Saturday, September 29, 2012

Good to share

Found this in facebook. Interesting!

Sesuatu yang baik itu lebih bagus untuk dikongsi bersama..kan???!!!

p/s:better late than never!

Friday, September 28, 2012

Kampung Semarah Padi


Siapa pernah tengok cerita ni? Kebetulan hari Sabtu malam ahad yang lepas, secara tak sengaja suamiku tertukar channel RTM1 dan masa tu cerita ni baru jer bermula. Tengok2 macam best jek teruslah aku layan sampai habis... Hakikatnya cerita ni memang best dan kelakar..Gelak besar aku tengok citer ni.


Cerita ni pasal orang2 kampung semarah padi ni terkena sumpahan yang menyebabkan diorang ni asik marah jer. Alkisahnya sorang perempuan mengandung termakan buah cempedak penghulu siak (Sabri Yunus). Pastu si penghulu siak ni marahlah so die hukum pompuan tu kena bunuh. Pastu anak die yang sempat dilahirkan pun dihanyutkan dalam sampan. Sblm mati si perempuan ni sumpahlah penduduk kampung akan marah2 selama tujuh keturunan.

Korang bayangkanlah nak ajak makan pon marah. Nak cakap saya sayang awak pun marah2..hahah lawak giler. Sayang ke gaduh?hihihi. So satu hari tu ada pemuda terdampar kat tepi laut. orang kampung pun selamatkan pemuda tu. Pemuda tu nama Kasim (Beto Kushairi). Kasim ni peliklah apsal orang kampung marah2 walaupun diorang tu baik. So die cubalah nak tolong hilangkan sumpahan tu dgn bukak sekolah tahan marah.. Hahaha part ni pun kelakar sbb bila nak marah je diorang akan tarik nafas, senyum dan goyangkan tgn... So tak jadi marah.

Biasalah dlm drama mesti ada org jahat. Dek kerana penghulu siak ni ada anak dara yg dah syok dgn Kasim, ada yg tak puas hati fitnah si Kasim ni. Penghulu siak yang pemarah tu terus halau Kasim dari kampung tu. Tapi yang bestnye sblm die blah, die sumpah penduduk kampung tu akan jadi lembut selembut lembutnya sampai tujuh keturunan... Last2 masing suma jadi auww sbb lembut...kahkahkah..Rugi aku tak rakam citer ni. Kalau tak boleh layan lagi...

p/s:Kalau tayang kat TV3 mesti rating tinggi...Ni tayang kat RTM..sendu lah jawabnya.

update: sesapa nak tgk citer ni boleh klik sini. Kalau nak download boleh klik sini

Thursday, September 27, 2012

Samurai Burger McDonald's

Sejak McDonald's mereleasekan iklan burger barunya, aku terigau, terkesima, teringin dan pelbagai 'ter' lagi telah berlaku pada aku. Haih ini tak boleh jadi. Aku takut simptom 'ter' aku akan membawa bahana (hamboi over tau smpi bahana bagai). Jadinya semalam berpergianlah aku ke McD Alamanda sbb dekat dgn harapan dapat menyekik burger idaman hatiku yang ku terigau teringat terbayang termimpi tuuu.

Ah tgk iklan jerpun dah buat aku dilanda sindrom 'ter'. Aku memang suka sesangat sos teriyaki tu lagi2 kalau makan unagi dgn sos teriyaki..peh meleleh.

yay akhirnya berjaya juga ku mencekik burger samurai ni. So sedap ke tak? Aku suka sos teriyaki tu cuma mcm tak byklah sosnye. Kalau nak tau sos teriyaki ni manis2 sikit. So sesapa yg tak suka manis+pedas (mcm laki aku) mungkin tak berapa sukalah kot.

Air McFizz..Seriusly aku tak tahu air apa tu..haha

Amik set regular maka tak dapatlah fries Curry Mcshakker tu..Dpt kentang biasa je.. Set kecik pun tak abis air dgn kentangnye. Ada lagi dlm fridge rumah aku. Sape nak?ehehehe.

Eh, Kasyah layan apa?

Nak bagi dia senyap layan upin ipinlah...

p/s:hari ni rasa mcm nak seafoodlah. Kat mana sedap ek?




Dapur Idaman

Sejak dua menjak ni, entah kenapa macam2 pulak benda yang aku teringin nak. Sama ada aku nak makan atau aku nak buat or nak beli. Membuak2 okay rasa tu. Ah, ko tu semuanya membuak. Sekarang ni tengah membuak (rentetan entry perubahan) perasaan nak renovate rumah. Masalahnya rumah pun takde nak renovate pebendanya? Dah sah2lah kena beli rumah dulu. Bila dah beli rumah baru leh renovate. Tu yang aku terfikir nak kena tukar keje sbb nak gaji lebih supaya dapat beli rumah dan seterusnya dapat renovate rumah. (Overkan)

Apa yang aku nak renovate sgt tentulah dapur. Ah, aku memang wanita sejati. Selalu ingin berada di dapur memasak penuh kasih untuk family. Dari dulu berimpian untuk dapat dapur macam Chef Wan selalu masak dalam TV. Nak oven yang lekat kat dinding. Nak design cantik secantik aku. Eh? hehe sorry terperasan sekejap.

Ini antara dapur2 yang menjadi idaman. Gambar diambil dari google je. Hopefully takde yang claim royalti.

cantikkan dapur ni. Warna hijaunya cantik. Kalau ada dapur macam ni mesti rasa masakan pun segar dari ladang..kan?

Yang nipun berkenan jugak. Well hitam itu menawan. Kalau kotor tak nampak sgt. Sukeeee

Merah itu berani. Gabungan merah putih memang kesukaan aku... Ah terus keliru nak pilih yang mana satu padahal baru idaman je pun. Belum nak pilih betul2.

Sukaya design mcm ni. Siap ada meja kat tgh boleh buat rancangan memasak.. "Apa khabar semua..hari ni wan nak masak ayam goreng hitam berseriiiii..bahan-bahannya adalah..." sila bygkan Azwan Ali yang masak. hehe

p/s:Tolong! Tolong! ada orang nak bagi aku duit sejuta tak?


Wednesday, September 26, 2012

Adam & Hawa

Hakikatnya novel Adam dan Hawa bukanlah novel faveret aku. Sebabnya aku emo masa baca novel ni. Aku rasa si Ain tu terlalu ego dan degil bebeno. Si Am tu dah nak berbaik, ko tak nak. So novel ni aku baca sekali jek dek kerana aku nyampah dgn Ain. Bila skrg ni masing2 sibuk layan drama die pulak, akupun layan jugak. And this time watak Ain tu buat aku terfikir. Kite memang tak mampu nak menidakkan rasa hati.

Macam aku. Aku juga tak mampu untuk tipu diri sendiri. Sejak kejadian itu (which aku takkan cerita), aku memang seboleh mungkin tidak mahu terlibat lagi. Aku tahu aku tak mampu mengelak tapi rasanya buat masa ni biarlah aku dengan cara aku. Bukanlah aku nak mengubah norma, tapi aku tak rasa aku nak terjebak dalam situasi yang tidak meyenangkan. Biarkan orang tak faham. Biarkan orang mengata yang bukan-bukan sebab hakikatnya hanya aku saja yang tahu. Dan akupun tak rasa aku ingin nak memahamkan orang lain. Belum masanya.

Aku cuma harap dia faham. Punca kejadian dulupun bukan kerana aku. Jadi aku tak nak perkara sama berulang. Aku tak nak lagi menjadi mangsa. Mungkin aku boleh biarkan kejadian itu tapi aku tak mungkin lupa. Mana mungkin aku lupakan penganiayaan itu? Jauh di sudut hati aku, masih tersimpan luka dan kecewa. Biar kucuba selindung dengan senyuman tapi bisanya tak mampu untuk kutahan.

Ku pohon pengertianmu.

p/s:Still tak suka watak Ain tu. Degil!haha

Tuesday, September 25, 2012

Craving

Jumaat minggu lepas, perasaan nak makan makanan Jepun membuak2 sampai tak mampu untuk aku tanggung lagi kebuakannya. Tak boleh jadi ni maka aku merengek2 penuh comel lagi jelita dgn laki aku nak jugak makan Japanese food.

Dek kerana terguda dgn kejelitaan aku, akhirnya suami tewas dan membawa aku pergi Jusco untuk beli sushi..Hahaha habis jelita aku merengek dapat sushi kat Jusco jek??? Jadilahkan daripada takde. Lagipun aku nak makan japanese food tak kisahlah mahal ke murah yang penting japanese food tau. Lagipun tgh2 bulan nak makan Sushi King, nak mampus!

Dah pun selamat masuk perut beta..saya suka!saya suka!

Tengok gambar nipun rasa dah terliur.. Harini gajikan? Nak merengek lagilah..hahaha

p/s:entah kenapa lemau sgt2 nak memberi komen ke blog orang...tapi kucuba juga!


Monday, September 24, 2012

Perubahan

Aku rasa aku perlukan perubahan. Perubahan dalam segala segi. Baik kerja mahupun kehidupan. Tidaklah bermakna aku nak kawen lagi sekali..hahaha. Seriusly tiba2 aku macam berfikir secara mendalam tentang kehidupan aku. Sampai bila aku nak kekal ditempat yang sama. Tiba2 aku rasa aku perlukan satu keterujaan. Ya know like an excitement dalam kerja, dalam hidup.

Well kerja aku sangat boring. Aku hanya buat2 benda2 yang rutin setiap hari. Hanya akan jadi super duper busy bila scholarship application dibuka. Selepas tu akan jadi bosan sbb pagi2 cuma baca paper dan lepas habis baca paper, aku dah tak tahu nak buat apa. Projek menyiapkan webpage utk tourism info masih bertangguh sbb kekangan mendapatkan hak penyiaran gambar. Kalau ada gambar aku memang dah boleh buat dengan jayanya.

Aku rasa macam perlukan suntikan kerjaya. Mungkin perlukan suasana baru, kerja baru tapi aku sgt malas nak cari kerja. Rasa mcm tak best pulak asik nak hantar resume ke sana sini mcm mula2 grad dulu. Nak berbisnes? Seriusly aku tak minat dan tak pandai langsung bab bisnes ni. aku juga takut ambil risiko especially buat pinjaman. aku takut pada hutang. Alah kalau setakat hutang mesin jahit RM2000 aku takde hal lagi. tapi kalau hutang puluh2 ribu memang aku surrender. aku takut tak mampu nak byr. selagi boleh aku elak untuk berhutang. Tu psl sampai la ni tak beli2 rumah lagi sbb rasa tak mampu nak commit byr loan rumah. Byr duit kete pun dah rasa semput dah. Dahla harga rumah kemain mencekik. Takde gaji RM5000 nganga jelah tak mampu beli.

Alangkah seronoknya kalau aku berjaya dapat PTD...ermm okay setakat ni boleh verangan jelah... Jadilah uols daripada takde. haha. Kalau aku dpt PTD tu bolehlah beli rumah Semi-D (okay berangan tak kalah). Dapatlah tambah anak barang 2-3 ketul lagi (ketul???) sbb kos jaga anak skrg sgtlah mahal. Susu jek dah 4-5 kilo sebulan. Pampers sehari tak kurang 5 keping. Pastu makan pakai lagi?Nursery, books, sekolah lagi....okay kalau dok tara mcm skrg ni, memang tak mampu yang oiii...

Ker aku patut nekad?Just like my husband said, "kita kena nekad beli rumah. Kalau tak sampai bila2 pun tak mampu." Tapi kalau dah sampai makan pun tak mampu dek kerana rumah, berbaloi ke?

p/s:Just receive a visit from my scholarship candidate who is a PTD. Thanks to him sbb bagi advice pasal how to work as PTD. Jom verangan lagi..hihihi

Friday, September 21, 2012

Bisinglah!

Dahpun hari Jumaat. Minggu ni rasa mcm sekejap jer. Tapi baguslahkan. Kurang azab menunggu hujung minggu.

Ni aku nak komplen sikit pasal jiran belah atas umah aku ni. akupun tak tahu sape sbb tingkat ataskan. Yang aku tension tu, umah atas aku ni selalu buat bising. Bukanlah hari2 tapi kerap jugaklah. Yang paling kerap bunyi perabot dialihkan or kerusi digerakkan. Alah mcm kalo ko nak makan ko gerak kerusi tanpa angkat. Berdesinglah bunyi die. aku memang suka angkat drpd tarik gitu je sbb bising dan rosak lantai.

Yang jiran atas umah ni memang jenis malas kot. Asiklah sreeettt sana sreeettt sini.. Mengganggu okay. Lagi2 kalo aku tgh layan tv terus tak dgr. Pastukan selalu sgt alih perabot. Bukan bunyi sikit2 mcm kerusi tu tpi alih perabot mcm almari sbb lagi bising dan berjarak jauh. kdg2 tu die pegi drill dinding. Akupun pernah gak drill dinding tp tulah sekali masa awal2 pindah. Ni tak pergi drill dinding byk2 kali tu dah kenapa?Bulan ni drill kang bulan depan drill lagi..pastu kang bunyi lagi..hadoilah.

Kalau malam2 tu aku curios gak. Adakah umah atas aku ni tak berpenghuni dan bunyi2 itu dihasilkan oleh entiti2 halus? Seram gak kalo gitu tapi kalo siang2 pun sama, sahlah memang diorang ni jenis tak keruan.

p/s:apsal aku teringin nak makan Japanese food ni? Teringat2 unagi grill yg super sedap tu..

Thursday, September 20, 2012

Gatal nooo..

Semalam aku berpeluang untuk join satu program yang dianjurkan oleh ofis aku iaitu program seminar study in Japan. Seminar ni bertujuan untuk memperkenalkan Jepun sebagai salah satu tempat untuk sambung pelajar. Kami akan pilih2 sekolah2 yang sesuai utk kami pergi buat seminar ni. So smlm kami ke Sek Teknik KL kat Cheras nuuu.

Program ni bukan aku yg handle tp ofismate aku. Since kami dlm bidang yg sama iaitu education so bos ajak aku pergi utk belajar and tgk perjalanan seminar ni. Tugas aku amik gambar dan edar booklet pd student. Yang kelakar tu, budak2 ni kemain lagi tepuk2 bagai bila kami masuk jek dewan sekolah tu.. Malu tau. Dah mcm retis dah. Pastu bile sesi perkenalan, time nama aku disebut kemain lagi budak2 ni tepuk jerit2 .. hampeh punye budak.

Bila acara habis, ramai jugak student yg dtg jumpe penceramah yg kami jemput utk join program ni utk salam dgn diorang. Excited kot dpt jumpe org Jepun. Adalah pulak, budak2 aku kategorikan sbgi baru nak naik sibuk nak bersalam dgn aku. Budak lelaki tau. Hamboi kemain gatal lagi korang ye.. Aku senyum je sbb aku dah perasan dah budak2 tu mmg suka main2 especially bila aku kutip balik questionaire..

Tapi overall seronok jugak buat seminar ni. Nak request kat bosslah mana tau dpt join lagi..

p/s:Harini suamiku balik Segamat sbb esok pagi2 buta die nak ke JB ada interview. Tinggallah aku berdua dgn Kasyah..huhuhu

Wednesday, September 19, 2012

Pizza Hut.

Entry makan-makan lagi. Semalam makan hari ni makan. Eh, takyah nak poyo sgt sbb dah sah2lah hari2pun makan. Cume bezanya makan best dgn tak best jer. Makan pizza ni last week. Sehari selepas aku balik PAC. Saja je request kat hubby nak makan best sbb badan dah sakit2 dek kerana PAC tu so aku nak reward myself dgn makan sedap2. Mujurlah nak jugak die melayan karenah bini die ni.

Ambil pizza baru tapi serius aku tak tahu apa namanya. Rasa memang sedap. Pada akulah. Ambil jugak tempura udang sbb tekak rasa nak makan nihon no tabemono..hehe

Alah tak acilah mama gegar... Kasyah behave hari ni. Selalu tu mana reti dok diam. Kami amik set carbonara sbb kanak2 bawah 120cm dpt free kids meal.

Comotkan kasyah tapi aku rasa aku lagi teruk.. Muka penat giler.

Bajet gembira padahal badan sakit2 jalan pun terjengket2.

Puaslah hati dpt makan sedap lagipun kalau nak suruh aku masak memang aku tak larat.

Tuesday, September 18, 2012

Roti Nan Cheese yang sungguh bercheese..

Akhirnya berpeluang juga aku merasa roti nan cheese terbaik yang digembar gemburkan oleh rakan blogger. Aku dah nampak lama dah pasal roti nan cheese ni tp kalau semata2 turun KL nak mkn roti ni memang tak ah. Kebetulan haritu aku pergi open house kat Intekma so lepas balik tu kami terus ke Jalan TAR sbb nak cari Tshirt gelap utk aku pakai masa PAC tu. Nasib baik jumpa. Nak balik tu aku teringat pasal roti nan ni. Terus bagitau suamiku and kami GPS untuk cari kat mana restoren RSMY tu. Nasib baik ada dalam GPS. Sampai jugak kami tempat yang dituju. Restoren ni dekat dgn Maju Junction. Dkt Medan tunku. Tak reti aku nak bagi direction. Korang GPS jelah.

Kami sampai sini pukul 6 dan masing2 taklah lapar lagi sbb makan agak byk masa open house tu. So kami pesan satu jelah. Nak rasakan.

Ini budak tak reti duduk diam. dari open huse tadi asik nak main jek. Makan tak nak.

Akhirnya roti yang ditunggu2 tiba jua.. Boleh dikatakan semua yang dtg kedai ni order cheese nan ni tau.

Kami makan dengan kuah dal. Pekat dan sedap.

Limpahan cheese yang sungguh menggiurkan dan menakutkan bagi mereka yang on diet.

Apalagi, marilah kite nyekik. Memang sungguh bercheese. Suami aku kata, punyalah byk cheese die sampai kami kena cari roti..hahaha.. Selalu tu kami kena cari cheese..

Nampak tak? namapak tak? cheese meleleh2 tuuuu... Memang sedap tapi for those yang tak suka cheese mungkin tak sukalah. Aku ni kalau cheese tak berani sgt nak makan byk sbb fat lorr.. Tapi roti cheese ni memang sedap. Sekali sekala bolehlah. Kalau selalu, pengsan!

p/s:Kalau ke jalan TAR lagi bolehlah gi sini..

Monday, September 17, 2012

Orang lain cuti aku kerja..

Tajuk dah lengkap nak bagitau isi hati..ngehngehngeh..

Sekarang sedang mencari kerja apa nak buat sbb baru je lepas settle baca paper utk 3 hari ni dan juga update website seperti yang diminta bos. Ada lebih kurang 2 jam lagi sblm boleh balik rumah jadi marilah kite ambil kesempatan ini mengarut sebentar bersama kit kat dalam blog.

Orang lain cuti 3 hari tapi aku cuti 2 hari jek sbb hari ni Jepun dengan bangganya decide tak boleh tutup operasi opis sbb kami kedekut nak bagi cuti. Baiklah, sebagai pekerja yang rajin dan takde keperluan cuti 3 hari sbb takde plan nak balik kampung, aku decide untuk dtg kerja juga sbb bos kata sapa nak dtg boleh dtg dan boleh amik cuti ganti hari lain ikut suka. Memandangkan cuti akupun dah tinggal nyawa2 ikan sampaikan ikanpun boleh hidup lama lagi, maka aku bekerja sbb nak amik cuti masa raya haji..hehehe bijak tak aku. Yelah kalau aku duk umah pun bukan buat apa selain kemas rumah dan lipat kain. Lainlah kalau tibe2 suami aku bertukar romantik dan ajak aku pergi honeymoon ke Cameron. Boleh gak aku cutikan.

Oh ya baru teringat nak kongsi pengalaman yang agak menakutkan bagi aku. Kejadian berlaku Jumaat 7hb haritu. Aku balik keje macam biasa. Drivepon macam biasa. Nak kata laju sgtpun tak. Senang citer aku follow hadlaju jelah. Tibe2 tgh syok2 bawa kete kat lane tgh (Besraya), aku perasan ada kete kat lane kanan yang bawa kete seiringan dgn aku. Well lane kanankan sepatutnya laju. So aku pandanglah kete sebelah tu. Ada lelaki senyum2 sambil tgk aku. Mula2 aku mcm "bajet nak ngurat akulah tu". Tapi bila2 aku fikir2 balik, mcm2 kejadian jenayah mula terlintas kat kepala otak.So aku melajukan kete. Die follow. Aku slowkan kete dan follow kete depan. Die slow gak. Senang citer die memang betul2 sebelah aku. Aku decide utk potong kete depan ikut kiri dan pecut. Aku nampak die follow juga. Aku drive mcm biasa smbil kepala otak terus fikir if anything memang aku terus call laki aku dan polis jek. Benda tu berlarutan sampailah ke tol Mines.Aku slow dan decide utk beratur kat lane yg paling byk kete supaya aku lambat. And guest what kete tu slow mcm tunggu aku walaupun die dah byr tol lebih dulu dari aku. Pergh memang scarylah. Nasib baik bile sampai kat Seri kembangan tu die terus naik ke flyover dan aku terus ke Serdang. Aku sempat tgk kete tadi dan pemandunya berkepala botak, berbadan besar dan berkulit agak gelap (bukan india). Muka die memang mcm penjenayah tau. Die bawa kereta VIVA hitam plat number WQT 4*4*.



Sepanjang jalan balik tu memang aku berdebar. Yelah skrgkan ada mcm2 kes. So aku rasa as wanita kite kena persiapkan diri. sentiasa berwaspada dan jgn teragak2 utk terus dial no 999. Seriusly pengalaman tu betul2 buat aku rasa tak selamat.

p/s:Bosannya keje.

Friday, September 14, 2012

Artis dan awet muda.

Berapa kali korang pernah berjumpa dengan orang pastu orang cakap muka ko mcm artis? Ini bukan entry perasan cantik tapi aku sendiri confuse tang mana yang sama? Kejadian menyamakan muka aku dengan artis bukan baru pertama kali jadi tapi sejak sekolah lagi.

Masa aku form 6, ada sorang budak India ni kata muka aku macam Jeslina Hashim. Aku macam 'What?' Yeke? Tang mana yang sama? Beria2 die kata memang sama dan sampai sekarang aku masih confuse kat mana yang sama tu..
Suami kepada ofismate aku kata muka aku macam Wan Sharmila. Ermmmmm tang mana yang sama??? Aku masih confuse hinga kini.

Lepas tu ada budak baru masuk ofis aku ni, aku tegur je die, terus die kata muka aku sebijik Irma Hasmie. Lagi sekali aku confuse. Tang mana yang sama tu? Tang tudung ke?

Dan yang paling latest, masa aku pergi PAC bila ada budak lelaki ni tanya aku kenal Marion Counter ke tak. Aku kata kenallah. Kenapa? Die cakap muka aku macam Marion Counter. Ekkk???? Mana ada sama.. Beria die cakap sama sambil tanya pendapat 2-3 budak lain yang semuanya mengiakannya...Haish tang mana yang sama?

Dari sekolah jugak, aku ni seringkali disalah anggap tau. Ramai yang ingat aku ni muda dari usia. Aku ingat lagi masa aku form 5. Balik sekolah naik bas awam kebetulan duduk sebelah makcik ni. Die ingat aku baru form 2 walaupun badan aku sikit punye gemuk... (takdelah gemuk sgt chubby jek). Aku sengih jek sbb makcik tu kata aku nampak kecik.

Masa aku form 6 pulak, aku pergi rombongan ke Melaka dan kami ke pejabat Ketua Menteri Melaka. Adalah mamat yang keje kat situ ingat aku baru form 2. Helloooo saya dah 19 thn okay. Upper 6 tau. Masa aku belajar uni pulak, ramai yang igt aku sekolah lagi. Hadoilah.. Masa kahwin pun ramai jek makcik kat tempat aku yang ckp pengantin kecik lagi dah kahwin. Pastu ada yang ckp macam main pondok2 sbb pengantinnya muda.. Makcik oiii..sy dah habis belajar dan dah kerja pun. Bukannya kawen tak habis belajar tau. Nak kata aku kecik memang tak ah tapi raut muka aku ni mcm budak2. Orang kata ah.

Dan masa pergi PAC pun ramai yang ingat aku ni muda dan belum kahwin. Kalau aku tak cakap aku dah kahwin memang masing2 ingat aku ni bujang lagi. Katanya aku nampak mcm orang belum kahwin. Senang citer mudalah tu..hahaha. Ramai jugak yang nak membahasakan diri akak dgn aku tapi bila aku tanya umur, hek eleh sebaya tu..uhuhu.. Pastu yang sah2 muda dari aku tak panggil pun aku akak sbb diorang tak tahupun aku tua dari diorang..kahkahkah... Siap pulak ada yang ngorat aku. hihihi laku lagi aku rupanya...

Hah tang mana yang sama????Cer citer?

p/s: lepas ni nak samakan aku dengan retis mana pulak?

Thursday, September 13, 2012

The day after PAC, aku....

..sakit badanlah woiii.. haha nilah akibatnya kalau tak bersukan. Kena lari 2.4km terus barai..

Hallu semua..korang mesti tak rasa rindu kat akukan? Aku tau sbb aku dah prepare siap2 entry sepanjang aku bercuti menjalani program assessment tu. PAC memang pengalaman yang baru bagi aku dan tak mungkin aku lupakan. Keseluruhannya semua berjalan lancar (kecuali larilah beb) dan keputusannya kite tunggulah. Seriusly aku tak mengharap sebab bukan sikit orang yang dipanggil dtg PAC ni. Ramai dan dari pelbagai background. Ada peguam, lecturer, cikgu, engineer, businessman, PTD kontrak dan ramai lagi yang power2. Aku? kerani cabuk jek..huhuhu... terus down!

Aku gerak pukul 6.40 pagi dan sampai kat INTENGAH pukul 7.40 pagi. Tension betul lalu Salak expressway nak masuk ke Federal tu, jam teruk giler. Nasib baik tetap sampai before 8. Urusan pendaftaran takde masalah dan aku dapat bilik tingkat 2. Okay tingkat 2 taklah tinggi sgt. So aku terus turun pergi kat kereta (kereta park kat bawah bukit sbb INTENGAH ni kat atas bukit) dan amik beg troli. takde masalah naik bukit sbb tarik je tp bermasalah nak naik tangga. Berat tu sbb laptop, kasut sume aku sumbat dlm tu. Yang lagi best tu, tingkat 2 die actually tingkat 4. Bawah sekali basement, LG, G, 1, dan 2. So boleh bayangkan tak berapa byk tangga aku kena naik sbb lift die masa nilah nak rosak.Cisss!

Program bermula jam 9.15 dengan taklimat dari Pegawai INTENGAH tentang perjalanan program. Lepas tu duduk melanguk sementara tunggu diorang tampal maklumat kumpulan sbb setiap aktiviti adalah berkumpulan ye. Oh ya masa daftar tu korang diberi nombor dan sepanjang di sana korang akan dikenali sebagai nombor saja. Macam En.71, Puan 46, Cik 31 dsbnya. Aktivit pertama start jam 11 dan aku dpt kumpulan 10. Well aktiviti pertama adalah case study dlm bahasa melayu. Diberi artikel baca dan bincang kemudian capai keputusan. Dalam aktiviti ni aku taklah puas hati sgt tapi bolehlah. Kat sini dah nampak dah ciri2 gila kuasa dalam diri masing2. Aku? Lebih byk memerhati dan sesekali menyampuk untuk bagi pendapat.

Aktiviti kedua pun sama cuma dalam bahasa Inggeris. Masa ni aku kurang bercakap jugak tp still bercakap bila perlu sbb aku perlu keluarkan idea. Tak nak terlebih dan terkurang sgt. Sekali lagi aku tak begitu puas hati dgn prestasi aku dan kumpulan. Takpelah, setiap orang ada cara masing2. Aktiviti habis pukul 12.30 dan kami diberi lunch. Makan lebih sikit sbb ptg ni ada aktiviti fizikal. Lepas makan dapat berehat2 di bilik sementara turun untuk aktiviti seterusnya.

Pukul 2 aktiviti seterusnya bermual. Masih dlm kumpulan yang sama, kami diberi tugas utk merancang projek berskala besar. Masa ni aku dah mula tak seronok dan rasa down. Bukannya apa sbb masing2 cuba utk jadi pandai tapi at last pada aku tak menjadi sgt. Bila aku cadangkan utk tulis, masing2 taknak tp last2 kami kena tulis kat kertas mahjong gak. Pastu bila aku tanya pasal bajet takde sapa nak bincang dan terus masuk ke agenda lain. Korang tau tak bajet tu sgt penting sblm nak mula projek? Nak buat majlis kawen pun ikut bajet tau. Since masing2 lebih pandai so aku memang lebih byk mendiamkan diri dan ini disedari oleh panel. So bila kami kena bentangkan pasal projek, panel mintak aku yang buat pembentangan. Aku suka je sbb ni peluang aku utk menonjol tapi pada masa yang sama bila panel yang suruh itu dah menunjukkan ko dah terkebelakang dah..huhuhu

Aktiviti seterusnya penyelesaian masalah dalam English. Yang ni pun frust. Bukan sebab tak bincang tapi sbb kami tak dapat figure out jwapan yang betul. Huhuhu...Kalau diberi lebih masa pastinya kami boleh buat soalan tu... Tak adil betul.. Dah selesai aktiviti ni kenalah salin baju sukan utk aktiviti fizikal.. Yeayyyyy (tgn dibahu mata keatas).

Utk aktiviti fizikal kami diberi kumpulan baru. Sebelum larian 2.4km yang ditunggu2 tu, kena senamrobik dulu tapi buat pergerakan sendiri. Aku? Leading utk lagu kedua.. Followwww semuaaaa.. Wah gitu. Dah masing2 sume tak tahu dan tak nak bagi instruction, akupun volunteer jelah memandangkan dulu aku ni memang kaki areobic..hehe. Lepas tu apalagi lariiiii.. Mak aih semput aku lari. 2 pusingan pusing INTENGAH tu dah la berbukit. Tinggi kemain bukit tu.. Mau tak mengah. Most of the time memang aku jalan jelah tapi jalan laju2 sbb perut aku sakit. Daripada aku pengsan, baik aku jalan asalkan aku habiskan 2 pusingan. Malam tu masing2 sakit badan.

Aktiviti malam pula bermula jam 8.15 malam. Sebelum tu dinner dulu. Kami kena buat ujian sahsiah 185 soalan dlm 40 minit. Tight sgt masa tu. Tak sempat nak fikir. Nasib baik siap ngam2 40 minit. Lepas tu bergeraklah ikut kumpulan untuk sesi baru iaitu penyediaan slide utk public speaking esoknya. Tajuk randomly kite cabut ikut kertas yang diberi. Aku dapat tajuk natural disaster dan terus tinggg! aku nak buat pasal tsunami. So malam tu siapkan slide dan beri pada faci. Tido pukul 12 sbb nak prepare utk present esok. Tapi aku tak prepare sgt pun cuma cari maklumat tmbhn utk esok je.

Aku bangun pukul 6 utk baca2 sikit utk present. Roommate aku bangun pukul 5 tuuu buat preparation. Aku? Malas. Aktiviti pagi kami mula pukul 8. Masih dlm kumpulan yang sama mcm malam tadi, kami diberi teks untuk dibincangkan. Aktiviti ni aku agak puas hati. Habis aktiviti ni, kami terus ke aktiviti terakhir iaitu public speaking. Presentlah ko sorang2 kat depan, dan panel 3 orang dok kat belakang. Nervous toksah citer ah.. Gigil tgn kaki semua..

Alhamdulillah aku berjaya present dgn jayanya.. Semuapun kata aku sgt okay masa present. Selamber, cute dan byk interaction dgn penonton. Hahaha.. itu diorang ckplah..hehe tapi akupun rasa okay sbb aku buat lawak diorang gelak je..hihihi... Selesai sesi tu, kami diberi taklimat tentang temuduga (jika berjaya) oleh SPA. Lepas tu dah boleh balik..yeayyyyy..

Sorrylah takde gambar. Aku malas nak beria sgt. Aku cuba jadi secool mungkin. fake giler...dapat tak dapat itu bergantung pada rezeki. Ada rezeki anak aku, dapatlah. Takde, cuba lagi..

p/s:Nasib baik tak MC sbb aku berjalan dah mcm apa dah ni.. Kaki krem tak habis dari semalam..huhuhu

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday ~15

Meet Ball Bolognese



Terbaik!
(Cafe Milano KLCC)

P/s:sape nak?

Tuesday, September 11, 2012

Aiskrim Goreng

Disaat entry ini keluar, aku sedang menjalani program assesment. Saja siap2 buat entry ni sbb takmo ada yang rindu..hahaha bajet retislah sgt.

Aiskrim goreng ni aku buat minggu lepas. Saje je sbb kebetulan terasa nak makan aiskrim dan terus teringat nak buat. Tak payahlah aku kongsikan cara2 nak buat sbb ramai jek yang share pun. Aku guna aiskrim nestle magic yang berperisa butterscotch tu. Sedap.

Goreng waktu malam sambil minum air panas..

Nampak 3 biji je tp sebenarnya aku goreng 7 biji...

Isi didalamnya.. Sedapler weh. Aiskrim ada lagi cuma nak beli roti jer. Boleh buat byk2 buat stok.

p/s:pray for me.

Monday, September 10, 2012

Nervous.

Salam minggu baru buat semua pembaca blog aku...tinggal tak sampai 24jam penyeksaan aku akan bermula. Wah penyeksaan kooooo nampak macam kejam bebeno.

Esok aku cuti 2 hari kerana esok akan bermula program assesment untuk jawatan PTD. 2 hari jer tapi nervousnye sampai susah nak tido (tipuuuuu :p). Betulla aku neves sekarang. Rasa macam tak nak pergi pun ada. Seriusly aku takde buat apa2 persiapan pun. Stamina pun aku tak built. So camne dgn test 2.4km running tu? Entah!

Kawan2 tolonglah doakan aku berjaya mengharungi PAC tu nanti ye. Aku tak tahu macam mana aku nak react esok. Seriously aku blur sgt. Ramai yang cakap just enjoy but you know you r not going to enjoy if you know someone is watching. takuttttt..

Ramai yang dapat PAC ni semua kategori power2. Aku ni kategori entahapaapa jer. Huhuu nangis...

p/s:Nervous sampai nak makan pun tak lalu...

Friday, September 7, 2012

Potluck Raya

Pagi tadi dah letak gambar makanan yang aku bawa untuk potluck, sekarang mari kite tgk gambar2 masa potluck. Kami potluck 6 orang jer. Patutnya 7 tapi si kumbang sekor tu ada kerja pulak so kami si bunga2 mekar jelah yang melantak. Kenapa tak ramai? Ate aku ni keje dengan orang bukan melayu. Dah sah2 ler kelompok melayu sikit jer. Ada gak orang melayu lain tapi semua dah kategori atas remaja. Kami ni remaja lagi..hahahaha nampak nau remajanyakan.

Menu untuk potluck. Kari laksa, baked macaroni, roti jala, rendang ayam, kari daging, nasi impit, cucur udang, creampuff, cekelat dan kuih raya.

Inilah rupanya baked macaroni aku setelah dibakar.. Menjadi rebutan dek kerana keenakkannya..hahaha angkat bakul betul.. tapi memang sedap. Diorang sume tapau nak bawa balik.

Roti jala dimakan bersama rendang dan kari.. Sedap2.

Kari laksa yang maveles. Kuahnya pekat dan terasa ikannya.. Memang enak bangat!

Cucur udang. Yang nipun sodap walaupun dah sejuk...Banyak jugak aku makan..Gambar nasi impit, kuih raya, puff sume aku tak amik..

Kami sedang sibuk membuat persiapan. Yang tak bestnya masa kami buat potluck ni kebetulan pulak, economic section pun buat makan2 sempena bos diorang nak balik. dah clash pulak acara makan2 tu..spoil mood betul. Kami nak buat kat bilik yang besar sikit tu tp sbb diorang dah buat kat situ terpaksalah stay dlm bilik kecik jer..

Peace...

Maka kami berikrar.. akan menumpukan seluruh tenaga..bla,bla,bla... hahaha dari tepi aku dah mcam tgh angkat sumpah pun ye.

Jemput makan semua...

Lepas dah makan kami naklah amik gambar sama2 since masing2 dah cantik pakai baju kurung..

Tapi macam2lah karenah kamera2 canggih ni..Ada yang capture sendirilah..yang sengetlah..mcm2..

Tak ready lagilah...hehehe

Akhirnya, dapat gak amik gambar 6 orang..hehehe.. Insyaallah boleh plan buat potluck lagi ye..

p/s:dah makan byk hari rabu, lepas tu diet okay..hehe

Baked macaroni untuk potluck

Hari rabu haritu aku dengan geng2 ofis telah berjaya buat majlis potluck.. Tapi harini aku bukan nak citer pasal potluck tu cuma nak letak gambar baked macaroni yang aku buat untuk potluck. Gigihlah malam tu aku masak macaroni ni.

Dah siap dibubuh dalam bekas aluminum pakai buang ni. Senang lepas makan boleh buang terus sbb aku malas nak angkut bawa balik umah. Macaroni ni aku masak malam tapi pagi tu pukul 5 aku bangun baru aku bakar.

Buat 2 bekas. Kali ni campur 2 jenis keju. Cheddar dgn Mozarella. Sedap sesangat.. Resepi aku dah pernah bagi. Boleh klik sini


p/s:Malam ni ada open house, esok ada open house, lusa aku open bajulah..sbb dah tak muat..hehehe

Thursday, September 6, 2012

Bersuka-ria di Port Dickson

Bersuka-rialah sgtkan..hehe. Suami akulah yang berianya nak bawa pergi PD. Satu sebabnya nak bawa anak mandi laut sbb Kasyah tak pernah lagi mandi laut. Lepas tu PD dekat and akupun tak pernah pergi. Mula2 aku malas nak pergi sbb aku kureng suka mandi laut sbb panas. dahla kulit tak berapa nak cerah. Kang kalo mandi laut lagi bersinar pulak kulit aku..huahuahua.. Tapi last2 pergi gak hari ahad haritu. Itupun kami gerak pukul 1.30 ptg lepas siap kemas rumah makan nasi bagai.

Perjalan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Apsal lama? Sebab kami ikut jalan dalam. Tak lalu tolpun. Jimat. Hehe. Kami ikut jalan nak ke KLIA pastu belok ke salak tinggi, sepang, tanah merah, lukut pastu sampai PD. Best gak ikut jalan lama sbb dpt pengalaman baru. Ikut tol jek boring.

Pukul 3 baru kami sampai kat Teluk Kemang. Orang boleh tahan ramai. Kebetulan masa ni ada karnival sempena merdeka so adalah byk orang berjual mcm expo tu.

Sepanjang pantai memang penuh dgn kanopi ni. So kalau ko nak bentang tikar silalah bentang di belakang kanopi ataupun di depan kanopi. Panas toksah citer. Terbakar beb. Disebabkan kami langsung tak bawa pape so decide gi tanya2 harga sewa kanopi tu. Kena pandai bargain sbb diorang letak harga sesuka hati je. Masa suami aku tnya kat akak kedai jual rojak buah, die kate kanopi depna kedai tu die punye. Harga RM20 tak kisah berapa lama. So kami setuju. Alih2 anak die kata RM40 pulak. Bile kitorang ckp mak die bg RM20 je terus die malu...

Pose sat. Masa ni tgh panas lagi. So kitorang tunggu dulu. Tapi Kasyah memang dah menggelitik nak mandi. Sibuk tarik tgn aku. Sorry sayang, mama tak kuasa nak mandi laut berpasir ni. Ajak papa.

Pukul 4 barulah redup so apalgi, terjunnnn.. Ko tgk Kasyah tu nak lepas sbb nak main airlah.

Payah bebeno nak ngambik gambo budak ini sbb sibuk nak main je..

Pastukan kemain berlagak taknak papa die pegang. Nak main sendiri okay.

Ini budak beberapa kali tenggelam dipukul ombak. Yela diekan kecik. Mana mampu nak thn ombak yang menghempas pantai. Ayatttt!

Lepas mandi baru perasan ada calar kat pipi die. Entah kena apalah. Pasir kot.

Gambar tuan tnaah kedaung kena ada. Tak pasal2 kaki aku jejak air. Most of the time memang aku dok kat kanopi jek. Lepak2 santai.


Lepas sejam, suami aku ajak naik sbb dah tak larat nak layan Kasyah. lagipun tangan die dah kecut habis. Tapi kemain mangamuklah die sbb tak puas main lagi. hoi, berapa lama nak puas?

Sebelum balik amik gambar dulu. Sempatlah beli sikit2 sotong2 kering tu. Kami gerak pukul 6 dan sampai umah lebih kurang pukul 7 lebih. Lepas tu masing2 terbongkang penat..huhuhu.

p/s:Bila nak jogging ni???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...