu dgn bahan2 yang lain. Gaul sebati.
3. Masukkan campuran isi tauhu ke dalam tauhu yang telah diterbalikkan.
4. Goreng hingga tauhu bertukar kekuningan.. Siap.

Inilah rupanya bila dah siap goreng. Sedap dimakan dengan sos cili..

Versi close up..Memang sedap tau tauhu ni.. Suami akupun kata sedap dan suruh aku buat lagi... Kulitnye tu rangup je.. Sgt recommend utk buat..

p/s: Nak buat roti jalalah..

Friday, August 10, 2012

Projek kuih raya

Semalam kebetulan dah diberi MC so takkan nak duk goyang kaki je ye tak? Apalagi jalankan projek kuih raya aku. Alah bukan nak buat banyak pun. Buat 2-3 jenis untuk bawa balik umah mak raya ni. Kasyah memang aku hantar ke rumah pengasuh sbb kalau die ada memang tak menjadi projek aku.

Inilah yang sempat aku buat semalam. Biskut suji kegemaran aku sejak kecil lagi. Sebab semalam aku tak pose so lepas bakar jek aku ngap...Emm sedapnye dpt makan kuih baru lepas bakar...hehe

Nak resepi? Boleh klik sini..Aku malas nak taip lagi..hehe

Biskut kedua yang berjaya dibuat semalam adalah biskut cornflakes ni..Biskut ni tetiap tahun buat sbb sedap sesangat...Aku suke rangup tau...


Nak resepi jugak? Klik sini...

Korang dah mula buat kuih raya belum?

p/s:plan malam ni nak buat tart nenas dan esok nak buat conrflakes madu...lepas tu boleh bungkus oven.

Iftar di Hotel Pyramid Tower Sunway

Salam Jumaat 21 Ramadhan... Ada yang rindu aku ke? baru sehari tak update takkan nak rindu kot...hehe Sebenarnya semalam aku MC sbb doc kasi aku MC..haha boleh alasan tu? Hari rabu malam tu au sakit mata. Giler merah dgn gatal pedih sume. Aku suruh suami aku gi beli ubat mata tp die kata baik gi klinik terus. Kang letak ubat ntah pape lagi teruk kang. Tu yang gagahkan jugak pergi klinik. Tak masal doktor bagi aku cuti sbb tak kasi aku gi keje. Takut berjangkit. Cutilah aku semalam. Tapi bukan cuti semata..Ada jek projek aku...Yang tu lain entry ye.

Kali ni nak story mory pasal berbuka buffet kat hotel hari selasa haritu. Orang belanja aju follow je. Gambar pun tak byk amik sbb segan ramai orang. Kami sampai lebih kurang pukul 6.15 kat situ tp awal lagi so masuk sunway pyramid dulu. Berkurun dah tak pergi sunway. Byk dah berubah.

Sebab dah lama tak dtg teruslah amik gambar..hehe saje je sbb boringkan. Nak jalan2 duit takde.. So taknak sakit hati tak dpt membeli kite duduk saja. hahaha

Pukul 7 bila ofismate husband sampai baru kami masuk hotel tu. Pilihan makanan boleh tahanlah tapi aku prefer kat cyberview lagi.. lagiii banyak makanan kat sana. Kat sini aku tak makan byk sbb mcm takde selera. Aku just amik nasi dhal 1/2 senduk, ikan 2 ketul, daging seketul dan kuih muih.. Pastu aku amik kue tiaw sikit dan aiskrim.. Tu jek. Seafood sume aku tak sentuh. oh aku ada makan satay 2 cucuk dgn lemang 2 ketul..

Kambing golek yang sedap.. aku tak amik tapi cuit2 husband punye..

Fresh seafood.. Aku tak makanpon sbb takut gatal mata...

Barisan lauk pauk..tapi aku tak jumpe langsung lauk ayam.. Ke aku yang tak nampak???

Rojak2 segala kerabu dan sayur2 sume kat sini...

Kerabu carrot, taugeh dan kerang..yang ni sedap tp aku rasa sikit jek.

Bhgian desert...Macam2 menu ada tp takleh nak rasa semua..

Kek apatah..tak tahu

Kek coklat yang aku tak makan sbb dah terlampau kenyang...Jahat tau letak kek ni lambat2...

Ada lagi makan lain mcm ketupat palas, mee goreng, kue tiaw goreng, asam pedas, gulai kawah,, ikan bakar dan lain2 lagi..Malas aku nak amik sume. Tapi kalau compare dgn cyberview tahun lepas, cyberview lagi byk pilihan... Siap ada sushi lagi... Harga aku tak tahu sbb bukan aku bayar..hehe..

Rasanya inilah buffet kami first and last utk puasa kali ni.. Anniversary haritu nak makan special pon tak dpt sbb penuh sume tempat. Last2 kami tapau nasi ayam makan kat umah..huhuhu sedih..

p/s:malam ni nak buat tart nenas.

Wednesday, August 8, 2012

Happy Anniversary..

Alhamdulillah, hari ini genaplah usia perkahwinan aku dan suami 4 tahun. Syukur Allah panjangkan usia perkahwinan ini dan semoga ia akan terus kekal hingga akhir hayat.



Kepada suamiku, terima kasih kerana menyayangiku dan setia disisiku dulu hingga kini. I love you so much and nothing can compare how much I love you.

Erm cukup2lah tu. Tak mau express berlebih2 dalam blog. Tak manis. Nak tahu tak macam mana aku kenal dgn suami aku? Actuallykan die dgn aku satu sekolah dari dia form 1 sampai form 3. Lepas tu die pindah masuk sekolah teknik. Sebenarnya die muda setahun dari aku. Masa sekolah dulu aku tak kenal pun dengan die. Kirenya aku tak amik kisahpun kewujudan die kat sekolah. Just tahu die one of the student jelah. Lepas tu bila aku form 6, aku masuk sekolah lain. Masa aku upper 6 suami akupun masuk jugak sekolah tu kelas lower 6. Kebetulan sebelah je dgn kelas aku. Ha masa nilah die sibuk usha aku. Aku pulak macam "ek budak junior ni sibuk lak nak ngurat aku" hahaha. Beria tu die nak hantar dan jemput aku balik sekolah. Mestilah aku tak nak sbb giler ko, aku duduk dgn maklong aku kat kampung masa tu. Mestilah tak manis ada jantan hantar aku balik sekolah. Kang orang kampung ngumpat pulak...

Tapi die sekolah kat situ tak lama sbb die masuk politeknik. Akupun tak kesah sbb memang tak melayan sgt. Bila aku dah masuk UM barulah kite kawan semula. Itupun sbb die tak pasal2 call aku. Akupun mula2 mcm hairan gak apasal la mamat ni call aku lepas dah setahun lebih tak contact. But then dari situlah semuanya bermula... Seronok pulak bila ingat balik zaman2 bercinta dulu... Ni yang rasa nak gi Honeymoon ni..hihihi..

Okaylah....daaaaaa.

p/s:Celebrate malam ni dgn baskin robin free..hahahaaa

Tuesday, August 7, 2012

Baskin Robbins Free!

Walaupun datuk Lee Chong Wei tak berjaya menggenggam pingat emas, namun kejayaanya masuk final dan seterunsya menghadiahkan perak buat Malaysia dah cukup menbanggakan. Aku bangga sbb kali ni die fight till the end. Lagi best bila Baskin Robbins tetap akan bagi aiskrim percuma esok malam...Yahooo....



Jangan tak tahu beria aku terkinja2 shuffle sambil jerit baskin robbin free masa Chong Wei main haritu..hahah Sampai Kasyah pun confuse tgk mak die ni terkinja2. Tak sia2 kinjaan aku...hahahaha. Esok jom serbu Baskin Robbin jom..

p/s:harini berbuka puasa di Hotel Sunway..bestnyeee..

Monday, August 6, 2012

Dah minggu ketiga...

Salam 17 ramadhan...

Jeles bagi mereka2 yang bercuti hari ni sbb aku tak cuti...Mencik tau!

Tak tau nak cerita apa sbb hati kurang seronok...Takde kena mengena dgn diri sendiri tapi ada tempias kat diri ini...

Minggu ni nak start buat kuih. Mintak2 badan tak malas..Kalau malas sure tak jadi punya..

nanti cerita lagi okay.

p/s: Cuti raya dah approve...

Friday, August 3, 2012

Murtabak D'Pemanis

Lupakan Dejavu Di Kinabalu yang ntah pape tu, marilah kite move on..Hehehe.. Masa balik kampung haritu, abah aku ada tanya aku mcm mana nak buat inti murtabak. Aku dengan konfidennye cakap biar aku buat sbb minggu sebelum tu ada tengok kat rancangan JJCM tu. Walaupun die tak bagi respi betul2 dan akupun tak tahu pakai rempah apa tapi ku rasa aku boleh try buat.

Berbekalkan kecekalan diri dan keyakinan hati, maka projek inti murtabak aku dijalankan. Pung pang pung pang siappun inti aku tp rasa entahlah sbb puasakan. Debor gaklah aku takut rasa die tak sedap. So ptg tu bapak akupun bersemangat tebar murtabak sbb ni kire festime buat murtabak. Roti canai tu dah biasa. Bila berbuka murtabak dulu yang aku capai sbb nak rasa sedap ke tak. Bila makan je, wow sedap gak inti murtabak aku. Macam kat bazar ler. Terus banggo sbb dah berjaya mencipta resepi murtabak sendiri..hahaha...

Inilah rupanya inti murtabak tu.. Ambil gambar dlm kuali jek sbb lepas tu dah sibuk nak makan..

Murtabak D'Pemanis

Bahan2 inti
5 biji bawang besar
1 mangkuk isi ayam cincang
2 helai daun pandan
3 sudu serbuk kari
2 sudu serbuk rempah gulai cap rose
1 sudu serbuk rempah masak cap rose
1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
garam secukup rasa
minyak utk menumis

Cara2
1.Cincang bawang besar. Proses ni memang menangis ah..hihihi. Rempah2 serbuk tadi campurkan dan jadikan pes dgn menambah sedikit air.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan daun pandan. Kacau seketika.
3.Masukkan pes rempah dan tumis hingga agak garing. Masukkan bawang dan kacau sebentar sblm masukkan ayam cincang.
4. Biar hingga ayam masak dan inti jadi kering. Perasakan dgn garam.. Okey siap.



Sekarang kite buat dohnya pula.

Bahan2 doh (agak2)
Tepung gandum
Air
Telur
garam
minyak sapi.

Cara2.
1. Campurkan garam dalam air hingga air jadi masin. Kemasinan air yang tentukan kemasinan doh.
2. Masukkan sebiji telur dalam tepung dan gaul sebati (guna tangan ye). Masukkan air garam tadi sedikit demi sedikit hingga akhirnya menjadi doh. Pastikan tepung tidak melekat di dalam mangkuk adunan.
3.Bulatkan doh tadi sebesar bola pingpong (besar lagi sikit rasanya) dan salut dgn myk sapi. Rehatkan doh paling kurang 2 jam sblm menebarnya.

Cara2 buat murtabak.
1. Ambil sebiji telur dan pecahkan dalam bekas kecil/koleh. Campurkan sesenduk inti tadi dalm telur dan kacau sebati.
2. Tebarlah murtabak ikut suka korang dan masukkan inti tadi atas doh dan bungkus elok2. Goreng atas kuali leper.. Satu murtabak sebiji telur okay..

Inilah rupanya murtabak yang bapak aku tebor. dah rupa roti canai dah..hehehe..

Murtabak yang sedang di masak.. Gambar betul2 dah siap memang aku tak ambik sbb dah berbuka.. Tak kuasa nak pegang kamera lagi. baik aku makan...hahaha..

Harap2 korang pahamlah ye penerangan aku pasal nak buat murtabak tu...

Selamat mencuba..daaaa

p/s:Pening buat translation....Ayat berbunga sangat...

Entah apa apa..

Ni kes tak puas hati dgn episod akhir Dejavu Di Kinabalu semalamlah ni.. Aku rasa memang tak logik langsung endingnye tu... Seriusly aku dah tak kisah dah Nadira pilih sapepun sbb episod2 minggu last tu memang buat aku menyampah dgn peel Nadira yang asik nak meroyan jer tu.. bagi aku kalau die pilih Bazli pon okay sbb Ammar pun nampak cam dah pasrah je. Dah move on lah kiranya sbb Orang dah taknak takkan nak paksa, ye dak. So aku memang dah rasa biarlah si Nadira meroyan tu pilih Bazli.

Yang buat aku rasa bengang tu pasal ending semalam tak logik. Ade ke si Bazli boleh terpekik terlolong panggil Ammar dalam teksi soh Ammar berhenti.. Siap cakap lagi ini antara hidup dan mati Nadiralah apelah.. Lepas tu die soh berhenti tu sebab nak Ammar jadi saksi die kahwin. Kan ke ngarut tu. Ape yang hidup mati bagai kalau soh dtg jadi saksi je? Aku tak nampak pun Nadira meroyan nak Ammar ada dlm majlis die? Aku rasa patutnya kalaulah kite nak kahwin, kite lagi taknak ex boifren kite dtg aptah lg kite tu kahwin sbb terpaksa dan masih cintakan die. Dalam citer ni Nadira paksa diri die utk kahwin dgn Bazlikan walaupun hati die pada Ammar. Tu yang aku rasa tak lojik. Tahan orang nak pergi Airport semata2 nak tgk org kahwin????What the &%*$?

Patutnye, biarlah Nadira tu kahwin dgn Bazli, Ammar terus pergi London and 3 thn kemudian jumpe balik. Masa tu jantung masih berdebar sbb mmg cinta tu tak pernah padam. Barulah betul. Lepas aku tgk episod2 last tu, aku memang geram kat Nadira. Tak guna otak. Masa nak kat Ammar siap meroyan lari rumah ajak kawin kat golok bagai.. Pastu bile nak kat Bazli pulak, terus meroyan ajak kawin jam jam tu jugak. GIler ke apa pompuan ni? Dahla alasan die taknak kat Ammar tu tak bape nak kukuh.. Nampak sgt degil. Ammar dah ckp die suka Nadira bukan Innara tp stil tak boleh terima. Yuzra dah bagi nasihat pon die xnak terima padahal aku rasa apa yang Yuzra mention tu semuanya betul.. Nadira tu yang degil.

Bak kata Erma Fatima, sejujurnye die suke Ammar punye ending sbb aku rasa mungkin skrip asalnye memang tuk Ammar tp TV3 ngada nak untung buat undian tu yang terpaksa create ending lain yang nampak mcm tangkap muat.

Kesimpulannya aku tak puas hati ending semalam. Bukan sebab Nadira pilih Bazli tapi sbb tak lojik dan tak touching langsung...Nasib baik ada ending Ammar kat tonton.. hehehe walauun sedih tp lagi lojik rasanya dari ending asal ada tu..

Okaylah..sekian royanan saya..hahahhahahah

daaaaa...

p/s: :p

Thursday, August 2, 2012

Nasi Dagang

Dah 13 hari puasa. Alhamdulillah aku masih belum ponteng puasa lagi..Hari ni kerja dah kurang sbb semalam dah pulun siapkan so ada masa sikit bolehlah ngadap blog lama sikit. Balik kampung haritu aku berjaya juga merealisasikan impian (chewah) nak buat nasi dagang. Alhamdulillah menjadi jugak nasi dagang aku tu. Cukup untuk aku bawa balik Kl dan makan masa sahur. Macam biasa, resepi aku C&P dari kak Madihaa. Harap dihalalkan ye



NASI DAGANG
(versi Terengganu)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1.2 kg beras siam
400 gm beras pulut
(nisbah utk beras = 1 bahagian beras pulut : 3 bahagian beras biasa)
1 ½ biji kelapa (ambil santan anggaran 600 ml ~ PERAH GUNA AIR MASAK!) (ni anggaran saja yer.. kalau tak cukup boleh tambah lagi.. sebab masa buat tu MaDiHa tak ukur pun santannya)
garam secukup rasa (Bancuh dalam santan)
700 ~ 800 ml air/santan cair utk arong nasi (boleh tambah jika masih tak mencukupi.. MaDiHa agak2 je ni)
5 ulas bawang merah ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & halus memanjang
1 sudu kecil halba

Cara Menyediakan

1. Campurkan beras biasa dengan beras pulut dan cuci beras hingga bersih & jernih (mcm nak masak nasi tu). Rendamkan beras semalaman dalam air yg banyak.
2. Keesokannya.. panaskan periuk kukus & toskan beras dan kukus beras selama 30 ~ 40 minit. (guna periuk kukus berlubang kecil jika ada.. jika tiada.. alaskan dasar periuk kukus dengan kain putih bersih/ kain maslin/ jala bersih/daun pisang agar beras tak jatuh melalui lubang kukusan).
3. Angkat nasi kukus tadi dan masukkan nasi dlm besen besar. (Sementara itu.. tambahkan lagi air dalam periuk kukusan agar airnya tak kering utk mengukus kali kedua.. teruskan memanaskan periuk kukusan tadi.) Arong nasi dengan air biasa/santan cair sehingga rata dan tak berketul2.
4. Kukus sekali lagi nasi sehingga 30 ~ 40 minit. (kali ni tak perlu alas dasar kukusan).
5. Keluarkan nasi dan masukkan dlm besen tadi dan arong sekali lagi dengan santan yg dicampurkan garam serta taburkan bahan2 hiris serta halba. Kacau rata dan bolehlah dihidangkan.

(Aku masak lagi sekali nasi tu sbb nak nasi thn lama..Acikan?hehehe)

Kalau dah buat nasi dagang mestilah kena ada gulainya. Tapi aku buat guna ikan tongkol putih tu je sbb tak jumpe ikan yang hitam tu. Bolehlah asalkan ikan aye jugak..hehe. Malaslah pulak nak taip resepi sbb resepi sama mcm yang aku buat sblm ni.. Klik sini je.

Set Nasi dagang dimakan bersama acar timun Johor stail..hihihi.

Berbaloi baloi..Banyak anak sedara aku makan...Kasyah tak makan sbb die tido...

Acar timun campur carrot campur nenas...Erm dap!

Dah pass buat nasi dagang bolehlah buat lagi tp sbb aku ni malas kerja2 rumit ngukus 2-3kali ni, lambat lagilah baru buat...Nak makan beli jek..hahaha

daaaaa..

p/s:Apasal aku rasa aku tak kurus2 ni?????

Wednesday, August 1, 2012

Bayi bakal dilempar?

Tadi terbaca satu news yang dishare oleh kawan aku kat fb..Terkejut dan sedih okay... Meh baca.

Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.



“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sumber dari sini

Huwarghhh is this really true???? Tak boleh bayang bayi tu kena lempar...Sakitlah woiii...Nak boikot China! I don't Care!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...