Tuesday, January 29, 2013

Bubur Kacang Merah dgn Pulut Hitam

Salam semua.. Hah amacam dah bercuti 3 hari, ada yang topup lagi sampai lima hari mesti hari mood ala2 lemau nak mula keje kan? Aku skrg tgh berjimba2 bersuka ria beronok2 dekat Langkawi..hehe. Ini entry terbit sendiri ni.. Untuk tidak menyebabkan blog aku ni sendu maka mari kite tgk apa yang kena..hehe

Minggu lepas ada sikit rajin so akupun godek2 bahan untuk buat bubur kacang merah campur pulut hitam. Actually aku nak buat bubur pulut hitam je sbb tu feveret aku tapi suamiku pulak suka kacang merah. Combinekan jelah. Sonang baitu. Nak membuatnya pun senang je. Tapikan aku tak rendam kacang dgn pulut tu semalaman. Hambek ko kemain lama nak bagi die empuk. Bukan aku tak tahu kena rendam tapi mula2 tu mcm malas nak buat dulu. Takut kang kalau aku rendam siap2 alih2 tak rajin nak buat. Tu yang keras kejung aku punya kacang.hahaha. Tak kesahlah walau lama nak menunggu yang penting sedap..hihi


Bubur Kacang Merah dgn Pulut Hitam

Bahan2
Kacang merah (rendam semalaman)
Pulut hitam (rendam 1/2 hari)
gula melaka
santan
daun pandan
durian

Cara2
1. Masak santan dgn gula melaka. Kacau selalu supaya santan tak berketul.
2. Bila gula dah hancur masukkan kacang dan pulut. Jgn lupa masukkan daun pandan. Aku haritu tak letak sbb takde stok.
3. Bila dah empuk kacang tu or dah nak masaklah, masukkan durian kalau ada. Kebetulan aku ada stok durian dlm peti so aku masukkan sekali. Siap

Bahan2 tu korang adjustlah nak banyak mana. Aku buat sikit je. Tu pun ada lagi dalam peti. Nak buat aiskrim asik lupa je..hehe


Selamat mencuba... daaaaaaaaa

p/s:Hari ni bergerak ke Penang.

3 Magic Words:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pergh..sedap2..

nanakimie said...

nana suka makan bubur ni sejuk2:) letak dlm peti baru mkn,heee

FiZ said...

uishhh...sodap nampak...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...