Friday, December 27, 2013

Hari terakhir bekerja...

Salam...

Hari terakhir bekerja untuk tahun ni... Lepas ni cuti sampai 1hb. 2hb baru keje semula.. Yay boleh bergomol2 dengan Suci lama sikit. Setakat ni kami masih belum jumpa lagi pengasuh ataupun nursery untuk jaga Suci so Suci masih akan tinggal kat kampung dgn mak aku. Plan nak balik esok sbbnya malam ni nak tengok wayang dgn suami. Kononnya nak berdating ler sementara anak2 takde ni. Minggu depan Kasyah dah aku angkut balik sbb die dah sekolah. Payah nak tengok wayang dengan Kasyah sbb die suke memekak. huhu. Tapi being a mom hati ni dok teringat kat anak. Lagilah si kecik tu. Rindu betul. Haduiii camne ni? Nak berdating ke nak balik kampung? Dating pun best, balik kampung pun best..hehe. Tengoklah ptg kang fikir2 lagi.

Si budak tembam.. Suci sekarang dah 4kilo lebih. dah sengal tangan kalo dukung die lama2. Tangan dengan peha pun dah berlipat..hehe.

Gambar weekend lepas. Suci kalau bangun tido memang ceria. Die spesis bangun awal. Pukul 6 dah jaga. Samalah dengan Kasyah. Bagusler, nnti senang nak kejut bangun Subuh..hehe. Even Kasyah pun senang aku nak kejut untuk pergi sekolah.

Alah comel mama ni.. Kemain gelak sakan. Cium kang!

Oh ya, pasal cuti next week tu, aku bukan saje2 amik cuti nak abiskan annual leave tp opis aku mmg tutup dari 30 hingga 1hb. So segala urusan duniawi sila berhubung 2hb ye..

Okaylah, nak gi toilet jap.. daaaaaa

p/s: Selamat tahun baru 2014...

Tuesday, December 24, 2013

Hiburkan hati...

Salam...

Malam tadi kami pergi melalak kat Alamanda. Saje je aku ajak my husband pergi hiburkan hati. Yelah hati nikan gundah gulana dok teringatkan anak. Jadinya pergilah menyanyi. Lagipun dah lama dah tak nyanyi.

Amboi kemain beria lagi orang tu nyanyi... Tengok muka Kasyah lak boring je. Haha die boring asik mama dengan papa je yang nyanyi.

Macam artis tgh buat konsert pulak...hehe.. Kami amik satu jam je tp ada promotion dpt free setengah jam. Puaslah menyanyi sampai last2 kitorg bantai nyanyi lagu senario je..haha.

Petang ni kami nak balik kg lagi. Aku hantar Kasyah pulak. So khamis jumaat aku tggl berdua dgn laki aku ler. Bolehlah gi dating kejap. hehe.

Daaaaaaa...

Monday, December 23, 2013

I miss my baby..

Salam Isnin...salam minggu baru..

Hari ni mood sedih sayu.. Aku rindu giler kat anak dara aku tu.. Malam tadi susah betul nak lelapkan mata sbb dok fikir apalah anak aku buat. Menangis ke die? Okay ke tak? Macam2lah fikir. Aku rasa sampai kul 1 lebih masih xboleh lelap. Tapi aku pejam jer mata sbb nak paksa tidor. Xtido kang payah pulak aku nak bangun gi keje... Pagi tadipun aku bangun awal sbb nak perah susu. Walaupun ngantuk tapi demi anak tetap gagahkan diri bangun jugak..

Ermm okaylah. Xde mood nak citer lelebih takut ayer mata meleleh.

Daaaaa...

p/s: Untuk hiburkan hati, malam ni nak gi karaoke. Aci?

Friday, December 20, 2013

Aku tak tahu nak letak tajuk apa.

Salam..

Boleh letak tajuk camtu? Ko ado? Hehe serius tak tahu nak letak tajuk. Yang benornye akupun tak tahu nak cerita apa. Hari ni dah 20hb 12. Tggl 11 hari je sblm tahun baru. Selalunya aku dah buat entry wishlist utk thn depan tp kali ni belum mari lagi mood.

Sape ingat aku punya wish tahun lepas? Aku nak pergi Langkawi, beli breadmaker, buat langsir, beli rumah dengan tambah anak. Berjayakah aku mencapainya? Bab anak tu korang taulah. Alhamdulillah berjaya dapat baby girl yang comel. Syukur Ya Allah. Nak pergi Langkawi pun dah dapat. Awal tahun haritu dah pergi. Beli rumah tu mmg xberjaya lagi. Kami xjumpa prospek rumah yang bagus dan berkenan di hati. Selalunya masalah hargalah. Rumah dah okay tp harga macam xlogik. Nak harga yang logik rumah pulak xokay. Hah camno tu? Takpe cari lagi.

Bab buat langsir pun berjaya. Gigih aku sblm raya haritu siapkan langsir. Boyot2 pun siap gak..haha. So tahun 2015 baru tukar langsir baru lagi. Aci? hehe. Lagi satu bab nak beli breadmaker tu. Yang tu xberjaya lagi. Bukan xleh beli. In sha Allah duit tu ada tp aku dok mikir mana aku nak letak BM tu kalo beli. Rumah xluas mana. Dapur pun itulah setoet. Kalau beli jugak BM mmg penuh terus dapur aku. Ni pun dah rasa mcm sesak sbb ada oven dgn microwave. Pinggan mangkuk corelle, corningware segala bagai aku terpaksa simpan dlm bilik. Hadui, kena beli rumah dulu baru boleh fikir nak tambah gajet dapur nampaknya. Tahun bila tu xtaulah.

Eh, cerita lainlah. Petang ni aku nak balik kampung hantar mak dgn Suci. Yelah dah 2 minggu mak kat umah aku. Die dah xsabar nak balik tu. Aku balik tanpa suami sbb die ada kelas esok. Malasnya nak drive. Penat rasa badan kalo drive jauh2 ni. Hari ahad nanti aku balik sini dgn Kasyah jelah. Patutnya Kasyah pun tinggal jugak tp isnin dgn selasa minggu depan die ada orientasi. Wah dah besar dah anak aku. Siap nak pergi orientasi walaupun tadika jek..hehe. Krismas aku akan hantar die balik kampung sbb khamis jumaat tu xde org nak jaga. Keje aku ngulang balik kg jelah lepas ni sbb Suci kat kampung. Pengasuh aku xcari lagi. Nanti2lah.

Ermm nak citer apa lagi ek? Tu je kot.. okaylah daaa...

Wednesday, December 18, 2013

Sembang-sembang naik harga..

Salam..

Aduh ke manalah hilangnya mood nak bercerita berceloteh kat blog ni. Kemain buntu otak nak menaip. Tapi aku gigihkan jugaklah. Jomlah kite sembang2 jer.

Rasanya ramai yang tahu bermula 1 januari 2014, banyak benda akan naik. Sebelum ni minyak dah naik. Aku okay lagi. Sabar jelah nak buat camne. Lepas tu gula pulak. Aku masih sabar je sbb akupun bukan banyak guna gula. Spesis kurang makan manis dan minum manis. Alih2 dapat news tol nak naik, letrik pulak nak naik, lrt nak naik..aih ni dah lebih. Baru betul2 rakyat didahulukan. Didahulukan bayar..huhuhu..

Dalam paper Cina hari ni, ada bagitau, kemungkinan tol BESRAYA yang aku lalu setiap hari nak gi keje akan naik jadi RM2. Sekarang ni RM1.30. Kalau betul naik RM2, jumlah yang aku kena spend utk sehari dah jadi RM4. Seminggu dah RM20. 4 minggu dah RM80. Tu belum campur hujung minggu lagi. Dahlah sebelum ni minyak naik dah menjejaskan bajet bulanan utk minyak. Tahun depan tol pulak. Memang betul2 buat aku NAIK darah, NAIK hangin, Naik menyampah! Lagi best menteri yang so called bijak pandai sarankan rakyat jangan lalu tol. Abis tu nak lalu mana? Aku ada 3 jalan nak gi opis. 2 drpdnya mmg lalu tol. 1 tu jalan menempah maut sbb jem giler dan byk trafik lite. Takkan aku nak bangun kul 4 pagi semata2 nak gi keje sebelum org lain bangun? Sekarang pun aku keluar pukul 7. Lalu tol pun jam and masih hanya sampai ke opis lepas pukul 8. Tahun depan pulak Kasyah dah sekolah. Lagilah awal aku bangun sbb nak siapkan die pergi sekolah. Menteri2 ni cakap xpakai otak. Korang mmglah xde masalah. Dahla dpt elaun pelbagai. Senang citer satu senpun duit korang xkuar. Semuanya elaun tanggung.

Kenaikan gaji xseberapa tapi perbelanjaannya lebih dari kenaikan. Apa citer? Malas ah nak ckp lelebih. Aku ni rakyat marhein yg bodoh jer. Xpandai ekonomi mcm korang. Korang lagi bijak pandai.

PENING AH!

p/s:Rakyat low class mcm aku hanya mampu menyalak dkt blog sendiri. Sedih!

Friday, December 13, 2013

Hari untuk Mak

Salam

Hari ni 13.12.13 hari lahir mak aku yang ke 59 tahun. Alhamdulilah mak diberi kesihatan yang baik. Sakit sikit2 tu biasalah. Orang tuakan. Since mak ada kat sini, In Sha Allah ptg ni bolehlah belikan mak kek. Mak selalu xmintak apa2 tp die cukup suka kalau anak2 ingat besday dia.

Selamat hari lahir mak. Akak doakan mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Terima kasih kerana melahirkan akak dan terima kasih juga atas pengorbanan mak menjaga anak2 akak. Akak sayang mak.


p/s:xleh tulis lebih2..Aku sebak..huhu

Wednesday, December 11, 2013

Kesian mak

Salam..

Balik-balik kerja semalam, mak terus mengadu penat dan tak larat nak jaga anak2 aku. Kebetulan Kasyah dan Suci meragam pada masa yang sama dan mak kelam kabut nak melayan dua2nya sekali. Kasyah batuk sampai muntah dari bilik ke hall siap terkencing sekali. Yang Suci pulak meraung macam hape nak susu. Last2 mak aku kata dengan die2 sekali menangis. Huhuhu

Ye aku faham dan aku mengerti perasaan mak sbb masa aku pantang haritu, aku ada balik sekejap ke rumah bawa Suci je. Boleh pulak die langsung xnak letak. Asik nak berdukung saje. Bayangkan dari pagi aku duduk or berdiri utk dukung dia. Makan pun roti je sbb itu je yg boleh aku mkn sambil pegang dia. My husband masa tu pergi kelas. Memang haru and aku pun dah rasa nak nangis sbb badan aku sakit sgt. Pinggang pun rasa nak patah. Tapi takkan nak marah Suci pulak. Sah2 die tak tahu pape.

Cuma Kasyah tu aku geram sikit. Ragam die tu mmg boleh buat aku ni jadi mak hulk. Belum lagi die kacau adik die nak tido. Bab menyepah mainan sambil baling2 tu standard dah. Haduilah. Bab kencing berakpun aku hangin. Langsung xnak ckp kalau nak kencing. Bila ditanya nak kencing or berak, jawabnya xnak sesaja tapi alih2 die kencing pulak. Hangin aku. Dah sebulan lebih kot aku train die tp still xnak ikut. Kalau tunjuk hanger tau pulak takut.

Hopefully hari ni Kasyah dgn Suci xmeragam sangat. Kesian mak aku. Takpe mak ujung bulan akak bonus. Nanti akak bawa gi jalan2 ye..

Daaa...

Tuesday, December 10, 2013

Selamat bekerja

Salam

Bersiaran dari ofis. Hari ni dah masuk hari kedua aku bekerja. Semalam mmg xsempat nak jenguk blog sbb masuk2 je ofis bos terus bagi bom keje. Minggu depan ada interviewlah, call studentlah, result scholarship keluarlah, itulah inilah. Dah ler mood nak buat kerje tu tak berapa nak ada. Alih2 masuk ofis banyak pulak kejenya... huhuhu

Apa nak cerita ye? Suci dah 51 hari hari ni. Buat masa skrg mak aku jaga. Aku import mak aku tinggal umah aku 2 minggu. Kesian pulak nak tinggal Suci yg belum pun 2 bulan tu gitu je. Kalau bawa balik sini at least malam2 boleh tido dgn aku. Lagipun Suci kuat menyusu. Tapi lepas 2 minggu terpaksa jugak tinggalkan kat kampung. Kami masih lagi cari taska untuk Suci. Perasaan memang bercampur baur. Nak hantar kat orang ke nak hantar taska. Ada pros and cons dua2 tu. Huh entahlah. Pening.

Ermm tetiba xde idea nak cerita apa. Nantilah2 sambung. Daaaaaaaa...

p/s:weekend ni kena keje. Kalau xnak keje boleh tak bos?

Monday, December 2, 2013

My last monday




Salam....

Harini hari isnin terakhir untuk aku bermalas-malasan kat umah. Next week dah start keje..hadui lemau betul rasanya nak keje balik ni. Dah syok2 dok umah ada orang masakkn, basuhkan baju sume alih2 kena keje. Tak best.

Hari ni hari last aku pantang. Genap 44 hari. Esok merdeka.yay. Alah kalo dlm pntg pon aku dah sibuk berjalan shopping so xde beza sbenarnya...haha. Tapi standard ah aku pntg mkn je sebenarnya.. bab2 pantang berjalan ni mmg xde dlm kamus pantang aku..hehehe.




"Saya dah nak kena tinggal dengan mama saya..Kesian saya"


P/s:Kasyah panggil adik die Suci Alamanda...huhuhuhu

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday


Khayla Suci Amanda day 38...

Hyeeee




                                      Cantik tak rambut saya?

Wednesday, November 13, 2013

Berpantang

Salam...

Ade ke yang rindu.? Sorryler aku cume dpt update sekali sekala je. Suci ni setiap sejam ngempeng je. Letih mak nak.

Berpantang kali ni aku rasa lebih santai sbbnya aku gagah ke sana ke mari dlm tmpoh 3 mggu pertama. Hari ke 4 aku warded sbb Suci kuning. 2 malam kot kake kat sepital. Semua org dah balik aku je tgl sorg2 kat wad tu. Nasib baik mlm tu husband boleh teman yelah dah xde org..hehe.

keluar sepital aku masih kena berulang alik pergi klinik utk cek kuning suci. Tu yang terpaksa drive. Bukan kat umah mak aku ni xde klinik tp klinik kat kg aku ni xde makmal so kenalah ke klinik yg lebih besar kat area umah mak mertua aku. Balik dari klinik xkan nak balik terus. Ade je benda nak beli. Singgahlah pasaraya itu pasaraya ini bershopping..hahaha. Sampai hati ke 19 barulah akuxyah gi klinim lg sbb kuning Suci dah turun jadi 7. Nasib baik kalau x mmg mama shopping sokmo..

Ubat pantang pun aku baru start makan. Yelah takut gak nak makan walaupun org kate xefek kuning tp better aku berhati2.

Ohya pantang kali ni aku sgt jaga makan. Aku nak kurus weh. Dah ler berat naik lebih berat dari dulu. Huhu. So kali ni aku cuma makan nasi sekali sehari masa lunch. Pagi minum air dgn biskut and ptg pukul 3 minum ptg. Malam hanya minum air jus ke ribena ke dgn epal. Itu saja. Setakat ni berjalan lancar sbb dah turun 7kg tp masih ada lagi 15kg..huwarghhhhhhhh...Tolonggggggg...

Suci day 24...

Daaaaaaaa

Tuesday, November 5, 2013

Sambungan cerita....

Salam.

Sementara Kasyah xde ni baiklah aku cepat2 update blog. Kalo die ada kang mmg xde can. Aku dpt note ni balik pon bile bateri kong..pandai ko ye... so mari kite sambung..

Lepas ctg aku rileks2 lagi baca paper. Jap2 bukak fb. Tu jela. Sakit makin kuat tp masih boleh thn lg. Kalo bagi rate 1-10 tu baru thp 3 je. Tapi sakit tu makin keraplah. Aku pulak xsedap perut sbb dah 3 ari xberak. Perut sebu weh. So aku rasa better aku buang air besar dulu baru sedap nak meneran..hehe. pukul 3 aku ckp dgn nurse aku nak ubat berak. Tp die suruh tgu dulu. Bagi sakit lg. Pukul 4 aku panggil die lg sbb sakit dah makin kuat. Dah thp 5 lebih kurang so better aku berak skrg. Nurse dtg and suruh aku gi bilik rawatan utk cek jalan. Die cek dah bukak 5cm. So die suruhlah doc baru lelaki (ceh) pecahkan air ketuban. Gile slow doc tu sbb jenuh aku tunggu die pecahkan air tp xberjaya. Doc barulah katakan. Lepas 15min barulah berjaya and nurse terus masukkan ubat berak. Aku pulak lepas masuk ubat  dan2 rasa nak berak. Power betul ubat tu. Aku ckp dgn nurse tak thn nak berak sgt so aku terus masuk toilet staff.

Sambil rasa nak berak tu at the same time aku rasa ada benda besar nak keluar jugak. Ah sudah, xberani aku nak duduk kat toilet bowl. Aku berdiri je and yes aku rasa kepala baby nak keluar sgt. Ahhh panik! And zas kepala baby keluar. Terus aku bukak pintu toilet dan jerit panggil nurse. "Nurse, kepala baby dah keluar". Hambik kau, kelam kabut satu wad. Nurse yg jg aku tu terus thn kepala baby. Nurse lain dtg bawa kerusi. Nak suruh aku baring mmg dah xboleh dah. Aku duduk je atas kerusi terus berdesup baby keluar. Hah, dah bersalin dlm toilet aku..haha. so korang boleh bygkn camne kecohnye masa tu... aku bersalin tepat jam 4.22 ptg 20 10 2013.

Lepas dah selesai semua, akupun dahkena jahit, sakit woo jahit walaupun xbyk sbb bersalin xsakit haha, akupun masuk wad semula pukul 7mlm. Husband aku masa aku bersalin xsmpi lg. Die smpi kul 4.30 waktumelawat. Aku stay 1 mlm kt sepital and esok tghri aku dah discharge.  Hari selasa aku blik sgmt.

Skrg aku dah 16 hari and baby suci kuning. Segala ubat pntg aku xmkn lg. Tggu kuning suci kurang dulu br mkn. Bersalin kali ni aku xpenat sbb aku xsempat skit yg sgt2. Skit gitu2 je dhbersalin so kuatlah aku kali ni. Hari ke 10 pun dah drive. Hari ke 9 dah gi shopping. Haha..

okaylah nnti kite cerita lg. Daaaaaa

Monday, November 4, 2013

kronologi kelahiran Suci

Salam...

Amboi senyap sunyi aku seminggu ni. Bukan xnak update blog ni tp masa tu begitu mencemburui aku..hehe lagipun bukan masa je cemburu tp Kasyah pun cemburu tau.. mana x cemburunye, asal aku pegang je note nak belek2 intenet dah dirampasnye. Xde can aku nak guna. Dahla die main sampai abisbateri.tensen mak.

Okaylah terus ke cerita pasal kelahiran baby suci. Seperti yg korang sedia maklum (kalo korang mmg baca blog aku), aku dah start cuti dr 8hb iaitu genap aku 39 mgu. Sebab aku amik cuti awal kerana dah ada sign nak bersalin so risau gak kalo terberanak dlm kete. Dah ler opis aku dgn umah jauh. Oleh itu akupun cutiler. Ikut pglmn bersalin Kasyah, aku bersalin sblm due date. Tapi nak dijadikan cerita harirabu 9hb tu terus semua sign nak bersalin hilang. Sakit senggugut yg lite2 tu pun hilang. Ah sudah, dah kenapa? Akupun mulalah stress. Yelah cuti dah amik, kalo bersalin lambat kan dah rugi cuti tu. Hari2 doa minta sakit tau. Ko ado? Orang mintak xsakit tp aku mintak sakit. At least bg aku sign. itu je aku mintak

Mcm2 aku buat untuk bg bersalin. Air selusuh pun smapai habis sebotol haram sakitnya. Nan hado. Kononnya doc kate bykkan turun naik tgga dan jln2, nun tingkat 11 aku naik tgga. Xsakit jugak. Sakit kaki adalah. Aku gi naik motor pusing2 putrajaya, pun xde rasa skt. Jalan2 mmg tetiap hari. Myk kelapa dara pon habis sebotol still nothing. Sampailah hari due date aku iaitu 15hb raya haji pun aku masih xsakit. Huwarghhh mak dah stress ni nak oiii. Awat awak xmo keluar ni? Hampir tiap2 mlm aku menangis sbb xde tanda nak bersalin. Hari terus berlalu, cuti dah berjalan. Dua hari lepas due date aku gi sepital lg and doc bg aku tarikh last iaitu 20hb. Kalo xbersalin gak 20hb tu aku kena admit. Stress toksah citer ah. 20hb tu dah buat aku rugi 2 mgu tau.

Akhirnya tibalah 20hb. Memanglah baby ni xmo keluar awal. So pagi2buta 20hb tu keluarlah menuju ke hospital putrajaya utk admit. Aku pilih pegi pg2 sbb kalo nak induce boleh buat cepat. Kebetulan my husband ada test pulak pg tu so better die hntr aku admit wad dan die pegi test..

pukul 8 aku dah rasmi menjadi penghuni wad bersalin. Doc dtg and ckp procedur induce akan hanya dibuat hari esok isnin sbb harini ahad xboleh buat. Aku terus mcm what? Aku dah dtg pg2 kot dgn harapan  boleh induce pg and ptg boleh bersalin. Huhu nak ngs lg sbb dah rugi lg 1 hari. Masa terusberlalu okay.

Tghari tu doc pakar pulak round jumpe patients. And die decide why not masukkan je ubat sebiji skrg. Lagipun mmg aku dah overdue and aku admit utk di induce. So jam 12.30 doc pun masukkan ubat. Lepas masukkan ubat tu aku xleh bgn dr katil selama sejam and lepas tu nurse akan buat ctg. Sebaik saja masuk ubat, aku terus rasa sakit senggugut tu tp lite2 jelah. But itupun dah buat aku happy. Pukul 1.30 buat ctg pulak and nurse cek ctg tu ada tanda contraction but pd aku tanda tu xsakit mana pun.die siap panggil doc but doc ckp xde pape kot sbb aku rileks je baca majalah. Xmcm org skt pun. Doc siap offer aku ubat thn sakit tp aku xnak. Ko dah kenapa? Aku mmg nak sakitlah buat apa bg ubat thn skit..hahahaa

eh penatlah pulak....sambung lain kalilah...

Wednesday, October 23, 2013

Salam perkenalan

Assalamualaikum.....

Ya ampun lama betul aku menyepi ye.. thanks pada yg sudi gak jengah blog aku walaupun entry nan hado.. for those yang bertanya, alhamdulillah aku dah pun selamat melahirkan seorang puteri hari ahad lepas. Penuh dengan drama dan emosi...haha suspen x? Nantilah aku update ceritanya... panjang berjela so masapun kena pnjg. Skrg ni xbyk masa sbb dok kelek si kecik tu je... jom berkenalan dgn my little baby girl..

Assalamualaikum auntie2 uncle2 semua...Nama saya Khayla Suci Amanda. Boleh panggil saya baby Suci.. Sesuci cinta mama dan papa (haha konon).

Ni gambar hari kedua saya...baru lepas mandi...saya suka...hehe

Sampai sini dulu ye. Nanti2 kite cerita lagi. Lagipun note ni jrg aku dpt pegang. Asik kasyah je main. Speaking of kasyah, die makin manja dan asik nk berkepit dgn aku. Die xberapa heran dgn adik die. Tp kdg2 tu die dtg gak nak cium adik die..baru2 lg kot. Nnti lama2 die syglah adik die.. hehe

Okaylah...daaaaaa....

Monday, October 7, 2013

Mari Bekerja

Salam...

Hari ini di saat ini aku berada kat ofis. Kerje lorrrr... Quota MC dah habis, kalo aku dpt mc pun still kena tolak cuti so pergilah aku dgn rela hati ke ofis . Satu je harapan aku jangan bocor sudah..hahaha..

Secara rasminya aku akan mula bercuti esok. Genap seminggu sebelum tarikh sebenar due date aku. Bukannya apa, kalo keje lagipun esok and cuti rabu, still aku kena naik keja 9hb 12. Kalau aku keje lagi hari rabu dan start cuti khamis pon aku kena naik keje 9hb gak. Kalau keje hari khamis pun gitu gak. Drpd aku rugi baiklah aku cuti esok siap2 and tgu je kat umah bila nak bersalin. hahaha.

Setakat ni aku belum sakit lg walaupun jalan dah bukak 2 cm and baby dah engage. Bak kata doc serviks pun dah soft and i can deliver any time... Skrg ni menunggu sakit jelah. Harapnye esok lusa lah ye. I is tak sabar hokeh...

Okaylah, xkuase nak bebel lebih2. Jumpe lagi... Doakan aku guys...

Daaaaa...

Saturday, October 5, 2013

Menanti saat terindah...

Salam...

Tajuk enty mcm tajuk lagu. Hehe.. Jangan nak terkejut sgtlahkan tetiba ada entry di pagi sabtu. Aku tgh bosan ni maka updatelah blog kejap memandangkan last update pon rabu so korang mesti rindu kat aku.. sila mengaku..haha.

Aku sbenarnya dah 2 hari mc. Hari khamis mc sbb masa gi follow up sepital, doc seluk tutt aku utk cek jalan. Baru bukak 1 cm. But doc tu ckp mmg anytimela kan. Baby dah engage dah pun. Balik dari sepital, darah pun keluar. Tapi bukanlah melambak mcm period tu. Sikit je. So aku relax lg sbb aku rasa darah tu kesan kena seluk. Lagipun aku tak rasa sakit lgsg. Sempat gi Alamanda shopping lagi. Hehe

Sampai hari jumaat, darah masih keluar lg.Igt nak gi keje tp tkt gak kalo tetiba tgh bawa kete, jadi pape ke. Dahlah opis aku dgn umah jauh. Jalan pulak jem. So husband soh gi sepital je utk cek. Yelah darah tu kan salah satu tanda yg kite kena refer sepital. So pagi jumaat tu ke sepitallah aku. Buatlah ctg sume tu and kena seluk lagi. Yang xbestnye doc lelaki cina pulak tu yg seluk. Huhuhu.. Doc kate baru bukak 2cm so balik dulu sbb aku xskt lg. Tgu bile dah ada contraction or air ketuban pecah baru dtg lg.. Dptlah aku mc hari jumaat tu. So skrg ni aku masih menunggu dan terus menunggu bila nak sakit.. haha.

Kalau xsakit gak isnin ni aku keje jelah...

"Baby girl bila nak keluar ni?"

Bak kata Kasyah "baby girl xnak duduk diam2".

Doakan perjalanan bersalin aku ni dipermudahkan.

Daaaaaaaaa

Wednesday, October 2, 2013

Wordless Wednesday..

I'm so busy ... Kena jugak siapkan keje before maternity leave.


Bertimbun forms atas meja..uhuhuu


p/s:Masih di sini melakukan rutin harian...38 minggu sudah...hehe

Friday, September 27, 2013

Oh My Interview

Salam...

Senyap sunyi aku minggu ni kan? Selain daripada aku asik ngulang sepital, aku juga kononnya fokus pada interview hari ni. Alhamdulillah dah lepas pun azab interview pagi tadi. Seriusly soalan memang tak terjangka weh. Penat jek aku prepare baca segala info yang patut aku tahu pasal PTD alih2 soalan yang keluar macam tak de kena mengena langsung dengan apa yang aku baca. And surprisingly, most of the conversation was in English. Ngelatkan.... Orang lain introduce diri sendiri je dalam English tp aku sume soalan pun English koooo....

Ada 2 soalan yang betul2 buat aku terkedu. Yang pertama bila die tanya isu2 berbangkit terutamanya dalam bidang pertukaran teknologi antara Malaysia dengan Jepun... What? Apakah? Aku kat opis ni buat education weh! teknologi2 ni bukan bidang aku. Kat situ aku dah mati kutu. Otak aku serabut digest camne nak jawab. Aku rasa sungguh merapu sekali jawapan aku. Soalan kedua yang aku terkedu bila die tanya sebab2 Korea berpisah jadi dua dan bila.. OMG, seriusly it was 7 years ago since last time i heard about that. Sungguh tak terjangka weh.

Dahla diorang tanya pasal isu sungai tercemar hari tu. Nasib baiklah boleh jawab tp akta apa si pesalah tu kena dakwa, memang aku terspeechless kejap. Should I know what is the act??? Huwarghhhhhhh kenapakah aku tak ditanya tugas2 PTD? Government Policy semua tu???? And kenapa aku punye interview mostly in English????? Macam tak adil jer...hahhaha..

Bila dah habis tu, die takde pun bagi aku satu solan untuk ditanya jadi aku pandai2 mintak izin nak tanya soalan. Aku tanya die, base on the interview, aku layak tak nak jadi PTD? Hah ko soalan direct terus aku kasi. Die cakaplah, You were a very good candidate buat we have many better candidates. Bla bla bla bla (macam xdapat jer)..bla.... Tapi satu jer yang positif bila die kate "your English is very good. Better than other candidates." Itu je yang positifnyer... So aku malas ah nak berharap. Tawakkal jelah. Macam aku cakap sebelum ni, kalau dah memang rezeki aku, jawapan merapu aku tadi akan buat aku jadi PTD...hahaha tapi kalau bukan rezeki, memang betullah aku jawab merapu smpai interviewer pun tak faham dan failkan aku..hahahaha.

Sekarang ni mood memang kelaut. Rasa regret pun ye gak. Asiklah why and why je yang bermain dlm minda aku skrg tp nak fikir lebih2 pun benda dah lepas. Bukan boleh patah balik pun. Marilah risau nak bersalin pulak..hehe.

Daaaaa...

p/s: Tips temuduga dari aku " Do not expect what the expecting but expect the unexpected cause you actually cannot expect".

Monday, September 23, 2013

Temuduga oh Temuduga

Salam...

Minggu yang stress dah pun menjelma. Selain stress nak ngulang ke sepital, aku juga stress dgn temuduga hari Jumaat ni. Seriusly sejak tahu pasal temuduga tu aku belumpun buat apa2 preparation. Aku langsung tak baca info2 yg patut aku tau. Aku tak baca skop tugas, aku tak amik tau sapa menteri ke apa ke senang citer aku buat dek je. Bukanlah xbersungguh2 tapi aku lagi concern pasal my baby. Berapa banyak die gerak, kenapa die senyap, kenapa aku sakit bdn, kaki bengkak semua tulah. Aku takde mood nak study pasal temuduga tu.

So minggu ni tak boleh tidak, aku kena jugak baca sikit2. Bukanlah beria nak menghafal pun. Asal tahu sudah. At least kalau ditanya boleh gak aku goreng2kan jawapan aku tu. Aku ambil konsep kalau ada rezeki adalah. Kalau xde teruskan kehidupan mcm biasa. Kalau dah memang rezeki aku, jawaplah merapu macam manapun, dah tentu2 dapat. Tapi kalau bukan rezeki aku, preparelah sampai setahun pun tp kalau bukan rezeki, xdapat jugak.

Dua tiga hari ni, badan aku sakit sgt especially kat pinggul. Serba salah dibuatnye. Nak ke kiri sakit, nak ke kanan sakit, nak duduk sakit, nak baringpun sakit. Tu lagi satu faktor kenapa aku xberia nak temuduga. Gua sakit beb! Dalam keadaan fizikal yg tak memberansangkan tu, camne aku nak fokus pada study? Memang taklah. Ni pun badan sakit lagi tp sbb aku malas nak mc sbb minggu ni hari2 pun aku cuti separuh hari, aku gagahkan jugak diri ni bangun gi keje dan bawa kete. Peh nak masuk ketepun seksa. huh.

Soryler kalo aku x bw ke blog korang. Ada gak aku jengah cuma xdan nak komen2. Aku terpaksa rela study kat opis ni sbb ni je masa yg ada. Doakan aku kawan2. Doakan supaya kesihatan aku baik hari jumaat ni dan aku berjaya harungi temuduga dengan jayanya. Kalau rezeki aku, in Sha Allah.

Daaaaaaaa

p/s:Boleh ke aku buat muka kesian? Aku dah 37 minggu ni. Kalao ikut Kasyah, minggu depan dah bersalin beb. huhuhu

Friday, September 20, 2013

Kebanggaan mama

Salam Jumaat yang berbahagia...chewah.

Beberapa hari lepas, aku terkesima, terkejut, terpaku, terharu dan pelbagai 'ter' lagi. Aku dengan family tengah lepak2 tengok berita di malam hari, tibe2 aku terdengar Kasyah baca ABC. Terus aku tgk die and surprisingly Kasyah baca ABC tanpa bantuan. Maksud aku die baca sendiri sambil tunjuk huruf tu satu2. Actually aku ada download satu apps dalam note untuk belajar ABC and Kasyah memang suka main apps tu. Tapi selalunye die baca ABC ikut apps tulah. Apps tu sebut A baru die ikut A. Tapi apa yang berlaku malam tu, die baca ABC sampai Z sendiri tanpa ikut apps tu. Wah bangganya aku. Serius rasa terharu sgt sampai aku peluk2 cium die sbb happy giler.

Budak bijak yang menjadi kebanggaan mama. So skrg ni kalau pergi jalan2 macam ke Alamanda ke, Kasyah suka baca abc. Nanti dia tunjuk huruf dekat depan kedai tu pastu die cakaplah tu huruf apa. "Mama, ni 'A'." or "Papa, ni 'R'."

Tahun depan masuk sekolah, harapnya Kasyah akan tumpukan pada pelajaran kat sekolah. Aku dahpun daftarkan die kat Little Caliph. Harap die tak meragamlah kat sekolah nanti. Setakat ni bila aku tanya die nak sekolah ke tak, memang die nak. Siap request nak beli beg sekolah spiderman..hahaha.

p/s: Apa saja kejayaan anak walaupun cuma kecil tetap rasa bangga kan..

Thursday, September 19, 2013

Di hari Malaysia

Salam...

harini update guna note. Payah juge tp nak buat guane dah komputer opis aku hampeh, terpaksala guna note je. Aku kat umah sbnrnye ni. Ada appointment kat sepital td. So hari ni aku amik halfday. Minggu depan kena gi lagi sepital. Memang ngulang sepital jela aku sampaila bersalin. Huwargh stress aku sbb setiap kali ke sepital aku kena cuti. Opis aku xterima time slip. Huhuhu. Kalo dah seminggu 2 kali ke sepital, pastu sekali ke klinik, x ke dah 1 hari setgh cuti aku burn. Huhuhuhu, dah ler cuti aku limited setahun. Stress weh.

Okaylah berbalik pada tajuk, hari Malaysia haritu barulah dpt bawa Kasyah jalan2. Sabtu dgn ahad papa die ada kelas so kami berdua dok umah je. Hari isnin tu bawalah kasyah mandi kolam. Bagi die mandi puas2, lepas tu main playground pulak. Dah penat main2, kami jalan2 Alamanda. Itu jela pon xtvt hati tu. Jadilahkan asalkan dpt jugak keluar rumah.

Peace. Ada sekali tu kasyah terjun pastu die tenggelam mcm nak lemas, terus xberani terjun lagi..hehe. tau serik..

okaylah, penat ah taip pakai note je. Daaaaa

P/S:malas pulak nak gi keje tghri ni.

Wednesday, September 18, 2013

Sedikit bengang..

Salam..

Poyokan aku. 5 hari tak berupdate alih2 keluar entry bengang...hahahaaronsalimbacik.. Aku bukan sengaja nak menyenyapkan diri tp ada hal sikit. Semalam aku cuti sbb aku kena ke Hospital Putrajaya sbb baby aku kecik. So bila dah cek semuanya normal kecuali saiz baby yang xnormal. Doktor memang pelik sikit camne boleh kecik ni sbb kalau ikut saiz die baru 31 minggu padahal aku dah 36 minggu weh. Dah boleh bersalin bila2 dah ni. Oleh sbb itu, esok aku kena ulang balik ke hospital untuk cek lagi dan pantau baby aku ni. Xpasal2kan kena cuti. Dahlah opis aku ni xterima time slip. Rugilah cuti aku yg tinggal setoet je tu.

Berbalik pada tajuk entry, aku sebenarnya bengang dengan komputer aku ni. Tadi aku kena tukar komputer sbb katanya komputer sblm ni kena virus. I okey je nak tukar. So bila dah tukar, banyak pulak website yg aku xleh bukak. Semuanya error termasuklah blog aku ni. Semua blog orang aku takleh view tau. Bengang ler aku. Bukan setakat blog jer, forum cari pun aku xleh bukak. Haish senang citer ada beberapa website je yg boleh view. Yang lain sume operation aborted xpun done buat with error on page...huhuhuhu

Minta maaf byk2 aku xleh nak bw kat blog korang. Kena tgu balik umah bw guna note jelah. Itupun belum tentu sbb selalunye note mmg Kasyah konker sorang2 main game..nangis!

Papehal, doakan baby aku okay ye dan takde komplikasi. Hati xseronok sgt ni. Preparation utk interview pon xbuat lg... Haish.

Thursday, September 12, 2013

Set bersalin pilihanku..

Salam...

Semalam aku dah bagitau set bersalin dah sampaikan. So balik keje tu tak sabar nak selongkar barang2 dalam kotak tu. Ala2 jakunlah jugak. Dulu pakai set lain kali ni cuba set lain pulak. So pilihan set bersalin aku kali ni ialah Set bersalin NR. Mula2 macam berkenan sangat dengan set Tanamera tu sbb die tanpa jamukan tp dok fikir2 banyak barang dalam tu aku xberapa nak minat untuk pakai kecuali minyak kelapa dara dengan Brown soap je. Survey2 lagi set bersalin yang lain2. Setelah berkira2 and kebetulan jumpa blog yang jual set NR tu dgn harga murah, akupun rembatlah. Ramai jugak yang bagi feedback kata NR bagus. Yang tu kena tunggu aku guna dululah baru boleh review.

Set Bersalin NR. Harga sebenar RM360 tapi aku beli kat satu blog ni cuma RM280 saje. Bykkan bezanye. Set ni ada 6 barang iaitu pil phytonatal, akar herbanika, minyak herbanika,uncang cuci herbanika, lulur herbanika dgn krim barut herbanika. Pil tu utk lawaskan pembuangan dan juga langsingkan badan (langsing kerrrr???? hahaha), akar herbanika tu utk minum, minyak tu utk sapu kat bdn dan sapu pada pad, uncang cuci utk basuh tuttt dan mandi, lulur tu untuk lulur badanlah dan krim barut tu sapu kat perut sblm pakai barut.

Tapi sbb kat blog tu ada offer yang macam ada sepanjang masa, so aku add Rm20 jadi RM300 utk dptkan bengkung, pilis dgn minyak telon. Saje je amik bengkung walaupun sblm ni aku dah ada bengkung tp sbb last time bengkung ada 1 je and aku rasa tak selesa pakai bengkung tak berbasuh, baiklah ada 2. 1 basuh 1 pakai, hari2 boleh basuh. Nak dapatkan produk yg sama dgn harga murah macam aku beli ni bolehlah klik blog hana. Pantas dan memuaskan.

Dah kata tadi aku berkenan benor dgn minyak kelapa dara dan brown soap tanamera makanya aku belilah dua benda ni secara loose item. Aku order pagi, petang tu orang tu hantar. Memang efisien. Harga minyak kelapa tu RM34 dan sabun tu RM15 satu. Aku amik dua sbb nak pakai skrg sampai bersalin. Sabun tu malam tadi dah pakai mmg best mcm scrub.

Inilah set bersalin dan berpantang aku. Set NR bersama bengkung, pilis dan minyak telon serta minyak kelapa dara dan brown soap tanamera. Kenapa aku pilih set bersalin ni sbbnya ramai yang kata bagus dan beratpun senang nak turun. Pil tu selamat untuk susukan baby. Dulu masa bersalinkan Kasyah aku guna set Leesa Formula tu tp sbb Kasyah jaundis teruk so byk yang aku tak usik dlm set tu. Last2 buang je. Huh rugi tau. Harga dahlah Rm350 tp yang aku guna cuma bengkung, tungku dgn krim sapu je. Yg lain2 tak gunapun. So kali ni cari yg tidak berjamu.

Berjaya ke tak berjaya aku guna set ni dengan optimum kenalah tunggu aku bersalin dulu.. hehe.

p/s:Aku dpt interview kerajaan.. Adeh, dahlah debor nak bersalin, mana nak fikir pasal isu2 kenegaraan dan dunia lagi..hadoilah..

Wednesday, September 11, 2013

Set Bersalin

Salam...

Yay set bersalin yang aku order dah sampai. Baru sat2 je pak guard call aku kate ada parcel utk aku. Bagus betul. Baru order semalam, hari ni sampai dah. Bila dah ada set bersalin ni maknanya dah semakin dekatlah hari yang ditunggu2. Aduh makin neveslah pulak.

Iniler set bersalinnyer. Korang nak tau set apa? Nanti2lah citer. Kotak xbukak lagi. Tgu mood rajin aku mari...

Baru tadi aku order lagi 2 benda untuk lengkapkan set bersalin aku. Lepas tu boleh update beg bersalin dan letak kat kete. Sekarang ni beg baby je yg dah ready. Beg aku masih tak complete2 lagi. Dasar pemalas nak mengemas betul..hehe. Okaylah, nanti sambung lagi ye.

Daaaaaa..

p/s:Ada keje yang pending ni..Aku risau tp bos mcm relax je...

Monday, September 9, 2013

Bubur pulu hitam dan kacang merah bersama durian

Salam...

Kebetulan mak datang umah last weekend bawa durian beberapa biji, makanya selain dimakan, aku request mak buat bubur pulut hitam ni. Plan nak suruh mak buat serawa durian tapi sebab dah dapat makan haritu so buat bubur pulut hitam pun sedap. Pulut hitam pun ada lagi lebih aku buat bubur dulu.

Bubur pulut hitam campur kacang merah bersama durian siap untuk dijamah. Sedap sbb manisnye sedang2 elok je. Puas aku makan bubur ni semalam.

Hari ni mak dah balik. Kesian Kasyah sbb die merengek cakap nak ikut tok mak balik kampung. Aku okay je kalo Kasyah nak ikut tp masalahnye nanti bile die cari aku. Xpelah ujung bulan ni mak aku datang lg sbb aku dah nak bersalin so mak kenalah jaga Kasyah kat umah sementara husband uruskan aku nanti... Sebut pasal bersalin, makin hari makin seriau rasa...Alahai, apa pulak experience kali ni????

p/s:ptg ni nak makan kat luar tp bosan ah makan nasi.

Friday, September 6, 2013

My sweet boss.

Salam..

Pagi tadi masa aku sibuk main candy crush (haha kantoi main game kat opis..hehe) bos datang kat tmpt aku. Ingatkan nak suruh buat keje ke apa ke rupanya die nak bagi Omamori atau dalam bahasa omputihnye lucky charm or dalam bahasa melayunye tangkal.. Ape ke jadah bos aku bagi tangkal? Die kata tangkal tu untuk aku selamat bersalin nanti... Wahhhh terharunye aku sbb bos aku sikit punye baik ingat kat aku dan bagi lucky charm tu untuk my delivery nanti. Sweetkan bos aku??? Aku serius terharu sgt tau sbb die ingat kat aku.

Inilah lucky charm tu. Janganlah korang ingat aku percaya kat tangkal2 ni pulak tp aku terima sebagai tanda ingatan dan hadiah yang bos aku mendoakan (dgn cara die) supaya aku selamat bersalin. Serius aku rasa bos aku sweet sgt..hehe. Omamori ni memang charm untuk melindungi.. Tak kesahlah masa bersalin ke, masa bawa kete ke, senang citer ikut kepercayaan orang Jepun charm ni mmg untuk good luck la. Serius sweetkan bos aku??? Berapa banyak sweet daaa aku nak cakap..hehehe...

p/s:Kat mana aku nak simpan lucky charm ni yek?????Bawah bantal ke????hahaha

Thursday, September 5, 2013

Di hari Merdeka

Salam..

Hari ni dah pun hari terakhir Syawal. Ada banyak kenangan manis dan pahit yang berlaku sepanjang Syawal kali ni. Yang paling tak dapat aku lupa tentulah bila abah tiba2 diserang sakit jantung. Tapi Alhamdulillah keadaan dah kembali normal. Hopefully xde lagi dah serangan2 gitu. I seram uolss.

Cerita hari merdeka, aku xdelah sambut merdeka pun. Malam merdeka kononnya husband nak ajak pergi tgk bunga api kat Putrajaya tu tp aku belum pukul 10 dah tido..hahaha. Memang xboleh blah betul. Sejak pregnant ni memang aku tido awal. Nak berjimba malam2 ni payah sikitlah. So di hari merdeka tu, siangnya kami ke kenduri kawen ofismate aku.

Inilah pengantinnyer. Husni dan Zaidah. Ofismate aku yang pengantin lelaki tu. Untung ko die kawen sampai Ambassador pun dtg. Kelas uoolss. Officerpun ramai yang dtg. Jeles ai. Dalam gambar ni cuma pengantin, aku dgn 2 lagi kawan aku je yg melayu. Yang lain2 kebanyakannya bukan warganegara Malaysia..hahaha.

Lepas kenduri tu kitorang xkemanapun. Terus balik tp sebelum tu singgah jap kat Mydin kat umah tu beli brg sikit. Alkisahnye cousin aku dah call bgtau nak dtg malam tu. Aku nak masak beria memang xberapa larat. So decide buat yang simple2 je.


Menu utama spageti olio. Resepi spageti ni aku pernah share dulu. Boleh klik sini. Cuma kali ni aku xguna cendawan shitake sbb xde stok. Yang da cuma cendawan butang. Pon sedap.hehe. Mula2 cousin aku sefamily je yg nak dtg. Alih2 bila dah masak spageti ni rupanya sebesen besar. Aih banyaklah pulak. Terus aku call cousin aku lagi sorang yang dok UPM tu. Jadilah malam tu malam menjamu sedara mara..hehe. Aku punye sepupu ada 2 orang je pun yg dok KL.


Selain spageti tu aku buat jugak cekodok kentang cicah dgn sambal sardin. Adunan tepung setengah kilo. Habis kooo.. Malam2 makan jemput2 panas cicah pulak sambal sardin memang meletopslah kan. Xsia2 berdiri lama goreng jemput je.


Ini jelah yang sempat aku buat. Inipun dah mengah dah. Dah ler masak sorang2. Laki aku sibuk melayan Kasyah main bola. Lantaklah. Daripada die ngacau aku, baik die main bola... In sha Allah kalau ada rezeki tahun depan bolehler buat makan2 ajak kawan2. Malam tu memang kecohlah kejap umah aku. Kecoh kitorang berborak, dgn anak2 sedara lagi main bola bagai..huhuhu sekali sekalakan. Baru jemput 2 family. Dah riuh mcm tu. Memang seronok. Samapai pukul 12 lebih diorang kat umah aku. Seronok sgt berbual. Gitulah kalau jarang2 berjumpa. Time jumpa nilah semua gosip keluar..hehe.

Daaaaa...

p/s: Esok mak datang..yay yay.

Wednesday, September 4, 2013

Soto Sentap...

Salam..

Seminggu lepas raya haritu, tetibe tekak ni teringin benor nak makan soto. Tapi xnak soto beli. Nak soto buat sendiri. Dah kalo nak soto sendiri, apalagi buatler... Pagi2 hari sabtu gi beli barang kat pasar borong. Alah buat untuk makan sendiri je. Aku guna paste soto jawa yang aku beli sebelum ni. Sedap hokeh. Memang puas hati. Sampai hari ahad tghari makan soto jer..haha.

Ni ler rupanya. Tak yah resepilah yer. Semua tau buat soto. Sap sap soi jer. Gigih jugak aku buat begedil tu.

Soto sedia untuk dimakan. La ni aku dah pencen kejap dari memasak. Penat weh masak ni. Masak simple2 je aku buat mcm cekodok ke, lempeng ke, bolehler..hehe. Lepas ni teringin pape, request jer. Soh husband cari.. aci tak? hehe

Daaaa..

p/s:Ngantuknyer.

Tuesday, September 3, 2013

Rezeki jangan ditolak.

Salam...

Cerita fresh ni. Bukan cerita minggu lepas, bukan juga cerita semalam tapi ni cerita lunch tadi.. hehe gigih tak aku? Tadi masa lunch bos aku bawa gi makan. Dah lama dah bos tak belanja makan. Last bulan 5 haritu. Ni barulah die belanje lagi. Jumaat ni pun ada makan2 jugak. Tapi kat rumah bos besar. Die nak balik negara die so die buatlah makan2. Jadi, mana tempat aku makan tadi? Aku pergi makan kat Ben's je kat Pavilion tu. Teringin pulak nak makan spageti carbonara dgn apple crumble.

Inilah carbonara aku. Hari ni macam kurang masin sikitlah. Ke tekak aku je yang rasa mcm tu? Entah. Tak kesahlah yang penting habis..hehe

Ni menu kawan aku. Spageti ntah apa nama. pomodolo ke pomobolo ke yang penting ada lo lo lo la kat belakang die.

Me and my fren. Kami kerja sama2 under education. Aku buat untuk undergraduate die buat postgraduate. Segala perubahan dlm sistem pendidikan Malaysia kitorang kena alert sbb nak kena bagitau bos.

Hah nilah bos aku? Ensem tak? Tak boleh ngurat eh sbb die dah kawen. Ada lagi officer2 yg ensem kat ofis aku ni.. Tapi sayang semuapun tak available..hahaha. Bos aku ni teliti bab2 keje tp die tak kedekut. Kalo bos lama buat keje cincai je tp kedekutnye ya ampun..

Lepas makan main dish kami amik apple crumble tp lupa nak amik gambar sbb dah terkam dulu. Sedap sgt okay apple crumble kat Ben's ni. Boleh mengigau dibuatnye..huhu.

Bos, lepas I bersalin, belanja lagi eh??

p/s:Perut kenyang mata mengantuk.

Monday, September 2, 2013

Big Box Pizza Hut

Salam....

Korang dah try dah big box terbaru drpd pizza hut? Ini cerita minggu kedua raya haritu. Kasyahlah yang beria merengek kat telinga aku ni cakap nak mee sambil merujuk kepada pamplet big box pizza hut tu dgn menunjuk gambar spageti. Aduhai, dahler semalamnya dah makan pizza so tekak aku ni takdela terasa nak makan pizza lagi. Lagipun tengah bulan kot. Dah ler baru lepas raya, gaji pun ada seminggu lagi. Berfikir2 jugak nak beli ke tidak. Tapi sebab kesian kat anak, last2 order gak big box tu. Big box tu available utk delivery jer rasanya. Harganya Rm39.90.

Hah iniler rupa big box tu. Ada 1 regular pizza, 1 spageti, chicken wing 4 ketul, garlic bread dgn 6 finger chicken.

Tengokler muke budak happy dpt makan mee..hehe. Aku punye review big box ni berbaloilah dgn harga tu. Cuma 1 jer nak komplen. chicken wing tu xsedap ler. Xkena dgn tekak aku dan suami. Dah makan pizza 2 hari berturut2 rasanya lepas pantang nanti baru aku makan lagi kot... Muak pulak aku tgk pizza..huhuhu.

p/s:Bos aku dah nak balik negara die....Cepatnyerr...

Friday, August 30, 2013

Mom & Baby Expo

Salam..

Ini cerita tertangguh dari bulan lepas. Maha lewat lagi basi..haha. Aku pergi expo baby ni minggu first puasa. Gigihkan bulan2 pose dgn haus lapar tu gi menebeng kat sini. Ala xdelah penat sgt kot sbb tempat beraircond. Kalau kat tmpt terbuka haruslah aku buka pose agaknye..hehe. Expo ni kat midvalley so pagi2 dah kejut husband soh bangun. Cakap kat die xnak lmbt sbb diepun nak pergi kelas petang tu. Expo ni bukak kol 10 kul 9.45 aku dah tercongok kat pintu depan. Ingatkan aku yg awal rupanya dah beratur orang.

Peace by Kasyah. Ramaikan orang.. Memang dah penuh depan pintu tu. So kite beratur dulu. Nak masuk kena daftar utk dapatkan goodies bag. Kalau xnak beratur pon xpe tp xdptlah beg tu.

Sempat lagi tu. Yelah kake kot menunggu pintu die bukak. Masa ni aku dah 26 minggu rasanya. Once pintu bukak kamipun serbu. Kenalah beratur utk daftar tu. Kami daftar dua nama sekali so dapatlah 2 beg.

Dah masuk dalam mmg xdan langsung nak amik gambar. Org ramai dan sesak. Aku terus ke booth fiffy utk cari baju baby. top up baju yg ada sbb kalau ikutkan xbyk baju Kasyah yg elok lg. Baju die dulu aku mmg beli stok besar pakai sampai lunyai. So yg tgl baju new born 4 psg. Yg lain2 tu adalah sikit yang elok. So kenalah beli gak baju baru utk baby. Amik itu ini hah abis gak RM200 lebih kat fiffy ni. Lepas tu aku ke pureen lak. Nak beli baju sehelai je tp sbb beratur nak byr kemain pjg, terus letak balik baju tu. Konon nak cari kat tmpt lain tp sampai sekarang aku xjumpe baju tu..huhuhu.

Aku survey gak breastpump. Survey je dulu. Malas nak beli dulu. Pusing sana sini, badan pun dah xlarat, pukul 12 kamipun balik. Teruslah aku hantar husband ke UTM and aku balik dgn Kasyah.

Inilah barang yg ada dlm goodies bag tu. Ada mug, pampers, susu dgn vitamin C utk kanak2. Ada wet tissue gak dan juga majalah parenthood. Berbaloi2 kot.

Dan ini brg2 yg aku beli... Since masa ni dah tau jantina so belipun baju kaler pink dan seangkatan dgnnyer saja..haha aci tak? Tapi xdelah aku beli byk sgtpun. 5 psg je. Romper die byk aku borong masa kat GM haritu.

Buat masa sekarang beg baby nak gi hospital mmg dah ready. Tinggal beg utk aku je. Malas betul nak kemas beg. Berdebar pun ye... Camnelah gamaknye bersalin kali ni...takuttttttt....

p/s:terasa nak makan pulut santan durian. Nak balik kg ke x?

Wednesday, August 28, 2013

Alhamdulillah....tapi...

Salam semua.. Hari ni aku dah kembali bekerja. Nak ucapkan terima kasih banyak2 buat semua yang mendoakan kesihatan abah aku. Alhamdulillah abah aku dah keluar hospital semalam. Keadaan die dah stabil dan tak membimbangkan lagi. Sekarang ni kenalah pantau makanan abah. tak boleh lagi nak buat kerja2 berat macam membaja kebun tu. Aku dah pesan kat mak suruh beli minyak zaitun untuk masak. No more minyak biasa yang kaya kolestrol tu. Dah macam mak nenek dah aku membebel pesan kat mak dan abah macam2.

Tengok tajuk entry ni siap ada tapi kan. So apa tapinya??? Kes abah dah settle timbul pulak kes aku...huhuhu. Semalam aku pergi cek up mcm biasa. Masa cek jantung baby dgn nurse, entah camne jantung die boleh laju pulak. Sampai 170 lebih. Normalnye tak boleh lebih 160. Dah ler nurse tu soh aku jumpe doktor. Bile jumpe doktor, aku kenalah scan sbb mmg nak buat follow up kes baby aku kecik sikit. Bila dah scan memang baby kecik. Aku dah 33 minggu tapi ukuran baby cuma dapat 28 minggu je. Kurang 5 minggu kat situ. Tak pasal2 kena refer klinik O&G kat Hospital Putrajaya. Kena jumpa pakar. Aku dah set appointment so 17hb 9 nanti aku kena gi sana. Haih macam2 pulak pregnant kali ni. Dah la aku mabuk lama, pastu skrg ni ntah kenapa aku xde selera makan. Balik kampung haritu kena lagi sakit perut muntah2 tu. Suffer ler sehari takleh makan.

Hopefully xde pape komplikasi. Aku xnak bersalin awal atau dlm erti kata lain bersalin dipaksa. Aku xnak operate. Aku nak bersalin normal. Hope jugak baby akan berpusing kedudukan ke bawah sbb semalam masa scan die belum turun lagi. Doktor kata kalau minggu 36 tak turun jugak mmg kena ke hospital ler jawabnya... huhuhu..

p/s: Kadang2 rasa nak menangis....huhuhuhu

Monday, August 26, 2013

Kejutan tak terduga.

Sedang aku mencuci pinggan selepas makan tengahari dihujung minggu, handphoneku berbunyi. Ah, mesti mak sbb mak memang rajin call aku nak cakap dgn cucu die tu. Baru aku nak angkat, dah terputus. Sesaat kemudian, ia berdering lagi.Ku dengar suara lemah mak memberi salam.

"Kak, abah masuk hospital. Kena serangan jantung."

Hampir gugur jantung aku mendengar perkhabaran mak. Bertubi soalan kutanya mak. Abah jatuh ke? Macam mana boleh kena?Bila? Dan macam2 lagi. Saat mak bagitau, doktor suruh call waris2 abah, air mata terus gugur xberhenti. Ya Allah dugaan apakah ini? Serius aku belum bersedia andai benar saat abah telah tiba. Macam2 bermain di fikiran aku. Terus aku call suamiku suruh balik sekarang juga. Sementara tunggu die sampai, aku mengemas apa yang patut untuk dibawa balik kg. Air mata memang sentiasa mengalir. Sampai Kasyah tanya kenapa aku sedih.

Perjalanan pulang ke kampung kurasakan lambat. Akhirny setelah 2 jam setengah sampai juga aku ke hospital. Aku terus ke wad icu di mana abah ditempatkan. Melihat saja wajah abah, mengalir lagi air mata ini. Terus ku tanya abah segala persoalan yang bermain dalam fikiranku sepanjang perjalanan tadi. Doktor kata abah kena serangan jantung kritikal. YA Allah, memang abah benar2 kena heart attack and it was critical. Nasib baik abah cepat ke hospital. Patutlah doktorsuruh panggil waris sbb sebenarnya...ah tak mampu untuk aku ucapkan.

Alhamdulillah syukur abah dah stabil. Sakit dada juga dah berkurangan. Lega aku mendengarnya. Tapi abah masih perluberada di icu selama 3 hari. Hopefully semuanya akan okay. Ini pengalaman pertama aku abah sakit serius. Abah tak pernah kena heart attack. Abah cuma ada darah tinggi saja. Itupun abah mmg jaga makan. Sungguh ini memang kejutan tak terduga. Kejutan yang tak mungkin ku lupa. Kejutan yang juga satu peringatan.

Doakan abah aku sembuh ye kawan2. Sesungguhnya aku memerlukan sokongan saat ini.

p/s:harini aku cuti. Xtahu sampai bila.

Friday, August 23, 2013

Menjelang raya

Salam...

Aduh senyap sunyi ko ye 2 hari ni.. Bukan xnak update pape tp aku sedikit busy. Sehari suntuk buat kerja je. Dedikasi betul aku. Hari ni mood rajin tu dah hilang balik. Ingat nak sambung kerjaan semalam tp malas pulak. Agaknye mood pun ikut cuaca. Dah kat luar tu renyai gelap jer maka mood pun mendung jerlah. Balik tido pon best. hehe.

Ni apa kes cerita menjelang raya pulak ni? Haha sukati aku ler nak update tunggang terbalik pun. Haritu nak nak update ikut turutan tp gambar pulak bermasalah nak ditransfer. Udahnye jadiler entry kedepan kebelakang ye. Layannnnnn...

Aku balik kampung hari selasa petang tu. Sampai kat kampung dalam pukul 9 malam. Alhamdulillah sbb hari tu jalan smooth jer. Xjam pun. Kamipun xberhenti buka puasa. Makan dalam kereta je sbb makan pizza so snglah sikit nak makan. Pagi rabu sehari sebelum raya tu, memang gigih aku bangun awal sbb dah plan nak buat kek. Lagipun petang dah sibuk nak memasak pulak.

Kasyah pagi2 dah sibuk mintak durian. Atuk die beli seguni sbb teringatkan die ler. Kasyahkan hantu durian. Setiap pagi selagi durian tu ada memang die sarapan durian je. Nasib baik xdemam. Risau gak takut badan die panas.

Makan durian xpandang orang lain. Saje je ngenceskan mama tengok die balun durian ni. Kan puasa lagi masa tu... :p

Mula-mula aku buat kek coklat ni. Kononnya buat kek coklat ni sempena anniversary aku. Igt nak ler potong2 kek raya pertama tu tp nan hadoooo. Dah siap kek ni, Kasyah merengek nak kek. Terpaksa potong kek ni...huhuhu. Punah harapan..

Sementara tunggu kek coklat moist tu masak, aku buat kek cheese crackers ni. Saje je nak rasa sedap ker tidak. Sedap jugak bagi penggemar cheese tp xleh mkn byk. muak sikit sbb manis dan berlemakkan.

Yang ni yang dah siap. Tinggal nak letak dlm fridge je. Sape dtg raya rumah aku raya pertama sampai ketiga mmg dpt rasa kek ni. Lepas tu yilek...

Yang ni kek batik yang aku buat sebelum balik kampung. Kiranya tahun ni ada 3 jenis kek ler kat rumah aku. Kek batik ni, kek coklat dgn kek cheese crackers tu. Gigihkan aku..hahaha..

Malam raya layan Kasyah main bunga api. Memang syoklah sbb malam tu dah mcm pesta bunga api merdeka dah. Sana sini org bakar mercun bateri tu. Syok tgk. Nasib baik aku xde baby, kalo xmau terkejut semedang. Dah ler sampai ke tgh malam.

Gitulah cerita menjelang raya. Dah tu je kot citer raya aku. Malas dah aku nak citer raya seterusnye sbb madang anak aku ngamuk jer...Penat aku tau.

Okaylah daaaaaa...

p/s:Esok nak shopping brg baby lg... hehe

Tuesday, August 20, 2013

Raya kedua

Salam syawal ke 13...

Ingat malas dah nak cerita pasal raya kedua dan seterusnya sbb takde gambar tp sbb skrg ni ada masa (banyaklah sgt masa koo kan..) citerlah judak. Tapi setakat citer jelah ye. Gambar mmg takde, yilek, nehi, no no no..

Raya kedua, plan nak balik ke kampung mak pulak. Kampung mak bapak aku bukannya jauh mana. Kampung mak aku 1/2 jam je. Kampung bapak aku lebih kurang sejam. Dua2 kat segamat jugak. Anak jati segamat aku ni. Disebabkan raya kedua tu hari jumaat so kami gerak lepas solat jumaat. Disebabkan dah ptg, terpaksalah skip beberapa rumah. Kami sempat pergi 7 rumah je. Ada 3 rumah kami xpergi. Kalau pergi sampai ke malamlah jawabnya. Kami kena balik sblm maghrib sbb malam tu makcik aku sefamily pulak nak dtg.

Kat kampung mak aku ni pun si Kasyah buat perangai wei.. Sudahnya balik tu singgah lagi kedai RM2. Kaya tokey kedai RM2 tu sbb hari2 aku melabur kat situ. Bukan satu tp tetiap hari at least 3 mainan Kasyah amik. Hang kiralah kerugian aku kalo balik kg.

Malam tu family makcik aku dtg. Pakcik aku yg sefelda dgn akupun dtg jugak. Penuh jugaklah umah. Kasyah pulak makin menjadilah perangai die sbb ramai kawan2. Yang tak syok tu abis dipeluknye dua pupu die yang lagi kecik dr die. Meraung ler budak tu. Dah kena tegur terus protes hentak mainan, baling sana sini, tarik rambut aku. Sikit lagi nak kena hanger dgn aku tau. Balik je sedara mara aku tu, terus die tertido. Penat buat perangai ler tu.

Gitulah kisah raya kedua aku. Asik bergelut dgn anak je.

Raya ketiga kalau rajin aku ceritalah ye..

daaaaaaa..

p/s: Nak buat apa untuk potluck ye????

Monday, August 19, 2013

Syawal pertama

Salam Isnin salam minggu baru. Hari ni gigihkan diri untuk update gak citer raya walaupun mood nan hadoo lagi..hehe. Kang sampai raya tahun depan pun tak berupdate lg. Actually citer raya aku sama je mcm orang lain. Pergi berayalah kan. Ke ada org hari raya pergi dangdut?? kehkehkeh.

Pagi raya aku bangun awal. Macam biasalah kena bangun awal kalo x mmg xsempat nak bersiap. Pukul 6 aku dah bangun dah. Jengah kat dapur, mak aku tgh masak lodeh. Aku tanya pasal sate goreng, igt nak gorengkan. Bahan2 mmg aku dah perap petang semalam. Tapi rupanya mak aku dah goreng dah. So lauk2 sume dah settle. Yelah malam raya aku dah masak rendang dgn ayam masak merah. Pagi tu mak tgl buat lodeh dgn goreng sate jelah. Settle bab makanan, nak settle hal hantar mknn ke umah jiran2 pulak. Seawal pukul 7 dah ada jiran yang hntr lauk. So aku tolong salin untuk buat balasan. Pukul 8 warga lelaki sume dah ke masjid. Tinggallah aku, mak aku dgn Kasyah kat umah. Aku siapkan Kasyah lepas tu aku pulak bersiap.

Diorang sume balik dari sembahyang raya, kamipun makan.

Ini antara lauk yang ada. Yang ni rendang daging cili api maveles aku masak. Serius pedas n sedap sgt. Bukan sbb aku masak aku kata sedap tp sbb mmg sedap. Cukup segala rasa. Mmg dok ngulang rendang ni je. Sedara mara aku dtg malam tu pon dok pulun rendang ni sampai habis. Sume kate sedap..hehe. Kombang mak yang dah memang kombang nih..kekekeke.

Lauk2 yang ada. Banyak giler tau lauk. 7 umah yang bagi memang penuh satu meja.

Lepas makan, aku cepat2 ajak family aku bergambar sblm "menantu kesayangan mak" (sayanglah sgtkan) datang. Kami semua malas nak amik gambar dgn die so kami pulun amik gambar dulu. Sape yang tau, taulah kes menantu mak aku tu. Malas nak cerita walaupun pagi tu ada lagi kejadian yg buat aku ni nak memaki die tp sbb aku baik so aku diam je. Bergosip dgn bapak aku jek..haha.

Sementara tunggu mak abah aku bersiap, kami amik gambar dulu... Aih kembangnye aku.. Tapi kalau xkembang xle namanya mengandung 30 minggu ye dak?? hehe

My famili... Yang xde abang sulung aku sekeluarga..hehe.

Kasyah pon mood baik je pagi tu tp ptg raya toksah citer ah. Nak mengamuk aku layan die..huhuhu

Siap peace lagi. Skrg ni kalau amik gambar asik nak peace je... Mentang2 dah pandai buat peace.

Since raya pertama jatuh pada anniversary kami, amik mood gedik tangkap gambar berdua ala2 romantik...Kononnyelah..

Sesi salam salaman di pagi raya. Kasyah pon salam juga tau. Penat aku training die. Lepas salam cakap 'Selamat hari raya' hahaha.

Salam tok mak pulak...

Salam dgn mama pulak. Tak salam tak dapat duit raya. Kasyah lepas dpt duit raya je terus pas kat aku. Die cakap " ni masuk tabung' hehe.

Sayang anak mama.

Salam papa pulak.... Lepas je sesi salam salaman ni, kami tunggu gak kot2 ada yang nak dtg. Dalam pukul 10 tu bila tgk xde sape call ckp nak dtg, terus kami bersiap balik kampung abah.

Raya pertama je 10 buah rumah. Bayangkan sampai sentak perut aku. jangankan makan, nak minum pon dah xboleh masuk. Tu pun rumah makcik aku lagi sorang terpaksa di skip sbb Kasyah dah buat perangai. Bayangkan tgh2 raya die sibuk ajak gi beli lorilah, bajaklah, ketelah..xmemasal kena gi kedai RM2 beli menan. Boleh pulak kedai RM2 bukak di hari raya..haha.. Dah dpt menan diamnye kejap je. Dah ptg dlm kul 5 camtu die buat perangai balik. Dah penat sgtlah tu. Dalam kete on the way balik tu die terus tido sampai ke pagi. Hah hambek ko. Penat sangat.

Malam tu cousins aku family mak long datang. Penuh rumah. Diorang balik je, akupun tumbang. Gitulah citer pulun beraya di hari raya.haha

Penatlah buat citer raya... stop dululah...

daaaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...