Friday, November 30, 2012

Sure or not?

Salam Jumaat buat semua... Hari ni In shaa Allah kalau takde aral aku akan balik kampung. Balik bertiga je dengan Kasyah dan mak sebab suamiku ada kelas seperti biasa. Kalau jadi jugak memang aku akan tinggalkan Kasyah kat kampung seminggu. Tapi bila dah makin dekat tarikh nak balik kampung dan tinggalkan die, rasa macam berat hati pulak. Pada awalnya memang macam seronok jugak tinggalkan Kasyah sebab bolehlah bermanja2 dengan suami. Dating2 ke, honeymoon ke.. (hikhikhik) tapi sekarang ni macam tak nak pulak tinggalkan Kasyah kat kampung. Bukannya apa aku takut die rindu kat aku (ker aku yang rindu kat die???hehehe). Tapi tulah, kalau tak tinggalkan nanti mak kena datang balik minggu depan sebab aku ada education fair weekend tu. Nak suruh pengasuh jaga rasa tak best pulak. Manalah tau die ada kenduri nak attend sbb skrgkan musim orang kawen je.

Haih, aku pasti sebenarnya nnti aku yang rindu lebih... Kasyah pun sekarang dah pandai mencari aku. bangun pagi2 mesti nak cari aku dulu. Senang citer, kalau boleh memang nak membontoti aku je. Alahai nak tinggalkan ke tak nak ni????

p/s: awat perut aku memulas ni?????

Thursday, November 29, 2012

MAHA 2012

Ingatkan dah tak dapat pergi dah MAHA kali ni. Yelah semedang hujan lebat jer. Semalam on the way aku balik keje, sampai kat Putrajaya memang hujan selebat-lebatnya. Haih memang punahlah harapan nak pergi MAHA ni. Bila sampai rumah aku tengok mak aku dgn anak aku dah siap dah. takpe tunggu kejap kot2 hujan berhenti tapi makin lebatlah pulak.. Dok bincang2 dgn suami aku, last2 decide untuk pergi jugak tapi aku dgn mak je and suami aku tolong hantar je. So dalam hujan tu kami pun geraklah ke MAHA. Alih2 sampai sana hujan berhenti.. Wah rezeki betul. Dapatlah kami semua jalan2 kat MAHA tu. Syukur Alhamdulillah.

Kami park kat Laman 2 kat belakang sbb nak pergi bahangan belakang dulu sementara tak ujan. Kalau ujan dah tak boleh jalan kat situ. So pusing2 kejap. Kat belakang more to bahagian ternakan dan juga jentera.

Ko tengok lembu ni.. Besor giler. kalaulah die ngamuk memang penyek kena pijak.

Yang ni pulak layan tido. Agaknya die dah penat layan peminat..hehe

Peacee... Mak aiii berkilat muka.. biasalah orang balik keje memang dah malas nak make up.

Lepas dah pusing2, kami naik bas untuk ke dewan pameran utama. Bas ni free je memang khas untuk bawa korang jalan2 dalam tu. Yelah jarak antara satu tapak ke tapak lain jauh okay. Sampai kat dewan pusing2 takde apa yang menarik. Rupanya Agrobazar die dah pindah kat luar. Ada khemah yang besar untuk jualan barangan IKS. Kat dalam dewan lebih kepada produk berasakan alam.. Ada juga pasaraya yang jual produk2 IKS.

Sempat lagi beli perencah2 produk tempatan. Beli perencah mee bandung, mee rebus dan juga soto. Beli juga rempah ayam bakar. Saja nak cuba.

Jom ke Agro bazaar pula. Tak ambil gambar pun dalam ni sebab sibuk dok cuba makanan dalam tu. Lalu je orang hulur suruh rasa. Last2 kenyang aku..hahaha.

Dah pusing2 terus kami keluar dan tunggu bas untuk balik semula ke laman 2 sbb kami park kete kat situ. Sebelum pergi kat kete sempat lagi beli buah manggis, jambu air dan nangka..

Actually MAHA ni besar tapi sebab masa suntuk jadi aku pergi 2 tempat jela. Banyak lagi tempat yang boleh korang pergi macam laman sayur, bunga, ikan, padi dan nenas. Ada juga rumah2 negeri yang dihias cantik dan fun fair untuk kanak2. Nak naik kuda pun ada. Bagi yang nak merasa makanan popular Malaysia pun ada disediakan di laman 1. Jualan pokok2, buah2 dan sayur serta bunga2 pun kat laman 1 juga. Masih sempat lagi kalau korang nak pergi.

Ini jelah yang dapat aku rembat masa kat MAHA. Ingat nak cari daging burger arnab ke, ostrich ke, rusa ke, tapi aku tak jumpa pulak. Mungkin sebab dah banyak yang tutup.

p/s: Cantik tak seluar merah aku tu? Sekarang ni aku suka sgt seluar warna warni ni. Setakat ni dah ada seluar merah, purple dgn kuning. Plan nak cari pink, peach@oren, hijau dgn biru pulak..ngehngehngeh..

Wednesday, November 28, 2012

Rabu jom berkata2..

Tadi dah letak entry tanpa kata2.. Jadi mari bercerita pulak. Amaran! Ini cerita merapu ikut suka aku jadi jangan letakkan harapan yang tinggi bahawa kau akan dapat ilmu dari entry aku ni..ekekeke.. Dah sah2 entry jenis tak berkualiti punya.

Cerita 1
Dah 2 hari Smart Tunnel tutup dan dua hari jugak sumpahan dan seranahan menjadi mainan bibirku..chewah. Mau tak menyumpah! Bile smart tunnel tutup maknanya jalan akan jadi super duper jem. Kalau smart tunnel tak tutup pun dah jem so korang bayangkanlah cemana jadinya kalau die tutup. Hari semalam memang aku boleh bertahan lagi sebab sebelum masuk jalan Yew nak ke Tun Razak tu jalan memang clear. Makanya aku sampai awal kat jalan tu. 7.30 dah sampai tau tapi azabnya jem 45 minit dari situ nak sampai ofis aku. 3 kilometer jek pun dah 45 minit? Mau tak menyumpah. Nasib baik masih sempat sampai ofis before 8.30. Harini lagi worst. Aku sampai jalan tu pukul 7.45 tapi jem hampir tak bergerak. jam dah pukul 8 tapi 100 meter pun aku tak lepas lagi. Terpaksa nekad masuk Chan Sow lin.. Alhamdulillah jalan situ clear. 10 minit dah sampai ofis. Lega!

Cerita 2
Chicken Pox Kasyah dah makin elok. Sume dah kering cume tinggal nak tanggal je. Kasyah sekarang makin sweet. Ke'sweet'annya seiring dengan kenakalannya. Sekarang ni kalau bangun tido mesti cari mama. Nak buat apa2pun mesti nak mama. lagi sweet Kasyah suka sgt cium aku.. Kalau papa tu die xnak cium. Kalau aku tu sampai sesak nafas dibuat sebab cium bertalu2.. hah sweet kan? Tapi bab buat aku naik hangin pun terer jugak. Asal aku tegur jek baling barang.. Asal tegur jek mengamuk. Tapi Kasyah pun cepat sedih. Marah sikit nangis. Cakap keras sikit nangis. Die takleh orang marah2 die. Sensitif. Orang tak marah pun terasa..hahaha. Kalau dah gitu lagilah kami suka dengki sbb kalau die sedih die mesti akan peluk dan cium aku..hehehe.

Cerita 3
Hari jumaat ni kalau takde aral aku nak balik kampung. Nak hantar mak dan Kasyah sekali. lagipun minggu depan aku kena kerja hari sabtu. Takkan mak nak dtg sini semula sbb nak jaga Kasyah. So aku decide hantar jelah Kasyah kat kampung. Nnti lepas kerja hari sabtu aku terus balik kampung amik dia. Lagipun sekarangkan tengah musim durian. Mestilah aku xnak lepaskan peluang melantak durian seperti tiada hari esok. Abah kata durian dah murah sbb dah banyak... Bape guni nak bawa balik ek? hihihi

p/s: Dah takde p/s dah rasanya.. hehe

Wordless Wednesday

My big version of Pavlova..


Terguuuudaaaa takkk?

p/s:semalam tak jadi gi MAHA..hujan lebat kooooo.. huhuhu

Tuesday, November 27, 2012

Asam pedas ikan parang

Biasanya sebulan sekali kami akan pergi pasar borong selangor untuk beli stok ikan. Selalunya memang stok untuk 2 minggu terus. Lepas tu kalau dah habis beli je kat Mydin sikit2. Jadinya sabtu pagi haritu aku pun pergilah berdua dgn suami ke pasar borong. Syok sikit kali ni sbb tak bawa Kasyah. kalau die ada memang payah sikit sbb pasar tu kan kotor pastu die sibuk nak berlari2. Leceh. Ikanpun dapat beli yang alakadar je sbb tak tawaf satu pasar.

Since haritu kami berdua je dapatlah round tempat ikan tu 2-3kali. hehe. Tetiba teringat pulak betapa syoknye kalau dapat makan asam pedas ikan parang. Tak menahan terus beli tau. Kami beli bahagian ekor je RM13. Bolehlahkan. Puas jugak makan. Suamiku request nak asam pedas melaka. Aku ni igt2 lupa resepinya walaupun pernah buat sekali dulu tapi aku bantai jelah.. Bila dah siap suamiku kata sedap dan hampir sama macam asam pedas melaka (diakan dulu belajar kat melaka).. Tapi dia kata asam pedas tu sempadan je belum sampai betul kat Melaka..hahaha

Mengancamkan asam pedas ni. Sedap tau siap aku ratah2 je ikan tu. Walaupun banyak tulang tapi kalau tau skill makan die, senang jer. hehe.

Asam pedas ikan parang - sempadan melaka style..hahaha

Bahan2
5 ketul ikan parang
2 senduk cili kisar
1 senduk bawang besar kisar
1 sudu bawang putih kisar
1 sudu kecil halia kisar *semua ni sebab aku memang siapkan stok bhn kisar dlm peti
1 inci belacan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-diketuk
1 sudu kecil lada hitam -tumbuk
1 sudu kecil biji sawi
air asam jawa
daun limau purut
bunga kantan
daun kesum
garam
minyak untuk menumis

Cara2.
1. Panaskan minyak. Sila kurangkan minyak sebab minyak tak bagus untuk kesihatan walaupun aku tau asam pedas memang syok kalau berminyak2.. Tumis bahan kisar dan juga belacan. Masukkan lada hitam, biji sawi, kunyit dan juga serai. Tunggu hingga cili masak.
2. Masukkan air asam jawa. Jika tak cukup masukkan juga air. Kepekatan kuah ikut sukalah ye.
3. Masukkan ikan dan tunggu hingga ikan masak.
4. Bila ikan hampair masak masukkan daun kesum, daun limau purut dan juga bunga kantan.
5. Perasakan dengan garam. Dah siap..

Gigih aku menaip resepi padahal semua orang tau masak asam pedas..hehehe. Ala acilah kan sbb aku tengah rajin takde kerja ni.

Menu sabtu haritu. Asam pedas ikan parang, kailan ikan masin dan juga tempe goreng. Karipap tu sarapan punya. Untuk Kasyah aku buat sup ikan merah. Diakan dalam pantang..hehe


p/s:ingat petang ni nak terjah MAHA lah. mintak2lah tak ujan.hehe

Akhirnya...Pavlova kubuat jua..

Setelah difikir-fikir, direnung-renung akhirnya hari ahad lepas aku tekadkan semangat juang untuk buat juga pavlova ni. Bukan tak pernah makan tapi mengada nak gak rasa buat sendiri. Tengok bahan2 bukannya susah. Jadinya pagi ahad tu aku ajak mak dgn Kasyah pergi Alamanda beli buah. Setakat bahan2 lain tu memang ada. Tapi buah memang takdelah. Tapi aku geram betul dgn harga strawberi, mahal weh. Rm10 dapat bape ketul je. Nasib baik kiwi ada promotion. Tu lah masa balik Cameron haritu gatal xnak buat padahal melambak strawberi dlm peti...huhuhu.

Nak resepi ke? Alah kalau search banyak je kuar dalam internet ni.. Tapi sebab aku gigih so aku tolong copy paste jugak..hehe. Ambil kat blog kak lia@ mamamya je..

PAVLOVA

Bahan-bahan :

4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping/hiasan :

1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus - xletak
1/2 sudu teh esen vanilla - xletak

Tip sebelum membakar :

1- Pastikan (baca dengan nada garang. hihi) ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak. Lain la kalau korang tak kisah. Dalam hati duk kata," apasal la meringue aku tak bertanduk langsung." heh.


Cara-cara :

1- Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan. Kalau ada stand mixer lagi senang. Tengok je. Tangan tak payah kerja. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'. Apa eh istilah melayu dia.?

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.

3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk. Haha. Jangan risau. Ni tanduk bagus punya. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap. Pukul lagi 2-3 minit.

4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung. Nak lebih yakin, telangkupkan bekas meringue atas kepala. Kalau tak jatuh tu confirm jadi. Agak-agak berani tak? ;)

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. Bukan senduk kari ye..! Kang ada pulak rasa kari dalam pavlova.

6- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper). Saya gunakan tin kek yang bersaiz 7 inci. Zaapp. Dah jadi bulat.

7- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah. Konon macam tebing pendek la kan. Part ni saya tak buat. Saya buat cara saya sendiri. :)

Masa membakar :

1- Panaskan oven pada suhu 150' C. Saya panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.

2- Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas pun tak kena juga. Kang lama pulak nak masak. Takkan nak berkampung depan oven sampai 2 jam? :)

Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias :

1- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

2- Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Ini pendapat sayalah kan. Whipping cream tu dah manis. Sekiranya nak kurangkan atau tak masukkan gula pun tak jadi masalah.

3- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. Kalau hias awal sangat nanti takut pavlova tu berderai.

Sedia untuk dimakan.


Sebenarnya aku buat satu yang besar dan buat 4 kecik.. Tapi yang besar tu aku tak hias lagi sbb yang kecik ni pun dah puas makan..

Giler manis weh.. Aku patut kurangkan gula lagi.. aku ni dahlah tak kuat manis. Aku rasa aku takleh makan gula setahun sbb pavlova tu dah cover keperluan gula aku..hahaha



p/s:secara rasminya dah tak jadi penjaga hamster sbb adik ipar aku dah amik balik hamster die.. tak larat weh nak jaga sbb baru 2 bulan lebih jaga dah 2 kali beranak..letihlah kalau tetiap bulan beranak je..hehehe.



Monday, November 26, 2012

Inai disapu di jari tandanya mesra

Pernah dengar tak lirik lagu as my tajuk entry aku hari ni? Mesti pernahkan. Alah lagu S.Jibeng tajuknya inai di jari. Selalunya kalau pasal inai ni mesti sinonim dengan pengantin jek tapi tak salahpun kalau kau buang tebiat nak pakai. Tapi budak sekolah takleh pakai sebab cikgu marah..hehehe..

Last aku pakai inai dah masa aku kawen ler kot. Lepas tu memang takde rasanya. Sekarang ni nak pakai inai lagilah payah. Dengan nak urus anak lagi. Tapi jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk anda tidak berfeeling ala2 pengantin baru..hehehe. Alkisahnya haritu aku pergi shopping barang dapur kat Mydin. Ala Mydin dekat dgn umah je. Kan mak aku ada so dptlah pergi melenggang kangkung dgn suami je tanpa perlu berkejar dgn anak. Since takde anak ikut, so dapatlah aku membelek lebih2 sikit. Tak masal terbeli inai pulak. Ala kasi canlah aku nak feeling pengantin baru. So malam tu lepas semua orang tido (ye memang orang lain dah tido sbb dah pukul 12 tgh mlm) gigihlah aku main2 inai ni. hahaha kemaruk sungguh..

Inilah dia hasil contengan aku ditengah malam buta. Kahkahkah..jgn tak tahu aku memang rajin bab menconteng inai ni. Sepupu2 aku kawenpun aku tukang lukis inai. hehehe. Aku buat kedua2 tgn. Mula2 tgn kanan lukis tgn kiri, pastu gigih guna tgn kiri nak lukis yg kanan pulak.

Inilah die selepas dibasuh.. anak aku geli tgk inai ni.. hahaha bagus gak sbb takyah basuh berak die..hikhikhik...

Dah ada inai di jari ni mulalah dtg mood menggatal tu...tapi nan hadoooo sbb laki ai under kuarantin lagi,,,HAHAHAHAHAHAHAHHA...

p/s:korang suka pakai inai tak?


Saturday, November 24, 2012

Daging masak hitam.

Hallu hallu..aik tetiba je muncul pulak entry di hari minggu begini.. Ater nak ganti entry haritu masa aku cuti jaga Kasyah. Daging masak hitam ni dah lama dah aku masak. Sehari sebelum raya haji. Ha kan dah sebulan tu. Entah kenapa bile aku nak upload gambar mcm problem. Tu yang tertangguh tu. Resepi aku ambil dari blog Kak Madiha. Boleh juga tengok blog Mamasya.

Malas nak cakap banyak. Jom tengok resepi.

Daging masak hitam

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat - aku kurangkan ke 2 sudu je sbb kicap aku pekat betul
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - Guna cili dah siap blend sesenduk kecil
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

Sedaplah. Cuma kurang pedas. Akukan suka pedas2 ni. Aku masak lauk ni untuk lunch. Ingat petang tu dapat makan lagi tapi harammm.. dah kena baham sampai habis rupanya..

Bolehlah cuba ye kawan2. Kot2 stok daging korban korang ada lagi. Daging korban aku memang tak berusik lagi. Biasalah aritukan ada orang kena pantang makan daging..

p/s:Kasyah ni walaupun tak sihat tp aktif kemain...Penat mama..huhuu

Friday, November 23, 2012

Salam Jumaat

Salam buat semua.. Rasa tak berapa ada mood pulak nak kerja memikirkan anak yang tak sihat kat rumah tu. Malam tadi Kasyah buat hal tak nak tidur. Kemain merengek secara2 tiba2. Ingatkan nak apa, rupanya nak tengok upin ipin. Lepas upin ipin dah habis , nak tengok boboiboy pulak.. Sampai dah dekat pukul 1 baru die tido agaknya. Akupun tak perasan sbb aku dah tido dulu. TV pun suami aku yang tutup lepas die balik dari study group die.

Gambar minggu lepas masa cuti Deepavali. saja berjalan2 bawa family aku yg dtg bercuti.

Chicken pox Kasyah dah naik dgn byknye. Penuh satu badan. Kesian die sbb die dah mula rasa gatal. Asiklah bagitau aku "gatal! gatal!". Hopefully cepatlah surut bintik2 tu. Kesian okay.

p/s:kepala pening sbb tido tak lena...

Thursday, November 22, 2012

Kasyah tak sihat

Salam semua.. Dah petang2 ni baru berkesempatan nak menjengah blog atau lebih tepat nak buka laptop. Hari ni aku cuti. Tak semena2 Kasyah kena chicken pox semalam. Nak tak nak terpaksalah aku cuti. Tapi untuk hari ini sajalah sbb aku dah pun import mak aku dari kampung. In Shaa Allah petang ni sampai. Kesian mak baru je balik hari sabtu lepas, hari ni dah kena datang umah aku semula. Nak buat mcm mana. Actually Kasyah terjangkit dari suami aku. Last two weeks my husband dah kena kayap and now he's getting better. Walaupun doktor kata tak berjangkit but base on what i read through internet kayap boleh berjangkit but only to those yang tak pernah kena chicken pox. Since aku memang dah kena so aku dah ada dah imun sistem tu dlm badan. Cuma Kasyahlah sbb die kan kecik lagi...Tu yang terkena chicken pox tu.

Budak tak sihat. Tak sihat tak sihat pun kemain aktif die ni. Sebab Alhamdulillah die tak demam cuma badan tu dedar sikit. Since semalam memang aku mandikan dengan air daun mambu sbb keliling kawasan umah aku ni memang banyak pokok mambu tu.

Calamine lotion pun aku dah sapu seluruh badan tapi memang banyaklah tumbuh blisters kat badan die. Kesian tengok tapi nasib baik die kurang menggaru. cuma budak 2 tahun kalau sakit bukannya die faham sgt. Kemain susah payah aku nak bagi ubat. Die punye menangis macam aku nak bagi racun je. Suruh minum air kelapa pun xnak. Haih..Sabor yolah. Kalau die dah besar at least die tau pentingnya ubat tu...

Petang ni nak mandikan dengan campuran akar kayu daun kering yang kami beli kat kedai sengsei tadi. Hopefully cepatlah recover. Kalau mcm lambat nak baik, terpaksalah aku hntr Kasyah balik kampung. Bukan sebab aku tak nak jaga tapi sbb kat kampung ramai orang boleh tgk die. Kat sini aku keje. Susah nak pantau. But everything base on need. Kalau okay tak perlulah aku hantar die balik kampung.

p/s:tgh bengang dengan orang atas main drill sedangkan anak aku nak tido. Kalau sekejap takpe ni mcm nak runtuh bangunan. Tension!

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday

Menu minggu lepas...

Kari ikan salmon... Klik sini untuk tengok resepi...

Yummehhhh..

Tauhu bunga @ tauhu terbalik... Klik sini untuk resepi.

Terbaik.. Sedap!


p/s: Semalam kena cucuk..Adui!

Saya join GA 2012 Nurul Yui

Jom join GA ni.. Aku memang dah lama pencen bab2 join GA ni sbb tak berapa nak luck. Tapi dek kerana GA ni si YUI adik comel aku yang buat, maka rajinkan jugak join... (Yui, ko kena sayang akak tau sbb akak bersusah payah join GA ni....hehehe macamlah kena berlari..:p)



Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana beliau telah memaksa dan memeras ugut saya supaya saya menjoinkan diri saya dalam GA ni. Oleh kerana saya takut akan diluku kepala oleh Yui maka saya takde pilihan. Itulah sebab saya join GA ni..

(hahahaha.. walaupun ada unsur watipusamalu tapi ada aku kesah..syarat takde kata takleh tipu kan..hehehe... jangan mara haaaaa)

Tuesday, November 20, 2012

Karipap

Karipap merupakan antara kuih melayu kegemaran aku. Kalau gi beli kuih selalunya karipap mseti beli. Agaknya sebab dah terbiasa dari kecik asik makan karipap. Mak dan abah aku memang rajin buat karipap. Jadi memang selalulah aku ni makan karipap. Sampaikan abah beli mesin untuk gelek kulit karipap tu. Hari sabtu lepas, tetiba je datang mood rajin aku nak mengaripap.. Amboi mengaripap.. Dah macam Balas Raja Lawak...hahaha.. Kebetulan, parents aku datang last week bawa keledek so takut terlupa maka aku merajinlah diri buat inti karipap. Ermm nak resepi ke? Ada ke yang nak? Alah korang search jelah.. Malas pulak aku nak menaip.

Malam tu aku dengan suamipun berjemaahlah buat karipap. Aku gelek tepung, suamiku letak inti. Since acu karipap aku tak berapa elok sbb tak lekat, terpaksalah aku kelim je karipap tu...

Yay dah siap. Aku terpaksa uli doh kulit 2 kali sbb yang memula tak cukup. Banyak juga dapat karipap ni. Lebihlah 50 biji. Siap aku frozenkan sekali. Senang bile2 nak makan.

hah amacam skil mengelim karipap aku? hehe bolehlahkan nak buat makan sendiri..hehe

Belumpun siap buat karipap dah goreng dah.. Suami aku lah tak sabor. hehe. Lepas dah mkn karipap terus tak nak tolong aku..hampeh.

Inti karipap aku kurang masin tapi sedap jugak.. Gile tak sedap.. Aku kot yang masak...hahahahaha sila bagi pelempang..hehe

p/s:Rasa mcm nak buat kuih lain pulak..huhu




Monday, November 19, 2012

Makan berjemaah.

Halu halu semua...haish entah apalah yang dah merasuk aku minggu lepas.. memang lemau lembik lesu betul nak hapdet blog. Padahal kalau ikutkan diri ni cergas je. Siap bersuka ria bersama keluarga lagi. Tapi bila bab nak taip entry baru je terus liat liut lesu. Tu yang ala2 sendu nan kelabu je blog aku last week. Ni pun kalau ikutkan dok lemau jugak ni tapi fikir2 BE yang tgh menari2 tu gagahkan lah jugak jari jemari kiut aku ni untuk keletak keletuk menaip..hehe.

Banyak je cerita sebenarnya tapi memanglah sesangat malas naku nak citer. Gambar pun ada je tapi tulah jiwa tak seiring dengan minda...hehe. Minda nak bercerita tp jiwa tak de feel pulak.. Jadinya marilah hari ni aku meniupkan sangka kala... eh eh silap meniupkan semangat untuk bercerita. Alkisah 2 minggu lepas.. Aku dengan bebudak opis gi makan kat Kirishima. Dah lama gak kami tak pergi makan2 kat sana. Tu yang masing2 on je bila ada yang ngajak.

Menu aku hari tu. Ten Zaru Soba. Malas nak makan set sbb malas.. ekekee.. makan pun malas..huhu

Sempat lai posing.. Macam tak pernah makan kat sini.. Biasalah kata blogger. Malas2 pun gambar ado jugak..

Eh, ada orang nak amik gambar? Peace lagi..hikhikhik

Sebelum balik sempat lagik berposing. Saja nak tanya dress poplook ni. Dah byk kali pakai dress2 poplook tapi tak pernah teringat nak amik gambar..hehe

Esoknya, tetiba je bos aku ajak lunch sesama.. Takde ribut takde petir tup tup masa lunch, die terus "jom makan". nak tak nak ikut jelah. Bukan selalupun bos belanja ye dak.. Kami pilih nak makan kat Ben's Pavillion.

Menu aku di Ben's ialah Fish n Chips. Emm, tepungnya bagi aku agak tebal dan keras. Aku rasa sedap lagi Fish n Chips kat Delicious.

Tapi yang ni bukanlah tak sedap. Tetap sedap tapi Delicious sedap lagi ah..

p/s:Ada ke yang rindu kat aku?????

Friday, November 16, 2012

Masih.....

...................malas!



Monday, November 12, 2012

Another Monday..

Isnin datang lagi. Seperti selalu. Seperti mingu-minggu yang sudah. Isnin akan tetap datang cuma sama ada kau bersedia atau tidak.

Well sekarang mood nak bercerita macam tak berapa nak ada tapi aku cuba juga mencoret walaupun hanya entry tak berkualiti. Jadilahkan daripada blog aku ni sepi. Aku tak pasti sama ada, ada yang menanti tapi aku harap tak ada yang merindui..

A lot of things happen which I really don't know how to tell you. Antara tawa dan tangis. But seriously tak mampu untuk buat aku gagah menulis di sini.

jemari ku kaku....

p/s:Buntu!

Friday, November 9, 2012

Petua cantik

Haiiii...kembali selepas seharian menyepi...Kembalinya aku terus nak bagi petua cantik...best tak?

OF COZZZZZZZZ (jawab korang...hikhikhik)

so apa petua aku hari ni?

Hah hari ni aku nak bagi petua supaya kekal muda sentiasa.. Sapa yang xnak muda kan??

So apa yang korang patut lakukan untuk kekal muda? Caranya mudah sahaja.. Pergilah korang ke mana2 pejabat pendaftaran negara dan pergilah mohon untuk tukar nama kepada MUDA... Sampai matipun korang tetap mudaaaaaaa...


hahahahaha... Larikkkkkkkkk


p/s:jangan mara haaa.. aku tgh stress ni..huhuhu

Wednesday, November 7, 2012

Tak terluah...

Seperti banyak yang ingin kucoretkan kala ini namun semuanya bagai tak terluah. Ingin rasanya aku kongsikan kekesalanku tapi bagaikan tak berdaya. Entah, mungkin separuh dari jiwaku menghalang. Mungkin harus kusimpan sahaja buat tatapan diriku.

Menelusuri liku-liku hidup buat aku berfikir apa kesudahannya?

Kekesalan yang tak sudah namun aku terpaksa kerana tak mau andai ia terlewat. Harus aku lakukan walau jauh di sudut hati aku merintih tak sanggup...

Hidup! Seakannya takkan lepas dari penyesalan.

p/s:Memang tak terluah!

Wordless Wednesday- Domino's Pizza

Diner kami masa on the way balik kampung untuk raya haji.

Large extravaganza

thin crust hawaian chicken

breadstix my favourite..

Wallllahhh!



p/s:makin godanglah aku kalau selalu begini..huhuhu

Tuesday, November 6, 2012

Sambal tombur

Sambal tombur adalah sesuatu yang asing bagi aku. Aku mula2 dengar pun pasal sambal ni dari blog si wahida tu. Die dok gebang sambal ni sedap kemain, aku yang memang spesis hantu sambal ni, terus kecur liur. Takkan aku nak gi Medan pulak semata2 nak makan sambal ni? Jadi aku telah menggoogle resepi sambal tombur. Memang payah nak jumpa sbb tak ada satu blogpun yang citer pasal ni (or aku yang tak jumpe). Cuma ada yang share dalam forum yangntahakutaktahuforumapa je yang aku buat rujukan. Jadi selepas pening kepala konfius dgn resepi tu (sbb dalam bahasa indonesia) akupun trylah buat sambal tombur ni.

Sambal Tombur (Versi aku)

bahan2
10 biji cili padi*
1 biji cili merah*
1 btg bunga kantan* (ambil bhgn putih sahaja)
2 biji buah keras*
1 biji tomato ceri*
2 biji bwang merah*
1/2 sudu lada hitam
perahan jus limau kasturi
garam & gula

Cara2
1.Goreng bahan bertanda * dgn 2 sudu minyak masak. Goreng hingga agak layu.
2. Tumbuk bahan2 yg digoreng hingga lumat. Masukkan sekali lada hitam.
3. Tambah jus limau dan perasakan dgn garam dan gula. Pandai2lah korang ejas nak masam ke nak masin ke nak manis ke..kalau nak pedas meletop ko tambahlah lada lagi.

Inilah rupa sambal tombur versi aku. tak berapa sama macam yg wahida makan tapi rasanya sedap. Aku makan dgn ikan talapia bakar. Memang best. Suami akupun kata sambal ni okay. Boleh tahan sedap.

Sorry gambar ni blur sikit. Aku tak pernah rasa sambal tombur original jadi aku takleh nak konfirm rasanya sama ke tak. Tapi pada aku, sambal ni boleh dibuat lagi. Berselera aku makan tau..hehe.

p/s:Gambar ikan takde sbb ikan tu dah kena makan dulu sblm aku nak amik gambar..huhu


Monday, November 5, 2012

Kek coklat moist

Salam minggu baru...Haish malasnya nak kerja lagi2 sekarang ni dah nak dekat cuti sekolah. Errr apa kena mengena cuti sekolah dgn ko? Memanglah takde kena mngena tapi mood ujung tahun je memang asik nak cuti mcm budak sekolah. Hehe.

Akisahnya semalam tekak ni teringin bebeno nak makan kek coklat. Nak pergi beli malas pulak nak keluar. Jadi aku pun selak2 ler buku resepi yang ada kat rumah tu. nak online malas sbb nanti Kasyah yang lebih2. Jumpa resepi yang nampak mcm mudah, Lagipun bahan2 semua ada. Apalagi cergaslah aku membaking kek coklat semalam. Pagi2 baking kek uols. Lepas tu sementara tunggu kek masak, sempatlah aku buat bubur untuk Kasyah. Sebenarnya bubur untuk aku sekali sbb suami aku balik kelas lambat so tak kuasalah aku nak masak beria. Makan pon sodap.

Jom semak resepi.. Resepi ni aku tak tahu sape punye sbb ada dalam buku resepi aku. Dah lama pun simpan tapi tak pernah try pun..hehe.

Kek coklat moist

Bahan2
2 biji telur
2 cawan gula
1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan milo
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan minyak masak
1 cawan air panas mendidih (tak letak)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Cara2
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Kemudian, masukkan serbuk koko, milo, susu cair, susu pekat, minyak masak dan juga tepung. Kacau sebati.
3. Masukkan air panas dan kacau lagi.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu mentega.
5. Bakar selama 1 jam dgn suhu 170 darjah celcius (ikut oven masing2)

Masa aku buat kek ni aku sebenarnya terlupa nak masukkan air panas. Bila dah bakar baru teringat tapi dah tak boleh buat apa. Tawakal je harap kek aku tetap moist. Bila dah masak, aku nak keluarkan daripada loyang sbb kononnya naklah topping dgn coklat, sekali jek kek aku terbelah lah pulak. huhuhu... Tak jadi aku topping sbb dah tak comel dah.. Tapi rasa die memang maveles okay. Tak yah topping2 pun dah cukup lembab dah. terasa chewy2 gitu..hehe

Kek coklat yang sedap.. Cukup rasa manisnya. Walaupun nmpk mcm banyak je 2 cawan gula tu tp takdelah manis sgtpun. Just nice.

Kek ni memang lembab. tekstur die chewy2 gitu. heaven okay.

Tengok pun tahu..hehehe

p/s:harini lunch kek coklat... Okay tak?hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...