Wednesday, October 31, 2012

Qurban

Alhamdulillah ibadah qurban kami sekeluarga berjalan dengan lancar. Buat semua yang membantu terima kasih diucapkan. Kami buat qurban hari sabtu sbb hari jumaat tu masa sgt suntuk. Yelah orang nak pergi solat jumaat lagi. Nak kerjakan lembu bukannya kejap. Berejam gak. Pukul 10 lembu sampai kat umah mak. Kami amik lembu dah siap disembelih. Kiranya kami tinggal lapah jela. Upah tok imam sume kami dah kasi siap dgn upah hantar sekali.

Lembu baru sampai. Inilah wajah lembu yang dokorbankan oleh hamba sekeluarga..hensem jugak lembu ni ek.. Jasamu ku kenang wahai lembu.

Bahagian badan lembu. Lembu ni dah siap dipotong dua. Mungkin untuk memudahkan diorang angkat lembu ni masuk pickup kot. Berat dan besar tau lembu ni. Nak banding dengan lembu aqiqah aku tahun lepas memang jauh beza.

Proses melapah lembu. Disertai oleh jiran2 dan juga pakcik aku beserta anak2nya.

Suamiku jadi tukang timbang dan bungkus daging.


Pukul 2 jugaklah baru selesai kerja2 melapah dan juga penghantaran daging2 lembu. Aku punye bahagian siapkan makan ler untuk makan tengahari. Petang tu kami balik kampung mak untuk hantar kat sedara mara kat kampung. Overall semuanya lancar. Alhamdulillah.

p/s:walaupun buat qurban still dpt gak daging dari org lain. Nak masak apa ek?

Tuesday, October 30, 2012

Daging Dendeng

Atas permintaan kawan aku Muzai, so skrg nak share resepi daging dendeng. Actually resepi ni aku ambil dari blog Kak Ummi Kuantan. Tapi ada step2 yang aku tak follow sbb malas..haha. Ada banyak lagi resepi daging dendeng tapi aku pilih untuk ikut resepi ni sbb nampak mudah dan bahanpun tak banyak.


Daging dendeng

Bahan:-
1 kilo daging fresh (Aku buat 2kilo stgh)

(Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging (yang ni aku tak buat. Aku just potong je lepas tu goreng). Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)Bawang pun aku tak goreng. Aku guna bawang goreng beli.

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka (aku kurangkan sbb kurang suka manis2 ni)
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis (aku letak 2 sudu je)
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-

Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan cili dan bawang kisar. Masak hingga betul-betul pecah minyak. Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. Seimbangkan rasa. Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.

Tak sangka memang sedap jadinya tp aku still rasa mcm manis sikit. Mungkin patut kurangkan lagi manis tu kot.

Suamiku aku pulak request kalau buat lagi kena kurangkan bawang goreng sbb die memang kurang gemar bawang goreng ni. Aku okay jek sbb sedap gak makan bawang goreng tu.

Kesimpulannya boleh buat lagi daging dendeng. Mungkin lepas ni boleh try resepi versi lain pulak.

p/s:Aku merajuk dgn ofis aku. Harap dptlah keje lain supaya aku boleh berambus dari sini.. Kalau tak kenalah tahan sakit hati ni...Mencik!



Cerita Raya Haji

Gigihkan pagi2 masuk ofis terus update pasal raya..haha sebelum aku busy baik buat keje ni dulu sbb tadi bos dah bagi keje dah. Ngelat jap.hehe. Raya haji ni macam biasalah aktivitinya iaitu makan dan makan.. Lauk memang melambak.. Banyak giler. Lauk sendiri je dah 4 jenis. Campur lauk2 yang jiran2 bagi hui dah berapa banyak tuu. Bayangkanlah tujuh rumah hantar lauk. Kami kat sana masik lagi amalkan bertukar2 juadah ni. Pagi2 memang itu yang kena buat dulu. Hantar lauk pada jiran2.

Antara lauk2 yang ada. Ni baru 2 bekas sbb ada lagi satu dulang sbb tak muat nak letak kat meja ni...

Yang ni lauk2 masak sendiri termasuk lauk jiran sebelah umah.

Yang ni pulak lauk yang jiran2 lain hantar. Ada ayam masak merah, nasi ayam, daginglah.. itulah inilah..ketupat palaslah, ketupat daunlah..lemang pun ada.

Hah yang ni dulang lagi satu. Siap ada masak lemak ayam lagi...sape nak habiskan? Aku jugak..hahaa


Hah yang ni rendang ayam cili api yang aku masak.. maveles.. Tak caya tanya laki ai..hehe

Daging dendeng yang sedap.. Menjadilah weh daging aku.. hehe

Sambal kacang mak. Terbaik dari ladang.

Masak lodeh mak jugak sbb mak selalu masak ni pagi2 buta. Aku tak bangun lagi..hahaha..

Petang tu kami keluar pergi umah atok husband. Lagipun aku saja je nak gi jalan2 bandar. Yang tak bestnye, lepas balik dari bandar kami sampai umah lebih kurang pukul 7 mlm tgk umah gelap je. AKu tgk umah jiran2 pun gelap jugak.. Lah takde karen rupanya... so malam tu kami melanguklah dalam gelap dan panas... Sedih. Last2 pukul 9 lebih aku dah tido. Yelah aku nak buat apa lagi.. Gelap gelita takkan nak main guli pulak..hehe.

p/s:sakit perut.

Monday, October 29, 2012

Semuanya tak..

takde masa, tak de mood, tak rajin, tak boleh dan pelbagai tak lagi..

Harini aku dah kembali berkerja tapi mcm biasalah kalau cuti lama haruslah menimbun paper nak kena baca. Ni baru je sipa baca tp belum buat copy lagi..huhu

So sekarang ni memang takde mood nak citer pasal raya. Dahla semalam perjalanan dari Segamat -KL yang selalunya cuma 2 jam setengah jadi 5 jam.. itupun kami ikut jalan dalam masuk ke Kuala Pilah. Ada kawan aku ikut pedas rembau stuck sbb ada eksiden. Akupun stuck jugak sbb kete byk and jalan tak siap tp at least highway LEKAS tu memang lancarlah... Ada kawan aku yang ikut highway PLUS sampai KL 7 jam.. haduilah. Nasib baik aku dpt gak singgal Esso beli roti utk Kasyah dan buang hajat. Kalau tak mungkin Kasyah tertido dalam lapar..

Okaylah, esok2 sambung citer raya pulak eh.. daaaa

p/s:Nak makan apa hari ni?

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

(Gambar dari google)

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua pengunjung blog suka hati.. Semoga hari raya ini memberi kita seribu kenikmatan dan juga keinsafan.. Insyaallah qurban family aku esok sbb kalau nak buat hari ni tak sempat pulak. Hari Jumaat ada solat jumaat pulak jadi kite buat esok sajalah.

Mari kite lihat sedikit perkongsian tentang Qurban yang diambil dari sini.



Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur. Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

Gambar dari google

TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR(KEBAIKAN YANG BANYAK)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)
2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)
3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)



p/s:Tahun lepas aqiqah, tahun ni qurban pula. Alhamdulillah.

Thursday, October 25, 2012

Salam dari kampung..

Hallu..halluu.. bersiaran dari kampunglah hari ni ye. Hari ni aku dah mula cuti. Saja je nak cuti awal sebelum raya esok sbb dah niat nak masak unutk juadah hari raya. Kalau aku keje lagi dan balik malam ni, memang tak sempatlah nak memasak. See semangatkan aku? Bukannya apa sebab raya haritu tak dapat nak masak tu yang aku balas time raya haji je. Jangan nak puji aku rajin tapi memang rajin pun..hahaha.. Dulu2 sebelum kahwin tak sibukpun nak masak juadah raya. Sibuk mengemas rumah je. Persiapan untuk masak memang aku tak campur langsung. Tapi sejak kesedaran tu sampai, terus rajin nak tolong mak masak sbb nak tahu resepi mak. And sekarang ni sebab maklumat dihujung jari maka lagilah rajin nak memasak. Lagipun aku taknak andainya suatu hari nanti aku terpaksa masak sendiri, semuapun aku tak tahu.

So apa menu yang aku nak masak? hehe sebenarnya menu biasa je tapi sebab sedap dan aku suka tu yang nak masak tu. Lagipun mak aku tak biasa masak apa yang aku nak masak ni sebab tu aku yang kena masak.

Rendang ayam cili api yang pedas lagi hot ini...Sedap weh.. Trylah.. Cari jek kat bahagian resepi tu.

Pastu aku nak buat daging dendeng. Dulu pernah buat sekali tapi leceh dan tak berapa menjadi (masa tu blogging lum femes so takde byk sumber rujukan. Rujuk buku resepi je). Sekarang ni dah byk blog2 sifu msakan yang ajar buat dendeng. Jadi ke tak nanti aku story eh.

Menu wajib pula dah tentulah sayur lodeh dan juga kuah kacang. Yang ni mak aku masak sbb aku dah masak 2 lauk tu so penat dah..hahaha.

Okaylah..jumpa lagi minggu depan ye.. Sape2 yang masih bekerja tu teruskan bekerja. jangan jeles dgn aku yang dah cuti ni sbb sape suruh korang tak amik cuti..hahahahaha gelak jahat.. :p .

p/s:sebenarnya akupun tak apply cuti sbb aku EL jek...hihihi
p/s:Tengah tunggu abah pergi kedai beli lauk pauk.

Wednesday, October 24, 2012

Biskut omputih

Tadi pagi dah letak gambar so sekarang letak lagi gambar..haha. Mini pretzel ni kawan sekolah aku jual. Dah selalu sgt die letak kat facebook last2 terguda gak aku nak try. Kebetulan umah die dekat je dgn umah aku. Nak jalan kaki pun boleh. Tu yang aku suruh die hantar tu. Tapi hampeh tau pukul 10 malam baru die hantar. Aku dah nak tido tau.

Ini penutup pretzel tu. Aku try yang bekas kecik dulu. Kata nak rasakan. Dalam tu ada lebih kurang 40-45 keping.

Rupa parasnye dari tepi.

Tak menyabor nak makan. dan2 tu terus bukak sbb nak rasa. Ermm sedap jugak. Masin2 manis. Yang manis tu coklat tu lah. Yang masin tu salutan yang bawah die. Aku tak pasti salut dgn apa. Mcm karamel pun ada tp ada masin2lah.

Inilah die. Memang mini betul. Saiz duit 50sen je. Malam tu makan dah tinggal suku..haha. Akulah yang byk makan pun..:p

Harini bos aku sepatutnya cuti tapi boleh pulak die menempel kat opis. Punah harapan nak layan movie kat youtube.huhuhu. Dek kerana tak dpt layan movie sedangkan kerja pun tak berapa nak ada, so aku belajar kantonis jela.. Jgn terkejut nnti aku buat entry dlm kantonis pulak ;p (Bedaah je tu).

p/s:Hari ni berbuka pizza on the way balik kampung.. Yes aku akan balik kampung petang ni...Daaaaa...

Wordless Wednesay ~ Mini pretzel

Salam buat semua.

Nasi Ambeng untuk berbuka semalam... Terbaik!

Mini Pretzel.. Sape pernah rasa? Sedappppp

p/s:dah hari ketiga...Alhamdulillah

Tuesday, October 23, 2012

My pet.

Aci ke letak tajuk 'my pet'? Acilah kot sbb menatang ni sah2 ada kat umah aku. Hah sekarang ni aku dah maju ke depan. Haruslah maju ke depan. Mana ada maju ke belakang.hehe. Dah hampir 2 bulan secara rasminya suamiku bergelar penjaga hamster. Ni sebenrnya hamster adik ipar aku. Die dah tak nak bela sbb nak bela kucing so die tinggalkan hamster ni kat rumah aku. Lagipun suami aku sibuk nak jaga sbb Kasyahkan suka binatang. Masa mula2 adik ipar aku bawa dulu, ada 8 ekor pastu mati last2 tinggal 2 je. Aku rasa yang mati dulupun sbb Kasyah kot Kasyah pegang ganas. hehehe. So secara rasminya masa adik ipar aku tinggalkan tu ada 2 ekor je. Satu jantan satu betina. And sekarang dah jadi 4 ekor sbb yang betina tu dah beranak dah. Mula2 tgk anak die ada 3 tapi bila cek lagi tinggal 2 je. Sah anak die dah kena makan dgn maknya. Bapaknya aku dah suh suami aku asingkan sblm die beranak aritu.

Ni lah hamster betina tu. Minggu lepas boleh pulak Kasyah gi bukak pintu sangkar ni pastu die tak tutup balik. Aku pulak tak perasan rupanya tgk2 hamster dah hilang. Semua hilang kecuali yang bapak sbb diakan dah kena asing. Puas cari nasib baik jumpa jugak walaupun lepas 2-3 hari baru jumpa balik.

tiga daripada empat hamster yang ada... Yang lagi sekor nyorok dlm abuk kayu.

Jantan dan betina. Lepas dah jumpa balik hamster semua, kami campurkan balik jantan dlm sangkar tu.. Kelakar sbb die terus terkam hamster betina tu.. hahahha.. Kesian die sbb dah gersang sgt dah.. Yelah dah dekat sebulan kena duh sorang..hihihi

Beria minum air sbb masa ni kitorang baru je jumpa die balik.. Hauslah tu dah 3 hari tak minum.. Tulah sapa soh lari...

Korang nak tau tak, walaupun dah dekat 2 bulan kitorang jaga hamster ni tapi tak pernah sekalipun aku pegang hamster ni..heheh geli weh.. Aku cuma tgk2 je. Nak pegang tu idokler walaupun arahan penjagaan daripada aku.

p/s:Korang suka hamster? Aku suka tengok jer hehehe




KFC Zinger burger

Kejam..kejam..kejam... Ye aku telah berlaku kejam kepada diri sendiri. Di kala sepi ini, hatiku terluka lagi..eh eh silap tu lirik lagu. Di kala sedang berpuasa ini, aku berjaya mentorture diri aku dengan update citer pasal KFC... Huwarghhhh nangis kejap... Penyeksaan jiwa dan raga atau lebih tepat lagi penyeksaan perut..huhuhu.

Minggu lepas mood kemain malas masak datang melanda aku bertubi2 maka haruslah aku merengek2 bagitau laki marilah kite bersedekah dengan melabur di KFC..hahaha.. Actually aku nak makan satay tapi haritu hujan kemain lebat sampai aku rasa satay pun mungkin tak masak sbb api basah. So last2 decide pergi jelah Alamanda makan KFC. Lagipun aku dah terngiang2 KFC zinger double down tu.

Setelah setengah jam menunggu suami aku beratur nak order, akhirnya KFC idaman berada di depan mata.

Inilah rupa paras burger yang dikatakan super gorgeous itu. Sedap tapi aku rasa mcm kecik je??? Ke aku yang kuat makan? Hehe sebenarnya beli burger ni satu je and beli dinner plate juga. so burger ni aku kongsi dgn suami aku. Tu pasal ala2 tak berapa enough.

Dinner plate dgn 3 ketul ayam. Aku makan seketul je..

Dan lagiiii...serius perut gua berkeroncong sampai gua rasa receptionist opis gua kat tingkat bawah pon boleh dengar..dush!

Okay ini adalah penyeksaan jiwa yang maha hebat.. Gua rasa seperti mau pengsan sekarang juga.... Kenapa kau sungguh mengancam???

p/s:Suami aku dah gaji, hari ni piza boleh? Sayangkan puasa (sambil buat muka puss in boots)

Monday, October 22, 2012

Bowling time

Salam hari Isnin...Dah lama sesangat tak pergi main bowling. Sampaikan bila last aku pergi main pon aku tak igt dah. Rasanya tahun lepas kot. Sesajalah last weekend kami pergi main bowling. Kebetulan pulak suamiku takde kelas that week so bolehlah berjimba2 tanpa mengira waktu. Tapi raya haji ni ada kelas pulak. Tension aku. Nak je aku gi luku kepala lecturer tu yg takde sensitiviti pasal orang nak balik kampung beraya. Taulah raya haji je tp tahun ni kitorang buat korban tau. huh tensi!

Berbalik pada cerita bowling, konon sbb dah lama tak main kami main dua frame terus. Lepas gian. Mula2 amik satu frame je tp tak puas pulak. Bantailah dua frame. Korang tau apa jadik lepas tu? Hambik ko satu badan aku sakit terutama sekali kaki. Walaupun main bowling pakai tgn tapi kaki aku sengal giler sampai rasa nak ketuk kaki dgn hammer. Tu belum lagi sakit badan yang ko nak berpusingpun mcm ada tali ikat ko tak kasi pusing. pergh penangan main bowling lepas setahun lebih tak main. dah macam orang baru lepas marathon 10km.

eksyen je ni sbb kami dah habis main pon. Nak ambil gambar masa main tak sempat langsung sbb sibuk jaga Kasyah yang asik nak berlari kat lane.

Tengok tu. Sikitpun tak nak duduk. So setiap kali turn baling bola, sorang lagi kena hold kasyah supaya die tak dtg dekat. Bukannya apa takut kite tak perasan die kat belakang dah kena hanyunan bola tu.

See, eksyen jugak ni... Kami main ntah2 pape je haritu. Yelah dah lama tak main skill pon nanhado. asik masuk longkang je. baik aku main kat longkang betul..hehehe

p/s:Hari ni puasa....:)



Friday, October 19, 2012

Bagaimana nak dapat anak perempuan????

Seperti yang korang sedia maklum, aku sedang dalam perancangan untuk dapatkan anak kedua. Yelah, Kasyah pun dah 2 tahun lebih so sedang eloklah untuk aku planning second baby pulak. Kalau boleh naklah baby girl supaya dapat sepasang. Lagipun aku geram jek tgk baju baby girl cantik2 kat pasaran. Kalau budak lelaki balik2 baju seluar je. hehe. So sekarang memang aku sibuk googling info on how to get baby girl. Boleh dikatakan sekarang ni aku dalam proses mengkaji..hahaha.. Ini antara info yang aku dapat melalui website ratuhati. Jom baca

Merancang anak perempuan.

DARI SEGI PEMAKANAN

1.Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Hasil kajian Prof. Roger Hanrion, seorang pakar perbidanan dan sakit puan dan Dr. Francois Papa seorang pakar runding di bidang yang sama di Por Royal Hospital, Paris, mendapati:

- Untuk mendapat anak perempuan, makanlah makanan yang kaya dengan lemak dan juga makanan yang dibuat daripada susu.Menurut kajian tersebut, ibu-ibu yang menagamalkan pemakanan mengikut petua di atas, peluang untuk mendapat anak yang dihajati adalah diantara 75 - 80 peratus. Tetapi apabila ibu-ibu tersebut tidak lagi mengikuti pemakanan yang ditentukan, hasilnya dengan sertamerta menurun menjadi 65, 60 dan 55 peratus.

MELALUI MASA SUBUR SESEORANG

1. Waktu tidur boleh diketahui dengan cara mengambil suhu badan ibu yang diambil sewaktu bangun dari tidur di waktu pagi. Bagi wanita yang waktu bekerjanya di sebelah malam, maka suhu badan boleh diambil selepas 6 jam tidur secara berterusan. Catatkan suhu badan selama berturut-turut untuk jangkamasa selama 3 bulan. Dengan cara ini anda akan dapat melihat satu bentuk geraf. Daripada geraf berkenaan anda dapat melihat bilakah masa subur anda. Dengan cara ini jantina anak boleh ditentukan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, persetubuhan perlu dilakukan 24 jam sebelum waktu subur.

- Keadaan ini terjadi kerana di dalam air mani lelaki terkandung berjuta-juta benih yang berbentuk seperti Y dan X, sementara di dalam benih perempuan pula terkandung benih X sahaja. Sekiranya benih lelaki yang berbentuk X bercantum dengan benih perempuan maka ia akan menghasilkan XX iaitu anak perempuan. Manakala benih lelaki yang berbentuk Y apabila bercantum dengan benih perempuan akan menghasilkan XY iaitu anak lelaki.

- Benih Y ini dikatakan lebih cergas dan pantas bergerak daripada benih X, tetapi benih berkenaan tidak dapat hidup lama iaitu dalam masa 24 jam sahaja. Benih X pula walaupun agak perlahan pergerakannya, tetapi boleh hidup lebih daripada 24 jam.

- Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih dari kemaluan. Ini adalah disebabkan hormone yang meningkat ketika itu.

- Waktu subur paling tepat dikitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya. Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari (kitaran haid adalah tetap pada setiap bulan), waktu ovulasi adalah pada hari ke 14 (28-14). Bagi wanita yang kitaran haidnya adalah 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke 21 (35-14).

- Senang cerita, persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur. Kiranya, kena bersama seawal habis period @ sblm ovulation. Sperm boleh hidup dlm rahim 4-5 hari. So sperm standby sebelum ovum keluar.

-Ada ustaz cakap, kalau kita nak anak perempuan, suami datang dari arah kiri kerana hawa adalah tercipta dari tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. kalau nak anak lelaki, suami datang pula dari sebelah kanan.


TAHAP KEASIDANAN

1.Tahap keasidan lendir di dalam kemaluan perempuan dikatakan boleh menentukan jantina anak.

-Melakukan douching dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

TAHAP KEPUASAN ISTERI

1. Adalah juga dikatakan bahawa jantina anak boleh ditentukan oleh tahap kepuasan isteri semasa melakukan persetubuhan, iaitu:

- Untuk mendapat anak perempuan, isteri tak perlu mendapat kepuasan yang tinggi bagi mewujudkan keadaan berasid yang seterusnya akan merangsang pergerakan benih X.

MELALUI AMALAN

1. Petua daripada seorang Ustaz di Darussyifa'.

- Dia kata, pembentukan janin dalam kandungan ibu terjadi dalam masa 40 hari - 40 hari - 40 hari - 40 hari.

- 40 hari pertama, ketulan darah. 40 hari kedua, akan bersalut daging. 40 hari ketiga, tulang temulang akan terbentuk dan 40 hari ke-4 tulang akan dibaluti semula dengan daging.

- Jantina akan ditentukan sebelum kandungan berumur 4 bulan.

- Kalau nak anak perempuan, lebihkan baca surah Maryam dan berdoa pada Allah, minta kurniakan anak perempuan.

- Insya-Allah berhasil. Tapi Ustaz tu ingatkan, kena buat sebelum kandungan mencecah 4 bulan. Lepas 4 bulan tu, dah tak dapek nak nolong ler sebab jantina dah ada time tuh. Wallahu'alam....

Lepas tu aku jumpa juga jadual merancang jantina anak daripada blog cikmin

Kalau ikut jadual atas ni, korang kena tgk umur korang berapa pastu bulan berapa korang 'bersama'.. So itulah jantina anaknya..hehehe.. Betul atau tak, wallahu'alam.

Tapi semuapun atas kehendak Allah. Kalau dah rezekinya memang perempuan, perempuanlah. Kalau lelaki, lelakilah. Kita cuma boleh merancang sahaja.

p/s:Ishhh geramnya tgk baby..hehe

Thursday, October 18, 2012

Salmon grill blackpepper

Hari rabu haritu aku dah letak gambar salmon grill blackpepper so hari ni aku nak share resepinya yang tersangatlah mudah. Pejam mata pon boleh buat.. hehe Sebelum ni aku pernah buat jugak. Boleh klik sini.

Salmon ni aku beli kat tesco masa die ada promotion. RM23.90 sekilo. So aku amik 5 keping dgn harga RM20. Berbaloi2.

Salmon Grill Blackpepper

Bahan2
Ikan salmon
Sedikit serbuk blackpepper kasar
Garam
lemon
Minyak zaiton

Cara2.
1. Lumurkan salmon dgn blackpepper dan garam. Kemudian perahkan lemon.
2. Grill salmon atas kuali non stick dgn sedikit myk zaiton. Biarkan sehingga masak.

Fuh senang giler. Mcm ni je pun dah sedap.


Tapi knowing me, aku mesti nak makan dgn blackpepper sauce so aku pun buatlah sos blackpepper tu. Kali ni sangat mudah sbb aku hanya guna serbuk brown sos. Serbuk ni korang boleh dptkan kat kedai frozen. Mula2 korang ambil bawang besar dan cincang halus. Lepas tu panaskan minyak zaitun dlm periuk kecil or boleh juga guna butter. Tumis bawang cincang hingga naik bau. Masukkan serbuk blackpepper kasar (aku tumbuk je lada hitam biji tu) dalam periuk. Masukkan air dan tuang serbuk brown sos. Kacau hingga agak pekat. Kalau korang nak yg cair boleh tambah air lagi. Senang citer kepekatan tu ikut suka masing2. Brown sos dah masin so tak yah letak garam. Kalau korang takde brown sos, boleh guna resepi kat sini.

Aku makan salmon dgn french fries dan juga coslow. Kenapa warna purple sbb aku pakai kobis purple tu campur dgn kobis biasa.. tu pasal kaler die cantik..hehe.

p/s:Rasa bengang bila kite nampak macam bersalah tapi hakikatnya kite nak sembunyikan sesuatu yang memalukan orang lain. I try to coverline u. Ada faham?

Sambal Udang Kertas

Janganlah meletak harapan yg tinggi bahawasanya menu yang aku letak ni aku masak semalam..hahaha Ini sebenarnya menu aku weekend 2 minggu lepas. Silalah percaya..hehe. Lepas raya haritu, tekak aku teringin sesangat nak makan sambal tumis udang kertas. Alah udang yang kecik2 warna putih. Dulu udang minyak tak meluas lagi so yang ada cume udang kertas jelah. Tapi bila dah besar ni udang kertas dah jarang dijumpai. Kalau gi pasar ke market ke mesti udang minyak je yang ada. tu yang tetiba teringat kenangan masa dulu2 makan sambal tumis udang kertas ni lagi2 dgn nasi lemak. Sedapnya. Puas jugak aku cari udang kertas ni. Alhamdulillah jumpa jugak sbb kebetulan aku gi pasar Presint 2 ada yang jual. Aku beli RM5 je. Tu pun dah byk dah.

Dah jadipun sambal tumis udang kertas... Sedapnye.. Byk aku makan. Lupa diet terus.. Takpelah bukan selalu.

Sebenarnya aku tgh berpantang makan seafood tapi sbb udang kertas ni aku balun jugak.. Hasilnya terus gatal mata..huhuhu.. Padan muko den. Resepi tak payahlah ye sbb sambal je..semua orang pun tau masak..haha

Hidangan kami haritu. Selain sambal udang, buat telur dadar dan juga masak lemak kobis.. Satu lagi tu sambal sotong lauk hari sebelum tu.. Panaskan je..

p/s:Bos aku cuti..yay boleh layan youtube sampai lebam..hehe




Wednesday, October 17, 2012

Not so wordless wednesday

Semalam punye entry memang panas kan..hehe..Nampak macam aku yang lebih2 nak marah akak ipar aku tu..Sebenarnya cerita die byk lagi..Mau tak banyak sbb dah 11 thn tau. Bukan baru kawen tahun lepas. Tapi aku tak kuasalah nak citer semua sbb selama ni memang kitorang wat dek je dgn apa yang die buat. Mak aku tu balik2 "redho jelah". Akupun setiap kali mak aku cerita aku akan kata "lantaklah dia. Tak nak datang sudah. Tak rugipun." Tapi bila dah 11 thn dan makin lama jadi makin teruk lama2 hati ni sakit jugak. And sebab dah nampak depan mata sendiri yang buatkan aku jadi betul2 geram. Aku rasa benda tu dah melampau. Orang buat mak ayah kite macam tunggul haruslah kite marah ye tak? Takpelah what u giv u get back kan. Pasal nak halau die tu takde maknanya aku buat. Aku ni tak reti nak buat org... Paling2 kuatpun aku wat dek dgn dia. hehe

So back to the title yang patutnya jadi wordless.hehe.. Salmon grill with blackpepper sauce... Yummeh!

p/s:Harini ada org nak belanja..yay!

Tuesday, October 16, 2012

Cerita buruk orang.

Gerammmmm...Sakit hatiiiiiii... Hamboi mcm marah sgt je. Well memang aku marahpun. Aku rasa kalau lepas korang baca citer ni pun korang akan marah. Bukan niat aku nak aibkan orang tapi aku rasa citer ni patut jadi pengajaran. Kalaulah si empunya diri baca blog aku lagi best. Biar die sentap sikit.

Ni pasal seseorang. Alah senang citer pasal akak ipar aku aka bini abang aku. Seriusly bukan aku tak suka kat die tapi perangai die memang buat aku menyampah. Semuanya bermula lepas dia kahwin. Pada 2-3 bulan pertama kahwin, dia duduk dgn kitorang means duduk umah mak bapak akulah. Dia ni spesis berat mulut dan berat tulang. Akupun tak faham padahal kecik molek jek orangnya. Masa awal2 kahwin die memang jarang menolong mak aku buat keje umah. Takpe dimaafkan sbb die keje jadi mak aku tak kesahpun tolong die basuh baju bagai. Pastu bile weekend je die akan pergi balik umah mak die yang actually sefelda je dgn mak aku. Dekat jek. So memang tak ingat pulak aku kalau die pernah tolong mak aku masak. Pastu kalo die ada kat rumahpun asik memerap dalam bilik aje. Kitorang tak kesahpun.

Lepas tu die pregnant dan die pindah balik umah mak die. Kononnya alahan mengandung jadi eloklah die duduk umah mak die sendiri. Hmmm kitorang tak kisah jugak. Sukatilah. Bila dah duduk umah lain ni, memang jaranglah die dtg umah kitorang walaupun jaraknya dekat. Abang aku memanglah hari2 dtg. eh, tetiba rasa macam panjang pulak nak mula citer dari awal kawen. Pendekkan jelah. Hal yang betul2 buat aku sakit hati bermula lepas die mula kerja. Alah kerja kuli jekpun. Kerja kedai kain. Awal2 kerja dulu eloklah lagi. Ada juga bertegur sapa dgn mak abah aku lepas tu nan hado. Dia mula kerja sebelum puasa tahun lepas so masa raya tu okaylah lagi. Pergi raya sama2 mcm biasa tapi die cuti tak lama. Lepas tu dah makin sombong. maksud sombong tu sbb tetiba je die tak nak bertegur sapa dgn mak aku. Dtg umah memang jangan haraplah sbb memang boleh kire dgn jari berapa kali die dtg umah aku.

Korang bayangkanlah die dgn mak aku naik bas yang sama tapi die boleh wat bodoh je tak tegur pun mak aku. Pastukan bile die dah lambat nak gi kerja and die terpaksa tunggu bas kat depan umah aku, die langsung tak tegur mak aku yang tgh sidai kain kat depan umah. Salam? Ermm time raya je. Itu aku boleh ignore je bila mak aku citer tp yang ni memang aku hangin. Korang fikirlah, mak aku balik dari umah aku naik bas and sampai segamat soh abang aku amik, boleh pulak die suruh abang aku balik dulu hantar mak aku pastu baru amik die padahal die balik keje time yang sama jugak. Korang tau tak umah mak aku dgn bandar tu lebih kurang 28km. Takke menyusahkan nak ulang alik amik die balik? Pastukan masa sepupu suamiku meninggal, family aku dtglah melawat. Umah makcik suami aku tu kat bandar segamatlah. Kes yang sama jadi. Beria2 abang aku ajak balik sbb dah pukul 8.30 malam sbb die nak hantar mak abah aku balik dulu. Lepas tu die nak amik bini die pulak. Eleh apa salahnya naik je satu kereta sbb bini die baik pukul 9 malam. Bukan mak abah aku takleh tunggu.

Byk dah kes mak aku citer tp aku rilek je lagi tapi bile jadi depan mata lu fikirlah sendiri. masa aku buat majlis harijadi Kasyah haritu, kebetulan die balik keje malam tu, abang aku terus bawa dtg umah. Peh lepas sekian lama baru nak dtg. Aku suspek abang aku yang ajak aka paksa. Kalau ikut kepala die, jgn haraplah. So masa tu aku buat cam biasa je sbb die pun berlagak biasa siap puji aku kuruslah apalah. Aku iyakan aje. Orang ramaikan. Takkan aku nak hentam die pulak. So abang aku ni siap amikkan mee rebus, kek, air sume tapi korang tau tak. Setitik pun die tak usik. Jangankan nak jamah sentuh pun tidak. kat mana abang aku letak, kat situlah benda tu sampai kitorang yang kemas. So takke hangin aku. Sampai makanan kat rumah pun die tak nak makan. Apa dah jijik sgt ke makanan rumah family aku ni? Dah besar sgt dah pangkat kau sampai makanan orang biasa ko dah tak makan. nak kata dah jadi bos, aku tgk masih pangkat kuli gak. Duduk masih menumpang umah mak ko gak. jadi apa motif yang ko sombong sgt ni????? Bile makin kitorang diam , makin menjadi pulak.

Selama ni, kete aku yang lama memang abang aku tu yang pakai. Tapi mak aku kata sejak abang aku yang angah tu dah ada lesen die dah jarang guna kete tu. Amik bini diepun naik motor je. Kononnya die nak beli kete barulah. Aku bayangkan kalau dah pakai kete baru, haruslah tahap kesombongan die makin menjadi2. Entah2 anak2 diepun die tak bagi dtg umah mak abah aku. Korang tau tak? Anak2 die semua mak abah aku yang jaga. Ada die bagi duit? Makan pakai anak die sapa yang belikan? Itupun nak menyombong gak.

Seriusly aku bukan nak jatuhkan air muka sesiapa tapi aku geram. Memang orang kata mak mertua dgn mak sendiri lain tapi itu tak bermakna ko boleh buat mak mertua ko sama macam orang lain. tak salah bermanis muka walaupun kite rasa janggal. Akupun lagi suka balik umah mak aku dari umah mak mertua aku tapi ada aku tak balik terus?? Fair and squarelah. Ni tak. raya pun die tak penah dah sambut kat umah mak aku. Die cuma dtg sekejap pagi tu lepas ko tunggulah taun depan baru nampak hidung mancung die tu balik.

Kalaulah raya haji ni die dtg umah mak aku, memang aku halau je. Serius ye. Utk apa dtg kalau time raya je lepas tu menyombong balik. baik tak yah datang terus. Hatipun tak sakit.

p/s:Mak abah aku malas nak bising2. Die kata biarlah, mak redha je. Mak aku tak nak haruk, biar aku yang ngamuk.

Keseronokan Kasyah....

..keseronokan kami juga..Gambar masa mak dgn abah aku dtg haritu. Sehari sblm pergi Cameron. Saje bawa diorang jalan2 dlm Alamanda. Pergi sini nak kasi si kecik ni puas hati. Tapi die main kejap jer sbb sibuk nak main kete baru die yang atuk belikan.

Alamak mata bersinar pulak. Malas nak edit..hehe. Layan jelah dah mcm mata kucing.

Slide ni jelah yang die dok ulang.


Weeeehuuuuuu... Seronokkan tgk anak2 main. Nasib baik kecik, kalau besar mak ayah dah main sekali dah.

p/s: Geram dengan sumbody. Ko dtg nanti, memang aku halau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...