Monday, December 31, 2012

Ayam panggang secukup rasa

Salam minggu baru dan salam hujung tahun.. Sekarang ni aku sedang bercuti sampai hari rabu. Saja ambil cuti hari ni sbb esok dgn rabu memang ofis aku tutup. Jadinya ini entry autopublish le ye.. nak tayang gambar ayam panggang minggu lepas.. Aduh sedap sungguh ayam ni. Dimakan bersama spageti olio yang juga sedap tapi tak ambil gambar spageti.. apa kes?

entry kali ni bukan nak kongsi resepi tapi saja nak buat tayangan gambar je biar korang dengki..hahaha.. Macam mana nak bagi resepi kalau akupun guna rempah perapan ready made..hehehe.. Guna rempah ayam bakar yang aku beli di MAHA haritu. Sedaplah weh. Aku tambah dgn lada hitam tumbuk memang meletops tau. Pastu aku bakar dgn suhu sederhana... Kukus gril panggang kukus grill panggang..kukus!..eh eh eh salah pulak. Aku bakar 1 jam dgn suhu 180 sahaja..memang sedap..

Terliur tak? Aku terliur..hehehe... Perap selama 1 jam pun dah meresap dah rempah perapan tu..

Seksinya ayam panggang ni...Nak buat lagilah.. Buat style kenny rogers pulak..mesti maveles..hehehe..

p/s: Esok tahun baru. Apa azam baru?

Friday, December 28, 2012

Psiko ke gila seks?

Was looking through my fb's page and terpandang one of my junior in school. Automatic, my mind flashback all the memories i had with him. Macam ni cerita die...(will put it in novel style)

***********

Masa itu aku di tingkatan 6. Berpindah sekolah menjadi pilihan aku. Entah kenapa tawaran untuk ke Politeknik tidak menarik perhatianku. Tingkatan 6 juga bukan tidak bagus. Malah lebih bagus aku rasa. Di sekolah baru, aku menjadi perhatian. Tidak pasti kenapa. Mungkin kerana kemanisan mukaku? Menjadi perhatian juga bukan kehendakku malah tidak pernah terlintas difikiranku untuk menarik perhatian sesiapa sahaja. Siapalah aku untuk menghalang pandangan orang. Tidak hanya menjadi perhatian guru-guru, malah turut menjadi perhatian pelajar menengah rendah. Dari tingkatan 1 sampailah ke tingkatan 5 ada sahaja yang menyapa. Ramai juga yang menawarkan diri untuk menjadi adik angkatku. Tapi andai ada yang pergi lebih jauh dari itu, maaf memang aku tak mahu.

Ada seorang pelajar lelaki tingkatan 4 menunjukkan minat terhadap aku. Ku layan seperti yang lain-lain juga kerana die juga mahu menjadi adik angkatku. Tapi dia gayanya sedikit pelik. Caranya seperti terburu-buru. Seperti psiko mungkin tapi aku tidak kejam untuk membiarkan permintaanya. Dia ku terima menjadi adik angkatku cuma aku membataskan pergaulanku dengannya sbb kepelikkannya itu. Boleh aku katakan die seperti bersungguh-sungguh. Seandainya kami terserempak, nampak kesungguhannya untuk seiringan denganku. Nampak keterujaanya untuk bercerita denganku. Selagi aku rasa bisa meladeninya, maka aku membalas.

Sehinggalah pada suatu hari, sewaktu peperiksaan tidak lagi membebani, sewaktu tiada lagi cikgu hendak meleteri, sewaktu semua orang bergembira kerana bakal bercuti beberapa hari lagi, berlaku suatu kejadian yang menyerlahkan sisi sebenar dirinya. Sesuatu yang aku sangsikan selama ni akhirnya jelas. Dia mengajak mengambil gambar kenangan. Aku sudah tentu tidak menolak. Ah, gambar apa yang nak ditakutkan. Dia mengajakku ke kelasnya. Pelik, kenapa tak ramai orang ye? Hanya ada aku, die, dan dua orang kawannya. Oh, lupa masa rehat tentulah pelajar lain semua di kantin. Sedang aku bersiap untuk diambil gambar dan dia juga sudah berdiri disebelahku, tiba-tiba aku rasa seperti aku sesuatu yang menjalar di pinggangku. Sah, die sedang memelukku dan tidak kusangka dia cuba untuk mencium pipiku. Mukanya hampir benar dgn mukaku. Terkejut aku saat itu dan tanpa lengah terus aku menolak dia dan lari dari situ. Patutlah selama ini die semacam 'geram' dengan aku. Tindak tanduknya nampak seperti tidak keruan apabila berbicara denganku. Seperti ada sesuatu yang tidak terluah. Rupanya die meng'ingin'kan aku.

Tapi aku tidak terus menghukumnya. Masih membalas tegurannya seandainya die menegurku. Cukup setakat itu. Pernah die cuba mencariku semasa aku di universiti dan die juga melanjutkan pelajarannya tapi aku kenalkan temanku (kini suamiku) kepadanya. Walaupun katanya dia masih berpeluang tapi tidak. Aku masih trauma dengan dia. Aku rasa dia psiko atau lebih tepat lagi die sebenarnya gila seks.

********
So how about my story? Pernah ada pengalaman sebegini? Dia ada dalam friend list aku. Baru tahun ini menjadi teman FBku. Kebetulan dia ternampak gambar aku dalam FB sepupuku. Tapi cukup setakat itu. Jadi kawan FB tapi seriusly nak layan chat diepun aku geli...:p

p/s:Petang ni balik kampung. Cuti sampai rabu..hehehe


Thursday, December 27, 2012

Rendang Pucuk Ubi

Hallluuuuuuu... Wah lamanya menyepi. Rindu bebeno nak bercerciter dgn korang. Tak memasal hari Isnin haritu bos bagi artikel untuk tranlate. Dahla tu siap nak esoknya padahal esoknya tukan krimasa day.. Dia terus kata nak Rabu. Tu yang aku jadi busy tak nyempat nak berblog. Baca blog kengkawan pun sekadar baca smbil curi2 tengok. Nasib baik siap jugak semalam. So hari dapatlah berblog kembali. Adake yang rindu dgn aku? Alaaaa cakaplah ada...hikhikhik..

Kali ni nak share resepi yang maveles sedap ni. Patutnya nak share last week tp tak sempat. Tak kisahlahkan walaupun benda ni dah jadi najispun..hahaha. Masa mak datang haritu mak bawa banyak pucuk ubi. Separuh dah dimasak lemak and separuh lagi takkan nak masak lemak juga. Tiba2 teringat pasal rendang pucuk ubi yang ramai orang gebang sedap sesangat. Jadinya akupun trylah merendang haritu. Kebetulan hari aku masak rendang ni hari makcik aku datang umah sefamily tu. Pakcik aku suka sgt rendang ni sbb pedas. Tapi haritu aku terletak lebih garam so ada termasin sikit. Tapi kalau makan dgn nasi memang sedap sesangat dah..

Meh tengok resepi. Aku copy paste dari My resepi je. Thank pada tuan punya resepi sbb resepi memang sedap.

Rendang pucuk ubi.

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Bahan A:
  • 2 ikat (420 gm) pucuk ubi tanpa tangkai, cuci dan toskan
  • Bahan B:
  • 2 cawan santan kotak - kalau guna santan segar lebih sedap, kuantiti boleh tambah ikut citarasa sebab kalau banyak santan, banyaklah 'serdak'nya
  • 5 batang serai, dititik
  • 2 keping asam gelugor
  • ½ sudu teh kunyit serbuk - jika guna kunyit hidup, kisar sekali dengan Bahan C
  • 1½ sudu teh garam – ikut selera sendiri ya..
  • 2 sudu teh gula – jika suka
  • Bahan C:
  • 6-7 ulas (100 gm) bawang merah
  • 1-2 genggam (50-100 gm) ikan bilis
  • 1 genggam (50 gm) cili padi - ikut selera sendiri ya..

Cara-cara

  1. Tumbuk/Kisar C.
  2. Satukan B dan C dalam kuali, masak hingga hampir kering, rasa garam/gulanya (sesedap rasa).
  3. Masukkan pucuk ubi (bila masukkan pucuk ubi, akan jadi berair semula) dan masak hingga kering sambil dikacau selalu.
  4. Bila siap, hidangkan bersama nasi panas.

Balik kampung weekend ni boleh buat kat kampung pulak. Bagi mak abah merasa.. Itupun kalau pucuk ubi banyak lagilah..


Harus dicuba ye kawan2...Cuma yang leceh tu yang nunggu rendang ni kering je.. Jenuh jengah kuali.. Nak dibiar kang hangus pulak...

p/s:Semalam tgk wayang...Huwarghhh tension weh dgn Kasyah.. nanti gua cerita..

Monday, December 24, 2012

Busy

Tetiba hari ni ada translation nak kena buat... So busy loorrr..

Will be back after finish..


Daaaaaa

Friday, December 21, 2012

Kek tepung beras

Projek baking hari sabtu yang lepas. Tercari2 kuih muih yang boleh dibuat menggunakan tepung beras. Last2 terfikir baik aku kek. So searchlah dalam google terjumpa resepi kek ni dalam MyResepi. Terima kasih pada tuan resepi sebab kongsikan resepi yang mudah sesangat ni.Meh aku share resepi kat sini.


Kek Tepung Beras

Bahan-bahan

1cwn gula halus
1cwn majerin
3 biji telur
1 s/kecil esen vanilla
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung kek blue key
Pewarna (ikut suka)
1btl coklat urai ( utk hiasan )

Cara-cara
1. pukul gula n majerin/mentega sampai kembang
2. Masukkkan telur satu-persatu
3. Masukkan esen vanilla
4. Masukkan kedua-dua tepung sedikit demi sedikit. Setelah adunan sebati. Bahagikan adunan dan warnakan. masukkan adunan ke dalam loyang ikut corak yang dikehendaki. Selepas itu,coklat urai bolehlah ditabur ke atas adunan.
5. Akhir sekali bakar,bakar adunan. serelah siap bolehlah dijamu kepada tetamu ( rasanya ckup sedap kerana rangup diluar n gebu di dlm) SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!1)

Kek yang sedap dan lembut. Ada rasa2 beras sikit. Tujuan buat kek tepung beras ni sbb nak ngabiskan stok tepung beras ler.. Kang simpan lelama berulat pulak. Last2 buang jer.. Dari buang baik aku buat kek.

Aku buat kek ni malam so lepas jer masak terus kami ngap2.. Banyak Kasyah makan..

Dapatlah mak sedara aku sefamily merasa kek tepung beras ni. Pakcik aku suke sgt sbb ada rasa2 kek klasik sikit. Alhamdulillah semua orang suka.

Selamat mencuba...

p/s:Tengah layan drama komedi.. Kesian aku terpaksa cover2 gelak..hehe




Thursday, December 20, 2012

Garlic Rolls @ Roti Gulung Bawang Putih

Semalam dah letak gambar garlic rolls tapi kemain malas nak buat entry resepi. Hari ni gagahkan diri buat jugak sbb nanti mesti lupa. Roti ni aku buat weekend 2 minggu lepas masa family aku datang rumah. Dah lama teringin nak buat roti ni tapi asik bertangguh. Bila mak abah ada kat rumah maka aku buat jugalah. Boleh diorang merasa. Roti sedap. Lembut je walaupun aku tak uli guna breadmaker. Guna tangan pun jadi..hehe Resepi aku mabil dari blog Kak Madiha. Mintak halal ye letak di sini. Resepi asal pula dari Kak Suhaina. Terima kasih berkongsi resepi yang mudah dan lazat cam ni. Dulu2 mcm dah pencen dari buat roti sbb asik tak jadi jer. Yelah rujuk buku resepi je tanpa tahu tips ke apa ke.. last2 roti keras..hahaha. Sekarang ni maklumat dihujung jari.



Garlic rolls

Ingredients: (makes 8 rolls)

* Plain Flour- 3 cups (ku guna tepung roti)
* Warm Water- 1 cup*
* Yeast- 1tbps #
* Salt - 1tsp
* Sugar- 2 tbps
* Extra Virgin Olive Oil- 2-3 tbps

Method:

* Mix everything together except oil with warm water and knead until you get a smooth dough.
* Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
* Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
* Make the garlic spread.
* Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
* Grease a baking pan or loaf tin with butter.
* Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
* The rolled out dough must be at least half inch thick.
* Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
* Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
* Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
* Repeat the same procedure for the remaining dough.
* Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
* Sprinkle sesame seeds (optional)
* Allow to proof for another 20 minutes.
* In the mean time preheat the oven to 180 degree C.
* Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
* Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.


* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too.

Memang sedap sgt.. Tapi aku tak sapu pape kat atas die tu sbb bijan takde.. Nak sapu telur malas..hahaha.. Tak kesahlah yang penting sedap.

Bila2 boleh buat lagi...Ni yang rasa nak beli BM ni..hahahaha

p/s:bos cuti sampai tahun baru tapi die tak lupa tinggalkan kerja...huhuhu nyampah. Baru nak relax layan youtube..hahaha

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday


Roti Gulung Bawang Putih.. Sedap dan lembut.

Resepi? Nanti2lah. Malas!


p/s: tak sabar nak cuti walaupun cuma sehari..

Tuesday, December 18, 2012

Burger King dan The Hobbit

Hallu hallu...Korang suka tak pergi makan kat Burger King? Ni nak bagitau ni akukan seumur hidup baru pergi makan burger king 2 kali kooo.. Sekali masa tahun 2004 dan kali kedua 2 minggu lepas..hahaha kesiankan aku.. Yang 2 minggu lepas tu pun secara tak sengaja sbb dok terfikir nak makan apa masa kat Alamanda... Laki bini dah berkurun tak makan burger king maka burger kinglah jadi pilihan.. Kebetulan ada set promo The Hobbit so kami amik set The Hobbit tu.

Our menu...Dua2 set The Hobbit tapi satu besar satu kecil.

My husband punye meet burger.

My chicken burger.

Dalam die siap ada onian ring.. Sedap jugak burger ni.. Bolehlah datang lagi..

Tak ketinggalan ambil juga aiskrim karamel ni.. Aku ni memang pantang nmpk karemel2 ni.. Nak membeli saja..hehe

Note book the hobbit. Amik gambar Gandalf the grey..

The Hobbit dah tayang and aku nak nak sangat tgk filem ni. Masalahnya takkan nak bawa Kasyah sbb die mesti boring tgk citer ni. lainlah kalau citer kartun. Tapi aku nak tgk gak... Camne ek?

Monday, December 17, 2012

Apa pencapaian anda?

Salam minggu baru..

Seperti tahun lepas juga dalam entry ini, tahun ni aku nak share jugak apakah aku berjaya mencapai wishlist aku? Kalau nak tahu apa wishlist aku tahun ini, boleh klik sini ye. Mari kita check satu persatu.

1. Beg Sembonia = berjaya. Dapat jugak aku beli beg ni sebelum raya haritu. Kebetulan ada sale so dapatlah murah sikit.


2. Mesin jahit = berjaya. Dah berjaya beli pada 10 April tahun ini. Sorylah sbb memang aku tak pernah mention aku dah beli mesin jahit. Aku beli mesin jahit Brother NV950. Mesin jahit ni kiranya 3 in 1 sbb boleh jahit biasa dgn lebih 100 jenis jahitan, boleh juga jahit tepi dgn 3 pilihan jahitan dan yang bestnya mesin ini juga merupakan mesin jahit sulam berkomputer.Hanya perlu tukar tapak sahaja. Nampak tak skrin tu? Itu touch screen ye. Boleh masuk software dan boleh juga buat design sendiri. Tapi aku takdelah softwarenye sbb softwarenye mahal. Aku beli mesin ni pada harga diskaun. Harga asal RM3999 and masa diskaun tu harga die cuma RM1999..Puas hati sgt walaupun jarang2 dpt guna sbb Kasyah suka mengacau. hehe


3. Perfume = berjaya. Aku berjaya beli kat Bandung..hahaha Tak kisahlah asalkan baunya sama walaupun perfume tu bukan original. Puas hati tau beli perfume Bandung sbb tahan lama dan murah...Perfume aku banyak lagi tau..hehe

4. Pergi Bandung = haruslah berjayaaa.. Seronoknya dapat ke Bandung. Shopping tak hengat. Kalau ada rezeki nak pergi lagi nak borong lagi...


5. Jeans levi's = tak berjaya sbb masa kat Bandung tak sempat nak pergi Toko Tiga. Aku beli jeans Guess downtown jer.. Acilahkan sbb jeans Guess tu memang feveret aku..

6. Langkawi = hampir berjaya. Tak dapat pergi tahun ni tapi In Shaa Allah pergi tahun depan... Yay tak sabar!

Macam mana pencapaian korang???

p/s:harini mengantuk tak hengat..semalam makcikku and family serang rumah..kecoh tapi meriah..hehe

Friday, December 14, 2012

Gala Dinner 12.12.12

Akhirnya berjaya juga aku update cerita pasal gala dinner yang aku attend malam rabu haritu. Ingat semalam lagi nak cerita tp semalam sgt mengantuk jadinya mood nak lelap je. Nak buat entry pun malas. Entry besday mak tupun aku dah siapkan awal2. Berbalik pada dinner tu, actually ialah dinner sempena meraikan 30 tahun Dasar Pandang Ke Timur yang dicetuskan oleh Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. 30th Anniversary of the Look East Policy Gala Dinner namanya. Anjuran bersama JPA, Aleps dan Agiko. Ramai orang2 besar yang aku jumpa. Tapi yang paling best tentulah Tun Mahathir ye tak? hehe.. gambar adalah sgt banyak jadi tolong jangan dengki..hahaha

Aku bersiap dari ofis je sebab dinner tu dekat PWTC. Dalam pukul 6.50 kami gerak ke PWTC. Kebetulan jalan tak jem langsung padahal selalunya Jalan Tun Razak tu sentiasa jem ptg2 hari kerja ni. My look on the nite. Make up sendiri.. Baju poplook je..hehe

Ratu2 JIS. Actually ada lagi sorang tapi sbb die amik gambo so die takdelah dlm gambar..hehe


Closeup....Masa ni menanti yang lain2 sampai. I mean my bosses la...

Inilah dewannya. Dewa Tun Hussein Onn PWTC.

Lepas pendaftaran kami diberi welcoming drink. Ada banyak jenis air dan disediakn juga kekacang dan maruku untuk ko kudap2 sbb dinner adalah lewat. Akupun sampai sengkul tunggu makanan tau.. Sengkul=lapar giler.

Gambar lagi. Haruslahkan sbb bukan selalupun aku gi dinner. Sepanjang hidup baru 2 kali...huhuhu kesian. Ofis aku memang harapanlah nak ada dinner2 ni. lunch setahun sekali tupun mujur tau.

yay dah masuk dewan. Meja kami kat depan sekali dekat dgn main stage. Kiranya meja VVIP selang satu meja je dgn kitorang. Ala2 meja pentinglah jugak sbb ada je meja yang lagi jauh kat belakang nun..
Marilah berposing lagi. Aku tak bawa kamera so guna kamera tepon je... Quality kureng  sikit sbb dalam tu agak gelap.

Ha nilah barulah betul2 Queen of JIS. Nilah rupa local staf kat department aku.


Menu of the nite. Tak banyakpun.. Ala2 tak puas ler nak makan...Dah la aku memang lapar...huhu
Eh eh Tun Mahathir dah sampai lerr.. Meja aku betul2 depan screen ni jadi tangkap gambar kat screen sudah. Bukannya boleh nak gi amik2 gambar sbb protokol kan...hehe
Bila semua VIP sampai, majlispun dimulakan. Mula2 baca doa pastu adalah ucapan2. Yang ni turn our big big bos. Ambassador of Japan. Masa die berucap tibe2 mic problem.. Pastu selamber je die cakap this is not Japan technology...hahahaha... satu dewan gelak.

Ucapan terakhir dari Tun Mahathir Mohamad... Giler bangga dapat satu hall dgn Tun. Bukan senang okay lagi2 orang2 yang nobody mcm aku ni. Dahla memang aku idolise sgt Tun Mahathir ni sbb kebijaksanannya.

Gigih soh kawan aku sanp gambar berlatarbelakangkan Tun Mahathir..hahaha ala2 bergambar dgn Mahathir ler konon.. Tapi ish nyebok je kameraman tu..
Awatlah diorang pi letak mic stand tu kat sbelah sana. Kalau kat sebelah aku nikan dekat sikit nak amik gambar..huhuhu

Eh eh cameraman dah takde. Cepat2 snap picca..Bukti nih bukti nih..hehe

Selesai ucapan Tun, barulah acara dirasmikan. Diorang potong pulut kuning. Kate sambutan ulangtahun. So lepas tu apalagi acara makan ler pulak. Mula2 kami dihidangkan dgn mushroon soup ni. Sedap walaupun tak masin tapi just nice bagi aku. Makan dgn roti seketul.
Sambil2 makan adalah persembahan. Yang ni tarian traditional Jepun. Pastu ada dari korea jugak. Artis pun ada. Iqwal dgn Azian Mazwan Safwan... Tapi gambar memang tak cun so malas nak letak, Yelah time persembahan diorang gelapkan lampu. Pastu tiba2 pulak keluar lagu winter sonata si Iqwal tu nyanyi.. Aduh terus tergamam mak.. Dahlah mak peminat tegar winter sonata lagi2 si Bae Young Jun tu.. Tibe2 bos mak cakap " Anne-san, he's not coming" wakakaka bos akupun tau aku minat Jun sang okay..
lauk2 main course. bolehlah. Nak kata tak sedap pun tak boleh. Nak kata sedap sgt pun tak boleh. Senang citer boleh dimakan..
Wakil2 dari Kedutaan Jepun.. Tetiba terselit je Ambassador kat belakang tu. konfius aku bila masa die datang kat kitorang sbb die duduk kat seat VVIP? Alih2 tgk gambar ni tercelit lak muka dia..hahaha

Yey dapat jugak ambil gambar Tun Mahathit dekat2 sbb masa die keluar lalu red carpet ni die salam2 dgn semua orang. Aku kebetulan sibuk ambik gambar die terlepas nak salam.. Ingatkan dah tak dapat dah sekali jek aku nampak ada lagi orang beratur kat depan2 pintu keluar. Terus aku menyelinap beratur sekali.. Yay dapat salam. Serius aku speechless. Gamam okay. Die very nice..
Bila aku dah ke belakang balik tgk Tun Siti Hasmah tgh jalan. Eh eh nak salam die pulak.. Since Tun Siti Hasmah dah tak kuat so die kena pimpin masa berjalan. Bila die depan aku terus aku cakap " Tun, saya nak salam" pastu die jawab " ha, salam, salam." Dengan Tun ni pun aku gamam okay. Gigil tau. Kawen pun tak gigil camni..hahahaha.. Overlah ko Anne..hehe.. Alah nilah sekali agaknya aku jumpa dia..

Overall pengalaman malam tu memang superb. Akan kukenang memori indah ini... Malam tu aku sampai umah pukul 12 lebih tau...Super ngantuk dan penat...

Thursday, December 13, 2012

Hari untuk mak

Hari ini hari lahir mak. Sudah 58 tahun usia mak. Tak banyak yang aku nak coretkan kerana tak mampu nak gambarkan kesayuan saat mengingati pengorbanan mak. Cuma satu yang aku nak bagitau..

"Akak sayang mak. Sangat-sangat!"

Selamat Hari Jadi Mak.. Semoga mak panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk capai impian mak yang belum tertunai.



p/s:Banyak yang nak kuluahkan tapi aku tatut aku nanes nanti..huhuhu.

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

Tahun lepas pernah buat entry 11.11.11. Tahun ni sebab semua orangpun sibuk jugak so akupun nak gak title menyibuk tu..huhu

So apa istimewanya hari ni? ermm.... errrrr....eiiiii.. bangun pagi macam biasa. Rutin macam biasa. Sekarang dah masuk petang masih takde pape yang menarik... Cumaaaaaaa.........

















Malam ni aku ada gala dinner... VVIP adalah Tun Mahathir Mohamad. Serius excited nak pergi dinner malam ni.. So boleh jadi tarikh ni as tarikh bersejarah jugaklah. The day I meet my idol.. Tun Mahathir.

p/s:sibuk tgk youtube mcm mana nak make up untuk dinner...hehehe

Wordless Wednesday

My lunch on Monday..

OMG...Kenny Roger's Roster yaa!

Delicious!


p/s:Serabut kepala fikir pasal outfit utk dinner tonite..

Tuesday, December 11, 2012

My first drum set.

Dulu masa aku kecik2 aku teringin sgt nak main drum. Tgk drummer ketuk drum dalam tv memang syok. Rasa macam nak join sekaki. Pernah gak aku paksa abang aku soh beli drum set tp die kata aku tak betul. Hampeh. Jadi terpendamlah impian nak main drum..huhuhu..

Last week masa pergi berdating dgn suami tetiba tangan gatal nak amik booklet Toy'R'us.. Terberkenan dgn drum set budak2 yang pada aku agak murah jugaklah. Lagipun Kasyah memang suka main drum bila kitorang pergi tempat game kat Jusco tu. Agknya terkenan masa aku pregnant sibuk main drum tu..hahaha. So lepas difikir2 dan dgn sokongan penuh suami, kamipun beli drum set tu. Tapi masa tu kan Kasyah kat kampung jadi korang boleh agaklah kan sapa yang beria main drum tu...huahuahuahua..

Hari Jumaat lepas, bila aku sampai je rumah masa balik kerja, dari luar dah terdengar bunyi ketukan drum.. Bukak pintu tgk kasyah tgh beria2 ketuk drum sambil nyanyi. lagu apa lagi kalau bukan lagu sudah cukup sudah tu. Mas tukan Kasyah baru sampai dari kampung family aku hantar..

Inilah drum setnya. Kecik je sbb memang untuk budak kecik..

Didatangkan sekali dgn kerusi tu. Harga RM119. Ada promosi hujung tahun..

Kasyah beria2 main drum. Boleh jadi drummer lah nnti..hehehe. Lagipun kalau jadi next year nak hantar Kasyah masuk kelas muzik Yamaha.

Terselit pulak anak sedara aku..


Buat pertama kalinya aku kongskan video Kasyah. Selama ni aku tak pernah letak video die dalam blog tapi ini khas buat pembaca blog aku.. Terimalah persembahan kasyah dgn lagunya sudah cuku sudah.. Enjoy!



p/s:Esok malam ada diner. Should I buy new clucth? Takkan nak bawa beg besar tu pulak? No matching!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...