Friday, January 25, 2013

Crabtree & Evelyn

Pernah dengar pasal Crabtree & Evelyn? Aku ni sebelum ni ala2 macam tau tak tahu je. Kalao nampak kat mall tu takdelah sibuk nak pi menyinggah pun. Tapi jadi sibuk nak tahu lepas 2 orang bos aku dapat hamper sikit punya besar dari Crabtree & Evelyn ni. Besar giler tau. Dah tu mulalah google bape hengget barangan die. Agak pricey jugalah rupanya. Losen pun dah RM88. Aku beli Enchanteur baru Rm8 hahaha. Tak disangka2 salah sorang bos tu baik hati nak kasi sikit hamper yang die dapat tu. Berkongsi kami kat ofis ni.


Inilah barangan yang aku dapat. Semuanya losyen. Yang besar tu wangi sgt bau bunga ros. Harga dlm website RM88..Yang kecik2 tu pun losen gak. RM128 satu box. Dlm box tu ada 8 tube kecil mcm ni. Mak aih satu RM16. Kalau aku tak beli kot..hahaha cheapskate ler katakan..

Aku cuma berani beli perfume jer yang mahal. Itupun 2 thn sekali sbb aku bukan minum perfume nak kena beli setiap bulan. Berbaloilah kot Rm300 untuk 2 thn tu..hehe. Korang pernah ke beli losen mahal2 gini??

p/s:Asal cuti jer mesti mood kelaut nak berblog balik.. Oh ya, minggu depan aku cuti seminggu. Mau cuti2 Langkawi-Penang.. Sape nak ikut??hehe

5 Magic Words:

fatin amalina husna said...

mak aih..mahalnya..botol kecik je pon..

tp selalunya kalau nak beli produk mahal2 nih kena tgk dulu review dr ramai org kan..=)

mrs adam said...

penah dengar jenama ni,tapi tak tahu sebut,haha.best tu dpt free!

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mahal gak yer

nuyui a.k.a miss YUI said...

xmmpu nak mhl2..hihi

nanakimie said...

idokler nana nak pakai lotion mahal gini:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...